Thursday, June 04, 2009

Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang



Harakahdaily melaporkan seperti berikut:

PAS tidak akan bersama Umno, tegas Ustaz Nasharudin
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa menegaskan kepimpinan PAS menolak dakwaan bahawa PAS akan bersama Umno.

Sebaliknya beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai satu spekulasi pihak tertentu sahaja.

Demikian kata Nasharudin ketika menjawab soalan bertalu wartawan ketika mengadakan didang media selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS ke-50 di Markas Tarbiyyah PAS Taman Melewar malam tadi.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Timbalannya, Ustaz Nasharudin Hassan@Tantawi dan Setiausaha Pemuda, Ahmad Sabky Yusof.

Nasharudin juga menangkis dakwaan apabila diajukan soalan bahawa apa yang disebut dalam ucapan perasmian Muktamar Pemuda PAS mengenai penafian PAS akan bekerjasama dengan Umno sebagai satu strategi 'self defence' tatkala kerusinya dicabar beberapa calon Timbalan Presiden.

Sebaliknya beliau menyatakan ia adalah keputusan setakat ini bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno, sebaliknya memainkan peranan dalam Pakatan Rakyat.

Beliau juga menyentuh apa yang disebut dalam ucapan perasmian mengenai persoalan melihat Umno-BN bukan pada kelemahan tetapi kelebihan.

Katanya, kenyataan itu sebenarnya menjurus ke arah agar ahli dan seluruh kepimpinan PAS sedar akan perlunya usaha meningkatkan prestasi bagi mengatasi kelebihan yang ada pada parti lawan.


Sudah dijangka Nasa akan menggunakan platform Pemuda untuk menangkis dakwaan bahawa beliau adalah antara engineer utama untuk bekerjasama dengan Umno.

Selama ini Nasa hanya mendiamkan diri daripada menjawab sebarang dakwaan yang ditujukan kepadanya. Ramai rakan-rakan wartawan merungut kerana dalam sebulan dua ini, cuba menemuramah beliau, mendapatkan kenyataan, menelefon dan menghantar SMS, semuanya tidak dijawab beliau.

Tujuan apa beliau berbuat demikian tidaklah dapat dipastikan. Mungkin berdiam diri juga salah satu di antara strategi beliau.

Atau mungkin juga beliau tidak tahu hendak menjawab apa, bila soalan-soalan mengenai hubungan beliau dengan Umno ditanya bertalu-talu. Seperti makluman rakan wartawan kepada saya, beliau banyak menjawab no comment bila soalan sebegitu diajukan.

Itu hak Nasa, sama ada dia nak jawab atau tidak. Namun yang harus difikirkan secara rasional, adakah rakan-rakan pemimpin yang menentangnya bagi jawatan Timbalan Presiden, terlalu bodoh dan terlalu jahat menabur fitnah terhadap beliau?

Maaf, saya tidak fikir Husam Musa dan Mohd Sabu beliau 'laeh' dan dangkal. Mereka keduanya adalah tokoh, negarawan dan ahli politik yang jauh lebih matang dan bijak daripada Nasa.

Secara peribadi saya menolak dakwaan yang mengatakan pihak lawan Nasa membuat fitnah atau kelompok penentang Nasa menjaja fitnah. Mereka adalah Naib-Naib Presiden PAS dan AJK PAS Pusat, yang sudah semestinya tahu dan arif dengan apa yang berlaku dalam parti.

Dan sebagai aktivis Islam, mereka juga cukup matang dan amat-amat memahami bahawa fitnah itu sesuatu yang dilarang dalam Islam.

Soal sejauhmana hubungan Nasa dengan pemimpin Umno, beliau sendiri yang mengetahuinya. Namun, sesiapa pun jika melihat atau mengetahui Nasa terlalu kerap berjumpa atau berhubung, sudah tentu tidak boleh dihalang jika mereka mempunyai persepsi negatif terhadap Nasa.

Orang tidak hanya menilai apa yang kita cakap, orang lihat apa yang kita buat.

Nasa menang tahun 2005 daripada Hassan Shukri semata-mata kerana nasib, bukan karisma atau kredibiliti. Nasa menang daripada ditentang oleh Harun Taib pada 2007 juga kerana nasib.

Sedangkan dari segi pengalaman, ilmu dan sebagainya Hassan dan Harun jauh lebih hebat daripada Nasa.

Kenapa harus kita kasihan kepada Nasa, sedangkan pada tahun 2005 dia menentang Hassan, tanpa memikirkan hati dan perasaan orang tua itu? Mengapa tidak difikir apa perasaan Harun ketika tewas ditangan Nasa pada 2007?

No comments: