Sesi wacana PRU dengan PAS Selangor |
JAAFAR SHAMSUDDIN : Assalamualaikum. Yang saya muliakan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman dan rakan-rakan sekalian daripada PAS negeri dan daripada pihak Harakah. Jadi hari ini saya bersama-sama dengan PAS selangor ingin memberikan maklumat-maklumat tambahan yang membuktikan bahawa daftar pemilih Selangor selepas 2008 pilihan raya umum ke 12 itu mempunyai beberapa sifat yang kita katakan tidak bersih. Yang pertama terdapat banyak pengundi-pengundi yang didaffarkan ini, bukan pemaustatin, didaftarkan baru.
Pemilih-pemilih baru itu bukan pemaustatin. Maknanya tidak tinggal di kawasan yang didaftarkan. Ini dibuktikan dengan kerja semakan, bantahan dalam suku tahun-suku tahun. Semenjak kita mula melibatkan secara yanglebih bersungguh-sungguh melalui petugas-petugas kita yang ada di seluruh parlimen di Selangor.
Kita membuktikan bahawa bantahan kita berasas. Walaupun ada beberapa bantahan yang kita buat itu dari segi tempat lain, ada setengahnya ditolak.
Lebih 90 peratus daripada bantahan yang kita buat kerana pengundi baru itu tidak tinggal di tempat yang didaftarkan atau di alamat itu tidak sah. Kerana mereka tidak adil bila SPR mengadakan perbicaraan awam, bakal pemilih yang dibantah itu tidak hadir.
Ini menandakan bahawa dia bukan pemaustatin dan bantahan kita diluluskan ataupun diterima. Itu kriteria yang pertama.
Kriteria yang kedua, alamat tidak ada. Alamat tidak ada ini masih lagi merupakan suatu perkara yang tidak dapat dilaksanakan oleh SPR. Dalam pertemuan kita dengan SPR di Putrajaya, kita minta supaya dalam buku daftar ini diberikan alamat tapi SPR masih lagi tidak dapat menunaikan tuntutan kita supaya nak menunjukkan bahawa daftar pemilih yang akan digunakanpada pilihan raya yang akan datang itu bersih bahawa alamat ini kena ada. Jadi alamat tidak ada.
Kriteria yang ketiga, dalam satu alamat ini terdiri daripada bakal-bakal pemilih yang begitu ramai. Dalam laporan yang kita sediakan di sini, menunjukkan lebih daripada tujuh orang dalam satu rumah didaftarkan sebagai pemilih baru. Cuba tuan-tuan bayangkan, tiba-tiba ada tujuh orangatau lebih daripada itu, didaftarkan sebagai pengundi baru di alamat ini. Dan yang keempat, masih kita menegaskan bahawa ada beberapa alamat yang digunakan tidak sama sekali wujud di tempat yang berkenaan. Premis itu tiada.
Misalnya, Jalan 7 Shah Alam no. 14, sedangkan di situ hanya ada tiga buah sahaja. Jadi tiada. Tidak wujud rumah, tidak wujud premis tetapi alamat ini digunakan.Kriteria yang kelima yang menunjukkan pendaftaran daftar pemilih yang kotor ini adalah nombor kad pengenalan lama yang sama. Ada di dalam ini. Saya rasakan pihak Harakah boleh menggunakan bukti-bukti ini dan kita ada banyak bukti lagi.
Di muka surat di dalam sana (merujuk dokumen fakta dafar pemilih yang kotor), bahawa pemilih yang menggunakan kad pengenalan berganda (kad pengenalan lama) dalam itu, Hussin Bin Jamil A 2042851 (kad pengenalan lama). No kad pengenalan barunya 711027-10-6007 dan kad pengenalan baru yang lain, Hussin bin Jamil berbeza pula, sedangkan tarikh lahirnya sama. Jadi ini cukup meragukan. Kad pengenalan lama sama. Kad pengenalanbarunya tidak sama tetapi tarikh lahirnya sama. Satu mengundi di Tanjung Karang. Satu lagi mengundi di Kota Raja. Orang ini kita nak jaga. Elok kita dedahkan, kalau ini satu-satunya bukti yang kita dah hantarkan laporan.
Saya beritahu bahawa PAS Selangor telah menghantar sejumlah lebih daripada lebih 300 nama di antara mereka yang mempunyai kad pengenalan berganda.Ini yang saya kemukan secara lisan bersama dengan laporan kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof sendiri, yang mengatakan mengapa ada dua nama,dua pengundi ini yang kad pengenalan lamanya sama, kad pengenalan barunya berbeza dan mengundi di dua tempat yang berbeza. Ini cukup meragukan, saya tidak mengatakan dua orang ini adalah individu yang sama tetapi cukup meragukan untuk kita membuktikan bahawa daftar pemilih Selangor ini cukup tidak bersih walaupun mereka menafikannya.
Yang keenam, nama yang pelik-pelik masih lagi wujud atau kita dapat cari sekarang dalam daftar pemilik induk sendiri bukan sahaja dalam rang pendaftar tapi dalam daftar pemilih induk seperti yang ada di dalam ini iaitu nama-nama yang pelik tadi seperti Koma, Ayang, Sultan, Raja, Mc dan Mu.
