Friday, May 27, 2011

Wajah baru Markaz Tarbiyah menanti perwakilan Muktamar



CATATAN saya dalam Harakah keluaran lalu mengenai nostalgia pembinaan Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar menyentuh sensitiviti ramai pihak, dari kalangan pemimpin sehinggalah ahli-ahli biasa.

Masing-masing tersentuh untuk menyumbang cerita-cerita lama, yang berkait rapat dengan tapak perjuangan Parti Islam Se-Malaysia di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar, sejak 27 tahun yang lalu.

Terlalu banyak cerita dan terlalu ramai orang-orang lama yang nama mereka tidak sempat dicatatkan di sini. Hanya Allah jualah yang membalas jasa-jasa mereka menyuburkan perjuangan Islam.

Mereka banyak berjasa dan insya-Allah jasa-jasa mereka membangunkan, menyuburkan dan mengeluarkan keringat memajukan Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar akan dibalas Allah, sebagaimana firman-Nya (mafhumnya):


"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya." (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Selepas lapan tahun ditinggalkan sebagai lokasi Muktamar, kini Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar kembali menyambut puluhan ribu penyokong PAS bersempena Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-57 pada 3 hingga 5 Jun ini.

Markaz Tarbiyah Taman Melewar kini berbeza dengan Markaz Tarbiyah yang dahulu. Kini di situ ditempatkan KUIZM di bawah naungan Dewan Ulama PAS Pusat.

Bangunan Markaz Tarbiyah dahulu sudah banyak berbeza dengan bangunan sekarang. Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar mengalami transformasi yang jauh berbeza dengan Markaz Tarbiyah yang kita kenali sejak dahulu.


Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar sudah diubah suai dengan begitu canggih dan moden. Tiada lagi komponen lama bangunan, semuanya sudah dirombak oleh kontraktor A One Pro Construction, milik Mohamed Idris Mohamed Kassim.

Untuk mendapatkan butiran lanjut, bagaimana Idris terbabit dalam pembinaan Markaz Tarbiyah, saya menemui beliau di kawasan dataran Taman Melewar. Pada ketika itu beliau sedang sibuk menguruskan pemasangan alat penghawa dingin.

Setelah saya dibawa melawat ke seluruh bangunan dewan besar dan kawasan pejabat, kami menyambung bicara di gerai Pak Kassim (Mohd Kassim Musa) di sisi kanan jalan masuk ke Markaz. Pak Kassim sudah 20 tahun berniaga di situ.

Menurut cerita Idris, beliau hanyalah seorang ahli biasa PAS, beliau adalah rakan rapat kepada Almarhum Zainal Ghulam Hussain (Haji Zainal) mantan YDP PAS Kepong.

Menerusi seorang rakan yang bernama Ustaz Zakaria, beliau dibawa mengenali Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Harun Taib, yang menjadi sumber inspirasi beliau.


Beliau membuat pembinaan Markaz Tarbiyah sepanjang tempoh setahun empat bulan. Ustaz Harun sebelum uzurnya rajin menziarahi beliau dan monitor perkembangan pembinaan Markaz Tarbiyah.

"Saya diamanahkan oleh Ustaz Harun untuk mengubahsuai bangunan Markaz Tarbiyah. Hendak buat macamana pun, semua Ustaz serahkan kepada saya.

"PAS tidak memberikan apa-apa dana, tiada surat perjanjian, saya buat sendiri dengan wang saya dahulu dan sebahagiannya menerusi sumbangan ahli-ahli parti," cerita beliau, sambil menambah beliau dan pekerja-pekerjanya bekerja 18 jam sehari bagi menyiapkan Markaz Tarbiyah untuk Muktamar. Sehingga kini kita sudah mencapai 95 peratus siap," katanya.

Menurut Idris, beliau cukup terharu dan tidak menjangka KUIZM akan menjadi lokasi Muktamar PAS.

Idris memberitahu, kos pembinaan Markaz Tarbiyah yang ditransformasi kepada bangunan yang serba canggih dan moden, menelan belanja sebanyak RM2.5 juta. Untuk pemasangan alat penghawa dingin sahaja keseluruhan bangunan menelan belanja RM200 ribu.

Idris berkata beliau tidak mengetahui berapa kali bangunan Markaz Tarbiyah diubahsuai. Beliau mengalami sedikit kesukaran kerana kebanyakan bumbung dan dinding mengalami kebocoran.

Bangunan asal Markaz Tarbiyah dibuat sebahagiannya menggunakan kayu, termasuk pada atap zink. Sebahagiannya sudah dimakan anai-anai.


Untuk mengatasi masalah ini Idris tidak mempunyai pilihan lain, selain merombak keseluruhan struktur bangunan. Dinding yang tertentu dipecahkan dan tiada lagi pengunaan kayu.

Bumbung lama yang dibina dengan kerangka kayu ditukar dengan C-Thrust, iaitu kerangka besi metal deck yang lebih kukuh.

"Banyak anai-anai, semuanya kita sudah tukar kepada besi, kecuali pintu-pintu bilik.

"Dalam bangunan ini kita tidak menggunakan lampu kalimantang, semuanya dibuat plaster syiling baru dengan menggunakan downlight," kata beliau.

Pengubahsuaian keseluruhan bangunan melibatkan Dewan Besar yang boleh mengisi 2000 perwakilan, surau sekitar 500 orang, serta beberapa buah bilik besar di sisi kiri dan kanan bangunan dua tingkat tersebut.

Tandas juga dirombak keseluruhannya. Tiada lagi lantai simen biasa. Semuanya dipasang tile baru.

Idris memberitahu beliau membuat tandas dua tingkat di sisi kiri bangunan. 10 bilik tandas untuk muslimin di bahagian bawah, manakala 10 bilik tandas di bahagian atas untuk kegunaan muslimat. Siap dengan bilik mandi, ruang persalinan dan sinki.


Manakala di bahagian belakang pentas untuk kegunaan pemimpin, Idris menyiapkan lapan bilik tandas. Dibahagikan empat untuk muslimin, empat untuk muslimat.

Manakala di bangunan pejabat yang kini digunakan sebagai pejabat KUIZM, terdapat ruang tamu, ruang pejabat, enam bilik pensyarah dan satu bilik tetamu di bahagian bawah. Di bahagian atas pula ditempatkan satu bilik mesyuarat besar dan dua bilik kegunaan Rektor KUIZM serta satu ruang pejabat.

"Hampir keseluruhan bangunan menggunakan alat penghawa dingin yang baru, hanya beberapa unit sahaja alat penghawa dingin lama kita gunakan.

"Selepas muktamar kita akan tukar yang baru semua, untuk waktu ini kita cuba yang terbaik untuk keselesaan perwakilan Muktamar PAS," katanya.
Pada penilaian penulis, secara keseluruhannya pengubahsuaian bangunan Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar amat memuaskan.

Ianya jauh berbeza dengan wajah Markaz Tarbiyah yang kita lihat dahulu. Ia amat berbeza keseluruhannya.

Tetapi dengan wajah baru yang serba canggih dan moden ini, tidak akan bermakna jika mentaliti ahli-ahli serta penyokong PAS tidak berubah. Misalnya dalam sikap menggunakan kemudahan awam dan tempat meletakkan kenderaan.



"Kita ada masalah penggunaan tandas, ada beberapa kali ceramah diadakan di kawasan dataran Markaz Tarbiyah. Selepas berakhirnya ceramah, tandas ditinggalkan dalam keadaan kotor.

"Saya terpaksa menggaji pekerja untuk membuat kerja-kerja membersihkan bangunan dan tandas. Kadang-kadang kita terpaksa tutup untuk mengelakkan ianya dari dikotorkan," ujar Idris.

Apa yang disampaikan Idris kepada saya adalah suatu perkara yang benar dan harus ditangani secara serius oleh pemimpin dan ahli-ahli PAS.

Tiada maknanya mempunyai sebuah pusat konvensyen atau dewan besar yang serba canggih, jika pemikiran kita masih tidak canggih. Kita harus berusaha memastikan kebersihan bangunan dan tandas, sentiasa berada di tahap yang memuaskan.

Seyogia juga diingatkan kepada semua pihak agar mereka tidak meletakkan kenderaan sesuka hati sehingga menghalang lalu lintas, jangan sesekali meletakkan kenderaan di hadapan rumah-rumah kediaman di Taman Melewar.

Untuk tugasan ini saya mencadangkan agar pihak Unit Amal supaya menggunakan khidmat petugas yang lebih ramai. Oleh kerana Muktamar kali ini dijangka dibanjiri puluhan ribu penyokong PAS, maka Unit Amal harus bertugas menjadi keselamatan dan kesejahteraan seluruh kawasan Taman Melewar.

Tempatkan petugas di setiap jalan dan lorong supaya Muktamar berjalan dengan lancar, di samping kita memelihara kesejahteraan penduduk awam di Taman Melewar.

Mudah-mudahan Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-57 dapat kita sempurnakan dengan jayanya.

Selamat kembali ke Taman Melewar. Selamat bermuktamar!

Tuesday, May 24, 2011

Muktamar platform persediaan PAS untuk menggantikan Umno


APABILA saf kepimpinan tertinggi PAS melancarkan program 'PAS Ganti Umno', ia seharusnya disambut dengan serius, khususnya dari kalangan ahli serta penyokong PAS di seluruh negara.

Ungkapan 'PAS Ganti Umno' yang diterapkan dalam minda ahli, seharusnya bukan retorik, bukan impian, bukan angan-angan, tetapi ianya adalah pernyataan kesungguhan dan keazaman yang tinggi bagi memastikan ianya menjadi realiti.

Realiti 'PAS Ganti Umno' tidak akan dapat direalisasikan, jika sekiranya ia tidak dimulakan dari dalam PAS itu sendiri.

Dalam erti kata lain, jika pemimpin dan ahli PAS masih di takuk lama, mentaliti masih tidak berubah, pendekatan masih tidak mencapai sasaran, usaha 'PAS Ganti Umno' barangkali terbantut.

Maka menjelang Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-57 ini, seluruh kepimpinan dan anggota PAS harus mengerah minda dan mencapai ketetapan, apakah mekanisme atau kaifiat yang harus dilaksanakan PAS bagi memastikan cita-cita ini tercapai.

'PAS Ganti Umno' sebenarnya adalah suatu agenda PAS yang sangat besar. Ia tidak harus dipandang ringan.

'PAS Ganti Umno' bukan sekadar mengganti atau mengambil alih tempatnya sebagai parti Melayu-Islam yang terbesar dalam negara sahaja.

Matlamat dan cita-cita PAS adalah untuk menggantikan tempat Umno sebagai peneraju utama dan pemain utama dalam kerajaan Pakatan Rakyat sewaktu Umno-Barisan Nasional tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Justeru, agenda 'PAS Ganti Umno' harus menjadi agenda penting dalam Muktamar. Apa juga ucapan, perbahasan, usul malah kepada sehingga kepada pemilihan pucuk pimpinan pun, harus dijuruskan ke arah usaha untuk menggantikan Umno.

Pemimpin dan ahli PAS harus disegarkan minda mereka, bahawa selain Umno, tiada parti lain yang boleh diterima orang Melayu-Islam, melainkan PAS sahaja.

Untuk apa Umno harus diganti? Tidak lain dan tidak bukan, hanya kerana Umno sudah menyimpang jauh dari landasan perjuangannya.

Umno harus diganti kerana kepimpinannya sudah rosak. Umno mempunyai pemimpin yang korup serta rakus memperjuangkan kepentingan peribadi.

Menjadi pemimpin Umno, bukan lagi untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat, tetapi dijadikan peluang untuk mereka memperkayakan diri, anak-beranak dan kroni.

Perjuangan Umno jauh tersasar kerana di sebalik banyak negeri-negeri yang diterajui mereka berada dalam keadaan yang kritikal dari sudut pentadbiran ekonominya.

Hasil negeri tidak mencukupi. Negeri masih berada dalam tahap kemiskinan, rakyat sukar mencari rezeki, tetapi pemimpinnya kaya raya.

Menjadi anak-beranak Menteri dan Perdana Menteri lebih menguntungkan. Kejayaan Umno yang paling hebat ialah apabila anak-beranak, adik-beradik, anggota keluarga dan kroni PM serta bekas PM boleh menjadi bilionaire, boleh menjadi jutawan.

Nama-nama mereka tersenarai di antara orang Melayu yang paling kaya di Malaysia. Inilah hasil perjuangan Umno.

Kita tanyakan pula kepada Umno. Anda berjaya mengangkat martabat anak-beranak, adik-beradik pemimpin anda menjadi manusia terkaya, tetapi bagaimana dengan rakyat kebanyakan?

Bukankah ramai orang-orang Melayu yang hidupnya dihimpit kesusahan? Hendak membeli susu anak pun tidak mampu. Hendak menyara anak ke sekolah pun terkial-kial. Apatah pula hendak membayar yuran IPT yang begitu tinggi harganya.

Itu belum lagi kalangan Melayu yang tercicir di bidang pendidikan akibat kejahatan dasar PPSMI. Itu belum lagi ramai kalangan Melayu yang tiada tempat dalam sektor ekonomi dan peniagaan akibat amalan segelintir nepotisme dan ali baba.

Itu belum lagi dimasukkan berapa ramai Melayu yang hidup mereka sering dihimpit tekanan akibat kenaikan harga minyak, harga barangan keperluan dapur dan sebagainya.

Perjuangan Umno jauh tersasar kerana mereka tidak lagi dilihat mewakili golongan marhaen. Umno tidak mewakili rakyat kebanyakan. Mereka adalah parti borjois yang dipenuhi korporat serta 'lintah darat.'

Umno tidak boleh lagi diharapkan. Mereka gagal memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam. Perjuangan nasionalisme Umno hanya menjadi alat untuk kepimpinannya memperdayakan orang Melayu untuk terus menyokong mereka.

Justeru usaha 'PAS Ganti Umno' harus diambil serius. Apabila agama, bangsa dan negara sudah rosak akibat gara-gara pemimpin Umno, maka PAS harus tampil untuk menyelamatkan keadaan.

Pada saat ini rakyat, khususnya orang-orang Melayu sedang memerhatikan PAS. Mereka tertanya-tanya, apakah kepimpinannya boleh diharap untuk menggantikan Umno.

Rakyat sedang menilai apakah pucuk kepimpinan PAS menepati ciri-ciri yang mereka harapkan untuk menggalas harapan ke Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.

Di atas pundak perwakilan lah segala persoalan ini harus ditemukan jawapannya.

Maka pada Muktamar kali ini, diharapkan perwakilan harus lebih serius dan lebih fokus kerana rakyat menantikan jawapan daripada PAS, apakah PAS layak menggantikan Umno.

Friday, May 20, 2011

Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar menggamit ribuan pencinta PAS


TAHUN ini Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-57, kembali ke Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar.

Kali terakhir Muktamar diadakan di Taman Melewar ialah pada 2003, iaitu Muktamar pemilihan pucuk pimpinan tertinggi PAS, pada tahun Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dinobat menjadi Presiden PAS, selepas kembalinya Almarhum Dato' Fadzil Mohd Noor ke rahmatullah pada 23 Jun 2002.

Mengapa Muktamar diadakan kembali di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar? Bukankah Markaz Tarbiyah sudah diambil alih pengurusannya kepada Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad atau nama ringkasnya KUIZM.

Walaupun nama Markaz Tarbiyah sudah ditukar kepada KUIZM, namun ia tetap Markaz Tarbiyah.

Markaz Tarbiyah adalah suatu nama yang sangat nostalgik, suatu akronim yang tidak akan diubah walaupun perjuangan PAS menjangkau ke jangka masa yang amat panjang.

Bak kata pepatah Melayu, 'tempat jatuh lagi dikenang', inikan pula tempat yang menjadi asas utama perjuangan PAS diasaskan dan subur sehingga ke hari ini.

Kata orang 'tak kenal maka tak cinta'. Kalau tidak mengenal Markaz Tarbiyah PAS Pusat, maka asas untuk mencintai perjuangan Islam yang dibawa PAS, kurang kita hayati sepenuhnya.

Bagi anak-anak muda dan orang yang baru dalam perjuangan PAS, mereka harus kenal dan faham betapa sinonimnya Markaz Tarbiyah dengan perjuangan PAS, betapa kemanisan perjuangan dalam PAS begitu dirasai, bertitik tolak daripada Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar.

Lebih manis dan nostalgik ialah apabila bangunan yang menempatkan Pejabat Agung PAS, Dewan Dato' Fadzil Mohd Noor, pejabat Dewan Ulama PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat adalah hasil titik peluh dan wang saku ahli-ahli serta penyokong PAS.

Untuk mendapat cerita-cerita lama mengenai Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar, saya bersembang-sembang dengan rakan lama, Mohd Zain Hashim, 54. Beliau adalah antara pembantu dan rakan paling rapat dengan Almarhum Ustaz Hassan Shukri, mantan Timbalan Presiden PAS.

Menurut cerita Zain, sekitar 27 tahun yang lampau, iaitu pada 1984, Markaz Tarbiyah mula diasaskan.

Tidak lain dan tidak bukan, yang mula-mula sekali menggerakkan idea ini adalah Ustaz Hassan sendiri.

Pada waktu itu PAS baru sahaja mengalami transfromasi, diambil alih kepimpinan baru di bawah kepimpinan Yang Dipertua PAS Pusat, Almarhum Ustaz Yusof Rawa (Pak Yusof) pada tahun 1982 selepas Dato' Mohd Asri Muda dan berapa orang rakannya meninggalkan PAS.

PAS pada ketika itu berada di zaman kejatuhan. Selepas ditendang keluar dari gabungan Perikatan pada tahun 1978, PAS kehilangan Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui sejak 1955.

Era kegemilangan PAS di zaman Asri sudah berakhir. PAS menggerakkan era 'Kepimpinan Ulama' di bawah Pak Yusof. Ustaz Fadzil sebagai Timbalan Yang Dipertua.

Oleh itu PAS harus mencari pertapakan baru untuk perjuangannya. Ustaz Hassan selaku Setiausaha Agung PAS ketika itu mula menggerakkan peranannya.

Ustaz Hassan bukan sekadar digelar 'arkitek' Markaz Tarbiyah, malah digelar rakan taulan dengan julukan nama 'tuan tanah gedaung'. Suatu gelaran unik yang melambangkan beliau adalah pengasas utama Markaz Tarbiyah.

Pada ketika itu Ustaz Hassan dan keluarga tinggal di Taman Melewar. Taman Melewar adalah dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ia bersempadan dengan kawasan Gombak, Selangor.

Asal tanah yang dibeli dalam kawasan Kampung Changkat. Sempadan Gombak dengan Kuala Lumpur, hanya dipisahkan dengan jalan raya (Jalan Batu Geliga) Taman Melewar. Jalan masuk ke tanah Kampung Changkat tiada. Maka dengan gotong-royong ahli-ahli PAS, dibuat jalan yang kini dinamakan Lorong Haji Hassan.

Namun, uniknya walaupun tanah terbinanya Markaz Tarbiyah dalam Kampung Changkat, tetapi ia terkenal dengan nama Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar. Hebatnya penangan PAS, sehingga nama Taman Melewar terkenal dan dinotakan sehingga ke seantero dunia.

Mengimbau kembali peristiwa lampau, tiada siapa yang menyangka tanah yang dibeli Ustaz Hassan dengan bantuan Almarhum Pak Yusof, Ustaz Harun Jusoh, Ustaz Nakhaie Ahmad, Ustaz Hashim Jasin dan beberapa pimpinan lain, tanah yang berada di ceruk, kawasan kebun getah yang jauh dan sukar hendak sampai ke sana, menjadi begitu signifikan kepada perjuangan PAS.

Pada waktu itu Pejabat Agung PAS di Jalan Pahang Barat (pejabat Harakah kini). PAS tiada tempat untuk berhimpun dan diadakan program di Kuala Lumpur. Antara tempat yang digunakan PAS untuk itu adalah Dewan Bahasa & Pustaka, Dewan Serbaguna Taman Ibu Kota dan Dewan Serbaguna Flat Pekeliling.

Tetapi akibat daripada ganguan pihak berkuasa, program-program anjuran PAS sering dihalang dan dibatalkan.

Maka selepas banyak kali dihalang, idea menubuhkan pusat tarbiyah untuk ahli-ahli PAS digerakkan.

Menurut Zain wang pendahuluan untuk membeli tanah, Ustaz Hassan menggunakan duit Pak Yusof.

"Saya masih ingat, selepas tanah dibeli Ustaz Hassan (melalui sumbangan orang ramai), kami bergotong-royong mengorek lubang dan memacak lapan tiang.

"Pada masa itu dalam PAS Kawasan Setapak (sebelum dipecah kepada Batu, Wangsa Maju dan Titiwangsa), kita ada lapan cawangan. Setiap cawangan diarah mengumpul dana untuk membina pejabat," kata Zain.

Pada waktu itu PAS Setapak diterajui Ahmad Subky Abdul Latif (Haji Subky). Antara rakan-rakan yang sama-sama menyumbang idea, wang ringgit dan tenaga ialah Wan Azman Wan Abdullah (Pak Wan), Aziz Bakri, Fendi Ahmad, Salehudin Radin Sumadi, Baharudin Ahmad dan beberapa yang lain.

Mereka ini semua menurut Zain, adalah antara tenaga penting yang berada di belakang Ustaz Hassan.

"Bangunan depan (pejabat lama) masa itu siap dalam lima bulan, kita kumpul duit ahli dalam belasan ribu sahaja," katanya.

Bangunan asal dibina dua tingkat, menempatkan Pejabat Agung PAS di tingkat atas, manakala bangunan bawah dikosongkan untuk sebarang aktiviti.

Tetapi aktiviti PAS di situ dijalankan sebaik sahaja tanah dibeli. Pada masa itu ceramah pertama diadakan di Taman Melewar pada tahun 1984.

"Anjung kereta rumah Ustaz Hassan (sekarang) pada waktu itu dijadikan tempat berceramah. Pada masa itu kawasan tanah tersebut masih lapang dan di kelilingi oleh kebun getah," cerita Zain.

Apa yang diceritakan Zain begitu menyentuh perasaan saya. Saya sendiri sewaktu masih dibangku sekolah sudah dibawa mengenali perjuangan PAS. Pada masa itu mengikuti jemaah Masjid ar-Rahimah, Kampung Pandan, menumpang motosikal beramai-ramai pergi mendengar ceramah PAS di Taman Melewar.

Pada masa itu, jalan hendak masuk melalui Kampung Padang Balang begitu gelap, ia jalan kampung yang agak menyukarkan untuk tembus sampai ke Taman Melewar. Kami menyusuri Jalan Gombak hingga ke Greenwood dan kemudiannya masuk ke Taman Melewar.

Jalan ke Markaz Tarbiyah pada waktu itu agak gelap. Lampu jalan pun masih tidak banyak. Lampu kalimantang hanya dipasang di tempat penceramah, manakala hadirin yang mendengar ceramah, berada dalam kegelapan malam.

Pengalaman berada di celah-celah kebun getah di sebalik kegelapan malam dihurung unggas, adalah antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Ceramah pada masa itu pun hanya diadakan pada hujung minggu atau pada hari Sabtu malam Ahad. Jika dianjur pada hari selain itu, tidak ramai yang mampu datang.

Selepas itu PAS mula berkembang. Selepas siapnya bangunan pejabat dua tingkat, ceramah diadakan di dalam bangunan. Tetapi kehadiran peminat PAS semakin ramai dan melimpah ruah. Tempat tidak mencukupi.

Ustaz Hassan dan rakan-rakan mengubah tempat. Muslimat ditempatkan di dalam dewan, manakala manakala Muslimin mendengar ceramah di kawasan lapang dan di celah-celah kebun getah. Untuk menampung semua itu, dibuat pentas di luar bangunan (di sisi bangunan).

Pada setiap kali ceramah PAS kehadiran semakin melimpah ruah. Sudah ada tanda-tanda perjuangan PAS semakin dipulihkan. Maka pada setiap kali ceramah dikumpul dana.

Ustaz Hassan dan rakan-rakan mula giat mencari dana. Tanah pertanian (kebun getah) bersebelahan pejabat mula dibeli. Kerja-kerja membersihkan kebun getah dan semak samun dilakukan secara gotong-royong.

"Ustaz Hassan yang paling banyak cari duit. Beliau pusing satu Malaysia cari dana untuk membina Dewan Besar Markaz Tarbiyah PAS Pusat.

"Bangunan sisi pejabat Dewan Ulama dibina kemudian," cerita Zain.

Bangunan yang menempatkan dewan besar Markaz Tarbiyah mula dibina pada tahun 1986 dengan kos anggaran RM300 ribu. Muktamar pada tahun 1986 diadakan di Masjid Rusila, Marang, Terengganu.

Hasil daripada titik penuh ahli-ahli maka Muktamar Tahunan PAS Pusat kali pertama diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar adalah pada 1987.

Selepas terbinanya dewan besar. Bangunan asal pejabat dua tingkat mula diubah suai. Bangunan bawah dibuat bilik mesyuarat dan pejabat menyambut tetamu. Beberapa tahun kemudian, bilik mesyuarat dipindahkan ke tingkat atas, manakala pejabat pentadbiran sepenuhnya di bangunan bawah.

Di situlah diasaskan perjuangan PAS sekian lama. Saban tahun Markaz Tarbiyah diadakan Muktamar, sehingga yang terakhir pada 2003. Empat tahun selepas itu, iaitu pada 2007 Pejabat Agung PAS dipindahkan ke Jalan Raja Laut.

Tidak ada pemimpin utama PAS yang tidak mempunyai kenangan di Markaz Tarbiyah. Ia bukan sahaja tempat aktiviti, malah tempat penginapan pemimpin utama PAS.

Dari Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Ustaz Fadzil, Ustaz Abdul Hadi, Ustaz Abu Bakar Chik, Mahfuz Omar, Mustafa Ali dan ramai pemimpin utama PAS, di Markaz Tarbiyah lah tempat tidur mereka. Tempat mereka berkelana dan bergelandangan, penuh tawaduk dan nikmat, hasil kemanisan iman perjuangan PAS.

Sewaktu Almarhum Ustaz Nik Abdullah Arshad (Pak Nik Lah) menjadi Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, di Markaz Tarbiyah lah hotel beliau menginap.

Begitu juga semasa PAS menang di Kelantan pada tahun 1990. Hampir semua Ahli Parlimen PAS seperti Ustaz Buniyamin Yaakob, Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood, Ustaz Ibrahim Medina, menginap di situ.

Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar sebenarnya adalah universiti tarbiyah bagi ahli-ahli dan kepimpinan PAS. Di dalamnya dianjurkan pelbagai program, secara formal atau tidak formal.

Sebut sahaja apa aktiviti seperti ceramah, qiamulail, seminar, tamrin, konvensyen, kursus dan sebagainya, semuanya di Taman Melewar.

Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar sebenarnya sudah melahirkan ramai 'graduan' hasil tarbiyah PAS. Yang kini bergelar Yang Berhormat, Dato' Seri, Dato' dan sebagainya.

27 tahun Markaz Tarbiyah menyumbang bakti kepada kesinambungan dan penyuburan perjuangan PAS. Selepas lapan tahun ditinggalkan muktamar, kini puluhan ribu ahli dan penyokong PAS akan kembali berhimpun di Taman Melewar pada 1 hingga 5 Jun ini.

Wednesday, May 18, 2011

Calon-calon kepimpinan PAS sesi 2011-2013

SENARAI CALON YANG LAYAK BERTANDING
JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT SESI 2011 - 2013


Jumlah Borang Pencalonan diterima daripada kawasan : 152 Kawasan
Jumlah Pencalonan DITOLAK : 6 Borang
Jumlah Pencalonan SAH / DITERIMA : 146 Borang

PENGERUSI TETAP

1. Abu Kassim Abdullah
2. Hussin Ismail
3. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1. Hussin Ismail
2. Ishak Surin
3. Misbahul Munir
4. Nasuruddin Daud
5. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah

PRESIDEN

1. Abdul Hadi Awang (menang tanpa bertanding)

TIMBALAN PRESIDEN

1. Azizan Abd Razak
2. Husam Musa
3. Mohamad Sabu
4. Nasharuddin Mat Isa
5. Salahuddin Ayub
6. Tuan Ibrahim Tuan Man

NAIB PRESIDEN

1. Azizan Abd Razak
2. Husam Musa
3. Idris Ahmad
4. Mahfuz Omar
5. Mazlan Aliman
6. Mohamad Sabu
7. Mohd Amar Abdullah
8. Mohd Hatta Md Ramli
9. Mujahid Yusof
10. Nasharuddin Mat Isa
11. Nik Zawawi Nik Salleh
12. Mohammad Nizar Jamaluddin
13. Salahuddin Ayub
14. Tuan Ibrahim Tuan Man

AHLI JAWATANKUASA KERJA


1. Abdul Ghani Abdul Rahman
2. Abdul Ghani Shamsuddin
3. Abdul Halim Abdul Rahman
4. Abdul Rani Osman
5. Abdul Wahid Endut
6. Abu Bakar Chik
7. Abu Bakar Hussein
8. Adly Zahari
9. Ahmad Sabki Yusof
10. Aiman Athirah
11. Amiruddin Hamzah
12. Anuar Tan Abdullah
13. Asmuni Awi
14. Azizan Abdul Razak
15. Azman Shapawi
16. Halimah Ali
17. Hamzah Abdullah,
18. Hamzah Jaafar
19. Hanipa Maidin
20. Hashim Jasin
21. Hassan Ali
22. Hayati Othman
23. Husam Musa
24. Idris Ahmad
25. Iskandar Abdul Samad
26. Kamarudin Jaffar
27. Khairuddin Abdul Malek
28. Khalid Abd Samad
29. Khalil Idham Lim
30. Lo'Lo' Ghazali
31. Mahfodz Mohamed
32. Mahfuz Omar
33. Mazlan Aliman
34. Misbahul Munir Masduki
35. Mohamad Abdullah
36. Mohamad Nor Mohamad
37. Mohamad Sabu
38. Mohd Anuar Tahir
39. Mohd Apandi Mohamed
40. Mohd Firdaus Jaafar
41. Mohd Hatta Md Ramli
42. Mohd Nasir Mustafa
43. Mohd Nasir Zakaria
44. Mohammad Nizar Jamaluddin
45. Mujahid Yusof
46. Mumtaz Mohd Nawi
47. Mustafa Ali
48. Najihatusolehah Ahmad
49. Nasharuddin Mat Isa
50. Nasuruddin Daud
51. Nik Abduh Nik Abdul Aziz
52. Nik Mohd Amar Abdullah
53. Nik Zawawi Nik Salleh
54. Norazli Musa
55. Normala Sudirman,
56. Nuridah Salleh
57. Phahrolrazi Zawawi
58. Razman Zakaria
59. Riduan Mohd Nor
60. Rosidi Hussin
61. Saari Sungib
62. Salahudin Ayub
63. Salleh Man
64. Sallehen Mukhyi
65. Shafie Abu Bakar
66. Siti Mariah Mahmud
67. Siti Zailah Yusoff
68. Suhaizan Kaiyat
69. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
70. Taib Azamuddin Md Taib
71. Takiyuddin Hassan
72. Taufek Ghani
73. Wan Abd Rahim Wan Abdullah
74. Wan Hasrina Wan Hassan
75. Wan Nik Wan Yusof
76. Wan Ubaidah Wan Omar
77. Yusof Embong
78. Zainuddin Yusof
79. Zaki Ibrahim
80. Zuhdi Marzuki
81. Zulkefly Muhamad Omar
82. Zulkifly Ahmad

(Nama Dzulkefly Ahmad, calon AJK PAS Pusat tercicir dari senarai).

PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Rashidi Hassan
2. Musanif Abdul Rahman
3. Abdul Halim Hasan
4. Ali Maidin
5. Abdul Malek Yusof
6. Mohd Muzammil Hafiz
7. Abdul Rahim Mohd Arif

SENARAI CALON YANG LAYAK BERTANDING DEWAN ULAMAK PAS PUSAT
SESI 2011 - 2013


Jumlah Borang Pencalonan diterima daripada kawasan : 7 Negeri
Jumlah Pencalonan DITOLAK : 0 Borang
Jumlah Pencalonan SAH / DITERIMA : 7 Borang

PENGERUSI TETAP


1. Hamdan Mohamad (menang tanpa bertanding)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1. Omar Hashim (menang tanpa bertanding)

KETUA

1. Harun Taib (menang tanpa bertanding)

TIMBALAN KETUA


1. Ahmad Yaakob
2. Mohd Zain Abdul Rahman

NAIB KETUA

1. Mahfodz Mohamed (menang tanpa bertanding)

PEMERIKSA KIRA-KIRA


1. Ibrahim Omar
2. Mohd Nordin
3. Mohamad Nur Din

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdullah Abd Razak
2. Abdullah Hussin
3. Abdullah Abu Bakar
4. Abd Ghani Shamsuddin
5. Abu Bakar Abdullah
6. Azhar Yahya
7. Azhar Yaakob
8. Badrulzaman Yusuf
9. Hussien Awang
10. Khairul Muntanazir Ismail
11. Khairudin Aman Razali
12. Lutfi Ariffin
13. Mohamad Daud Iraqi
14. Mohd Shuib Din
15. Mohd Zain Abd Rahman
16. Mokhtar Senik
17. Mustafa Abdullah
18. Nik Mohamad Zawawi Salleh
19. Nor Najhan Mohd Salleh
20. Shahabudin Ngah
21. Shuib Din
22. Shuib Mat Amin
23. Zulkarnain Hassan
24. Zulkifli Ismail
25. Wan Abdul Halim Wan Che
26. Zainol Asri Romli

SENARAI CALON YANG LAYAK BERTANDING DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
SESI 2011 - 2013


Jumlah Borang Pencalonan diterima daripada kawasan : 94 Kawasan
Jumlah Pencalonan DITOLAK : 1 Borang
Jumlah Pencalonan SAH / DITERIMA : 93 Borang

PENGERUSI TETAP

1. Aris Awang
2. Azman Shafawi
3. Misbahul Munir

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1. Aris Awang
2. Kamal Shaari
3. Misbahul Munir
4. Nor Azli Musa
5. Ramli Sidom
6. Ridwan Mat Nor

KETUA

1. Azman Shafawi
2. Firdaus Jaafar
3. Nasrudin Hassan
4. Suhaizan Kaiat

TIMBALAN KETUA

1. Ahmad Sabki
2. Azman Shafawi
3. Firdaus Jaafar
4. Mohd Nor Hamzah
5. Nasrudin Hassan
6. Nik Abduh Nik Aziz
7. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob
8. Riduan Mohd Nor
9. Suhaizan Kaiat

NAIB KETUA

1. Azman Shafawi
2. Firdaus Jaafar
3. Kamaruzaman Mohamad
4. Khairi Faizi Kamil
5. Mohd Nor Hamzah
6. Mohd Sany Hamzan
7. Nasir Zakaria
8. Nik Abduh Nik Aziz
9. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob
10. Riduan Mohd Nor
11. Sabki Yusof
12. Suhaizan Kaiat

PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Jamil Saring
2. Muzammil Hafiz
3. Adram Musa

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Latif Abdul Rahman
2. Ahmad Zaidi A. Mutallib
3. Abg Ahmad Kerdee
4. Abdullah Karim
5. Adram Musa
6. Afnan Hamimi Taib Azamuddin
7. Ahmad Izzat Syauqi
8. Ahmad Sabki Yusuf
9. Ahmad Yahya
10. Akmal Kamaruddin
11. Anuar Ali
12. Azlan Iskandar Mirza
13. Azman Shafawi
14. Baihaqi Atiqullah
15. Fadli Ghani
16. Fadli Shaari
17. Fadly Ramly
18. Faizol Mohd Salleh
19. Firdaus Jaafar
20. Firdaus Masod
21. Hafiz Musa
22. Hasbullah Ridwan
23. Hazmi Dibok
24. Herman Shamsudin
25. Johari Othman
26. Kamal Shaari
27. Kamaruzuman Abdullah
28. Kamaruzzman Mohamad
29. Khairil Faizi A. Kamil
30. Khairil Nizam
31. Khairul Anuar Wafa
32. Khairul Fahmi Mt Som
33. Khalil Abd Hadi
34. Lahirul Latigu
35. Mior Isfandy
36. Mohd Fuad Othman
37. Mohd Nasai Ismail
38. Mohd Nor Hamzah
39. Mohd Sany Hamzah
40. Mohd Suhaimi A. Aziz
41. Nasir Zakaria
42. Nazri Chik
43. Nazri Din
44. Nik Abduh Nik Aziz
45. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob
46. Ramadhan Fitri Elias
47. Riduan Mohd Nor
48. Rolsy Alany
49. Safarizal Zalleh
50. Salman Salleh
51. Sanusi Mohd Nor
52. Suhaizan Kaiat
53. Supyan Md Nan
54. Syed A. Kadir Al-Jufri
55. Taufiq Ghani
56. Wan Asrul Effendi W. Mohamed
57. Wan Sukairi
58. Yuhaizad Abdullah
59. Yusaini Yahya, Ustaz
60. Yusni Mat Piah
61. Zaharuddin Mohamad
62. Zamakhsyari
63. Zamri Zainudin
64. Zawawi Abu Hasan
65. Zuhdi Marzuki
66. Zulkifli Ahmad
67. Zulqarnain Lukman
68. Zuraidin Abdullah

SENARAI CALON YANG LAYAK BERTANDING DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
SESI 2011 - 2013


Jumlah Borang Pencalonan diterima daripada kawasan : 115 Kawasan
Jumlah Pencalonan DITOLAK : 2 Borang
Jumlah Pencalonan SAH / DITERIMA : 113 Borang

PENGERUSI TETAP

1. Faizah Ismail
2. Noraini Hussein
3. Norhashimah bt Deraman
4. Wan Hamidani Wan Ahmad
5. Wan Hasrina Wan Hassan

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1. Faizah Ismail
2. Fatimah Ismail
3. Mahaya Manap
4. Norani Hussein
5. Norhashimah bt Deraman
6. Nurwani Ahmat
7. Rashidah Embong
8. Sakinah Awang
9. Salmi Mohd Nor
10. Suhaida Awang
11. Suhaza Shuib
12. Wan Hamidani Wan Ahmad

KETUA

1. Asiah Ali
2. Nuridah Salleh,
3. Siti Mariah Mahmud
4. Siti Zailah Mohd Yusof

TIMBALAN KETUA

1. Asiah Ali
2. Mumtaz Mohd Nawi
3. Nuridah Salleh
4. Siti Mariah Mahmud
5. Siti Zailah Mohd Yusof
6. Wan Hasrina Wan Hassan

NAIB KETUA

1. Aiman Athirah
2. Asiah Ali
3. Mastura Mohamad
4. Mumtaz Mohd Nawi
5. Najhatussolehah Ahmad
6. Normala Sudirman
7. Nuridah Salleh
8. Rohani Ibrahim
9. Siti Mariah Mahmud
10. Siti Zailah Mohd Yusof
11. Wan Hasrina Wan Hassan

PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Asmah Sarojee
2. Basmatul Uyun Yusof
3. Farah Ahmad
4. Fazilah Abu Samad
5. Hasmah Durani
6. Kadijah Mahmud
7. Normilan Mamat
8. Raihan Habil
9. Wan Hasna Wan Ismail,
10. Wan Hasrina Wan Hassan
11. Wan Ubaidah Omar

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Aiman Athirah
2. Amizan Baharuddin
3. Asiah Ali
4. Azizah Khatib Mat
5. Azlina Che Haron
6. Bariah Alang Sapri
7. Fatimah Ismail
8. Fatimah Wan Teh
9. Fatimah Zainab Ibrahim
10. Fazilah Abu Samah
11. Halimah Ali
12. Hawa Yaakub
13. Kartini Ahmad
14. Khadijah Mahmud
15. Khatijah Jumangat
16. Kintan Man
17. Lo'Lo' Ghazali
18. Mariam Abdul Rashid
19. Mastura Mohamad
20. Maznah Taha
21. Mumtaz Mohd Nawi
22. Muna Izzah Fadzil Nor
23. Munirah Athira Hassan Adli
24. Najihatussolehan Ahmad
25. Noraini Hussein
26. Norazliza Abd Latif
27. Norhafizah Musa
28. Norhayati Bachok
29. Normala Sudirman
30. Nuridah Salleh
31. Nurul Huda Yusof
32. Nurwani Ahmat
33. Rahimah Sahit
34. Rahmah Mohd Isa
35. Raja Azrina
36. Rohani Ibrahim
37. Rohaya Yaacob
38. Rosiah Salleh
39. Rosnah Abdullah
40. Rosni Adam
41. Safinah Jusoh
42. Sakinah Awang
43. Salbiah Wahab
44. Salmiah Mohd Nor
45. Siti Aishah Ghazali
46. Siti Mariah Mahmud
47. Siti Mariam Othman
48. Siti Zailah Yusof
49. Wahibah Tahir
50. Wan Hasrina Wan Hassan
51. Wan Ubaidah Wan Omar
52. Zahroni A Bakar
53. Zaironi Othman
54. Zaitun Ahmad

Sunday, May 15, 2011

Angkara 'Madey kutty', 'pandy kutty' dan Big Dog

SEHARI dua ini negara Malaysia semakin dipopularkan dengan pelbagai istilah baru yang berkaitan dengan keburukan orang-orang politik dan juga beberapa gelaran yang sengaja dijadikan nama pena para bloggers tertentu.

Perihal gelar menggelar orang politik dengan nama-nama tertentu bukannya baru dalam politik Malaysia. Seingat penulis, gelaran yang ketara dibuat orang-orang politik kepada lawan politiknya, ialah pada era Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Gelar mengelar ahli politik dengan pelbagai nama yang buruk ini sebenarnya dimulakan oleh orang-orang Umno dan bekas orang-orang Umno.

Jika kita imbau kembali apa yang berlaku pada zaman 1980-an. Antara yang terbabit memaki hamun Dr Mahathir adalah di kalangan ahli politik parti haram Umno (diharam pada tahun 1988). Jika hendak dicatatkan di sini cukup ramai. Juga termasuk dengan bekas-bekas pemimpin muda KeADILan yang sudah mendapat laba yang besar dalam Umno.

Apa gelaran yang mereka tidak sebutkan sewaktu memaki hamun Dr Mahathir? Ada yang kata 'Madey Kutty' ada yang kata 'Mamak Tongkang' dan sebagainya.

Tercatat dalam sejarah PAS pernah bersama dengan pemimpin-pemimpin Parti Melayu Semangat 46 (1989-1995), sewaktu di dalam ceramah, mereka menggunakan bahasa yang kasar lagi kesat terhadap pemimpin Umno, khususnya Dr Mahathir.

Begitu juga sewaktu era reformasi sehingga 2003, di mana ramai pemimpin muda KeADILan, yang bersama PAS di atas pentas ceramah, menggunakan bahasa yang teramat kesat, yang tidak sanggup diulang dalam ruangan ini.

Sebahagian besar 'kaki hamput' Umno ini 'sudah menjilat ludah mereka sendiri'. Mereka kini menjadi pengampu Umno nombor wahid, bagi menjilat segala dosa yang mereka lakukan terhadap Umno.

Sewaktu era Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM juga berlaku gelar-menggelar. Bekas PM, Dr Mahathir digelar 'beruk yang menggoncangkan pokok' oleh menantunya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Lebih teruk lagi apabila Umno Terengganu dengan sikap yang amat kurang ajar menggelar Sultan mereka sebagai 'binatang'. Ini fakta berfoto yang dirakam dalam demonstrasi penyokong Dato' Seri Idris Jusoh di hadapan Istana Terengganu di Kuala Terengganu.

Jika ditanya balik kepada semua penceramah dan pendemonstrasi yang kurang ajar ini, mengapa mereka mengeluarkan kata-kata kesat, kasar dan kurang ajar ini? Bukankah kerana amarah yang sudah tidak terbendung? Bukankah kerana tekanan hebat yang diterima?

Justeru apa yang dihairankan jika terkeluar kali ini istilah 'pandy kutty' daripada mulut Dato' Seri Anwar Ibrahim. Beliau anak-beranak dikecam, dimaki hamun dan dicerca dengan begitu menjijikkan oleh pemimpin Umno, media tali barut Umno dan macam-macam lagi.

Walaupun KeADILan menafikan Anwar menggunakan perkataan 'pandy kutty' kepada Dato' Seri Najib Razak pada satu majlis di Klang, tetapi hakikatnya ia terkeluar akibat daripada tekanan yang melampau dikenakan Umno-BN ke atas beliau.

Kata Naib Presiden KeADILan, N Surendran,"Perkataan ini (pandy kutty) bermakna babi kecil. Saya berada di majlis tersebut dan mengesahkan di sini bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak menggunakan perkataan tersebut terhadap Najib.

"Sebaliknya beliau menggunakan perkataan tersebut berkaitan dengan politik kotor dan jijik yang diamalkan oleh Barisan Nasional," kata beliau yang juga seorang peguam.

Kata Surendran, "kami sekali lagi menuntut bahawa pemimpin BN hentikan politik kotor dan pengeluaran kenyataan palsu dengan segera."

Jadi soal gelaran anak babi ini benda kecil sahaja. Orang-orang Melayu, kadang-kadang kalau marah akan terpacul perkataan babi kepada orang yang dimarahi. Malah ada istilah dalam kamus Melayu disebut 'jahat macam setan (syaitan)'. Apa beza gelaran anak babi dengan syaitan jika diungkapkan kepada golongan yang jahat?

Penulis masih ingat sewaktu berada di sekolah menengah. Guru disiplin menangkap empat orang budak-budak nakal. Budak-budak yang nakalnya terlampau ini dibawa ke hadapan perhimpunan untuk dirotan.

Sebelum merotan budak-budak nakal ini, penulis mendengar dengan jelas celoteh guru disiplin terhadap mereka. Antara lainnya beliau mengatakan, "Kau orang ini, kalau syaitan jumpa kamu, mesti dia tabik kat kamu. Sebab kejahatan yang kamu lakukan, syaitan pun tak tergamak nak buat."

"Hahaha," gelak besar semua murid dan guru dalam perhimpunan tersebut.

Berbalik soal politik Malaysia, di sebalik gelaran-gelaran yang melampau ini, mutakhir ini tercetus pula polemik dalam negara apabila seorang blogger Zakhir Mohamed atau terkenal dengan gelaran Big Dog yang mencetuskan kontroversi isu negara Kristian baru-baru ini.

Zakhir menerusi blognya bigdogdotcom.wordpress.com mendedahkan, kononnya terdapat ikrar paderi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan dalam pertemuan mereka di Pulau Pinang baru-baru ini.

Posting yang dibuat oleh Big Dog disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia, sekali gus boleh mencetuskan ketegangan agama di antara umat Islam dengan golongan Kristian.

Oleh kerana akhbar Utusan Malaysia dijadikan pegangan akidah sebahagian besar ahli-ahli Umno dan golongan pelampau Melayu, apa sahaja yang dipaparkan, walaupun ianya berita bohong dan jijik, akan ditelan bulat-bulat mereka.

Akibat daripada akidah yang diciptakan Utusan Malaysia, maka golongan pelampau yang jahat ini, dengan api yang bersemarak di hati mereka, mula membuat pelbagai ancaman dan kecaman kepada golongan Kristian dan kaum bukan Melayu.

Selain daripada penegasan pemimpin Pakatan Rakyat, menolak agenda jahat Utusan Malaysia dan Big Dog ini, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau, terus menyerang Zakhir dalam satu posting di laman sosial Twitter.

Khairy selaku Ketua Pemuda Umno tidak dapat menyembunyikan kemarahan beliau terhadap blogger Big Dog.

Penulis mendapat khabar, di sebalik serangan Khairy terhadap Zakhir, difahamkan, pertikaian antara kedua mereka sudah lama berlaku.

Zakhir sememangnya diketahui sering menyerang Khairy melalui tulisannya di blog dan Twitter dan tidak hairanlah jika Khairy mengambil peluang kali ini untuk memulangkan paku buah keras terhadap Zakhir.

Dalam satu posting di Twitter 12 Mei lepas, Khairy mengulas saranan pihak tertentu supaya Zakhir ditahan kerana menimbulkan dakwaan berkenaan.

Namun, secara sinis beliau berkata Zakhir tidak sepatutnya ditahan bawah ISA di pusat tahanan Kamunting kerana tindakan itu hanya akan membazirkan wang.

"Bazir je duit rakyat nak kasi anjing tu makan tiap-tiap hari kat Kamunting. Setakat sepinggan nasi mana cukup!

"Sudahlah nak cover line. Dah kantoi la Fats. Proven liar (dibuktikan penipu). Pi pig out (pergi mentekedarah) kat (restoran) The Loaf," kata Khairy dengan nada yang agak keras.

Dalam reaksi kepada laporan Utusan Malaysia, Dr Mahathir mendakwa desakan daripada ekstrimis agama meningkat kerana Kerajaan Persekutuan (Umno-Barisan Nasional) berada dalam keadaan yang lemah.

"Semasa saya menjadi PM perkara ini tidak berlaku, saya mendapat sokongan daripada semua Kristian, Hindu, Buddha, tiada apa-apa desakan," kata beliau.

Bagaimanapun Dr Mahathir enggan mengulas lanjut kerana dakwaan paderi mahukan Kristian menjadi agama rasmi Malaysia, tidak ada bukti.

Apa pun jika kita fahami kata-kata mantan PM ini, jelas pada beliau, kerajaan yang dipimpin Dato' Seri Mohd Najib Razak sekarang ini berada dalam keadaan yang lemah.

Akibat kelemahan Najib, diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu untuk mencetuskan kontroversi dan polemik agama dan perkauman.

Ada andaian Umno-BN sengaja menciptakan polemik ini, untuk menarik perhatian rakyat, kononnya dengan kembali menyokong Umno-BN sahaja, polemik ini akan dapat diselesaikan.

Masalah besar yang dihadapi Umno bukannya polemik yang dicetuskan oleh pihak luar kerajaan, sama ada daripada golongan Kristian, Hindraf, DAP dan sebagainya.

Hakikat sebenar yang cuba diselindungkan adalah kepercayaan komponen BN terhadap Umno selaku ketua mereka sudah tidak ada. Komponen BN seperti MCA, Gerakan dan MIC sering berpolemik dengan Umno dalam banyak isu berkait hak kaum dan agama.

Umno tidak boleh menyelesaikan perkara ini. Apabila Umno gagal, ia cuba mencetus polemik lain di luar kerangka BN, untuk menarik sokongan rakyat pula.

Sebaliknya Umno tidak sedar bahawa cara politik mereka sudah tidak boleh diterima rakyat. Politik 'menyembunyikan pekung' sudah tidak wujud kerana rakyat sudah menghidu bau kebusukan daripada pemimpin Umno.

Justeru, untuk menghilangkan kebusukan ini, kita tiada cara lain, selain menumbangkan Umno-BN dalam PRU yang akan datang.

