Wednesday, June 17, 2009

Syarat Mustafa Ali - mahu libat sama PKR, DAP dlm hal kerajaan perpaduan

Laporan mstar online..

PAS meletakkan syarat baru dengan menegaskan sebarang perbincangan mengenai kerajaan perpaduan bersama Umno-BN perlu melibatkan komponen Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, BN perlu faham konsep kerajaan perpaduan yang sebenar iaitu perlu melibatkan parti-parti politik utama.

"Kalau nak buat kerajaan perpaduan, semua parti politik perlu terlibat.

"Oleh itu bincang dengan PAS sahaja untuk buat kerajaan perpaduan tak tepat," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang menaruh keyakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang dicetuskan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

No comments: