Thursday, June 28, 2012

Awang Adek adakah anda rasuah? Sila jawab dakwaan Saifuddin

Tuduh Kelantan macam2..tapi tahi sendiri bersepah
KENYATAAN MEDIA
28 JUN 2012


DAKWAAN SALAHLAKU DATUK DR AWANG ADEK HUSSIN SEMASA MENJAWAT JAWATAN PENOLONG GABENOR BANK NEGARA MALAYSIA

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menuntut penjelasan daripada Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin berhubung dakwaan wujudnya penyiasatan terhadap salahlaku beliau semasa beliau menjadi Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

KEADILAN meragui hubungan Awang Adek dengan seorang ahli perniagaan, Chung Hon Cheong, yang menjadi pemilik serta pengarah kepada syarikat  SunPrestige Sdn Bhd, syarikat Vertex United Sdn Bhd, berikutan beberapa transaksi kewangan yang membabitkan mereka berdua.

Keraguan juga timbul berikutan terdapat fakta yang membuktikan beliau mempunyai hubungan dengan SunPrestige Sdn Bhd, yang memperolehi kontrak mencetak nota RM2.00 sebanyak 100 juta keping dari BNM.

Justeru KEADILAN meminta Awang Adek untuk menjelaskan beberapa keraguan:

1. Mengapakah pada 1999, Awang Adek menjual rumahnya di Damansara  kepada Vertex United Sdn Bhd pada harga RM550,000.00?

2. Mengapakah Chung Hon Cheong menerusi Ultimate Holidays Sdn Bhd membuat pembayaran penerbangan Awang Adek ke Tokyo untuk trip penerbangan 28 Jun 1999 hingga 1 Julai 1999?

3. Benarkah isteri Awang Adek membeli Honda Civic 1.6 menerusi Chung Hon Cheong dan benarkah beliau yang membayar ansuran bulanan sebanyak RM2122.00 sebulan?

4. Benarkan Chung Hon Cheong membuat sumbangan (donation) kepada beberapa buah persatuan yang dinaungi Awang Adek?

5. Siapakah yang membiaya pembelian rumah banglo dua tingkat di Tropicana?

Ada banyak lagi maklumat mengenai pelbagai pembayaran insuran hartanah, pembayaran road tax, pembelian kereta, bayaran pengaturan permainan golf, pembayaran bil telefon yang membabitkan Awang Adek dengan Chung Hon Cheong.

Kes-kes ini seolah-olah menunjukkan, wujudnya hubungan rapat bekas Penolong Gabenor BNM dengan syarikat yang memperolehi kontrak jutaan RM dari BNM.

Apakah hubungan ini boleh dijadikan asas untuk Chung Hon Cheong menggunakan pengaruhnya kepada pengurusan atasan BNM untuk menganugerahkan kontrak kepada beliau?

Sehubungan itu, KEADILAN memberikan tempoh tiga minggu untuk Awang Adek menjelaskan segala dakwaan yang disenaraikan terhadap beliau.

KEADILAN  juga mencabar Awang Adek untuk menafikan beliau mempunyai hubungan erat dengan individu dan syarikat terbabit.

KEADILAN akan mengemukakan langkah susulan dan mengemukakan bukti-bukti tambahan selepas penjelasan Awang Adek dibuat.

Awang Adek tidak seharusnya hanya berani mencabar Kelantan dalam isu Dinar, jawab dahulu cabaran kami!

DATO SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung KEADILAN
Ahli Parlimen Machang

Wednesday, June 27, 2012

Awang Adek, TV3 jangan bacul, sahut cabaran Husam kalau berani

Husam sering menjadi mangsa fitnah Umno-BN.
EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Husam Musa mencadangkan agar TV3 menganjurkan forum terbuka antara beliau dengan Datuk Dr Awang Adek Husein mengenai Kelantan Golden Trade (KGT).

Cadangan ini dibuat Husam ekoran serangan terkini terhadap dinar dan dirham serta Kelantan Golden Trade (KGT) menerusi TV3 baru-baru ini.

Isu sama berulang sejak seminggu lalu tanpa apa-apa maklumat konkrit, kata Husam.

"Jika TV3 boleh menyiarkan tuduhan itu, saya juga memohon untuk muncul memberikan penjelasan di TV3 melalui siaran langsung pada bila-bila masa.

"Di harap TV3 bersedia memberikan keadilan jika ia berpihak kepada kebenaran," kata Husam yang juga Naib Presiden PAS.       

Husam juga mencadangkan TV3 menganjurkan forum terbuka secara langsung antara beliau dengan Awang Adek,  Timbalan Menteri Kewangan mengenai isu ini.

"Saya berharap Dr Awang boleh bersetuju dan saya memberikan tempoh 21 hari untuk menyatakan persetujuan," kata Husam dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sebelum TV3 dan Awang Adek campur tangan, akhbar Umno, Utusan Malaysia menyiarkan dakwaan seorang blogger terhadap KGT.

Dakwaan blogger itu sudah dijawab Husam dan juga pengurusan KGT sebelum ini.

Namun ia tidak berhenti di situ apabila Awang Adek pula campur tangan.

Ketika serangan terhadap KGT berjalan, jualan dirham dan dinar mencatat sejarah dalam Exco Perdagangan di Kota Bharu apabila jualannya mencecah RM500,000.

KGT berjaya menjual dinar dan dirhamnya hampir RM500,000 dalam tempoh enam hari beroperasi sempena Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 dan Konvensyen Halal berasaskan dinar dan dirham bermula 15 Jun lalu.

Pengarah Ekspo, Zulkifli Mamat mendakwa rekod jualan terbaru membanggakan berbanding jualan pada Ekspo Cheng Hoo yang lalu kira-kira RM200,000.

Sementara di Kota Bharu, Husam menyifatkan kenyataan yang mendakwa syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham, Golden Trade Sdn Bhd terlibat dengan kemelut salah laku yang membabitkan seorang pegawai kanan syarikat itu adalah karut.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, dakwaan itu seratus peratus tidak benar kerana pihaknya tidak pernah dipanggil polis memberi kenyataan berhubung salah laku seperti yang dikatakan.

"Laporan polis yang dikatakan sehingga ke hari ini tidak ada mana-mana pegawai kita diminta polis untuk memberikan apa-apa kenyataan dan yang saya langsung tidak mengenali kedua-dua nama yang disebutkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Halal Berasaskan Dinar Dirham di Kelantan Trade Center (KTC) hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tentang laporan sebuah akhbar hari ini yang mendakwa KTG terlibat dengan skandal salah laku.

Sehubungan itu, Husam berkata, pihaknya akan mempertimbangkan tindakan menyaman akhbar terbabit serta bloger Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang menyiarkan dakwaan itu blognya.

Tuesday, June 26, 2012

Anwar minta rakyat ambil iktibar Mesir untuk tumbangkan BN

Terjembung  DSAI  di  parking  Parlimen,  beliau  berikan  respon  spontan  walaupun  ada  temujanji  di luar.

Kebangkitan rakyat di Mesir dalam melakar perubahan memberi kemenangan kepada Parti Kebebasan dan Keadilan Mesir (FJP) seterusnya memenangkan calon Ikhwan Muslimin, Dr Muhammad Morsi harus menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam melakar perubahan.

Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, kemenangan Dr Morsi dan perubahan yang berlaku dalam dunia Arab hari ini boleh merebak kepada Malaysia dengan semangat yang ditunjukkan rakyat hari ini.

Namun katanya, ia berlaku dalam mana pengorbanan rakyat Mesir menuntut suatu pilihan raya yang adil dan bersih yang akhirnya diiktiraf oleh tentera di Mesir baru-baru ini.

"Kita telah ucap tahniah kepada Dr Morsi  dan rakyat Mesir dan bangga peralihan itu secara aman dan tenteram, dan pengiktirafan tentera telah dibuat,

"Ini melambangkan jika pilihan raya itu bebas dan adil rakyat akan membuat pilihan secara bebas, dan ianya membuka kepada perubahan yang sebenar," katanya kepada Harakah ketika ditemui di perkarangan depan Bangunan Parlimen pada 25 Jun lalu.

Begitupun beliau melahirkan rasa kesalnya kepada sikap Malaysia yang dipimpin Dato' Seri Najib Tun Razak yang lewat memberi respon kepada kejayaan rakyat Mesir menumbangkan rejim kukubesi Hosni MUbarak.

Beliau melihat, kelewatan ini seolah-olah menggambarkan kerajaan Najib masih lagi terikat dengan rejim Hosni Mubarak.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh yakin, perubahan di Mesir itu akan memberikan lonjakan positif kepada Malaysia, dalam menentang sebuah kerajaan yang zalim, rasuah dan mengongkong rakyat.

"Kerajaan yang zalim, rasuah dan tidak terbuka tidak akan kekal selamanya, dan ini dibuktikan di Mesir," ujarnya lagi.

Ditanya apakah kemenangan dan perubahan di Mesir itu menyamai model
yang sedang dibentuk Pakatan Rakyat hari ini dalam membawa perubahan di Malaysia, beliau tidak menolaknya.

"Kalau melihat dasar-dasar FJP itu, kerjasama parti politik, NGO dan ulama gerakan  Islam semua bersama dalam satu pakatan dan prinsipnya keadilan, izzah, karamah dan hadalah, ia selari dengan apa yang diperjuang Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau menegaskan bahawa rakyat tidak boleh lagi menerima suatu sistem yang mengongkong, menindas dan menzalimi hak rakyat seperti yang berlaku di Mesir.

Tidak mustahil, tekanan yang sama dirasai oleh rakyat Malaysia akan membawa kepada perubahan yang sama dalam pilihan raya umum akan datang, katanya.

Monday, June 25, 2012

Utusan, Umno sama-sama bengap diperbodohkan Umi Hafilda


Wanita yang dikaitkan dengan Anwar membuat penafian.
Bukan soal hendak membela sesiapa, bukan soal hendak menghentam sesiapa. Isunya di sini ialah fitnah. Fitnah adalah kerja jahat, kerja jijik yang dilarang keras oleh Islam. Dalam hadis Nabi s.a.w disebut baginda (mafhumnya) "fitnah itu lebih tajam dari mata pedang."

Yang Utusan Malaysia dengan Umno (sebab Umno kuasai Utusan), bengap dan bodoh ni kenapa? Mereka terlalu benci dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim, sehingga sanggup memfitnah siang malam. Fitnah mengaitkan Anwar ada proksi menyimpan RM bilion disiarkan di muka hadapan Mingguan Malaysia semalam.

Hari ini disiarkan penafian orang yang difitnah Utusan. Ingatlah orang-orang Melayu cukup menyampah dengan Umi Hafilda. Cukuplah ambil info daripada dia. Letihla buat kena saman je.....

Bangsa Melayu apa macam ni, kalau tidak tahu adab.

Saya petik info dari blog pejuang rakyat:

Perempuan sial kesukaan Umno, Ummi Hafilda mula berdolak dalik apabila dakwaannya bahawa Dato Seri Anwar kenal seorang wanita Misteri yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia semalam didakwa sebagai fitnah oleh wanita misteri tersebut iaitu Zaliah Zakaria. Cuba anda baca kenyataan UMMI Hafilda di bawah. Haha...mula nak selamatkan diri. Penulis harap sangat agar wanita misteri ini dapat ambil tindakan menyaman Ummi Hafila yang bermulut syaitan itu...


Disertakan laporan 'pembetulan' Utusan

"Wanita misteri tampil beri penjelasan
Oleh SHARILFUDDIN SAARI dan AZRAI MOHAMMAD
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 24 Jun - Wanita misteri yang dikaitkan dengan kes pemilikan akaun induk berjumlah RM3 bilion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini muncul menafikan menjadi proksi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Zaliah Zakaria, 56, bagaimanapun mengakui mengenali isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika memegang jawatan Presiden dan juga pemilik Syarikat Wira Tangkis Sdn. Bhd.

Katanya, syarikat itu banyak memberi sumbangan dalam kejohanan badminton Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti) pada akhir 1990-an semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Beliau turut mengakui pernah menaja aktiviti sukan air salah seorang anak Anwar di Pulau Pinang semasa Ketua Pembangkang itu dalam penjara selain menerima kunjungan Wan Azizah yang baru pulang dari mengerjakan umrah semasa menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

"Hubungan kami sekadar kawan kerana saya juga meminati sukan badminton. Saya tidak mengenali Anwar malah tidak pernah terlibat dalam politik.

"Oleh itu saya hairan bagaimana nama saya dikaitkan dengan Anwar dan berita ini pernah berlaku pada 13 tahun lalu tetapi saya biarkan.

"Namun kali ini disebabkan wajah saya disiarkan (Mingguan Malaysia) saya tiada pilihan selain untuk tampil menjelaskan perkara sebenar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Wajah Zaliah dipaparkan di muka depan Mingguan Malaysia hari ini berikutan pendedahan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali berhubung seorang wanita yang dikatakan sangat dikenali oleh Anwar.

Dalam pendedahannya, Ummi Hafilda mendakwa, Anwar kenal sangat dengan wanita tersebut yang bukanlah seorang istimewa atau ahli korporat tetapi cukai pendapatan mencecah RM50 juta.

Selain itu, Ummi Hafilda mendakwa, wanita itu memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo kebanyakkan di Pulau Pinang.

Berikutan dakwaan itu, Zaliah meminta Ummi Hafilda agar tampil bersama bukti-bukti bagi membersihkan nama beliau dan keluarganya.

Selain itu, beliau juga meminta Anwar mengeluarkan kenyataan segera bagi menafikan hubungan mereka seperti didakwa pihak tertentu.

Dalam pada itu, Zaliah mendakwa memiliki aset berbentuk wang tunai dan hartanah berjumlah RM100 juta hasil daripada perniagaan lumba kuda yang dijalankannya pada akhir 1990-an.

Menurutnya, bagaimanapun kesemua asetnya bertukar hak milik semasa beliau ke Dubai untuk melupakan kesedihan ekoran kematian anak lelakinya pada Januari 2000.

"Seminggu semasa berada di sana (Dubai), pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat serbuan di rumah saya dan menyita 10 buah peti besi di Bukit Jambul, Pulau Pinang mengandungi wang tunai, barangan kemas dan dokumen penting.

"Pada masa sama, saya dinasihatkan oleh peguam supaya tidak pulang sehinggalah setahun baru saya pulang ke tanah air namun mendapati semua aset termasuk wang tunai berjumlah RM26 juta di dalam bank telah dipindah milik," jelasnya.

Beliau berkata, harta-hartanya yang lain termasuk empat buah rumah di Pulau Pinang bernilai kira-kira RM3.68 juta.

Katanya, pada masa itu beliau turut diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan dengan cukai pendapatan berjumlah lebih RM50 juta hingga beliau diisytiharkan muflis tidak lama selepas itu.

Sementara itu, Ummi Hafilda ketika dihubungi memberitahu, beliau tidak pernah mendakwa mengenali Zaliah secara peribadi.

Katanya, pendedahan yang dibuat adalah bertujuan semata-mata mahukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kaitan antara wanita berkenaan dengan Anwar.

"Ini bukan isu kenal atau tidak kenal. Saya sendiri tidak pernah mendakwa bahawa saya mengenal perempuan berkenaan (Zaliah) secara peribadi.

"Pendedahan yang saya lakukan itu bertujuan untuk membantu siasatan SPRM berhubung kes pemilikan akaun induk bernilai RM3 bilion oleh Anwar. Saya telah serahkan bukti dan sekarang tugas SPRM menyiasat apa kaitan, hubungan atau penglibatan perempuan itu dengan Anwar," katanya."

Saturday, June 23, 2012

Dokumentari: Ustaz Fadzil Noor

Al-Fatihah buat Almarhum Ustaz Fadzil, sudah 10 tahun berlalu...

Beliau dilahirkan di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah. Bapanya Mohd Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Haji Abdul Rahman. Beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama’ yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan seorang yang terkenal di Kedah.

Beliau menikahi sepupunya Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Star.Isterinya bersamanya ke Al-Azhar. Mereka mendapat lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna ’Izzah, Muhammad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga(1946-1949) ,Derga, Alor Setar dan Maktab Mahmud (1951 -1959) sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir (1963- 1967) jurusan Perundangan Islam tajaan biasiswa kerajaan Kedah pada 1963 hingga 1967.Pada 1967, sewaktu di Mesir, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Sekembalinya dari Mesir beliau mengajar di Maktab Mahmud dan kemudian sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (1973-1978).Beliau dipecat dari UTM kerana bertanding dalam Pilihan raya 1977 di DUN Alor Merah dan parlimen Kuala Kedah. Beliau membawa kes itu ke mahkamah kerana pemecatan tidak mengikut saluran yang betul. Mahkamah memerintahkan UTM membayar ganti rugi dan kembali menjadi pensyarah. Beberapa bulan kemudian beliau meletak jawatan demi perjuangan PAS sepenuh masa.
Presiden ABIM

Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi Setiausaha Penerangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978) dan Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976). ABIM seumpama simbiosis kepada Dewan Pemuda PAS di mana 8000 ahli PAS ialah ahli PAS. Siaran ABIM jugas giat menyebarkan buku dan tulisan Ikhwanul Muslimin seperti Hassan al Banna, Syed Qutb dan Jamiat Islami, Maududi. Beberaspa tokoh PUM juga tonggak penting PAS seperti Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

Fadzil Noor dilantik menjadi Presiden ABIM apabila Anwar Ibrahim ditahan ISA pada 1974 ekoran isu demonstrasi kebuluran di Baling. Tokoh penting ABIM ketika itu ialah Ustaz Wahab Zakaria, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dan Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman.
Politik

Beliau mula bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1978 menentang Datuk Senu Abdul Rahman tetapi kalah. Pada tahun itu, PAS kalah teruk di Kelantan yang dikuasai sejak 1959.Dr Mohd Natsir menggesa umat Islam merapatkan jemaah demi perjuangan Islam. Beliau menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Pada 1980, beliau bertanding di DUN Anak Bukit berikutan kematian wakil rakyat di situ. Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional, Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd Mokhtar Abdullah dengan majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Haji Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato’ Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan raya umum Malaysia 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414. Pada Pada Pilihan raya umum Malaysia 1999, Ustaz Fadzil mencatat dua kejayaan. Dalam Pilihan Raya Parlimen, beliau menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Othman Abdul (calon BN) di Pendang. Fadzil Noor mendapat 22,413 undi berbanding 19,474 undi oleh Othman. Kejayaan ini sangat manis kepada PAS kerana inilah sejarah PAS menang paling besar dalam merebut kerusi parlimen (menang 27 kerusi parlimen).

Di DUN Anak Bukit, Allahyarham mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Dato’ Abdullah Hasnan Kamaruddin yang mendapat 6,640 undi. DUN Anak Bukit adalah DUN baru yang dipecahkan melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya dan tuah telah menyebelahi Ustaz Fadzil manakala Mohamad Sabu telah memenangi Parlimen Kuala Kedah.

Pada tahun 1981, beliau dipilih sebagai Naib Presiden PAS (1981-1982) dan kemudian Timbalan Presiden pada 1983.Peristiwa Memali dan Peristiwa Lubuk Merbau terjadi pada 1985. Pada 30 Mac 1989 beliau dipilih sebagai Presiden PAS selepas pengunduran Tuan Guru Haji Yusof Rawa.

Pada tahun yang sama (1999), beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Lim Kit Siang yang kalah dalam pilihanraya umum itu.

Pada 1998, beliau dilantik sebagai Pengerusi GERAK (Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia) (Gerak). Gerak ditubuhkan oleh PAS, DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan disertai oleh 15 pertubuhan bukan kerajaan dan individu untuk menegakkan keadilan selepas pemecatan dan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menawan semula Kelantan dan Terengganu

Hasil kerjasama PAS dengan Parti Semangat 46 dan membentuk Angkatan Perpaduan Ummah pada 1989, PAS berjaya menang majoriti kerusi di negeri Kelantan dan kerajaan PAS dibentuk semula di Kelantan pada 1990 semenjak kalah teruk pada 1977.

Pada 1999, PAS menubuhkan Barisan Alternatif bersama Keadilan dan berjaya mendapatkan semula Terengganu yang terlepas pada 1964. Rakan ABIMnya ,Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu.

Beliau menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002. Sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada. Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi. Jenazah beliau diterbangkan oleh pesawat Hercules dari Selangor ke Kedah.

Jenazah Ustaz Fadzil Noor disemadikan di madrasah di tempat kelahiran beliau di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah sesuai dengan wasiat beliau. Masa jenazah beliau hendak disemadikan ribuan rakyat hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut untuk mengangkat jenazah beliau sehinggakan jalan raya sesak teruk sehingga 20 km.

Antara kata-kata terakhir:

"... kalau boleh saya tak nak berhenti bercakap sebab saya berucap dengan orang yang saya kasihi dan saya sayang!" -- Diucap oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ketika majlis penutupan Muktamar PAS ke-48, muktamar yang terakhir sebelum beliau menghembuskan nafasnya terakhir.

Wednesday, June 20, 2012

Anwar cabar MP BN hujah isu RM3 bilion, 'seekor' pun tak berani sahut

Khairy sokong Perancis, sindir Najib?

Jersi pasukan Perancis Euro 2012

Khairy memakai jersi pasukan Perancis dalam dialognya dengan pengikut twitter beliau.
Budak ini memang selamba. Hendak kata cerdik pun tidak seberapa. Hendak kata tidak pandai berpolitik pun, mungkin juga. Tetapi selalu sahaja terkeluar rel. Wrong person at wrong timing and wrong place.

Inilah masalahnya dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang juga Ahli Parlimen Rembau. Cita-citanya amat besar. Suatu ketika dahulu dicetuskan rumours, beliau digilap politiknya oleh kumpulan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Namun, beliau bernasib malang apabila pada Pilihan Raya Umum 2008, parti dan kerajaan yang diterajui bapa mertuanya, hampir tumbang dipukul badai tsunami Pakatan Rakyat. Dengan perletakan jawatan Abdullah sebagai PM, selepas setahun digelodak orang Umno, nasib Khairy dalam politik turut malap.

Khairy orang muda. Jiwanya, jiwa muda. Banyak gambar pelbagai aksi beliau boleh diperolehi dalam internet. Dari duduk santai minum-minum di kelab, berpakaian ala wanita, berjoget di Perhimpunan Belia, macam-macam ada.

Khairy juga minat sukan bolasepak. Beliau adalah Timbalan Presiden FAM. Tetapi, kalau pun peminat bolasepak, harus juga peka sensitiviti orang lain. Khairy ahli politik, tetapi selalunya politik 'makan diri'.

Khairy berhimpun dan berdialog dengan geng twitternya di KLCC, 15 Jun lepas. Beliau memakai jersi pasukan bolasepak Perancis. Kononnya hendak sehati sejiwa dengan anak muda, tetapi tanpa beliau sedari, beliau melakukan suatu tindakan yang amat-amat sensitif, pada pandangan ketuanya, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Dalam menjalankan tugas sebagai PM, ada banyak negara Najib suka pergi. Tetapi beliau cukup tidak berkenan dengan negara Perancis, buat masa ini.

Isunya ialah apabila namanya disabitkan oleh mahkamah Perancis, sebagai orang yang harus disoalsiasat sebagai saksi dalam kes penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene.

Perancis tidak mendakwa Najib terbabit dalam penyelewengan atau rasuah. Perancis juga tidak mendakwa Najib terbabit membunuh Altantuya. Tiada siapa pun yang menuduh Najib terbabit membunuh Altantuya. Orang seperti pencacai Zulkifli Noordin yang memfitnah dan berbohong siang malam, menuduh Dato' Seri Anwar Ibrahim mengatakan Najib membunuh Altantuya.

Semasa Zulkifli belum melompat, beliaulah yang menjaja dan memaki hamun Najib serta isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, di merata ceramah dan kuliah. Dia yang mula-mula menuduh Najib dan Rosmah, sebaliknya selepas membuat pusingan u-turn, beliau mendakwa orang lain yang menuduh Najib. Manusia yang sejahat ini harus dihapuskan daripada politik Malaysia, biar dia balik Baling tanam pokok getah lagi baik.

Isu Scorpene yang mula dibicarakan di mahkamah Perancis inilah yang menggusarkan Najib. Ia akan mengaitkannya dengan bekas kroni kanannya, Abdul Razak Baginda. Perbicaraan Scorpene akan membongkar penyelewengan urusniaga pembelian kapal selam untuk angkatan tentera Malaysia, akan mengheret Najib dan orang rapatnya Razak baginda ke Mahkamah negara itu.

Dilaporkan terdapat berita terbaru mengatakan, saksi pertama kes skandal penyelewengan kapal selam Scorpene akan hadir ke mahkamah Perancis kerana sapina terhadapnya, telah dikeluarkan oleh Mahkamah negara itu.

Bulan Julai ini, Razak Baginda dijangka juga akan dipanggil memberi keterangan dalam kes melibatkan salah urus niaga itu. Selepas itu, dikhabarkan Menteri Pertahanan, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Najib pula akan dipanggil.

Dari sudut undang-undang, mahkamah Perancis berhak mengeluarkan sapina kepada Najib dan Zahid. Dan jika kedua-duanya ingkar dan enggan  mematuhi sapina yang dikeluarkan, maka waran tangkap boleh dikeluarkan.

Perancis adalah sebuah negara yang mengikat perjanjian dengan Kesatuan Eropah. Persoalannya, jika waran tangkap dikeluarkan, apakah ianya meliputi negara Perancis sahaja, atau seluas tanah jajahan Eropah?

Maksudnya, apakah keengganan Najib dan Zahid mematuhi sapina yang dikeluarkan akan memberi implikasi, bahawa mereka boleh ditangkap di mana-mana negara Eropah?

Mungkin tidak perlu kita selami lebih jauh apakah implikasi perbicaraan Scorpene kepada Najib dan masa depan politik Umno-BN.

Cukup untuk kita andaikan, kemungkinan jika kes tersebut dibongkar, ianya akan menyebabkan PM berada dalam keadaan yang amat tidak selesa. Media tempatan boleh ditutup, tetapi laporan media antarabangsa yang boleh dilayari menerusi internet, bagaimana BN hendak sekat.

Kembali kepada soal jersi Perancis yang dipakai Khairy tadi. Jelas beliau tidak peka dengan sensitiviti Najib. Dalam keadaan sekarang perkataan Perancis pun dia tak berapa sudi hendak dengar atau mungkin juga jika perkataan itu terdengar, PM akan pening kepala.

Tapi Khairy dengan selambanya, dengan suka-suka hati memperli Najib dalam satu pertemuan antara ketua pemuda itu dengan pengikut twitter beliau. Khairy memakai baju jersi negara Perancis yang mengambil bahagian dalam pertandingan bolasepak Euro 2012 yang berlangsung sekarang.

Buat masa ini kalau minat bolasepak pun, tak payahlah sokong Perancis. Sokonglah Sepanyol ke, Portugal ke, England pun tidak mengapa.

Ada orang Umno bertanya, apa maksud yang Khairy mahu sampaikan? Mengapa dalam ketakutan orang Umno terhadap isu Scorpene yang sedang dibicarakan di Perancis, Khairy terang-terangan memakai jersi Perancis?

Atau pun mungkin Khairy ada maksud yang tersirat hendak memperli Najib. Apakah Khairy masih berdendam dengan juak-juak Najib yang menjatuhkan bapa mertuanya dari jawatan PM dan Presiden Umno, atau masih bengang kerana Najib tidak melantiknya ke jawatan kabinet, sedangkan beliau Ketua Pemuda?

Khairy ada menyebutkan bahawa beliau baru menjalankan 50 peratus tugas sebagai Ketua Pemuda. Beliau meminta diberikan jawatan itu sepenggal lagi. Tetapi Khairy bakal melalui laluan sukar kerana beliau tidak dikehendaki kedua-dua kumpulan Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kumpulan Najib memang tidak berminat dengan Khairy. Manakala Muhyiddin yang bercita-cita besar untuk menggantikan Najib, terpaksa bersandar dengan sokongan bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad. Semua orang Umno tahu Dr Mahathir dan Khairy berseteru.

Dengan situasi yang ada sekarang, Khairy memang tiada peluang lagi. Bukan sahaja jawatan Ketua Pemuda, jawatan Ahli Parlimen Rembau pun khabarnya sudah hampir pasti dicantas.

Khairy harus sedar bahawa iklim politik sekarang ini, tidak memihak kepada Umno-BN. Oleh kerana itu, tidak perlulah beliau merayu Umno mengekalkan beliau sebagai Ketua Pemuda atau MP sepenggal lagi, kerana belum tentu selepas PRU ke-13 nanti Umno wujud lagi.

Tawadduk seorang ulama di kedai gunting

Tuan Guru Dato' Bentara Setia di kedai gunting rambut.
Gaya santai Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di kedai gunting rambut. Walaupun berstatus Menteri Besar, Tuan Guru seperti kebanyakan orang awam lain, beratur menunggu giliran di kedai gunting di Kota Bharu. Ada kawan cadangkan Tuan Guru supaya panggil sahaja tukang gunting ke rumah, nescaya ramai tukang gunting sanggup menawarkan diri. Tetapi dengan ramah Tuan Guru menolaknya, biar sama dengan orang kebanyakan.  Tuan Guru pernah memberitahu beliau tidak suka rambut panjang.

Aura Tuan Guru sama sekali tidak akan luntur, malah makin disanjungi rakyat marhaen. Bak kata pepatah Melayu, 'ular yang menyusur akar, tidak akan hilang biasanya.'

Tuesday, June 19, 2012

Presiden Mesir: Dr Morsi menang tetapi tentera cuba ganggu

Keputusan Pilihan Raya Presiden Mesir mengikut pecahan kawasan.
Oleh DR SYED AZMAN SYED AHMAD
Yang berada di Kaherah

Sah! Keputusan tidak rasmi yang di keluaran setakat ini menunjukkan calon Ikhwan Muslimin Dr Mohamad Morsi mendahului di kebanyakan daerah mengundi. Keputusan awal tidak rasmi mendapati Dr Morsi mendapat 13,254,558 (51.74 peratus) undi  manakala calon tajaan bekas rejim Mubarak,  Ahmed Syafik mendapat 12,358,594 (48.25 peratus) undi dengan ketinggalan hampir satu juta undi di belakang Dr Morsi. Jumlah yang keluar mengundi pula adalah 25,613,152 juta iaitu hampir 46 peratus dari yang layak mengundi.

Namun, ramai pemerhati berpandangan bahawa masa depan politik Mesir masih lagi samar-samar dan tidak menentu. Tindakan Mahkamah Perlembagaan Mesir untuk membatalkan semua keputusan awal pilihan raya Parlimen keatas kesemua kerusi Parlimen yang ditandingi serta pengistiharan pembubaran Parlimen oleh pihak tentera Supreme Council of the Armed Forces (SCAF) telah menimbulkan keresahan banyak pihak bahawa telah berlaku rampasan kuasa oleh pihak tentera. Dalam pilihan raya Parlimen yang telah diadakan pada tahun lepas kebanyakan kerusi telah di menangi oleh calon-calon dari parti Ikhwan Muslimin FJP dan Parti Nour dari gerakan Salafi.

Setakat ini, walaupun ahli Parlimen tidak dibenarkan memasuki bangunan Parlimen dan seluruh bangunan Parlimen telah dikawal ketat oleh tentera dengan menggunakan kereta kebal, pilihan raya Presiden peringkat kedua terus berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan yang berlaku. Calon Ikhwan, Dr Mohaamed Morsi dijangka akan di istihar sebagai pemenang secara rasmi yang juga turut diperakui oleh hampir kesemua media di Mesir dan antarabangsa walaupun dengan majoriti yang agak tipis.

Namun Murshid Ikhwan Muslimin Mesir, Dr Mohamed Al-Badie' telah menyatakan bahawa pihak tentera SCAF tidak mempunyai kuasa bagi membubarkan Parlimen dan tindakan ini merupakan ‘rampasan Kuasa’ yang bertentangan dengan perlembagaan Mesir. Menurut beliau lagi; "keputusan mahkamah Perlembagaan itu tidak bermakna pihak SCAF berkuasa bagi membubarkan Parlimen. Ia telah dipilih oleh seluruh rakyat Mesir dan perlu dihormati oleh semua pihak. Jika ini berterusan berlaku, bermakna tentera SCAF mahu membawa kembali Mesir kepada zaman Diktator dan pemerintahan kuku besi".

Dr Mohamed Morsi pula menyatakan bahawa tindakan tentera SCAF membubarkan Paarlimen adalah amat bahaya dan boleh menimbulkan ketidakstabilan kepada masadepan Mesir. Beliau menyatakan bahawa pelbagai usaha terus dilakukan oleh saki-baki rejim Mubarak termasuk memperalatkan kalangan Hakim-Hakim yang setia kepada Mubarak  bagi memastikan calon FJP kalah dalam pilihan raya pusingan kedua ini.

Menurut banyak pihak, pihak tentera SCAF mengambil tindakan drastik ini berpandukan kepada 3 sebab utama yang perlu mereka lindungi; pertamanya menjamin 'imuniti' diberikan kepada pihak tentera sekiranya berlaku peralihan kerajaan yang baru. Kedua, terus memberi jaminan agar segala kepentingan ‘ekonomi’ dan perniagaan yang di kuasai oleh pihak SCAF tidak diganggu gugat oleh kerajaan baru. Dan yang ketiganya memastikan bahawa SAF tetap berkuasa bagi menentukan keselamatan dan pertahanan negara.

Lebih parah lagi dengan menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada calon FJP, pihak tentera SCAF telah juga melakukan lapan pindaan kilat kepada perlembagaan Mesir dalam tempuh 24 jam yang juga di lihat adalah untuk terus menjamin kuasa yang ada pada pihak tentera. Antara pindaan yang dilaksanakan adalah; memberi kuasa penuh kepada SCAF bagi menentukan pindaan perlembagaan yang baru, Presiden berkuasa mengistiharkan Perang hanya dengan kelulusan dari SCAF dan sekiranya berlaku sebarang kekacauan dalam negara, Presiden boleh memanggil pihak tentera hanya dengan kebenaran SCAF.

Pihak SCAF juga telah secara terbuka menyatakan bahawa mereka mempunyai tanggungjawab bagi menghormati perjanjian 'Camp David' yang termeterai antara Israel dengan Mesir semasa pemerintahan rejim Anwar Sadat dan Mubarak. Perjanjian ini mendapat sokongan kuat Amerika Syarikat, Britain dan sekutunya dan ia perlu di laksanakan bagi menjamin ‘masadepan dan keselamatan’ Israel.

Inilah realiti politik Mesir. Apa sahaja boleh berlaku dalam tempuh beberapa hari dan minggu ini. Apakah ada kemungkinan akan terbentuk sebuah kerajaan yang demokratik selepas pilihan raya Presiden? Atau apakah ada juga kemungkinan akan berlakunya 'rampasan kuasa tentera' bagi mengambil alih pemerintahan di Mesir?

Namun keputusan pilihan raya Presiden Mesir ini adalah amat penting kepada seluruh dunia Islam.  Pertarungan di medan demokrasi antara kumpulan Islam dan tentera yang di sokong oleh kuasa Barat kini nampaknya berada di garisan terakhir. Parti Ikhwan FJP bersiap untuk berhadapan dengan apa juga kemungkinan termasuk konspirasi yang terancang bagi menafikan kuasa pada mereka.

Mereka tetap yakin hanya dengan Kuasa Rakyat akan dapat berhadapan dengan kedudukan yang genting ini walaupun menghadapi saat yang kritikal ini. Sama-sama kita lihat natijah dan kesudahan penglibatan parti Islam dalam kancah demokrasi di Mesir ini.

Monday, June 18, 2012

Calon Ikhwan Muslimin, Dr Morsi menang Pilihan Raya Presiden Mesir

Oleh DR SYED AZMAN SYED AHMAD
Yang berada di Kaherah

Setelah tamatnya tempuh mengundi pada jam 10 malam, proses pengiraan undi pusingan kedua pilihan raya Presiden terus berjalan di setiap pusat-pusat mengundi di seluruh Mesir. Ia berjalan lancar dan tidak ada sebarang kekacauan besar yang dilaporkan berlaku setakat ini di seluruh Mesir. Akan tetapi pertandingan pusiangan kedua ini telah menyerlahkan lagi pertembungan sengit antara calon dari gerakan Islam Ikhwan Muslimin dengan calon yang ditaja dari saki-baki pimpinan rejim Mubarak serta pihak tentera SCAF.

Proses pengiraan undi berjalan lancar terutama apabila baru-baru ini Parlimen telah mengeluarkan ketetapan bahawa hendaklah dibuat kiraan undi tempat undian itu sendiri bagi lebih menjamin ketelusan dan mengelakkan sebarang penipuan. Proses pengiraan ini  dikawalselia oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yang bertanding. Salinan keputusan di peti undi tersebut diberi kepada setiap wakil calon dengan ditandatangani sendiri oleh seorang hakim yang memang menyelia peti undi disepanjang tempoh pengundian.

Keputusan tidak rasmi yang di keluaran setakat ini menunjukkan calon Ikhwan Muslimin Dr Mohamad Morsi mendahului di kebanyakan daerah mengundi. Keputusan awal tidak rasmi mendapati Dr Mohamad Morsi mendapat 52.5 peratus undi  iaitu lebih 12.7 juta undi manakala calon tajaan bekas rejim Mubarak,  Ahmed Syafik mendapat 47 peratus undi dengan 11.3 juta undi dan ketinggalan lebih satu juta undi di belakang Dr Morsi.
Pecahan peratus undi yang diperolehi kedua-dua calon.

Suasana di pejabat FJP nampaknya ceria dengan berita yang diterima setiap minit tentang keputusan bilangan undi yang banyak memihak kepada calon mereka Dr Morsi. Pemuda-pemuda Ikhwan yang menjadi tenaga penting sepanjang pilihan raya ini kelihatan amat sibuk menyediakan bahan-bahan media dan juga melayan ramai pemberita-pemberita tempatan dan antarabangsa yang berkumpul di pejabat FJP.

Ya, keputusan tidak rasmi ini yang meletakkan calon Ikhwan Dr Mohamad Morsi menang sebagai Presiden pertama dalam sejarah Mesir yang dipilih secara demokratik oleh rakyat. Kemenangan ini juga bakal menjadi ‘mimpi nyeri’ bagi Kuasa Barat yang selama ini menjadikan rejim Mubarak sebagai alat bagi melindungi Israel dan menjaga kepentingan strategik mereka di Timur Tengah. Begitu juga dengan saki-baki rejim Mubarak yang masih dapat memperalatkan institusi kehakiman dan polis serta pihak tentera SCAF yang banyak melakukan tindakan bertentangan dengan perlembagaan Mesir sendiri bagi melindungi kepentingan kedudukan mereka.

Seperti yang telah dimaklumi, Parlimen Mesir baru sahaja dibatalkan oleh Mahkamah Perlembagaan Mesir dan pihak tentera SCAF terus membubarkan Parlimen dengan kuasa yang ada pada mereka. Lebih parah lagi dengan menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada calon FJP, pihak tentera SCAF telah melakukan 8 ‘pindaan kilat’ kepada perlembagaan Mesir yang dilihat adalah untuk menjamin kuasa yang ada pada pihak tentera.
Kemenangan Dr Morsi menjadi inspirasi Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.

Antara pindaan yang dilaksanakan adalah; memberi kuasa penuh kepada SCAF bagi menentukan pindaan perlembagaan yang baru, Presiden berkuasa mengistiharkan Perang hanya dengan ‘kelulusan’ dari SCAF dan sekiranya berlaku sebarang kekacauan dalam negara, Presiden boleh memanggil pihak tentera hanya dengan kebenaran SCAF.

Dari pengamatan saya sepanjang kempen pilihan raya Presiden berjalan, Kuasa-kuasa besar Barat serta sekutunya Israel telah berusaha keras dengan menjalankan pelbagai propaganda  jahat bagi memastikan calon ‘tajaan’ mereka menang dalam pilihan raya ini. Ahmad Syafik telah diberikan  pelbagai publisiti besar oleh media yang masih dikuasai oleh saki-baki pro-Mubarak.

Ia juga turut dibantu oleh media Barat terutamanya BBC dan CNN yang melebalkan Syafik ‘sebagai calon penyalamat’ bagi membangun semula Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak. Calon Ikhwan FJP Dr Mohamad Morsi pula, telah diserang habis-habisan dengan pelbagai tuduhan negatif serta kempen menakut-nakut pengundi terutamanya dari kalangan yang beragama Kristian akan ‘bahaya’ kemenangan parti Islam yang akan membawa Mesir kembali kepada zaman unta.

Namun kekuatan jentera pilihan raya dari calon Ikhwan Muslimin peru diberikan pujian. Mereka telah berjaya menyaingi jentera media Barat ini dengan banyak menggunakan kempen melalui media baru seperti Twitter dan facebook. Begitu juga dengan kempen dari rumah kerumah yang dijalankan oleh pemuda dan muslimat Ikhwan di seluruh pelusuk Mesir tanpa mengenal penat dan lelah telah menampakkan hasil yang positif.

Keputusan rasmi penuh hanya akan di umumkan pada Khamis depan oleh Suruhanjaya pilihan raya Mesir. Namun keputusan tidak rasmi  yang di dapati setakat ini menunjukkan bahawa Mesir selepas kejatuhan rejim zalim Mubarak akan terus berubah dengan “Kuasa rakyat’ akan terus memimpin. 

Masa depan Ikhwan Muslimin dan gerakan Islam adalah cerah setelah mereka kini dapat sedikit bernafas dengan bebas dan telus di medan demokrasi yang di sanjung Barat. Kemenangan calon Ikhwan ini juga akan juga menjadi inspirasi dan semangat kepada PAS bagi menghadapi PRU -13 akan datang di negara kita Malaysia. Tahniah Dr Morsi...

Sunday, June 17, 2012

Komen artis terhadap Tengku Mahkota Johor

Tidak perlu kata apa-apa. Baca dan faham.


Sokongan terhadap Nizar tempelak buat Umno

Doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah SWT
Bagi manusia yang waras dan boleh berfikir, tiada apa-apa kesalahan yang boleh disabitkan terhadap Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung dengan twitter beliau mengenai plat nombor WWW1 yang dibida Sultan Johor dengan harga RM520,000.

Nizar tidak derhaka, Nizar tiada unsur-unsur untuk menghina Raja. Serangan terhadap Nizar sengaja digembar-gemburkan dan diambil kesempatan media talibarut Umno-Barisan Nasional, bertujuan hendak mengeruhkan hubungan PAS dengan Istana Johor.

Lagi teruk Nizar diserang, lagi ramai rakyat yang bangkit menyokong mantan Menteri Besar Perak itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan, serangan terhadap Nizar dan imej buruk yang cuba dipalitkan terhadap Pakatan Rakyat, sama sekali tidak menjejaskan peluang Pakatan Rakyat di Johor.

“Saya tidak rasa sama sekali peluang PAS termasuklah Pakatan Rakyat di negeri ini terjejas kerana rakyat Johor sudah dapat untuk membuat sesuatu keputusan berdasarkan  kematangan mereka dalam berpolitik. Isu seperti ini tidak menjejaskan kita kerana rakyat boleh faham tentang isu dibangkitkan.

“Mengenai penentangan terhadap Raja-Raja Melayu, saya rasa Umno mempunyai sejarah yang begitu panjang. Mengenai kebiadapan dan keterlanjuran mereka menghina Raja-Raja Melayu. Rakyat boleh faham dan ada maklumat mengenai hal ini.

“Jadi saya rasa ia tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap peluang Pakatan Rakyat dalam Johor kerana kita tidak langsung menyentuh isu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutusan dan undang-undang negeri sekali gus Pas menghormati prinsip raja berpelembagaan,” katanya

Tegas Salahuddin, Nizar sudah menjalankan tanggungjawabnya untuk memohon perkenan mengadap Sultan Johor bagi menjernihkan suasana.

Isu berkaitan Nizar ini sama seperti isu Bukit Kepong yang membabitkan fitnah terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Ia berkaitan dengan Johor juga kerana Bukit Kepong terletak dalam Parlimen Pagoh yang diwakili Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saban hari media talibarut Umno memainkan isu Mohamad Sabu mengkhianati negara, menyokong komunis, menghina polis dan sebagainya. Habis seluruh juak-juak Umno bangkit mengecam Mohamad Sabu, sehingga berlaku kekasaran dan gangguan sewaktu beliau berceramah.

Tetapi hari ini, segala tohmahan, himpunan gerombolan bodoh penyokong-penyokong Umno yang memaki hamun dan memfitnah Mohamad Sabu, terpaksa menjilat ludah mereka sendiri, apabila saksi polis (pendakwaraya) yang sendiri mengaku bahawa tindakannya membuat laporan polis terhadap Timbalan Presiden PAS itu tidak betul sama sekali.

Fitnah terhadap Mohamad Sabu ini sama dengan Nizar. Yang jahat dan dangkal di sini adalah Umno. Mereka berselindung di sebalik kedaulatan negara, berselindung di sebalik perjuangan Melayu dan dalam kes Nizar Umno berselindung di sebalik Raja Melayu.

Umno-BN harus ingat. Kita semua, sama ada PAS, KeADILan dan DAP serta mana-mana parti politik yang pembangkang lain, adalah rakyat Malaysia. Kami warganegara Malaysia yang cintakan keamanan, keharmonian serta menyanjungi prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia.

Setiap kita warganegara Malaysia, adalah rakyat sentiasa berpegang teguh dengan lima prinsip Rukun Negara iaitu: Kepercayaan Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang; Kesopanan dan Kesusilaan.

Rakyat juga sebulat suara untuk mendukung cita-cita Malaysia untuk; Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara cara hidup demokratik serta mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama.

Inilah keunikan Malaysia. Walaupun kita mempunyai rakyat yang mempunyai kepercayaan agama yang berbeza, dari pelbagai kalangan etnik dan latar belakang, walaupun berbeza fahaman politik, rakyat tetap mendukung satu cita-cita yang sama, iaitu mahu memelihara keharmonian dengan menghormati antara satu sama lain.

Bagi memelihara keharmonian ini, sesuai dengan prinsip Rukun Negara, Raja atau pemerintah yang harus disandarkan kepada mereka kesetiaan, mestilah melaksanakan tugas mereka secara adil dan saksama, mengikut lunas-lunas demokrasi.

Adil dan saksama bermakna berimbang. Sesiapa yang salah diperbetulkan. Sesiapa yang benar disanjungi. Dan yang paling penting sekali, semua kita adalah makhluk yang harus mentaati kehendak-Nya yang Satu, iaitu Allah SWT.

Semua kita dijadikan dari asas yang sama, iaitu dari tanah, setitis air benih, air mani dan segumpal darah. Justeru tiada apa yang membezakan kita pada pandangan-Nya, melainkan mereka yang bertakwa. Di atas prinsip takwa inilah dirangka prinsip Kepercayaan kepada Tuhan.

Walaupun kita ada Raja-Raja, kita ada undang-undang, kita ada penguasa yang menjaga keamanan, namun kepercayaan yang utama, harus kita asaskan kepada Allah, yang bagi orang-orang Melayu, mentaati Allah dengan mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam.

Di dalam Islam, tiada siapa yang maksum melainkan Nabi Muhammad s.a.w. Tiada siapa yang tidak boleh ditegur. Cuma Islam menekankan soal pendekatan dengan hemah dan hikmah.

Dalam konteks penghormataan dan ketaatan kepada Raja misalnya. Islam menggariskan dengan jelas bahawa, kalangan ahli agama, kalangan al-mala (pemimpin) terutamanya, mestilah mentaati mereka, selama-mana mereka tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat.

Misalnya jika Raja tidak solat, Raja meminum arak, Raja melakukan perkara-perkara yang maksiat kepada Allah, maka haram sama sekali mereka ditaati secara mutlak. Bagaimana kita boleh mentaati makhluk yang melakukan perkara yang dilarang Allah SWT?

Maka sebaliknya bagi Raja-Raja yang adil dan soleh. Selain mendapat penghormatan dan keampunan daripada Allah, mulia disisi Malaikat-Nya, malah mendapat sanjungan yang tidak berbelah bahagi dari kalangan rakyat. Raja sebeginilah yang kita idam-idamkan memayungi kita. Iaitu payungan mereka bukan sahaja di dunia, malah sehingga ke akhirat.

Dalam konteks politik di Malaysia, kita merasakan bahawa terdapat suatu situasi yang amat buruk apabila terdapat golongan yang memperalatkan Raja untuk kepentingan politik mereka.

Golongan ini adalah Umno. Merekalah yang mengkhianati Raja, tetapi mereka mendakwa mereka mendukung Raja. Merekalah yang merosakkan sistem negara dengan rasuah dan penggadaian Tanah Rizab Melayu, tetapi mereka berjaya berselindung di sebalik Raja.

Kita, rakyat jelata berasa terlalu kerdil untuk menasihatkan Raja-Raja, maupun memperingatkan semula sejarah hitam lampau mengenai kebiadapan melampau para pemimpin Umno mencaci hina institusi Raja-Raja Melayu yang dikenali sebagai Krisis Perlembagaan 1993.

Tetapi demi Allah dan demi Agama, Raja-Raja tak perlulah begitu sensitif dengan sebarang teguran dari rakyat, melainkan teguran itu menderhakai Raja-Raja.

Menderhakai itu membawa maksud menentang Raja-Raja, menentang Raja-Raja berperlembagaan, menghina Raja-Raja dengan perkara yang tidak betul, mempersoalkan kedudukan Raja-Raja seolah-olah Raja-Raja tidak dipertahankan oleh Undang-Undang dan Perlembagaan.

Selepas Pindaan Perlembagaan yang disetujui oleh semua Raja-Raja, kecuali keatas beberapa perkara yang khusus, Raja-Raja di Malaysia hampir menyamai Raja (Takhta) di England, iaitu berbentuk "ceremonial".

Pindaan Perlembagaan itu dipaksakan keatas Raja-Raja oleh Kerajaan Umno-BN dan semasa proses pindaan itu berlangsung seluruh jentera Kerajaan Umno-BN ketika itu mengambil sikap yang sangat biadap terhadap Raja-Raja dan kita masih ingat bagaimana PAS mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu,

Amat sedih dan pilu pada waktu itu bila membaca Utusan Malaysia dan Berita Harian yang begitu "kurang ajar" dan biadap tiada taranya terhadap Raja-Raja.

Tetapi kuasa politik berada ditangan Umno. Malangnya tiada Raja-Raja yang murka di atas tulisan-tulisan yang menghina Raja-Raja yang dipaparkan walau sehodoh manapun mereka memaki hamun dan menghina Raja.

Akhir kata, sekadar renungan buat Raja-Raja Melayu, dipaparkan gurindam Raja Ali Haji pasal yang kedua belas (gurindam XII):

Raja mufakat dengan menteri, seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja, tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat, tanda raja beroleh inayat.
Kasihkan orang yang berilmu, tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai, tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati, itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata, kepada hati yang tidak buta.

Wednesday, June 13, 2012

Derma terus ke Kelantan, tidak lantik pemungut individu

Kelantan tidak lantik pemungut derma untuk lebuh raya kata Husam
LEBUHRAYA KELANTAN : KELANTAN TIDAK LANTIK INDIVIDU PUNGUT DERMA.

13.Jun - KOTA DARULNAIM - Pengerusi Jawatankuasa perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan Dato' Husam Musa menjelaskan sehingga kini kerajaan tidak ada lagi perancangan untuk melantik mana-mana individu bagi menjalankan operasi memungut derma bagi Pembinaan Lebuhraya KB-KK tersebut.

Husam menjelaskan kerajaan tidak bertanggungjawab sekiranya ada berlaku individu yang mengaku mendapat sokongan kerajaan bagi pungut derma.

" Insya Allah rakyat Kelantan kini boleh menyalurkan terus derma kepada kerajaan melalui akaun Baldah Toyyibbah (Prasarana ) Sdn Bhd...jangan bagi pada orang yang ambil kesempatan ini"ujar beliau.

Sementara itu Husam juga menjelaskan terdapat beberapa syarikat Juruukur bertauliah yang ingin memberi sokongan dengan menjalankan kerja secara sukarela dan kini terdapat lapan firma Juru Ukur yang sanggup dan mereka akan diagih-agihkan kawasan bagi pengukuran tersebut.

Husam berkata demikian di sidang akhbar selepas mesyuarat Exco pagi tadi.

Usaha Pakatan Rakyat pulihkan ekonomi orang Melayu

Menemubual Rafizi di Shah Alam.
Ikuti wawancara wakil Harakah, MOHD RASHIDI HASSAN, WAN NORDIN WAN YAACOB dan WAN ZAHARI WAN SALLEH dengan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Mohd Rafizi Ramli di Plaza Perangsang, Shah Alam pada 7 Jun lalu.

HARAKAH: Sekarang ini kita memfokuskan isu Melayu, khususnya dalam isu ekonomi. Di mana rakyat, khususnya orang Melayu mahu mengetahui apakah bentuk kemerdekaan atau manfaat ekonomi yang mereka akan perolehi jika Pakatan Rakyat memerintah negara?


MOHD RAFIZI RAMLI : Saya ingin mengutarakan dua isu yang menyentuh rakyat, pertamanya harga kereta dan keduanya isu kadar bil elektrik yang membebankan. Dalam isu kereta, kita telah melihat bahawa harga kereta yang terlalu mahal memberi kesan yang besar kepada ekonomi rakyat kebanyakan di Malaysia. Ianya kerana duti eksais yang sangat tinggi antara 70 ke 100 peratus.

Dari segi kedudukan ekonomi keluarga Malaysia daripada paling miskin hingga pertengahan yang paling konsisten menekan rakyat ini ialah harga kereta, kesannya dua segi kerana pertamanya harga kereta ini secara prinsipnya tak betul yang Malaysia buat, separuh harga kereta yang dibayar kini adalah cukai, beli Waja RM60,000, cukai sahaja RM30,000 dan harga sebenarnya ialah RM30,000 sahaja.

Prinsip cukai ini kita hanya cukai orang yang ada pendapatan lebih, cara cukai eksais ini dikenakan oleh kerajaan Umno-BN ialah tidak kira miskin kaya semua kena cukai, secara moralnya lebih ramai yang miskin kena cukai yang menyebabkan masalah kedua iaitu ekonomi.

Apabila harga kereta dikenakan cukai, harganya akan mahal dan rakyat yang miskin terpaksa membuat pinjaman di bank. Pinjaman di bank akhir-akhir ini terlalu ketat, kadarnya RM1500 ke atas gaji bersih, dan bunganya dalam 3 hingga 4 peratus kadar tetap ianya lebih kurang 7 hingga 8 peratus pada kadar bunganya. Berbanding bunga yang kita bayar biasa. Caj untuk membayar kereta ini amat tinggi, dan rakyat kena pinjam duit pada kadar tinggi untuk membeli kereta.

Kita melihat kepada pendapatan isi rumah, rakyat terpaksa membayar dan menghabiskan wang pendapatan bulanan sehingga 30 hingga 40 peratus untuk membeli kereta sahaja. Tiada negara yang keluarganya pendapatan bulanan yang mana 30 hingga 40 peratus terpaksa membayar kereta sahaja. Jadi dari segi menambah baik kedudukan ekonomi rakyat jika kita tengok, masalah ekonomi ini jangan cakap pasal pertumbuhan seperti BN, kita tidak mahu bercakap seperti BN.

Secara logiknya jika kerajaan pentingkan rakyat ekonomi tumbuh rakyat dapat merasainya, namun di Malaysia ini ekonominya tumbuh rakyat tidak dapat merasai, gaji rakyat tidak naik, namun harga kereta dan harga barangan melambung naik semuanya yang menyebabkan rakyat hidup tertekan dan susah. Ada dua cara untuk kita bantu kedudukan ekonomi ini, sama ada kita naikkan gaji ataupun tengok kos yang mana dibayar yang tidak adil yang boleh dikurangkan atau dikaji semua supaya pendapatan ataupun duit poket rakyat akan bertambah kembali.

Maknanya bila bayar kereta ini separuh daripada pendapatan pergi ke situ?


Ya benar, sebabnya kita melihat dan jika kita mahu membantu keluarga rakyat dengan meningkatkan gaji serta-merta ini bukan suatu yang mudah, sebab mahu mempertingkatkan gaji ianya akan memberi kesan kepada majikan, dan mungkin ada majikan yang tidak akan ikut serta ada kemungkinan mereka ini akan menghadapi masalah.

Benar kita boleh laksanakan gaji minima tetapi kena ambil sedikit masa untuk lonjakan gaji ini. Cara terbaik ialah kita melihat kepada perbelanjaan negara yang besar kepada perkara yang tidak memberi kebaikan dan faedah kepada rakyat dan mana yang tidak patut dan konsesi yang tidak betul kita potong.

Sebab itu, kita menumpukan persoalan membela ekonomi rakyat ini kepada persoalan harga kereta untuk diturunkan. Seratus -peratus lebih mahal daripada harga sebenar, jadi jika kita kurangkan duiti eksais ini, dalam masa lima tahun 100 peratus harga kereta ini boleh dikurangkan, dan jika dapat diturunkan duti eksais ini, saya melihat bayaran bulanan kereta ini boleh dikurangkan kepada lebih separuh daripada harga yang terpaksa dibayar rakyat hari ini. Sebagai contoh Toyota Vios yang dipasang di sini, harganya antara RM70,000 ke RM80,000, sedangkan harga sebenarnya hanyalah sekitar RM30,000 ke 35,000 sahaja.

Jika sekarang ini tiap-tiap bulan orang muda yang baru beli kereta antara RM700 ke RM800 sebulan, jika duti dikurangkan maknanya mereka akan hanya membayar pada RM400 sebulan sahaja dan boleh menjimatkan RM400 sebulan. Penjimatan RM400 sebulan ini lebih sama dengan menaikan gaji RM400, namun untuk menaikkan gaji RM400 ini bukan mudah khasnya kepada syarikat swasta yang pastinya sukar untuk menimbang kenaikan sedemikian. Jadi jalan terbaik ialah mengurangkan kadar harga kereta dengan mengurangkan cukainya.

Kita menumpukan kepada mengurangkan kos, dan kereta ini mudah kita buat.

Apa kesan kepada industri perbankan dan apa kesan apabila ekonomi teruk, syarikat ini memberi ruang kepada pinjaman 10 hingga 12 tahun untuk pinjaman kereta?

Dengan mengurangkan duti eksais yang menjurus kepada harga kereta turun, paling enjoy ialah industri insuran di mana jualan kereta akan meningkat jika harganya diturunkan. Bila harga kereta turun, ia akan merancakkan.

Kesan kepada alam sekitar tetap ada kerana penambahan bilangan kereta.Kesan kepada perbankan pula ialah bank akan rancak kerana lebih ramai akan membeli kereta pertamanya, dan keduanya risiko hutang ini akan turun dan contohnya jika peminjam bergaji RM1,500 dan diluluskan pinjamannya, jika sebelum ini hanya dengan membeli kereta Perodua Kancil, peminjam terpaksa membayar pada harga RM400 hingga 500, ini risiko tinggi kepada bank, namun jika kadar harga kereta turun, pastinya pembayaran untuk harga kereta ini akan turun pada RM200 sahaja dan ianya akan menjadikan sesuatu pinjaman itu ialah pinjaman berisiko rendah. Hanya pada kadar 20 peratus sahaja kadar bayar kereta daripada pendapatan sebulan.

Semasa saya bekerja di United Kingdom selepas tamat belajar, saya dapat gaji tahunan antara 30,000 Pound dan harga kereta Fiat Punto pada masa itu hanya sekitar 9,000 Pound sahaja. Jadi bayaran bulanan hanya sekitar 200 Pound dan ianya hanya sekitar 10 hingga 13 peratus daripada gaji bulanan saya. Dalam ekonomi yang betul yang tidak sendeng seperti di Malaysia hari ini,  sepatutnya rakyat hanya membayar pada kadar 10 hingga 20 peratus sahaja bayaran bulanan hutang kereta daripada pendapatan bulanan yang diperolehi.

Bagaimana pula kepada Proton, sudah tentu akan terjejas?

Kita lihat Proton pun, ianya tidak dikecualikan daripada duti eksais, cukai kepada proton waja 70 hingga 80 peratus duti eksais dan 10 peratus duti jualan, sama harganya pada kadar kereta Toyota yang dipasang di Malaysia. Kadar harga keretanya sama sahaja tiada beza cuma perbezaannya ialah kualiti, yang Proton bimbang ialah bila Waja RM30,000 dan Vios RM35000, rasanya ramai yang akan membeli Vios sebab mutunya.

Bukan akan mewujudkan perbezaan harga yang ketara, cuma cabaran kepada proton ialah kena tingkatkan kualiti dan yakinkan rakyat untuk membeli keretanya dan membina kekuatan untuk hingga boleh dipasarkan ke luar negara.

Yang kedua bila Proton terpaksa bersaing dalam keadaan begitu dia tiada pilihan lain terpaksa cari jalan turunkan kosnya, jika nak pastikan orang ramai membeli Proton berbanding Vios.

Bila harga yang rendah rakyat akan untung,Proton ini harganya tinggi bukan kerana kos ia tinggi tetapi kerana kapasiti yang tidak terpakai. Semasa zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu, mereka berbelanja berbilion ringgit untuk membina Proton City di Tanjung Malim yang menyebabkan hari ini setiap unit Proton baharu yang dikeluarkan harus mengambilkira kos kapasiti yang tidak terpakai itu. Kapasitinya saya tidak ingat berapa juta setahun, tetapi kapasiti yang dipakai di situ sekitar 10 ke 20 peratus sahaja setahun.

Sebagai contoh RM35000 kos Proton Waja, lapan hingga sembilan unit adalah untuk menanggung kos kapasiti yang tidak terpakai. Masalah Proton dia telah membina kapasiti yang terlalu besar sedangkan yang beli hanya sekitar 15 peratus sahaja, sebab itu harga kos 35,000 lebih satu pertiganya ialah kos kapasiti tidak terpakai. Jika dia 'bingai' dan tidak ada usahasama dengan mana-mana pengeluar, ianya boleh  mengurangkan kos pengeluaran Proton. Jika buat begini, Proton tidak ada tempat untuk bergantung lagi. Sekarang ini Proton tidak bimbang sebab ada insentif daripada kerajaan.

Ada sesetengah pihak mendakwa, Proton tidak harus menjadi kebanggaan kerana tiada pemindahan teknologi, apa pandangan saudara?

Untuk berlaku adil kepada Proton saya tidak rasai komen itu adil, untuk menyatakan tiada transfer of technology ini tidak berapa betul sebabnya Proton masa sekarang ini boleh buat enjin sendiri. Soal kualiti ini bukan kerana apa, kerana vendor yang buat 'parts' yang 'bangang'.

Saya ambil masa yang agak panjang untuk study dalam kes Proton ini, nak sebutkan soal pertukaran teknologi ini sebenarnya kita ada Jurutera Proton yang cukup baik dan bagus. Cuma designnya memanglah kurang bagus dan tidak menarik berbanding Honda dan Kia sebagainya. Itu kelemahan Proton.

Masalah utama ialah kos yang tidak membolehkan dia menjual kereta pada harga yang rendah. Soal kosnya yang tinggi. Proton boleh buat kereta dan terpaksa serap kos yang tidak berguna ini sangat tinggi, dan apabila mereka jual Proton ke Indonesia sebagai contohnya, orang Indonesia tidak akan beli kerana harganya mahal dan lebih baik mereka membeli Kia.

Kita lihat Kia, bagaimana Kia boleh menembusi pasaran Malaysia. Orang beli Kia bukan kerana nampak cantik, tetapi harga murah dan apabila Kia meningkatkan designya, lebih ramai orang membeli kereta yang berasal dari Korea ini dan dia dapat market share.

Pasaran luar negara tidak berjaya ditembusi oleh Proton kerana harganya yang mahal. Proton kena bersaing dengan kereta murah seperti Kia dan Daewoo. Kerana bila kerajaan buat Proton City, ianya membebankan Proton yang terpaksa menyerap kos membina Proton City sejak dahulu lagi yang menghabiskan berbilion ringgit. Bukan soal jurutera kita ini tidak pandai tetapi persoalannya ialah Proton terpaksa menyerap kos penyelewengan yang bertahun lamanya.

Dah curi 5 hingga 6 bilion sampai dua tiga generasi akan tanggung kesannya. Harga kereta yang mahal dan tidak boleh dijual ke luar negara dan kosnya akan meningkat. Proton sukar buat design baharu kerana kosnya developmentnya agak tinggi hingga RM300 RM400 juta. Kalau tanya kepada juruteranya, kita tidak boleh buat design baharu kerana setelah kos pengeluaran yang mahal, market sharenya tiada akhirnya mereka kata teruskan dengan model lama untuk buat duit.

Jika nak kira design, jurutera kita cukup bagus. Saya tidak setuju dengan dakwaan tiada pemindahan teknologi. Kita tidak perlu kepada saintis yang terbaik untuk menghasilkan penyelidikan kereta yang bagus kerana kita bukan nak jadi seperti cuma yang diperlukan enjin dan bentuk yang baik, ini boleh dilakukan jurutera kita. Kereta ini ekonomi sosial.

Pandangan saudara..bagaimana hendak selamatkan Proton?

Dengan cara Proton dilatih dan dibawa berdaya saing dengan pasaran yang adil dan telus, itu sahaja cara untuk diselamatkan. Jika Proton terus dilindungi, dia akan tidak mampu bersaing dan menempa pasaran luar negara. Satu-satu cara buat begitu ialah pastikan dia bersaing dengan syarikat pengeluar lain, berbeza dengan Umno-BN, saya yakin jurutera Melayu kita di Proton boleh lakukan, cuma biarkan mereka ini buat keputusan tanpa campur tangan politik.

Setiap kali mereka buat model baharu, masalah besar ialah untuk melantik vendor, sebab jika kos untuk satu pintu ialah RM3,000 designnya, apabila dilantik vendor Umno ini, harganya akan naik hingga RM6,000 namun kereta masih tak laku sebab harganya mahal.

Isunya bukan soal kebolehan jurutera kita di Proton tetapi soalnya ada campur tangan politik. Yang penting bebaskan Proton daripada campur tangan politik, biar ia berdaya saing dan akhirnya boleh merendahkan harganya. Untuk Proton terus 'survive' tak ada pilihan lain sekarang ini ialah bersaing. Saya nak tegaskan bahawa jurutera kita ini di Proton cukup bagus dan boleh buat yang terbaik, cuma kena hapuskan campur tangan politik yang menyekat kreativiti mereka ini untuk buat yang terbaik.

Beralih kepada isu tarif elektrik, rakyat jelas terbeban, bagaimana hendak merungkainya?


Soal kadar elektrik yang membeban rakyat hari ini, bilnya yang dibayar rakyat sekitar RM70 ke RM80 dahulu ianya naik dua kali ganda, sebabnya ialah IPP ini. Jika kita mansuh atau rombak semula perjanjian dengan IPP ini, ianya boleh mengurangkan kadar hingga separuh daripada kadar sekarang ini.Soal IPP ini independent power producer (IPP) ini di mana-mana negara ada IPP, kita tidak menentang kewujudan IPP ini, namun apa yang kita tentang ialah perjanjian konsesi yang mencekik darah rakyat. Perjanjian konsesi IPP ini hanya helah untuk mengkayakan kroni sahaja.

Jika kita nak berharapkan kepada satu sahaja IPP, ia tidak rasional, adalah lebih baik adakan banyak IPP. Namun apa yang berlaku di Malaysia ini, perjanjian dengan IPP ini berat sebelah, dan ianya hanya untuk memberikan pemilik IPP ini wang dengan mudah.

Bagaimana ia berlaku?


Perjanjian generasi pertama terlalu zalim kepada rakyat dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). IPP tidak menanggung harga bahan api, sebagai contohnya ia dapat subsidi gas dan minyak yang percuma.Yang tanggung Petronas dan TNB. Sebab itu, naik atau tidak harga minyak ini IPP tetap buat untung berbilion ringgit.

Seterusnya atas alasan, IPP kononnya dah laburkan duit, ia perlukan pulangan tetap sama ada TNB pakai atau tidak, atas dasar IPP dah wujud ianya perlu dibayar.

Seterusnya kadar bayaran bulanan terlalu tinggi, kadar yang TNB bayar kepada IPP ini terlalu tinggi, sedangkan akhirnya TNB ini jual eletrik kepada rakyat, TNB terpaksa mengambilkira semua kos membayar IPP dan sebagainya untuk menentukan tariff elektrik kepada rakyat. Jadi sebab itulah tarifnya tinggi sebab TNB terpaksa bayar tinggi kepada IPP ini.

Tambahan lagi bukan sahaja TNB perlu bayar, tetapi Petronas pula kerugian RM20 bilion setiap tahun kerana subsidi bahan api kepada IPP ini. Yang rugi ialah Petronas dan TNB memandangkan terpaksa menanggung beban dengan perjanjian IPP ini.

Yang untung ialah IPP, IPP pula jual elektrik kepada TNB dan dengan Petronas ini dia makan dengan kaedah dapat gas dan minyak pada harga rendah. Ini satu kaedah yang dibuat pada zaman Tun Mahathir yang sangat jahat, dan untung kepada IPP sangat tinggi. 10 manusia terkaya di Malaysia ini yang kaya kerana IPP antaranya Ananda Krishnan kaya kerana diberikan IPP oleh Tun Mahathir.

Seperti YTL juga, dia dahulunya satu syarikat pembinaan yang kecil, dia kaya selepas diberikan IPP oleh Mahathir dahulu.

Bagaimana kita hendak membantu rakyat dalam hal ini?

Mengapa perjanjian IPP ini dipertahankan oleh Umno-BN, ini harus dikaji.

Bagi saya, Pakatan Rakyat jika diberi mandat memerintah, boleh berunding untuk mengkaji semula perjanjian konsesi ini. Kita tidak batalkan kontrak tetapi kita rundingkan untuk dia bertolak ansur.

Jika IPP tidak mahu kita juga boleh kenakan cukai laba, iaitu cukai Winfall Tax apabila sesebuah industri itu membuat untung terlalu banyak yang tidak menguntungkan rakyat, ini dikenakan cukai, dan duit itu diambil untuk turunkan tarif
elektrik.

Ada yang mengatakan harga elektrik Malaysia dah cukup baik, cuba bandingkan dengan Thailand, kadarnya jauh lebih rendah. Dr Mahathir ada sebut bahawa kononnya kadar elektif di Malaysia ini rendah, dan subsidi yang diberikan Petronas kepada IPP ini menyumbang kepada harga tarif yang rendah.

Ini satu yang tidak betul dan ini penipuan kerana rakyat memang tidak dapat keuntungannya kerana subsidi hanya dinikmati oleh IPP sahaja. Bila kita bandingkan kadar 1 kilowat dengan Thailand yang tiada subsidi jauh Thailand lebih rendah.

Di Thailand, IPP nya membeli gas dan bahan api pada kadar harga pasaran tetapi kadar satu kilowatnya jauh lebih murah daripada kita. Ia berbeza dengan Malaysia. Subsidi di Malaysia sangkut masuk ke poket kroni.

IPP ini makan depan belakang.Setiap bulan, TNB terpaksa bayar kepada IPP berjuta ringgit. Ada yang mendakwa bekas PM ada sahamnya melalui proksi dalam syarikat IPP. Jadi satu kajian semula kepada perjanjian konsesi ini harus berlaku dan itu azam Pakatan Rakyat apabila memerintah kelak.

Monday, June 11, 2012

Isu Bukit Kepong: Saksi polis minta bebaskan Mohd Sabu

Buku Yayasan Johor yang mengiktiraf perjuangan Mat Indera.
PULAU PINANG: Perbicaraan kes Mohamad Sabu yang didakwa kerana dikatakan memfitnah polis Bukit Kepong di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaaan menyaksikan kegemparan apabila pengadu kes tersebut beberapa kali meminta maaf kepada beliau dan meminta Mahkamah membebaskannya dari pertuduhan.

Saksi pendakwa tersebut Visvanathan a/l Muthu iaitu seorang pesara polis yang memberi keterangan beliau hari ini berulang-ulang kali meminta maaf kepada Mohd Sabu sambil mengangkat tangannya kepada Mohd Sabu dan meminta mahkamah membebaskan beliau.

Beliau berkata demikian apabila di soal balas secara panjang lebar oleh peguambela Mohd Sabu, Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Sesyen hari ini.

Semasa pemeriksaan balas tersebut beliau mengakui bahawa laporan polis yang beliau pada 27 Ogos 2011 adalah semata-mata berdasarkan laporan Utusan Malaysia pada tarikh yang sama.

Berikut adalah antara lain petikan soal balas Hanipa dengan saksi tersebut.

Soalan peguambela (S): Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mohd Sabu?
Jawapan saksi(J): Ya, setuju.

S: Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mohd Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mohd Sabu kata?
J: Ya. Setuju.

S: Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mohd Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mohd Sabu kata?
J : Ya, setuju.

S : Mohd sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?
A : Betul.

S: Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mohd Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul?
J : Ya, setuju.

S : Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mohd Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mohd Sabu dalam laporan polis kamu?
J : Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mohd Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).

S : Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mohd Sabu, kamu masih mahu 'stick' kepada apa yang kamu katakan?
J : Tidak, saya mahu minta maaf pada Mohd Sabu dan 'he is now my brother'. Saya mahu Mohd Sabu dibebaskan.

S: Kamu kata Mohd Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mohd Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada?
J :Saya tidak boleh jawab soalan itu.

S: Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?
A: Setuju.

Saksi juga mengakui dia tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila terus ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"

Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama.

Apabila disoal semula oleh pihak pendakwa saksi sekali lagi meminta maaf pada Mohd Sabu dan berkata beliau menyesal (kerana buat laporan polis ke atas Mohd Sabu).

Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut dilihat berjalan menuju ke kandang Mohd Sabu dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi.

Kes kemudiannya ditangguhkan ke 13,16 dan 17 Julai depan kerana Hanipa memaklumkan mahkamah bahawa Mohd Sabu sedang menunggu tarikh rayuannya di Mahkamah Rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang enggan membatalkan pertuduhan ke atas beliau.

Mohd Sabu diwakili oleh Mohamed Mohamed Hanipa Maidin, Amin Zulkifli dan Nasar Khan manakala Encik Husaini mewakili pihak pendakwa.

Pandangan Mohamad Sabu mengenai isu Syria

OIC mesti bentuk pasukan penyiasat di Syria

Oleh MOHAMAD SABU
Timbalan Presiden PAS

Ada perkara-perkara yang pelik kita lihat berlaku di Syria ini, pertama kedudukan Syria. Ia adalah satu-satunya negara yang memberi pelindungan kepada puak-puak yang berperang dengan Israel, terutamanya Hamas, Jihad Islam dan Hizbullah serta beberapa kumpulan Palestin aliran kiri.

Kebanyakan kumpulan ini, adalah gerakan yang dibenci Amerika Syarikat dan Israel, diberi pelindungan dan berpangkalan di Damsyik.

Syria tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, tetap negara-negara Arab kebanyakannya ada hubungan dengan diplomatik dengan Israel. Seperti Mesir dan Jordan. Arab Saudi terutamanya, kita tahu amat rapat dengan AS.

Kita pergi kepada kejadian yang terbaru. Pembunuhan kanak-kanak dan orang ramai berlaku sehari sebelum Kofi Annan melawa Damsyik. Perbuatan itu, apakah ianya menguntungkan kerajaan Syria atau puak penentang. Sudah tentu ia menguntungkan puak penentang yang menggunakan senjata melawan kerajaan.

AS menggunakan isu pembunuhan ini . Arab Saudi dan Qatar memainkan peranan yang hebat untuk menjatuhkan kerajaan Bashar Asad. Sedangkan sehingga sekarang ini hari-hari AS mengebom umat Islam di Afghanistan, yang menyebabkan kematian ramai rakyat termasuk kanak-kanak, di mana suara Arab Saudi, Qatar dan negara Arab yang lain?

Kita tidak mahu AS campurtangan di Syria, seperti yang berlaku di Afghanistan dan Iraq.

Kita lihat apabila berlaku pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin, termasuk di Shabra dan Shatilla sebelum ini, AS tidak berbuat apa, malah menggunakan kuasa veto melindungi Israel.

Kita lihat di sini, perlu satu jawatankuasa berkecuali di bawah OIC untuk menyiasat, siapakah yang melakukan pembunuhan ini. Dan juga kejadian yang sama berlaku ketika PBB sedang bersidang di antaranya untuk membuat hukuman ke atas Syria. Ia menjadi suatu perkara yang pelik jika ia dilakukan oleh kerajaan yang memerintah kerana ia hanya akan lebih memburukkan keadaan.

Bagaimanapun kita mesti bersikap terbuka. Biar penyiasat bebas menyiasat pembunuhan yang berlaku.

Saya mencadangkan salah seorang anggota yang harus menduduki pasukan penyiasat bebas antarabangsa itu, di antaranya adalah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, kerana ketegasan beliau yang berkecuali dalam mencari kebenaran, tanpa menyokong mana-mana pihak, sama ada Bashar atau kumpulan yang didokong AS.

Di sinilah saya lihat, isu Syria ini sudah menjadi complicated kerana campurtangan asing, sudah sampai ke peringkat Arab Saudi mengaku memberi senjata kepada pemberontak dan sebagainya. Soalnya, kenapa negara-negara Arab tidak membekalkan senjata dan sokongan hebat kepada Hamas yang berperang melawan Israel?

Tetapi mengapa negara-negara Arab ini begitu beriya-iya menentang Bashar Asad? Ini pokok persoalannya. Jangan double-standard. Kerana mereka ini berperang tanpa mengikut peraturan Islam dan peraturan Geneva.

Kita tegaskan pendirian kita mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan itu, sama ada dilakukan pihak kerajaan Syria, mahu pun pemberontak. Tiada kompromi kepada kezaliman.

Justeru, saya menggesa OIC menubuhkan satu jawatankuasa penyiasat berkecuali untuk menyiasat kejadian pembunuhan di Syria.

Sunday, June 10, 2012

Ucapan DSAI dalam Dialog Agenda Ekonomi Malaysia di Dewan Sivik MBPJ pada 9 Jun 2012

Timbalan Presiden PAS bidas Menteri IPT

Minum bersama Abg Mohd Sabu & Tajudin

Umno-Barisan Nasional patut malu kerana mempunyai Menteri Pengajian Tinggi yang amat bodoh dan tidak cerdik kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, ketika ditemui.

Katanya, amat tidak wajar apabila Dato' Seri Khaled Nordin mencabar kerajaan Selangor memberi pendidikan percuma kepada rakyat Selangor.

"Ini satu cabaran yang bodoh. Dia mesti bandingkan 'apple to apple'. Misalnya Johor boleh mencabar Selangor. Negeri Sembilan boleh mencabar atau mana-mana kerajaan negeri.


"Supaya rakyat boleh membuat perbandingan negeri mana yang lebih baik dasar pendidikannya. Bukan kerajaan pusat cabar kerajaan negeri," ujar beliau.


Tegas beliau, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor boleh memberikan pendidikan percuma jika semua cukai yang dipungut kerajaan pusat, dibayar kepada kerajaan negeri.


"Misalnya cukai pendapatan, cukai jalan dan lain-lain, jika ianya dibayar kepada Selangor, saya yakin rakyat akan mendapat pendidikan percuma," kata Mohamad.


Timbalan Presiden PAS itu menegaskan pendirian Pakatan Rakyat yang berhasrat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat jika menguasai Putrajaya.


Seperti juga katanya dalam isu tol. Pakatan Rakyat tidak boleh menghapuskan tol yang merentasi negeri Selangor, selagi tidak menguasai kerajaan pusat.


Sebab itu katanya, cabaran Menteri IPT terhadap Selangor merupakan tindakan yang amat bodoh dan tidak masuk akal.


"Khaled tidak layak menjadi Menteri IPT, beliau harus masuk kelas pendidikan di tahap yang lebih rendah," tegas beliau.

Thursday, June 07, 2012

Himpunan Hijau langkah gagah PAS ke Putrajaya

Tiada sebab untuk PAS menoleh kebelakang. Tiada sebab untuk PAS berasa dirinya lemah. Tiada sebab untuk PAS berasa ianya masih belum mendapat sokongan kukuh orang Melayu.

PAS berada dalam pentas politik sudah lama. Berada di tahap yang begitu matang, bukan alasan PAS harus berbangga atau sebaliknya. Sebagai sebuah parti yang mengasaskan perjuangannya dengan asas Islam, PAS yakin dengan janji Allah. Janji Allah bahawa golongan Islam akan mencapai kemenangan menewaskan golongan yang ingkar.

Kemenangan akhirnya akan berpihak kepada Islam. Justeru, PAS yakin bahawa akidah yang PAS pegang adalah benar, perjuangan yang PAS dukungi badalah benar. Dan PAS yakin bahawa persefahaman yang PAS wujudkan bersama-sama parti rakan dalam Pakatan Rakyat adalah bertepatan dengan Islam.
Ianya berasaskan kepada tahaluf siyasi yang dirangka mengikut kaedah syarak.

PAS yakin bahawa pendekatan PAS dalam persoalan politik selama ini, adalah pendekatan yang benar, pendekatan yang diredhai Allah SWT kerana ianya berasaskan kepada hujah nas dan syarak.

Justeru, seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong PAS, tidak harus berasa gentar, tidak harus berasa goyah dengan dakwaan bahawa persefahaman kita dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat tidak bertepatan dengan kehendak agama.

Himpunan Hijau menuju ke Putrajaya pada 1 Jun 2012 di Stadium Darul Aman, Alor Setar adalah bukti segala-galanya.

Ianya membuktikan bahawa, PAS adalah sebuah parti Melayu-Islam yang terbesar dalam negara. Ianya bukti PAS adalah parti yang kuat dan mendapat sokongan besar rakyat, khususnya dari kalangan orang-orang Melayu.

Himpunan Hijau yang berjaya menghimpunkan ratusan ribu pemimpin, ahli dan penyokong, membuktikan bahawa PAS bukannya parti yang calang-calang untuk di pandang enteng.

Himpunan Hijau merupakan iltizam seluruh kepimpinan dan penyokong PAS, bahawa tekad utama mereka adalah untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Himpunan Hijau membuktikan bahawa PAS berada di dalam gelanggang politik dalam keadaan gagah dan bersedia untuk mengharungi segala rintangan dan badai.

Manakala lawannya Umno-BN, tidak harus menafikan bahawa mereka berasa amat gerun dengan kekuatan PAS, serta kesepaduan Pakatan Rakyat, sehingga ada pemimpin mereka yang mengatakan bahawa PRU ke-13 ini, merupakan penentu hidup mati Umno.

Bagi PAS, orang-orang PAS yang sama tekadnya dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, azam PAS pada PRU ini, tidak dapat tidak adalah untuk menumbangkan Umno-BN.

Tiada istilah hidup buat Umno dalam politik Malaysia. Tiada jalan lain untuk memulihkan demokrasi, memulihara sistem politik, menyelamatkan negara dari kebangkrapan, selain melenyapkan Umno dari tampuk kuasa dalam negara.

Keyakinan rakyat, yang memberi kepercayaan kepada PAS serta rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat menguasai lima negeri pada PRU 2008, terus subur dan mekar.

Keyakinan dan kepercayaan rakyat bahawa PAS dan Pakatan Rakyat berjaya menjalankan urustadbir negeri dengan baik dan cemerlang, tidak sesekali dapat digoyahkan Umno-BN.

Pemimpin-pemimpin Umno-BN yang tidak berhenti-henti menyerang Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor dianggap sebagai 'riuh murai, tetapi ekor bersepah dengan najis' apabila, negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka jatuh terjelepuk ke lembah kebangkapan.

Dabik dada mereka bahawa merekalah parti pentadbir yang baik sudah tidak kedengaran, ego mereka bahawa mereka pandai mengurus ekonomi negeri dan negara sudah dipadamkan. Yang tinggal bagi Umno-BN, hanyalah politik air liur dan retorik palsu.

Semakin bongkak mereka melaung, semakin banyak salahlaku, penipuan, rasuah, skandal dan penyelewengan pemimpin-pemimpin Umno-BN terbongkar satu persatu.

Manakala negeri-negeri yang dikuasai PAS seperti di Kelantan, sudah menjangkau 22 tahun, sehingga hari ini diisytihar bebas dari rasuah. Selama empat tahun pemerintahan di Kedah, juga bebas rasuah. Samalah seperti di Selangor dan di Pulau Pinang.

Justeru kita amat yakin bahawa fenomena kebangkitan rakyat pada PRU 2008 dan perjuangan bersama Pakatan Rakyat adalah suatu kebenaran, yang bakal memacu kepada perubahan besar dalam negara pada PRU ke 13 nanti.

Ia adalah peluang terbaik rakyat untuk menumbangkan BN dan menggantikannya dengan Pakatan Rakyat, dengan PAS, salah sebuah parti utama yang menunjangi kerajaan baru Malaysia. Hidup Islam! Hidup PAS!