Saturday, May 14, 2011

Umno ancam keselamatan negara

NEGARA Malaysia yang rakyatnya terdiri di kalangan masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama, senantiasa hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

Keharmonian rakyat Malaysia, tidak seharusnya dijadikan alat untuk perjudian politik atau perbalahan parti-parti politik dalam merebut kuasa.

Keharmonian negara wujud kerana semua rakyat jelata menerima dan mempraktikkan Perkara 11 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan bahawa Islam merupakan Agama rasmi Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkan agamanya sendiri.

Soal bangsa lain atau agama lain hendak menuntut hak sebagai agama rasmi selain Islam tidak wujud sama sekali. Perkara ini tidak berbangkit kerana majoriti penduduk dan pemimpin negara dari pelbagai parti politik, adalah mereka yang beragama Islam.

Malah semua kaum dan agama, menerima Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Ketua Negara dimestikan daripada Raja-Raja Melayu yang beragama Islam.

Oleh kerana itu sebarang usaha untuk menidakkan ketuanan Islam dalam negara tidak wujud dan tidak harus wujud sama sekali.

Justeru apakah yang mendorong perbalahan kaum dan agama ini wujud atau kembali diwujudkan?

Kita imbau sejarah, kali terakhir krisis perkauman dalam negara berlaku 42 tahun yang lalu, iaitu pada 13 Mei 1969.

Peristiwa 13 Mei menjadi peristiwa berdarah, kerana berlakunya pembunuhan antara kaum Melayu dan Cina, akibat daripada kefahaman ekstremisme yang melampau.

Pada tahun 1987, apabila berlaku krisis hebat dalam Barisan Nasional antara Umno dengan MCA, rakyat diheret kepada sentimen perkauman semula.

Jika diamati betul-betul, sentimen perkauman dan agama boleh berlaku kerana pertama; Akibat daripada kepentingan politik atau kedua; Wujud penindasan dan ketidakadilan kepada kaum atau agama tertentu.

Sudah menjadi lumrah tipa-tiap kaum atau agama untuk memelihara kepentingan mereka. Atas apa sebab sekalipun kepentingan kaum dan agama sentiasa akan menjadi keutamaan. Kedua-duanya adalah perkara sensitif yang harus ditangani secara adil dan saksama.

Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, perkara sensitif mudah berlaku. Ketegangan kaum dan agama akan mudah berlaku, jika pemimpin-pemimpin memperjudikannya untuk kepentingan politik.

Umum mengetahui kebanyakan parti politik yang menjadi komponen BN adalah diasaskan kepada kepentingan dan memperjuangkan kepentingan kaum yang diwakili. Secara sinonimnya kaum Melayu, majoritinya beragama Islam, kaum Cina beragama Buddha manakala India beragama Hindu.

Namun kesepakatan di antara parti-parti dalam BN ini sudah tidak wujud. Persefahaman yang dibina hanyalah ibarat 'api dalam sekam' atau 'duri dalam daging'. Kepercayaan sudah tidak wujud dalam BN kerana komponennya bercakaran sesama sendiri. Percakaran ini mengakibatkan kuasa mereka semakin terhakis.

Justeru Umno dilihat tidak mempunyai pilihan selain cuba untuk menyemarakkan api perkauman dan sentimen agama, untuk menarik kembali sokongan rakyat terhadap BN.

Usaha pemimpin Umno menerusi akhbar milik mereka Utusan Malaysia khususnya dalam penonjolan nasionalisme melampau orang Melayu dan mendakwa wujud konspirasi golongan Kristian, boleh memudaratkan keselamatan negara.

Umno cuba mencetuskan perbalahan kerana Umno sedar kuasa mereka semakin terhakis.

Namun kita amat bersyukur kerana kesepakatan dan kebijaksanaan pemimpin Pakatan Rakyat. Kita bersyukur kerana mempunyai rakyat yang toleran dan tidak mudah dipermainkan sentimen mereka.

Justeru, ancaman keselamatan negara yang dicetuskan Umno harus dihentikan segera. Tiada cara lain untuk menghentikannya selain membuang mereka dari tampuk kuasa.

Wednesday, May 11, 2011

Humban 11 Mei Umno dalam muzium

TIDAK ada maknanya bagi orang-orang Umno untuk mengenang peristiwa bersejarah penubuhan parti yang diasaskan pada 11 Mei 1946, jika ia sudah lari dari paksi perjuangan asalnya.

Umno yang ada hari ini jauh menyimpang, daripada yang diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar. Umno yang ada adalah Umno versi Tun Dr Mahathir Mohamad, dihidupkan semula selepas sengaja dibiarkan haram pada tahun 1988.

Mengapa Umno dibiarkan haram? Jawapannya ialah kerana selepas Dr Mahathir hampir tewas pertandingan jawatan Presiden Umno pada tahun 1987 dengan beza 40 undi sahaja, bermakna separuh daripada perwakilan dan ahli Umno ketika itu menolaknya.

Apabila Umno diharamkan, penyokong Razaleigh dan Mahathir berpecah. Sebahagian besar masih ikut Mahathir kerana banyak faktor. Sebahagiannya mengikut Razaleigh yang menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.

Dalam erti kata lain, Umno 'tulen' yang diasaskan perjuangannya oleh Onn sudah tidak wujud.

Umno dilahirkan di Istana Johor. Ia ditubuhkan dengan restu penjajah British. Mereka dijadikan anak emas penjajah dan diberikan red carpet untuk menerima anugerahkan kemerdekaan dengan mudah.

Sedangkan pejuang-pejuang asal kemerdekaan yang dipelopori pejuang-pejuang hebat seperti Abu Bakar Bashir, Dr Burhanuddin al-Helmi, Ibrahim Yaakub, Ahmad Boestamam dan ramai ulama-ulama tersohor yang dipenjara, dibunuh dan dibuang daerah.

Pada diri tokoh-tokoh hebat ini mengalir darah perjuangan Melayu-Islam. Mereka adalah pejuang sebenar, tetapi nama-nama hebat mereka dipadamkan sebagai pejuang tulen Islam dan nasionalisme Melayu menentang penjajahan British.

Tiada seorang pemimpin Umno pun menghadapi tekanan daripada British sebagaimana yang dihadapi oleh tokoh-tokoh hebat ini. Jangankan darah, tiada setitik peluh pun mengalir di dahi pemimpin Umno akibat hambatan British.

Justeru, hakikat sebenarnya, Umno tidak layak untuk mendabik dada kononnya mereka adalah parti yang benar-benar tulen memperjuangkan nasib bangsa.

Apa yang disebutkan sebagai asas perjuangan Umno adalah nasionalisme Melayu. Perjuangan Umno untuk memelihara bangsa, agama dan negara, hanya retorik kosong buat mengelabui mata rakyat semata-mata.

Memperingati hari lahir Umno pada 11 Mei saban tahun tidak bermakna jika paksi perjuangan Umno yang sebenarnya sudah tidak ada.

Umno harus sedar bahawa ia sudah dimamah kebusukan yang melampau. Kepimpinannya, dari Presiden, MT dan seluruh akar umbi sudah tidak mampu diperbetulkan.

Mereka sudah rosak dengan segala bentuk kekayaan dan ketamakan kerana terlalu lama di puncak kuasa. Amalan korupsi, kronisme dan nepostisme sudah semakin merosakkan Umno.

Umno lama berjuang untuk memartabatkan rakyat, justeru ramai kalangan pemimpinnya ketika itu datang dari golongan guru dan marhain. Menaiki basikal cabuk dan motor lama keluar masuk kampung berkempen.

Umno baru hari ini, jika Ketua Bahagiannya tidak berkereta mewah, tidak ahli korporat, tidak memperolehi projek daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan PBT, tidak sah.

Itu baru Ketua Bahagian, belum lagi AJK Pemuda, Wanita dan Puteri. Semuanya pakat kongsi harta rakyat, hampir semuanya kaya raya. Lagi pun muda-muda lagi, orang Utara kata 'masih berhingus' dah dapat gelaran Dato'.

Hebat Umno ini. Punyalah sakan mereka meratah harta rakyat. Bahayanya ialah apabila sudah terlalu lama berkuasa, harta rakyat, harta negara, dianggap macam harta 'mak bapak' mereka sendiri.

Rakyat boleh melihat kepada Dr Mahathir. Lihatlah bagaimana semasa menjadi PM, anak-beranaknya mempunyai lebih 160 syarikat. Sekarang ini pun beliau menjadi Pengerusi Petronas, bagaimana anaknya boleh begitu kaya mendapat projek dan tender Petronas?

Dr Mahathir usahlah cakap putar alam, kononnya memperjuangan Melayu tulen. Nasionalis tulen yang hebat.

Begitu juga dengan bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika berkuasa. Syarikat milik anak-anak dan kroni beliau begitu rakus. Dengan Scominya, Patrick Limnya, Kalimullah Masheerul Hassannya. Macam-macam kehebatan, sehingga digelar kerajaan anak-beranak.

Lihat juga kepada PM Najib. Bagaimana adik beliau Dato' Nazir Razak memperolehi laba yang besar dalam negara.

Akhirnya rakyat harus berfikir, apakah faedahnya mereka menyokong Umno? Menyokong Umno kononnya atas nama perjuangan Melayu, tetapi yang kaya raya, yang menyapu harta rakyat, semuanya anak-beranak pemimpin-pemimpin Umno?

Kekayaan anak-beranak PM dan bekas PM bukan menjadi rahsia dalam Umno. Adakah semua mereka ini menjadi kaya raya dengan hasil titik peluh sendiri tanpa dukungan kerajaan yang memerintah?

Oleh sebab itu, pemimpin Umno termasuk bekas pemimpinnya seperti Dr Mahathir tidak layak untuk mendadik dada mereka adalah pejuang nasionalis yang sebenar.

Mereka sebenarnya hanya berjuang untuk memenuhkan wang saku serta kantung mereka semata-mata.

Mempertahankan kuasa Umno samalah seperti mempertahankan serta melindungi kepentingan peribadi yang begitu banyak dalam negara.

Jika Umno dijatuhkan dan Umno tidak lagi menjadi parti pemerintah, nescaya mereka semua akan turut tersekat daripada terus meratah harta rakyat.

Tiada jalan lain untuk menyelamatkan negara, menyelamatkan hak rakyat, selain menghumban Umno ke dalam muzium. Cukup-cukuplah Umno-BN berkuasa.

Justeru itu, menjelang setiap 11 Mei, rakyat tidak seharusnya bergembira, sebaliknya meratap kesedihan kerana puak-puak yang masih rakus membidak-bidak harta rakyat untuk kepentingan kroni dan kaum keluarga masih terus berkuasa.

Tuesday, May 10, 2011

Video lucah : Politik jijik tajaan Umno-BN


POLITIK Malaysia mutakhir ini semakin menyakitkan, jijik dan cukup terdesak. Rakyat semakin tidak keruan dengan paparan media setiap hari mempersembahkan laporan yang cukup mengaibkan dam tidak berintegriti. Isu fitnah video seks kononnya membabitkan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dijadikan 'alat' untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat dan memalukan keluarga Anwar. Bagaimana keluarganya terutama anak menghadapinya, butirannya dicungkil oleh Wakil HARAKAH, WAN NORDIN WAN ZAHARI dan jurufoto WAN ZAHARI WAN SALLEH ketika menemui puteri sulung Anwar, Nurul Izzah Anwar yang juga Naib Presiden KeADILan di rumahnya, di Bukit Segambut Kuala Lumpur 5 Mei lalu.

HARAKAH: Serangan peribadi bertubi-tubi dihadapkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim dan kali ini dengan isu video seks, apakah sebabnya Umno-BN dan pihak tertentu menyerang Anwar?

NURUL IZZAH ANWAR: Saya rasa, melihat kepada senario politik tanah air kalau dahulu kita boleh agak daripada segi kesimpulan mana-mana pilihan raya berakhir. Namun pasca pilihan raya umum 2008, segala-galanya berubah, jumlah kerusi pembangkang semakin banyak BN tak boleh lagi yakin dengan kebolehan pimpinan dan parti itu khususnya Umno untuk terus memerintah dengan majoriti yang tidak besar. Justeru saya fikir cara yang mereka gunakan yang mereka tahu, dengan menggunakan budaya fitnah jijik menyerang peribadi Anwar, sebab saya fikir selaku Ketua Pembangkang, personaliti Anwar amat penting dalam memperkukuhkan gagasan besar Pakatan Rakyat.

Jadi terus terang dikatakan kali pertama saya sebut serangan ini adalah untuk memecahkan kesatuan dalam Pakatan Rakyat bukannya sangat untuk memberi impak kepada rakyat, kerana rakyat dari segala keputusan polling' (undian) yang dibuat fokus group, rakyat tidak percaya dan cara lebih dahsyat ini tak mampu beli pemikiran rakyat. Bayangkanlah bagaimana besar perancangan mereka ini dengan didukung penuh oleh agensi kerajaan, media-media arus perdana dan pihak polis yang semua ke arah membantu memperkuatkan dakwaan, tetapi gagal beri kesan menyeluruh kepada rakyat.

Apakah tujuan mereka lakukan serangan ini?

Tumpuan serangan ini saya rasa adalah untuk menggoncang kesepakatan dalam Pakatan Rakyat, dan sengaja mahu menimbulkan tanda tanya kepada Pakatan Rakyat dan bukan itu sahaja saya dengar mereka cuba dakwa kononnya dalam keluarga kami juga ada perpecahan dan sebagainya. Alhamdulillah kita dapat membaca lebih pantas dan mungkin kita boleh terus meneliti dan mematikan dakwaan tersebut secepat mungkin. Saya lihat ada perkiraannya, sebab jangan lupa kalau dahulu, personaliti yang terbabit dalam video seks kali ini dengan dalam kes video seks tahun 1999 sebelum pilihan raya umum adalah sama. Sebab itu saya nampak keberanian bekas Ketua Pengarah Siasatan Jenayah Kuala lumpur, Dato' Mat Zin Ibrahim yang menggesa agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat Peguam Negara. Saya lihat bagi pihak yang mendedahkan ini mereka buat sahaja, tetapi sampai sekarang ini sama ada betul atau tidak ia tidak penting bagi mereka, yang penting mereka mahu mencemarkan nama, kali ini personaliti yang sama ada dalam kes kedua.

Saudari ada sebutkan sasarannya adalah perpaduan dalam Pakatan Rakyat, ada kesankah?

Alhamdulillah kita dah dapat kesan daripada awal, cara-caranya, modus operandinya, dan cubaannya, dan kaedah yang mereka lakukan ini mereka hancar VCD kepada ahli Parlimen, ibu saya juga menerima sesalinan, cara cabaran mereka mahu anak-anak dan Azizah sendiri tengok VCD ini, mereka serang melalui twitter, dan pelbagai lagi dengan hasrat untuk menggoyahkan kepercayaan dan keyakinan kepada Anwar. Jadi daripada awal lagi kita dapat dah tangkap permainan mereka ini, dan dengan dukungan pimpinan Pakatan Rakyat, NGO Islam dan sebagainya. Saya fikir itulah yang membantu, dan tambahan pula orang yang buat jahat ini, akan wujudnya kebenaran, bila adik-adik temani ayah sepanjang masa, siapa yang kenal Anwar ini mereka akan tahu bagaimana Anwar ini, perwatakan, penjagaan diri dan sebagainya, semua ini bantu kukuhkan kes persepsi kita bahawa kes ini adalah rekayasa.

Serangan ini cukup mengaibkan, bagaimana ia dihadapi keluarga?

Kita yakin satu konteks kerajaan sedia ada ini sanggup menggunakan video seks untuk mengaburi mata masyarakat, politik lucah ini kita nampak kerangka besar dan gambaran dan mudah kita lihat bagaimana mereka cuba buat demikian. Isu keduanya bagaimana kita rasionalkan, bagaimana jelaskan kepada rakyat, Umno-BN ini mahu serang peribadi Anwar selaku Ketua Pembangkang untuk menghilangkan kekuatan rakyat di Parlimen dimana jika ada pembangkang yang kuat, kerajaan sukar untuk melakukan sesuka hati meluluskan apa sahaja peruntukan ataupun akta. Jika tiada pembangkang yang kuat, maka kerajaan akan buat apa sahaja dasar yang tidak menguntungkan rakyat. Isunya sekarang ini ialah kerajaan berhutang besar dan kita gandingkan dia isu ini, jika tiada sahaja pembangkang, maka kerajaan akan kenakan pelbagai dasar termasuk cukai GST dan Undang-undang Perbadanan Kampung Baru akan diluluskan begitu sahaja, mereka lemahkan ketua pembangkang dan lemahkan gagasan Pakatan Rakyat di Parlimen untuk akhirnya BN boleh luluskan apa sahaja peruntukan di Parlimen untuk kepentingan mereka sahaja. Pada saya ia menghancurkan masa depan Malaysia, itu rasionalisasi yang membantu. Jadi kami sekeluarga berfikiran begitu, dan kita merasakan kita tidak keseorangan ramai yang membantu dan menyokong kita, bersimpati dan bersama melawan politik jahat ini.

Mengapa agaknya saudari sertai politik? Apakah kerana mahu membela nasib ayah atau apa sebenarnya?

Terus terang saya katakan saya sertai politik ini saya ada rasa gusar dan tahu risikonya tinggi, kita bersama bukan semasa menang sahaja, sejak dahulu lagi, tetapi saya berlajar banyak daripada pimpinan PAS dan DAP, liku-liku perjuangan dan sebab musabab mengapa pembangkang itu gerakannya amat relevan demi membina masa depan Malaysia yang baik.

Saya masuk politik untuk berjuang agar politik durjana seperti hari ini tidak lagi berterusan, secara peribadi saya amat kecewa, walaupun kita tak pernah berharap apa-apa dari Dato' Seri Najib Tun Razak, tetapi selaku Perdana Menteri, saya terkilan Najib boleh membiarkan perkara ini (politik lucah) berterusan dan beliau mempertahankan Dato' T bebas untuk buat apa sahaja dan menggunakan institusi kerajaan termasuk PDRM untuk membuktikan kononnya Anwar bersalah. Pada saya ia membuktikan kenapa kita perlu terus berjuang.

Hanya saya sedih bila adik-adik kita tak boleh kekang, mereka boleh lihat di mana-mana sahaja di kaca televisyen, media arus perdana dan akhbar walaupun orang kata 1998 membantu pengalaman kami, bayangkan kali ini ia juga diluar jangkaan minda tentang isu video seks, gambaran dan poster merata-rata dimana sahaja, maka tentunya ada rasa agak tertekan kadang kala.

Tetapi bila kita rasionalkan, dan melihat gambaran yang jauh lebih besar, maka kita dapat selesaikan. Cuba bayangkan perjuangan ini jauh besar konteksnya. Saya ada mendengar ucapan bekas Presiden Abim, Dr Siddiq Fadil tentang bagaimana kisah Nabi Yusuf a.s dan pengajaran dari kisah itulah yang memberikan kekuatan kepada saya untuk meneruskan perjuangan ini dan membekalkan saya semangat. Kita tak boleh merungut nak komplen kerana adalah sebabnya mengapa ujian dan musibah itu diturunkan begini, yang saya pasti untuk kita terus kuat dan kental dalam perjuangan menghadapi cabaran bersama Pakatan Rakyat.

Dengan serangan yang ada, pada pandangan saudari, apakah ia terkesan kepada rakyat?

Di kalangan masyarakat Melayu mereka meluat, kerana dikalangan orang Umno pun ada yang terfikir teruk sangat sampai melampaui had. Semua biasa berfikir bahawa sesiapa sahaja Ketua Pembangkang akan diserang, tetapi tidaklah sampai seteruk ini, tetapi dengan ISA dan dakwaan liwat kedua tak habis lagi kini video seks pula, sensasinya bukan main lagi.

Kerana itu masyarakat Melayu berperasaan bimbang, jika adapun pimpinan Umno yang tak sokong Pakatan Rakyat tetapi mereka juga fikir apa impak kepada anak-anak mereka sebab budaya kita sebelum ini tak mengizinkan fitnah sebegini rupa disebut dari mulut ke mulut dengan meluas, jadi perbualan harian, jadi mereka rasa kecewa dengan pendekatan politik yang sangat jijik ini.

Kita sebauh masyarakat yang Islam sebagai agama rasmi, tetapi media arus perdana tanpa segan silu menanyangkan dan memberi gambaran yang cukup lucah, saya faham jika Umno-BN atau pihak mana sekalipun mahu serang Anwar mahupun PAS dan DAP, seranglah. Tetapi cara mereka gunakan itu tanpa lihat sendiri tanpa lihat ianya sebenarnya meruntuhkan maruah dan kredibiliti institusi itu. Yang lebih parah pandangan bukan Islam, kita dipersendakan, dalam kes Dr Chua Soi Lek (Presiden MCA) tidak adalah disebutkan dan didedahkan sepenuhnya oleh media berbahasa Cina, mereka ada ruang yang jauh lebih baik diberikan, untuk nampak objektif pendirian yang harus dikesan.

Lebih menyedihkan dengan video seks terbaru ini, ada orang bukan Islam keliru dengan isu sumpah laknat, mereka anggap selesai jika buat dakwaan kepada seseorang dan sumpah sahaja selesai tanpa ada siasatan dan pendakwaan, sedangkan fitnah terus berjalan.Sedangkan pada saya mereka lupa tentang perkara asas dalam al-Quran. Saya suka mendengar penjelasan dan memuji penjelasan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menyatakan pertamanya mereka yang junjung Al-Quran itu sendiri tidak mengikut hukum hakam yang terdapat dalam kitab suci itu.

Pada saya, saya nak kita kembali kepada makna sebagai seorang muslim, rakyat perlu nilai dasar yang kita perjuangkan dan bandingkan dengan dasar yang BN laksanakan. Saya fikir kita tidak mungkin akan dapat hilangkan kesan negatif ini, kita bukan bicara soal menang kalah pilihan raya tetapi solanya keluhuran, khazanah yang kita akan tinggalkan kepada anak cucu akan datang, lanskap politik yang semakin punah.Bayangkan sejak kes liwat terus terang saya katakan dahulu orang tidak menyebut tentang homoseksual community di Malaysia, tetapi kini selepas kes itu ia menjadi semakin parah. Terus terang saya katakan kepada pemimpin Umno-BN, jika mereka mahu hapuskan musuh politik mereka, jika iapun bagaimana kesannya kepada negara? adakah ini budaya yang mereka (umno) mahu tonjolkan?

Adakah ini menunjukkan bahawa Umno sendiri cuba membentuk persepsi buruk kepada bukan Islam tentang Islam ini?

Mereka tidak lakukan ini dengan memikirkan akibatnya, mungkin setengah ada, tetapi di sinilah kita perlu pertanggungjawabkan PM untuk menghentikan politik lucah ini. Ini tanggungjawab seorang ketua negara.

Saya nak kata sesetengah pemberita dan wartawan, dahulu hangat perkatakan dakwaan jam Omega ini (dalam kes Video Seks), mula-mula kata hadiah Arab Saudi, dan kemudian kata dari Taiwan, saya tahu sesetengah pemberita mereka buat berita untuk cari makan sahaja, yang menentukan dasarnya pihak atasan.

Mereka laksanakan kerja, tetapi takkanlah tak boleh memikirkan rasional, sedangkan Dato' Shazryl Eskay Abdullah pun mulanya kata jam itu dipakai dalam video, dan kini kata pula sekarang ini tak ada buat dakwaan sedemikian.

Sedangkan sebelum ini kita diserang macam-macam fitnahnya, saya dan ibu serta ayah diserang kononnya kami menyembunyikan kebenaran.

Pada saya kita cuba bersabar, ada satu ketika Anwar marah ketika ditanya oleh wartawan, dia geram sangat, individu mana bila kita dihadapkan begitu, memang sekali sekala kita kena tunjukkan marah.Politik ada hadnya, ada serangan biasa kita kadang-kadang, kita perlu juga beri mesej ini perlu dihentikan ini tahap melampau.

Eskay ada buat ugutan terbaru mahu dedahkan lagi konspirasi, bagaimana saudari melihat perkara ini?

Saya fikir konspirasi yang mereka rancang ini dengan rapi dengan siri demi siri. maksudnya bukan akan berakhir begitu. Yang penting kesepakatan kita. Yang penting kita munajat dan berdoa kepada Allah, moga Allah memberikan kekuatan berdepan dengan serangan yang menggila lagi teruk dari yang ada hari ini. Maka saya tak akan terkejut tentang jika kononnya wanita yang dalam video itu akan ke depan, dan apa sahaja isu lagi tentang Anwar yang boleh direkayasa. Bagi saya apabila dia dah mula perancangan jahat apa sahaja mereka boleh lakukan, kita siap siaga, kita tahu bukti utama.

Malangnya kita berada dalam negara yang rejimnya semua institusinya dikawal kerajaan. Tugas persembahkan penjelasan pihak kita ini amat rumit, macam HARAKAH alhamdulillah ada ruangan sebegini, saya tahu dukungan dan sokongan Dato' Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS), saya mahu pastikan semua rakyat dapat akses kepada penjelasan ini.

Apakah isu ini mampu hilangkan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat dan Anwar?

Itupun tujuan mereka, tetapi ada juga ada kesan kepada Umno, isu sebenarnya ialah jawatan Ketua Pembangkang, yang disandang Anwar yang dilihat mampu menghubungkan antara parti dalam Pakatan Rakyat. Tetapi kerana itulah mereka serang habis-habisan, kita kena yakinkan rakyat dengan hal ini. Kita jangan lupa kita hampir dengan peluang berjaya, kerana itu mereka terdesak. Kita lihat rekod Najib menerajui kerajaan, bercakap tentang transformasinya macam-macam ETP dan sebagainya, tetapi kesannya tiada kepada rakyat, rakyat di bawah sana terus merintih dengan pelbagai beban kenaikan harga barangan dan sebagainya. Tiada apa yang berubah, kerajaan Umno-BN boros dan projek mega yang mirip dengan era Tun Dr Mahathir Mohamad. Isunya mereka hanya menyelamatkan syarikat kroni. Tetapi apa yang saya lihat Pakatan Rakyat mampu menampilkan kita ini semua mampu untuk menjadi jauh lebih baik daripada BN. Kita boleh bayangkan bagaimana kesepaduan dalam Pakatan Rakyat. Kita lalui evolusi yang kukuh dalam Pakatan Rakyat, pada awalnya kita memerlukan masa yang sesuai.

Bagaimana saudari melihat masa depan Pakatan Rakyat?

Saya rasa KeADILan masih lagi memainkan peranan penting dalam Pakatan Rakyat. Ini kerana dalam kerusi yang kita menang ialah kubu kuat BN. Kita kena sedia tempuhi PRU-13 akan datang dengan calon yang jauh lebih baik, berkredibiliti dan mampu mendepani masalah masyarakat yang diwakili. Ini penting untuk menunjukkan imej bahawa Pakatan Rakyat mampu menggantikan kerajaan yang ada hari ini dengan jauh lebih baik dan sangat pro kepada rakyat. Saya lihat dekat perkembangan di Sarawak, kita kena lakukan usaha yang lebih untuk meyakinakan masyarakat Melayu-Melanau. Jika berjaya gambaran ini boleh dibawa ke Semenanjung, jangan lupa apapun sekarang ini Umno akan tumpu pertarungan memenangi hati Melayu. Saya terkejut dengan kata Dato' Mukriz Mahathir bahawa mereka nak tubuhkan sistem Biasiswa Umno dan Kolej Universiti Umno. Mereka ini akan terus dengan perkauman dan di kala ini penting untuk Pakatan Rakyat tonjolkan kekuatan PAS, DAP dan KeADILan yang mewakili segmen masing-masing.

Kejayaan kita bertitik tolak daripada kekuatan kerjasama kita, dan kekuatan masing-masing.Dalam mesyuarat Pakatan Rakyat lepas, banyak cadangan bernas oleh pimpinan PAS termasuk seminar Pakatan Rakyat, kita terus terima. Yang penting bagaimana mahu dimaklumkan kepada umum bahawa banyak idea PAS dalam Pakatan Rakyat ini cukup bernas dan baik. Ada satu jurang antara persepsi dan realiti, ini perlu dikhabarkan sebaik mungkin. Kita kena kukuhkan komunikasi sebaik mungkin.

Monday, May 09, 2011

Bangkit lawan politik jahat Najib


Naib Presiden KeADILAN, Nurul Izzah Anwar menggesa rakyat Malaysia, supaya bangkit menentang politik kotor dan jijik yang dibawa oleh Umno-Barisan Nasional di bawah kepimpinan Dato' Seri Mohd Najib Razak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai percaya segala serangan yang dilemparkan kepada bapanya, Dato' Seri Anwar Ibrahim, bertujuan untuk memusnahkan kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Ini kerana katanya, selepas Pilihan Raya Umum 2008, Pakatan Rakyat mendapat kepercayaan besar rakyat dan mengakibatkan Umno-BN kehilangan banyak kerusi.

Dalam wawancara eksklusifnya bersama Harakah, Nurul Izzah menegaskan segala kerja jijik dan jahat Umno-BN sehingga hari ini gagal memberi impak untuk memesongkan kepercayaan rakyat terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Tanpa menafikan beliau dan anggota keluarga sedikit tertekan dengan serangan peribadi yang amat dahsyat terhadap Anwar, bagaimana pun keyakinan dan kepercayaan mereka tidak goyah.

"Ibu (Dr Wan Azizah Wan Ismail) saya juga menerima sesalinan (video seks), cara cabaran mereka mahu anak-anak dan Azizah sendiri tengok VCD ini, mereka serang melalui twitter, dan pelbagai lagi dengan hasrat untuk menggoyahkan kepercayaan dan keyakinan kepada Anwar.

"Kita dapat dah tangkap permainan mereka ini, dan dengan dukungan pimpinan Pakatan Rakyat, NGO Islam dan sebagainya. Saya fikir itulah yang membantu, dan tambahan pula orang yang buat jahat ini, akan wujudnya kebenaran, bila adik-adik temani ayah sepanjang masa, siapa yang kenal Anwar ini mereka akan tahu bagaimana Anwar ini, perwatakan, penjagaan diri dan sebagaintya, semua ini bantu kukuhkan kes persepsi kita bahawa kes ini adalah rekayasa," tegas beliau.

Tegas beliau, pihaknya yakin kerajaan Umno-BN menggunakan video seks semata-mata untuk mengaburi mata masyarakat bagi tujuan politik.

Umno-BN katanya, menyerang peribadi Anwar selaku Ketua Pembangkang untuk menghilangkan kekuatan rakyat menerusi Pakatan Rakyat di Parlimen.

Mereka katanya bimbang, jika wujud pembangkang yang kuat, kerajaan sukar untuk melakukan sesuka hati meluluskan apa sahaja peruntukan ataupun akta, demi kepentingan kaum kerabat dan kroni BN.

Nurul Izzah turut menyeru rakyat Malaysia supaya berfikir secara rasional dan menolak politik jabat Umno-BN yang bakal menghancurkan masa depan Malaysia,

"Jadi kami sekeluarga berfikiran begitu, dan kita merasakan kita tidak keseorangan, ramai yang membantu dan menyokong kita, bersimpati dan bersama melawan politik jahat ini," tegasnya.

Friday, May 06, 2011

Umno-BN mengundang bala Allah


Pandangan Dato' Dr Haron Din mengenai isu Anwar - Siri III

HARAKAH: Dalam keadaan begitu banyak masalah gejala sosial, bala bencana alam sekitar, banjir, tsunami, gempa bumi di seluruh dunia. malah di Malaysia pula dihujani dengan masalah fitnah yang berleluasa iaitu dosa kita bertambah dan semakin hari semakin besar. Seolah-olah kita sedang memanggil bala itu supaya datang, seperti kita menunggu Allah sedang menghukum kita. apa pandangan ustaz?

DATO' DR HARON DIN: Sudah berdekad masyarakat malaysia dibebani dengan masalah yang disebutkan sebagai masalah sosial yang kebelakangan ini semakin parah. dahulu pada penghujung abad ke-20. Kita mendengar hanya cerita-cerita kemaksiatan berlaku dengan angka-angka yang terus meningkat dalam media. Tetapi barang itu akhirnya telah menjadi kenyataan contohnya fenomena pergaulan bebas, tangkapan khalwat dan sebagainya. Pada akhir-akhir ini sangat ketara dengan anak-anak yang dicampak, dibunuh dan ditinggalkan dan anak-anak yang dilahirkan tanpa bapa yang didaftarkan dengan statistik menggerunkan.

Ratusan ribu anak tanpa bapa begitu dengan yang dibunuh dtambah dengan kes perompak, pencuri, dadah dan sebagainya -bilangan mereka ini sudah tidak dapat ditampung oleh pusat-pusat seranti oleh mereka. Selain itu, gejala rasuah yang ditangkap adalah ikan bilis dan sekarang sudah terpaksa menangkap jerung besar. Apakah kita tidak berasa terkedu atau runsing apabila hampir 100 pegawai tinggi dan rendah kastam terlibat dengan rasuah yang besar-besaran melibatkan jumlah berbilion duit negara hilang dengan sebab amalan ini. Ada pula pegawai kastam yang diserbu rumahnya dengan wang berselerak, ada pula yang dirumahnya menyimpan gold bar. Hal ini berlaku walaupun dalam peringkat tuduhan tetapi ianya sangat serius apabila dilihat salah satu daripada gejala sosial tadi.

Ini semua pastilah ia adalah bala. Firman Allah yang bermaksud : apa sahaja musibah, bala bencana yang terjatuh kepada kamu itu adalah balasan Allah daripada angkara perbuatan jahat tangan-tangan kamu. Namun demikian Allah mengampunkan, membiarkan dan tidak akan mengambil tindakan - sudah banyak sangat. Kalau Allah hendak membiarkan terus berlaku, maka ia akan terjadilah bala. krisis moral merupakan bala yang cukup besar kepada ummah. rasuah, penyakit, bencana alam pun merupakan bala, krisis sosial dengan keruntuhan rumah tangga yang semakin berleluasa kemudian dipaparkan pula di media yang berlaku di kalangan golongan atasan, artis, budayawan - ini semua disebutkan Allah sebagai tiap-tiap satu kelompok masyarakat, penduduk sebuah negeri atau kota, kami akan ambil tindakan atas dosa yang mereka lakukan. Ada di kalangan mereka yang kami musnahkan negara mereka dengan batu, ada yang kami musnahkan dengan kami tenggelamkan dalam banjir, ada yang kami gerak gempakan mereka, ada yang kami hantarkan penyakit kepada mereka, ada yang kami tidak suburkan tanaman mereka, kami ambil tindakan ke atas kesalahan mereka setelah banyak amaran kami berikan sebelum ini dan mereka masih belum berhenti maka akhirnya mereka berdepan dengan bala kami. Bila bala kami turun maka mereka tidak akan dapat mengatasinya.

Kesimpulan daripada itu kita dapat lihat, yang telah berlaku ke atas kita masih kita katakan bahawa Allah amat menyayangi masyarakat yang ramai lagi tidak bersalah. Yang bersalah ialah pemerintah (Umno-BN) yang membiarkan atau membelakangi hukum syarak, lebih menjunjung tinggi undang-undang ciptaan manusia, memandang remah kepada undang-undang Islam dan pelanggaran hukum yang melibatkan mengaibkan orang (walaupun ianya belum pasti) dengan meletakkan tanggapan bahawa yang dituduh melakukannya. maka turunlah bala dan ianya sedang berada di hadapan kita sekarang ini. Malah pegawai kerajaan yang sepatutnya menjaga amanah itu sudah menjadi seperti pagar makan padi - siapa lagi yang hendak kita harapkan untuk menjaga padi kita. Kalau hal yang terang-terangan ini berlaku - tidakkah ini dinamakan bala?

Tetapi mereka tidak memandang perkara ini dengan serius kerana ada perkara yang lebih besar lagi yang ditimbulkan iaitu klip video. Buat masa ini ia masih tidak meranapkan dan menghancurkan negara. Apakah kita tidak jadikan ini sebagai iktibar. Moga-moga dengannya mereka sedar dan kembali kepada hukum Allah. Kalau berlaku hal ini mereka tidak kembali juga, adalah amat dibimbangi apa yang berlaku kepada kaum ad sebagaimana yang Allah katakan dalam al-quran.

"Tidakkah kamu melihat apa yang berlaku kepada kaum ad yang Allah anugerahkan kepada mereka kenikmatan hidup dunia yang begitu banyak, dengan kabilah 'iram yang ada binaan yang hebat dengan tiang-tiang yang begitu besar - bagi menggambarkan kehebatan mereka dalam mencapai kenikmatan dunia, dan firaun yang mempunyai kehebatan membuat piramid yang tinggi seperti bukit tetapi mereka bukan hendak bersyukur dan beriman kepada Allah. mereka mengambil kesempatan daripada kenikmatan itu untuk melakukan fasad - yang merujuk kepada fasad al-akhlak (kerosakan akhlak).

Akhlak mereka dengan Allah itu rosak dan tidak beriman, akhlak sesama mereka melanggar nilai-nilai yang baik, melakukan nilai yang tidak baik maka Allah akan liputi mereka dengan azab Allah yang seburuk-buruknya sampai habis (musnah) kaum itu (ad, tsamud, firaun), yang ada hanyalah peninggalan mereka sahaja. kalau semua yang berlaku ini kita masih tidak faham dia sebagai peringatan daripada Allah atau disebut sebagai ibtila' atau ujian, bala' atau musibah untuk manusia sedar akan kesalahan mereka. kalau mereka balik semula kepada Allah berdasarkan firman yang bermaksud : segeralah kamu balik kepada Allah, kamu serah diri kepada Allah, (jangan lawan ALlah) sebelum Allah turunkan bala kepada kamu, kerana bila azab ini turun maka kamu sudah tidak dapat lagi ditolong.

Sebelum sampai ke saat akhir itulah, maka saya mengambil kesempatan dalam pertemuan ini hendak mengajak seluruh masyarakat untuk insafilah perkara ini dan marilah kita balik kepada Allah, menyemak,memeriksa dan mengatur semula kerana kita hendak kembali kepadanya yang tidak berlaku secara segera. Tetapi keazaman yang cukup kuat untuk kembali kepada syariat dengan persediaan yang rapi dan betul demi mendapat rahmat di dunia yang sementara dan yang penting balasan di akhirat yang Allah janjikan kepada orang yang melaksanakan suruhan-Nya.

Keadilan Islam tidak berasaskan sumpah laknat


Pandangan Dato' Dr Haron Din mengenai isu Anwar - Siri II


HARAKAH: Dalam kes liwat DSAI sebelum ini orang yang menuduh melakukan sumpah. sedangkan menurut syariat, orang yang dituduh yang sepatutnya melakukan sumpah itu. Malah ada yang berpandangan sekiranya pihak yang dituduh itu tidak bersumpah, maka dia bersalah. Tetapi kenapa dalam kes tuduhan rogol Dato' Seri Rais Yatim terhadap pembantu rumahnya dan Dato' Rahim Thamby Chik terhadap remaja bawah umur malah tuduhan ke atas Dato' Seri Najib Razak terhadap Altantuya tidak dilakukan kaedah yang sama? Apakah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh badan-badan agama dalam memastikan masyarakat tidak terkeliru dengan hal ini kerana ia menimbulkan huru-hara dari segi akidah?

DATO' DR HARON DIN:
Bila kes seperti ini menjadi rahsia umum, yang semua lapisan masyarakat mengetahui dan semua orang di mana ia bermula dengan tindakan Dato' T dengan secara terbuka dan berani malah kita nampak mereka itu sangat bersemangat kononnya hendak membela dan mendedahkan masalah sosial seperti ini dan tiada pihak yang tampil untuk berjumpa meletakkan tanggungjawab, bertanya, menyiasat, kenapa mereka buat hal yang seperti ini?

Tanggapan-tanggapan masyarakat yang berbeza-beza tentang siapakah sebenarnya pelakon dalam video itu yang setidak-tidaknya ada keraguan yang disebut selalu oleh orang. Tetapi ada keraguan yang berhak mereka tegur kerana melihat kepada beberapa perbezaan watak dalam pelakon dalam video klip itu dengan realiti orang yang luar video itu. Yang penting orang yang dalam video itu berlainan sedikit dari segi fizikalnya.

Kemudian timbul pula isu apabila orang minta bersumpah. Ada yang sebut sumpah laknat, ada yang soal kenapa tidak bersumpah? Malah ada pihak berkuasa dalam konteks agama juga menyebut bersumpah. Saya nak komen, minat sungguhkah golongan ini untuk merujuk masalah ini kepada hukum Islam? Ikhlas sungguhkah golongan yang meminta ini untuk melaksanakan hukum Islam? Seperti contoh sebelum ini, timbul tuduhan Anwar meliwat seseorang, orang yang menuduh itu tanpa diminta dan disuruh telah bersumpah di masjid. Seolah-olah tindakan tersebut bertujuan untuk membersihkan dirinya bagi menunjukkan bahawa dia ini benar dan berpegang dengan syariat.

Betulkah orang yang telah nyata beberapa orang yang terlibat sampai ada DNA beberapa orang - dia hendak melaksanakan syariat kah orang yang seperti ini? Adakah orang yang menyatakan bahawa apa yang dilakukan itu adalah qazaf? Qazaf ini bukanlah bermaksud tidak berlaku. Ia memerlukan empat orang saksi - kalau tiada empat saksi, kamu jangan sebut! Kerana kalau sebut juga, kamu akan terima hukuman daripada Allah iaitu 80 sebatan.

Nampak sangat penggunaan syarak pada ketika itu, bukan dengan hasrat hendak melaksanakan keseluruhan hukum syarak yang sepatutnya mereka kena terima. Mereka hanya sekadar hendak mempengaruhi masyarakat supaya minta bersumpah, jika enggan maka seseorang itu bersalah, itu sebahagian kecil daripada undang-undang syarak. Kalau hendak syarak, biar kesemuanya. Kalau hendak qazaf, hukuman zina pun kena ada. Jangan kerana tolak hukum zina, hendak pakai qazaf sahaja dengan harapan qazaf itu sebagai perangkap - siapa yang tidak bersumpah maka ia bersalah.

Sebab itu kita lihat yang dituduh tadi memanglah dalam syarak tidak sangat berbeza dengan undang-undang yang diterima pakai oleh manusia. Yang disebutkan sebagai seseorang itu tidak dikira bersalah selagi mana ianya tidak dibuktikan bersalah. Pihak berkuasa sama ada kerajaan yang ada jabatan kehakiman atau jabatan agama mempunyai mekanisme untuk membawa pertuduhan dan sebagainya.

Saya hendak komen - sudah acapkali timbul hal yang seperti ini yang memang ada keperluannya menjaga kestabilan masyarakat dan hendak mengekang jenayah seperti ini daripada terus berleluasa dengan mengadakan undang-undang qazaf. Dahulu ianya dirasakan tidak perlu kerana tidak pernah timbul perkara ini di negara kita. Apabila ianya semakin wujud, sebab tuduhan ini melibatkan kesalahan yang berkaitan qazaf iaitu tuduhan yang mengaibkan. mungkin ada klausa yang boleh dimasukkan di bawah qazaf ataupun berani sampai ke tahap zina dengan aspek-aspek keagamaan diambil dengan begitu teliti iaitu penyaksian, tuduhan dan sebagainya.

Kerana ketiadaan kesemuanya ini mengakibatkan jabatan-jabatan agama di negara ini sehingga kini tidak bergerak untuk mengadakan undang-undang sebegitu bagi menangani kes-kes seperti ini yang mungkin akan berlaku lagi pada masa akan datang.

Video klip ini telah tersebar luas sehingga timbul pelbagai andaian, sehingga terdapat pandangan tertentu daripada pemimpin parti politik yang mengambil keputusan untuk menontonnya. Siapakah yang sepatutnya dan boleh untuk melihat video klip itu bagi menjalankan penyiasatan dan penghakiman? Adakah wujud pandangan alim ulama yang melarang rakyat menyaksikan hal ini seperti keperluan fatwa dalam isu ini?

Sesuatu yang berlaku pasti mempunyai matlamat dan tujuannya. kalau ia berkaitan politik, pasti ada jaringan yang hendak menyampai kepada tujuan politik. Begitu juga dengan niat untuk discredit atau menahan seseorang itu daripada terus diterima oleh masyarakat dengan mengaibkannya semata-mata untuk membalas dendam ataupun sengaja dan suka untuk membuka rahsia orang sebagai satu daripada amalan biasa. Walau apapun yang telah berlaku ini pasti mempunyai tujuan. Dan tujuan itu dapat dilihat daripada bagaimana ianya dipersembahkan kes itu kepada masyarakat.

Jika bertujuan untuk membaiki orang ini dengan melaporkan kepada mahkamah dan sebagainya, iaitu melalui tangkapan, penjara dan bukannya untuk menjadi tontonan umum. Sebaliknya ia perlu diserahkan kepada pihak polis sahaja untuk menanganinya. Tidak ada seorang pun orang awam yang terlibat, serahkan kepada polis kerana mereka mempunyai mekanismenya. Biarkan mereka menyiasatnya dan setelah nyata keputusannya barulah diumumkan kepada masyarakat.

Seperti mana ketulenan video, sudah ada pengumuman tetapi dalam tempoh yang begitu dekat dan tidak diketahui siapa yang menilai video klip itu - sejauhmanakah mereka bersikap neutral kepada kes atau telah dirancang begitu? Mengapa kita tidak mengelakkan spekulasi masyarakat dengan cara menyerahkan hal ini kepada pihak ketiga yang tiada kena-mengena dengan senario politik dan sebagainya - biar mereka menilai walaupun mengambil masa. Akhirnya akan keluarlah keputusan yang tidak boleh dipertikaikan. Tetapi yang berlaku tidak demikian.

Pengesahan video itu tulen tanpa mengesahkan siapa pelakunya. apakah dengan ada mirip sedemikian itu - kita hendak semata-mata serahkan kepada masyarakat untuk menilainya. Pastilah jika mirip pelaku (dalam video klip itu) dengan orang yang dituduh itu, kita hendak sengaja biarkan masyarakat membuat tanggapan sendiri. Tetapi mesej yang ada dalam tanggapan sendiri itu jelas. Mereka mahu masyarakat menyatakan bahawa si fulan itulah yang melakukan perkara ini. Hal inilah yang saya katakan sebagai kesalahan atas kesalahan dan kita akan bersalah lagi dengan Allah membiarkan tanpa ada suatu usaha yang amat jitu untuk mengurangkan damage (kerosakan) moral yang berlaku dalam masyarakat.

Kerosakan itu walaupun hendak merendahkan kredibiliti seseorang, tetapi akhirnya timbul apakah kita terasa bersalah dari segi moralnya apabila saya dengar ada televisyen yang menyiarkan video klip ketika waktu berita, iaitu media perdana yang ditonton oleh jutaan rakyat. Tentulah ada motifnya. malah kalau tidak disiarkan pada ketika itupun, sudah ramai orang yang menonton. Seolah-olah kita hendak sengajakan pelanggaran undang-undang, menyalahi hukum syarak dan etika disiplin, kita dedahkan kepada masyarakat yang murah dan mudah.

Masyarakat sudah terbawa-bawa, tertonton dan terjerumus sama dalam dosa-dosa yang semakin hari semakin banyak, yang amat mengecewakan dan mendukacitakan bahwa status moral kita secara umumnya termasuklah mereka yang menguasai media - bukan terlepas pandang, tetapi sengaja dengan begitu berani dan mudah mendedahkan bahan-bahan yang tidak sepatutnya berlaku kerana dia menyentuh hati nurani masyarakat.

Sebab itu saya katakan perkara ini tidak sepatutnya berlaku, jika berlaku juga maknanya pihak berkuasa sudah boleh dipersoalkan kewibawaannya.

Pandangan ustaz tentang penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI)?

Sudah menjadi trend dalam kehidupan bernegara seperti kita apabila berlaku suatu perkara yang mendatangkan kekeliruan dan kesamaran kepada masyarakat umum perkara besar yang hendak diketahui, maka jalan yang akhirnya adalah penubuhan RCI. Biasanya RCI mempunyai sikap yang neutral, benar-benar boleh dipercayai apa yang hendak dilakukan. walaupun sudah ada tandatanya hasil yang diputuskan oleh RCI ini - itu isu yang lain.

Tetapi dalam isu ini, ia mencetuskan kekeliruan sehingga orang ramai hendak tahu.bagi kes ini kita sudah memberikan gambaran kepada masyarakat dengan pelbagai media terbuka dan tidak terbuka yang kalau ikut perancangannya 90 peratus daripada orang yang melihat video klip itu telah membuat keputusan - siapa pelakonnya? Ditambah lagi dengan maklumat sampai meyakinkan - maka dengan itu apalah gunanya ditubuhkan RCI ini kerana ia telah jelas.

Selain itu, mungkin ada tujuan apabila klip video ini sehingga timbul persoalan - bila dan apa suasana yang mengelilinginya. Saya ingin mengambil contoh pada awal kes ini dahulu (liwat Saiful Bukhari Azlan)bila ada sumpah dijalankan benar-benar sehari sebelum pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh. Saya ingin kaitkan sekarang ini pula berlaku benar-benar sebelum pilihan raya umum negeri Sarawak. Inilah perkara yang sedang berlaku. kenapa dibuat begitu pada waktu yang sebegini? Seolah-olah ada tujuan pilihan raya - ini adalah suatu andaian. kalaulah ada pilihan raya dengan bersumpah demikian, dengan harapan yang dituduh akan menarik diri atau dengan kesan buruknya nanti dia akan kalah, tetapi dia tetap juga menang.

Kes ini mempunyai persamaan apabila ia sangat dekat dengan pilihan raya penting iaitu di Sarawak, maka timbullah isu ini dengan harapan inilah kempen pilihan raya yang cukup berkesan dan kalau ini pun 'over-killing' iaitu setelah dibunuh, dilakukan pula beberapa perkara lain menyebabkan orang bersimpati dan membuatkan orang marah. Kalau didapati pula keputusan pilihan raya itu tidak memihak kepada pihak yang melakukan 'kerja ini' selepas itu ada suruhanjaya berbincang dan membuat kesimpulan iaitu orang ini benar dia yang bersalah atau bukan dia, tetapi orang lain. Ia sudah tidak berguna lagi kerana pilihan raya telah tamat.

Itulah sebabnya saya katakan tadi bahawa saya tidak mahu membangkang sebab kita faham dengan kerajaan yang ada kuasa jika semua orang kata tidak perlu buat RCI pun kalau dia hendak buat, maka dia tetap akan teruskan. dia hanya akan buat selepas melihat ada kepentingan atau tidak kepada pemerintah. kalau ia positif, dia akan buat, begitu jugalah sebaliknya. Tetapi saya rasa matlamat kepada penyiaran video ini sudah hampir tercapai. walaupun mahkamah tidak bersidang dan RCI tidak ditubuhkan tetapi mesejnya telah dapat disampaikan.