PAS sentiasa meragui dakwaan Umno bahawa mereka perjuang Islam. |
Mereka diam menikus dan menjadi dungu macam lembu NFC apabila Presiden MCA mengkritik Umno berulang kali. Pasal apa mereka diam?
Sikap sebegini hanya memalukan Melayu, memalukan Islam sahaja...
Baca kenyataan Mahfuz Omar
PAS mendesak Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak tampil membela Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah Dato' Ayub Rahmat yang disifatkan "hilang akal" oleh Presiden MCA Dato' Seri Dr Chua Soi Lek.
Menurut Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar, Chua Soi Lek bukan sahaja menyifatkan Ayub sebagai 'hilang akal' tetapi ia juga menyifatkan pemimpin Umno itu sebagai "gila".
"Hilang akal maknanya gila. Apa sikap pimpinan Umno terhadap Soi Lek yang mendakwa cadangan Umno satu cadangan menggambarkan orang hilang akal, yang bermakna cadangan daripada orang gila?" soal Mahfuz.
Bercakap dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini, Mahfuz meminta Perkasa dan Perkida mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Soi Lek kerana telah menghina Umno.
Sebelum ini, Ayub mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia pada 20 Jun lalu di mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.
Ekoran cadangan itu, Soi Lek pula menyifatkan Adun Umno yang mencadangkan supaya hukum hudud dilaksana ke atas orang Islam dan bukan Islam di negeri itu "hilang akal" kerana mengemukakan perkara tersebut.
Malah Soi Lek juga dalam twitternya mengatakan Ayub telah kehabisan idea sehingga menimbulkan cadangan berkenaan.
Soi Lek juga menegaskan MCA pasti akan menentang usaha itu.
No comments:
Post a Comment