Sultan Kelantan menurunkan tandatangan baginda menuntut royalti |
Majoriti rakyat Kelantan adalah terdiri dari kalangan orang-orang Melayu-Islam.
Kelantan terkenal sebagai negeri yang subur dengan pendidikan Islam dan kebudayaan Melayu.
Orang-orang Melayu Kelantan terkenal dengan sifat kerajinan mereka, mereka berhijrah merantau di seluruh pelosok negara untuk bekerja. Malah ramai kalangan rakyat Kelantan terdiri dari golongan profesional yang menduduki jawatan penting dalam negara.
Mereka adalah rakyat Malaysia yang setia dengan negara, mereka membayar cukai dan mereka turut menyumbang kepada pembangunan negara.
Tetapi kerana keegoan dan dendam politik Umno-BN, Kelantan diketepikan daripada arus pembangunan. Pelabur-pelabur luar tidak diberi insentif yang menarik sebagaimana negeri-negeri Umno-BN.
Pembinaan lebuhraya ke Pantai Timur yang menghubungkan Kelantan dengan negeri-negeri lain dihadkan hanya setakat ke Terengganu sahaja.
Malah hasil bumi iaitu petroleum yang diakui wujud oleh Kerajaan Persekutuan, sehingga kini terus dinafikan untuk dinikmati hasilnya kepada rakyat Kelantan.
Kejahatan Umno dalam isu royalti ini dimulakan oleh Presiden mereka, yang juga Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir begitu dengki dan berdendam dengan rakyat Kelantan, sehinggakan hasil petroleum yang digali dari perairan Kelantan, di daratkan di Thailand.
Kerajaan Persekutuan yang didalangi Umno, enggan membina pelabuhan petroleum di Bachok, mereka enggan memberi rakyat Kelantan peluang pekerjaan, sekali gus mereka tidak mahu Kelantan maju, semata-mata kerana PAS memerintah Kelantan.
Walaupun Kerajaan Negeri Kelantan mempunyai hak daripada hasil petroleum seperti mana Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang digubal, namun Umno tidak peduli.
Akibat dari kedangkalan Umno-BN, Kerajaan Pusat sudah menyekat royalti 5 peratus setahun, yang kini sudah mencecah RM10.4 billion.
Justeru kita menuntut wang royalti dibayar secara tunai seberapa segera kerana rompakan hasil bumi negeri Kelantan adalah satu isu yang amat serius dan harus diselesaikan secara melampaui batasan kepentingan politik yang sempit.
Kita menuntut PM Dato' Seri Najib Tun Razak dan Petronas agar membina hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas serta pembinaan paip sepanjang 300 km diwujudkan di Kelantan.
Pembinaan hab di Bachok itu secara tidak langsung dapat menjimatkan kos dan memberi impak ekonomi yang sangat baik kepada pertumbuhan ekonomi negeri Kelantan.
Ianya juga selari dengan Titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang bertitah agar Gas didaratkan ke Pantai Bachok, memandangkan 4000 ekar tanah sudah disediakan sebagai Zon Industri Petroleum sejak 1990-an.
No comments:
Post a Comment