Kata orang Utara, tidak perlulah kita bermain 'aci lut' bila hendak hadapi Pilihan Raya Umum. Jenuhlah kita meneka, kejap bulan Mac, lepas tu bulan Jun, lepas tu Julai, tak jadi pulak lepas raya.
Hakikatnya gendang yang dipalu di Stadium Bukit Jalil sempena ulangtahun kelahiran Umno 11 Mei lepas, hanyalah umpama dentuman tin-tin kosong. Riuh sahaja lebih, tetapi tiada isi.
Lepas Perdana Menteri memberi ucapan penuh semangat hendak mengadap Yang di-Pertuan Agong, sehingga gegak-gempita Bukit Jalil dengan sorakan, beliau terus ke kota London, meninggalkan juak-juak Umno terkapai-kapai kebingungan.
Tarikh pilihan raya bukan untuk main teka-teki. Kerajaan yang bacul, memang suka tarih pilihan raya disembunyikan. Mereka hendak bagi pembangkang terkejut tergempak.
Kerajaan yang demokratik dan matang, mereka tidak perlu sembunyi tarikh pilihan raya. Jika mereka anak jantan, tetapkan sahaja tarikh, seperti mana yang diamalkan di negara-negara moden yang lain. Pilihan raya merupakan penentu masa depan rakyat, bukan seperti yang lantik-buang JKKK Umno.
Puak-puak Umno-BN ini, cakap sahaja berdegar-degar, tapi hendak hadapi gerombolan Pakatan Rakyat, habis kecut perut sampai sembelit. Kalau takut dilabel pondan, tetapkan tarikh PRU awal-awal. Ada berani?
Apapun pada kita, bila-bila pun PM hendak bubar Parlimen bukan kerja kita hendak tunggu bila dibubar, baru hendak bergerak.
Kita harus bersiap siaga, kita harus memperkemaskan organisasi, kita harus mempersiapkan segala kelengkapan untuk bergelandangan di medan tempur PRU.
Kita tahu pertempuran kali ini memang sengit. Sebabnya, orang yang sudah lama bertahta di tampuk kuasa, sudah lama enjoy dengan kuasa dan kemewahan, tidak mudah untuk melepaskan kuasanya.
Orang yang hendak menumbangkan si penguasa juga harus sedar, bukan mudah untuk menumbangkan rejim yang berkuasa lebih 50 tahun, dengan segala jentera media dan kerajaan yang mendukung kuasanya.
Oleh sebab itu, Harakah sebagai salah sebuah agen perubahan dalam negara, harus dipersiapkan. 14 Mei 2012, detik mula pengemblengan seluruh tenaga warga kerja Harakah untuk ditumpukan kepada PRU.
Masa untuk bersantai sudah berakhir. Sekarang masa untuk kita menumpukan soal kerja, komitmen dan kesungguhan untuk membantu PAS dan Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya.
Di bawah kepimpinan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, warga kerja Harakah dari seluruh negara dihimpunkan dan diberikan arahan oleh Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Juga mereka disajikan panduan penumpuan dan fokus PRU daripada Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Abdul Shakur Idrus.
Menyusun strategi media amat penting, memperkemaskan tenaga kerja menjadi tumpuan dan keutamaan. Harakah bersama rakan-rakan media Suara Keadilan dan Roket, harus bekerjasama untuk memenangkan Pakatan Rakyat.
Harakah dan Harakahdaily, harus berperanan untuk mendominasi media baru dengan kerjasama seluruh bloggers, facebookers dan twitters untuk melawan media arus perdana yang dikuasai BN.
Media dalam bentuk cetak, kita masih lagi ketinggalan berbanding puluhan media yang dikuasai BN. Media elektronik seperti TV, langsung kita tidak berpeluang untuk menggunakannya sebagai saluran demokratik.
Yang ada hanya tiga akhbar cetak parti-parti utama, beserta buletin kerajaan negeri Pakatan Rakyat, dan beberapa penerbitan bercetak sahaja.
Maka dari saat ini, sehingga parlimen dibubarkan, kita sudah tidak banyak masa. Kita adalah front line untuk penyediaan bahan-bahan kempen PRU bagi Pakatan Rakyat.
Bergerak sekarang, jangan tidur lagi!

No comments:
Post a Comment