Saturday, May 16, 2009

Majlis Syura PAS serah kepada perwakilan tentukan pemimpin


Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din berkata:

Majlis Syura Ulama PAS menyerahkan kebijaksanaan pewakilan dalam muktamar Jun 2009 untuk membuat pilihan memilih pucuk pimpinan yang bersesuaian dengan keputusan Muktamar pada Oktober 1982.

Muktamar 1982 itu telah memutuskan dengan jelas dan nyata bahawa PAS melaksanakan dasar kepimpinan ulama dalam menerajui PAS.

Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat pada 10 Mei lalu yang dihadiri seluruh ahli syura memperincikan keluhan dan rasa tidak puas hati sama ada melalui akhbar atau 'blog'.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din berkata, keputusan muktamar itu telah digunapakai tanpa sebarang masalah dan dihayati dengan teguh dan patuh.


Saya pernah bertugas sebagai setiausaha kepada Ustaz Haron Din sewaktu beliau mula menjadi Ketua Penerangan PAS Pusat dan sehingga kini walaupun tidak bertugas secara direct membantu beliau, saya masih mempunyai urusan yang agak akrab dengan beliau.

Jika ulama yang hendak bertanding sesuatu jawatan, mempunyai ciri-ciri seperti Ustaz Haron Din, saya fikir tiada masalah untuk beliau. Beliau tak payah kempen, tidak perlu dicanang untuk diundi. Ciri-ciri yang ada padanya sudah jauh cukup melayakkan.

Saya merasakan sememangnya amat wajar PAS dipimpin oleh ulama, iaitu ulama yang boleh menjadi mentor, pembimbing, pentarbiyah, guru dan rajin turun ke kawasan-kawasan bertemu rakyat.

Ulama tidak seharusnya bersifat elitis, iaitu hanya bergaul dengan golongannya sahaja, atau memilih-milih kelompok tentu atau kawasan tertentu untuk dilawati.

Jika kita lihat seperti Ustaz Abdul Hadi Awang yang tidak dicabar atau menang tanpa bertanding sebagai Presiden PAS, kerana beliau adalah pemimpin atau ulama yang memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki ahli dan penyokong PAS seperti yang saya sebutkan di atas.

Untuk lebih adil kepada ahli dan penyokong PAS, ulama yang hendak dijadikan pemimpin atau hendak mendapat undi seseorang perwakilan, tidak harus kerana titlenya sebagai ustaz. Ustaz hendaklah bekerja dan rajin bergaul dengan ahli dan rakyat.

Jika seseorang ustaz itu tidak tahu membuat kerja, atau tidak tahu bergaul dengan orang bawahan, beliau tidak perlu mendapat sokongan untuk diundi.

Ustaz Haron Din menambah kata:

Mengulas Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang akan memantau pemilihan PAS, Haron berkata badan itu perlu bukti yang kukuh jika benar ada unsur-unsur rasuah.

Apa yang membimbangkan kata beliau, 'penyakit' rasuah dalam Umno cuba hendak dipalitkan ke dalam PAS.

"Keadaan ini seolah-olah hendak menggambarkan bukan sahaja Umno berpolitik wang malah PAS pun sedemikian," katanya.

Justeru, tegas beliau selagi tidak ada bukti nyata yang dapat diketengahkan perkara ini PAS menganggap unsur itu tidak wujud.


Masalahnya dalam PAS, saya fikir, agak tidak wajar Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat yang membangkitkan perkara ini.

Mereka yang bercakap atau mendedahkan hal-hal sebegini dalam blog mereka. Selaku kepimpinan peringkat tertinggi, ustaz-ustaz ini atau ulama-ulama ini seharusnya memahami tarbiyah dan disiplin berjamaah.

Mereka tidak wajar bercakap dengan akhbar atau mendedahkan pekung dalaman parti (jika wujud) kepada umum. Sikap ini tidak betul dan harus ditegur.

Inilah antara ciri-ciri tidak baik yang ada kepada seseorang yang bertitle ustaz.

No comments: