Saturday, June 20, 2009

Harap PAS tak pecah - Makbulkah doa Hishammuddin Hussein?

Malaysiakini melaporkan:

Hisham doa PAS tidak berpecah

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau tidak mahu PAS berpecah dalam isu perbincangan kerajaan perpaduan antara kedua-dua parti itu.

“Saya berharap tidak berlaku perpecahan berhubung sokongan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa terhadap kerajaan perpaduan dengan Umno,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Umno di ibu negara hari ini. (19 Jun).

Bagaimanapun, kata Hishammuddin, jika ada syarat dan perbincangan itu tidak dapat diadakan, maka ia tidak bermakna Umno dan BN tidak boleh meneruskannya mengikut caranya.

“Perbincangan mengenai perpaduan, menurut pendapat saya adalah baik dan diharap ia menjadi kenyataan.

“Jika perbincangan ini menjadi kenyataan, Alhamdulillah. Saya tidak mahu Umno berpecah. (Dan) mengapa (pula) saya mahu melihat PAS bergaduh sesama sendiri.

Hishammuddin menambah “cukup-cukuplah berpolitik kerana saya rasa orang sudah muak dengan politik setiap hari".

Katanya, apa sahaja isu mengenai kerajaan perpaduan, BN akan memastikan visi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi kenyataan.

"Dalam Umno, kita telah melakukan perubahan iaitu pindaan perlembagaan, jadi kita tidak membuat kenyataan yang retorik, (tetapi) kami sudah bertindak.

"Dalam masa yang sama, kita telah bekerja ke arah misi dan visi perdana menteri supaya menjadi visi yang lengkap,” katanya.

No comments: