Saturday, May 23, 2009

Jadilah MB di hati rakyat bukan MB pilihan Mahkamah


Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak perlu gusar walaupun Mahkamah Rayuan memberikan kemenangan kepada Zambry Kadir.

Kalau Zambry jadi MB pun, tiada siapa nak hormat dia. Majoriti kalangan rakyat tetap menolak Zambry. Pada mereka Nizar tetap MB.

Pandangan Tuan Guru Nik Aziz seperti dilapor Harakahdaily hari ini, elok direnungi;

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa kesemua Menteri Besar yang dilantik di negeri-negeri adalah dengan mandat yang diberikan oleh rakyat.

Menurutnya, keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan semalam mengisytiharkan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar adalah membuktikan bahawa ianya tidak berpandukan kepada mana-mana sistem iaitu Islam ataupun demokrasi.

"Kesemua Menteri Besar di Malaysia ini memegang jawatan ini kerana undi yang diberikan rakyat kepada kami, bukan keputusan mahkamah yang memutuskannya," katanya pada satu sidang media selepas merasmikan sambutan jubli perak kepimpinan ulama di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar Gombak dekat sini.

Beliau juga mendakwa bahawa sekiranya kaedah 'rampas kuasa' yang dilakukan Umno-BN ke atas kerajaan Perak 'dihalalkan', maka ini bermakna ia mungkin akan dilaksanakan di negeri-negeri lain selepas ini.

"Selepas berjaya dibuat di Perak, maka ia akan dibuat di negeri-negeri lain pula selepas ini.

"Cara apakah ini? Islam pun tidak, demokrasi pun tidak," tegasnya.

Malah menurutnya, Menteri Besar Perak sebelum ini, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin mengambil jalan yang betul dengan mengadap Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Ditanya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang berpihak kepada BN, beliau menyifatkan parti itu sebagai satu gerombolan dan bukan sebuah parti politik.

"Umno sekarang bukan lagi sebuah parti politik sebaliknya ia sebuah gerombolan pemikiran sahaja," katanya lagi.

1 comment:

Anak Perelih said...

Keputusan ini juga bermakna, NAJIB boleh diturunkan daripada menjadi PM tanpa sidang Parlimen... yang bermakna kerja untuk merampas MAlaysia dari BN jadi lebih senang.... Apa yang perlu dilakukan adalah untuk membawa 30 orang MP B yang nak melompat mengadap DYMM Agong dan kemudian istihar Anwar menjadi PM... seperti apa yang dilakukan oleh Najib di Perak... hahaha senjata BN bakal makan tuan.... Banyak MP BN yang tidak puas hati dengan Najib ni... bunga bunga dah keluar di Perlis dimana tak puas hati dengan MB, mereka keluar parti...

Kalau Cambry mahu bubar dun lepas ni.. OK la.. sebab 51 tahun bn perintah lagikan PR boleh ambil Perak.. inikan selepas hampir 1 tahun PR pernah perintah Perak... Rakyat boleh menilai.. ditambah lagi dengan krisis ini yang membuatkan rakyat muak dengan BN. anyway.. kalau Zambry tak nak mohon Sultan bubar DUN.. Zambry, Najib dan BN/UMNO akan dilihat sebagai gila kuasa dan makin ramai orang benci BN... ianya bagus untuk PR semasa PRU13 nanti.... mungkin DUN Pangkor pun dapat kat PR.

Ps.. sebab apa Zambry mahu jual Camry exco...?? Zambry tak nak pakai Camry sebab sama dengan nama dia... Camry buang C, ganti dengan Z.. jadilah Zamry... nanti orang perak kata "exco pakai zamry" atau "exco naik Zamry" atau "exco guna zamry"... heheh sebab tu dia nak lelong Zamry tu...... eh silap.. Camry.... hehehhe