Jadi nama-nama kelab bola sepak pun ada didalam daftar pemilih ini. Boleh jadi dia orang ini ini orang England yang mengundi di Selangor. Jadi ciri-ciri pengundi yang mempunyai nama-nama pelik ini masih lagi wujud. Itu ciri keenam tadi. Yang kita mengatakan bahawa daftar pemilih ini tidak bersih kerana nama-nama ini pelik bukan sahaja tiada bin atau anak laki atau anak perempuan. Tapi nama yang seperti simbol, yang seperti singkatan gelaran kita juga dipanggil.
Yang terakhir pula, hari ini saya membawa bahan-bahan bukti daripada laporan polis iaitu bahawa pemindahan-pemindahan ini berterusan sehingga sekarang, pemindahan pengundi di Selangor ini dipindahkan sama ada dipindahkan daripada tempat daerah mengundi ke daerah mengundi yang lain atau ke DUN yang lain atau ke parlimen yang lain atau ke negeri yang lain dalam Malaysia dan ini berlaku.
Saya meminta pihak jentera pilihan raya Tanjung Karang yang diketuai oleh Mislan untuk membuat laporan polis semalam iaitu yang pertama, Zainuddin Bin Mokhtar dan yang kedua Muhammad Yusof bin Iman. Mereka ini daripada Tanjung Karang dan di hantar ke Pahang. Ini disahkan oleh daftar pengundi SPR online.
Yang pertama sekali pemindahan. Pemindahan ini selain bukti yang kita buktikan melalui laporan polis, kita mengesahkan bahawa ini ini adalah maklumat rasmi SPR Selangor. Dalam laporan rasminya, mengatakan bahawa penolong pendaftar pemilih baru SPR yang dilantik bagi pihak kerajaan. Bukan daripada wakil parti politik. Ini daripada jabatan kerajaan yang mana 54 nama yang telah diberhentikan kerana mereka bukan mendaftarkan pemilih baru tetapi mereka memindahkan pengundi-pengundi ini daripada tempat asal tanpa permohonan pengundi-pengundi itu sendiri. Yang melakukan perkara ini adalah wakil daripada jabatan kerajaan (KEMAS).
Ini disahkan sendiri oleh SPR selangor (maksudnya ada dokumen). Walaupun dokumen ini kita dapat secara sulit namun tidak perlulah ianya dinyatakan. Mereka menyatakan tidak berpuas hati terhadap beberapa penolong pendaftar wakil daripada jabatan kerajaan. Ini bukan dari PPP (parti politik), yang mengesahkan bahawa kerja itu merupakan suatu kesalahan dari segi tugas yang sepatutnya diberikan oleh SPR Selangor khasnya.
Dolak-dalik SPR dengan Umno dibantah
DR ABD RANI OSMAN : Jadi yang terkini yang telah didedahkan oleh Cikgu Jaafar ini, pihak Pakatan Rakyat membuktikan bahawa Barisan Nasional sangat terdesak dan lapan tuntutan bersih itu langsung tidak dipenuhi. Inilah di antara sebab yang mereka cukup takut apabila kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengumumkan yang kita tidak mahu membuat pilihan raya secara serentak. Kita nak buat berasingan sebab kalau mereka buat serentak, mereka boleh tipu rakyat tetapi bila kita buat berasingan susah untuk mereka menipu buat kali kedua.
Ini jugak kita minta SPR, jika mereka benar-benar telus sepatutnya mereka telah membenarkan pemerhati dari luar datang untuk pantau pilihan raya dan setakat ini mereka tidak benarkan.
Saya bagi contoh bantahan yang dibuat, sepatutnya bantahan, sudahlah bantahan kita kena bayar RM10, kemudian kalau yang dibantah itu hadir kita kena bayar RM150 sedangkan 90 peratus bantahan itu adalah benar. Sepatutnya SPR lah yang bayar pada kami sebab kami melakukan kerja mereka.
Kita buat kerja mereka sedangkan mereka langsung tidak pantau. Jadi kepincangan-kepincangan yang berlaku di dalam SPR itu sendiri jelas membuktikan bahawa mereka adalah alat Barisan Nasional. Sebab itulah kita minta supaya SPR diletakkan di bawah Parlimen dan bukannya dibawah Jabatan Perdana Menteri.
Sekarang ini kita telah buat laporan polis yang lepas-lepas kita pergi ke Putrajaya, kita cakap benda ini, dia angguk-angguk depan kita. Mula-mula sekali kita bergaduh dan selepas itu dia angguk-angguk balik. Selepas itu dia buang, betul dia buang senarai tersebut tetapi selepas itu dia masukkan balik. Inilah yang berlaku di Terengganu, dia masukkan balik.
Tetapi setelah kita buat secara pendekmokrasian, sebab kita sudah suarakan perkara ini kepada peguam-peguam luar negara dan dalam penemuan mereka, mereka berkata jika ini yang berlaku, 95 peratus kita akan kalah tetapi kita dapat 5 peratus. Yang 5 peratus inilah, Insyaallah sedikit sebanyak yang boleh mengalahkan 95 peratus ini iaitu yang kita sebutkan pendekmorasian (laporan polis, duit kerajaan negeri menolong ketua kampung dan sebagainya).
Secara dasarnya, dengan cara ini yang dicadangkan oleh peguam-peguam luar negara boleh membantu sedikit sebanyak. Kalau nak lawan, lawan di mahkamah. Ini pun satu tamparan juga kepada Barisan Nasional. Biar kita dedahkan perkara ini kepada rakyat dan rakyat akan dapat menilai.
No comments:
Post a Comment