Wednesday, June 17, 2009

Nik Aziz suruh Nasa masuk Umno? Serius ni...

Laporan Bernama..

Nik Aziz minta Nasharudin lepas jawatan
KOTA BAHARU 17 Jun — Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik hari ini meminta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Ahli Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

“Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada Pas, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda Pas mahupun dalam kertas pakatan pembangkang.

“Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk UMNO, letak jawatan timbalan (presiden Pas) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini. - Bernama



Laporan mstar online..

KOTA BAHRU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abduk Aziz Nik Mat menggesa Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa keluar parti itu dan sertai Umno ekoran isu perbincangan kerajaan perpaduan PAS-Umno-BN.

Nik Aziz juga merupakan Mursyidul Am PAS.


SMS Star..

17/6 Kelantan MB Nik Aziz asks PAS deputy president Nasharuddin Mat Isa to quit PAS and join Umno over the issue on unity government talks/STAR

1 comment:

Lancang said...

Apa pulak ni TGNA? tak kan lah sampai nak halau Ustaz Nasharuddin keluar dari PAS.

Kalau ye pun marah sangat, jangan sampai terhambur suara-suara yang tidak berapa sedap didengar. Ingatlah bahawa Tuan Guru kononnya banyak dihormati rakyat. Nanti terserlah secara terang akan pernagai buruk Tuan Guru.

Banyak bersabar dan berastarafar selalu. Saya cadangkan suapaya TGNA panggil sahaja Ustaz Nasharudin datang jumpa dan minta dia secara baik letak jawatan. Tak perlulah nak tunjuk bengkeng depan surat khabar.

Saya ini orang yang tak dalam ilmu agama tapi tak lah bodoh sangat pasal Islam.

Harap maaf jika cakap terlebih sikit hingga menyinggung hati TGNA.

Lancang Biru.