Kementerian Dalam Negeri, khususnya anggota pasukan Polis, harus dipertanggungjawabkan ke atas tindakan mereka menangani Perhimpunan Bersih 3.0 yang jelas mencabul Akta Perhimpunan Aman 2012 yang baru diluluskan oleh Dewan Rakyat.
Akta yang diwartakan pada 23 April 2012 itu, digunapakai untuk menggantikan Seksyen 27, Akta Polis 1960, diwartakan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, selepas diluluskan dengan tergesa-gesa oleh kerajaan Barisan Nasional.
Pakatan Rakyat secara totalnya menolak suatu akta yang diluluskan tergesa-gesa tanpa dibahaskan dengan teliti dan diberi masa yang panjang, kerana Pakatan tidak mahu kehendak atau spirit daripada akta yang sebegini penting tidak disalahgunakan oleh pihak berkuasa.
Jelas, langkah Umno-BN meluluskan akta, tanpa usul periksa, tanpa mengkaji dengan mendalam akta ini, hanyalah langkah untuk populis di mata rakyat, tanpa memahami intipati sebenar dari akta yang sebegini penting.
Tujuan Akta Perhimpunan Aman 2012 dikemukakan di Parlimen, dimaktubkan sebagai,"Suatu akta yang berhubung dengan hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata, dan untuk memperuntukkan sekatan-sekatan yang didapati perlu atau suai manfaat yang berhubung dengan hak itu demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam, termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain, untuk memperuntukkan perkara-perkara berkaitan."
Menurut akta ini, kerajaan atau pihak polis, tidak boleh sama sekali melarang sebagai perhimpunan rakyat, asalkan ianya tidak mudaratkan keselamatan orang ramai.
Dalam akta yang tersenarai di dalamnya 27 Seksyen berkaitan dengan perhimpunan aman, nampaknya pihak polis tidak mematuhi banyak peruntukan yang dibentang dan diluluskan di Parlimen.
Antaranya pada Seksyen 9 (1) yang mensyaratkan penganjur untuk memberi notis sepuluh hari kepada polis. Ia tidak mensyaratkan sebarang permohonan permit, justeru ia tidak boleh diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram.
Pada Seksyen 12, akta menyebut dengan jelas bahawa pihak polis, dalam kes ini dirujuk sebagai Ketua Balai Polis Daerah (OCPD) harus dalam tempoh 24 jam selepas menerima notis daripada penganjur, membuat makluman secara notis kepada pihak yang berkepentingan di kawasan di mana dirancang untuk diadakan perhimpunan.
Dengan notis tersebut, pihak polis seharusnya boleh mengambil kira kebimbangan dan bantahan pihak yang berkepentingan.
Malah pada Seksyen 14 (1) akta menyebut dengan jelas bahawa,"Pegawai yang menjaga daerah polis hendaklah memberikan respons terhadap pemberitahuan di bawah subseksyen 9 (1) dalam tempoh lima hari dari penerimaan pemberitahuan itu dan hendaklah dalam respons itu, memaklumkan kepada penganjur tentang sekatan-sekatan dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah seksyen 15 jika ada.
Seksyen ini jelas menunjukkan bahawa polis tidak boleh melarang sebarang perhimpunan. Sebaliknya hendaklah mengawalselia perhimpunan dengan beberapa syarat atau sekatan yang dibenarkan menurut akta.
Sebaliknya, walaupun Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Hussein beberapa kali menyatakan Perhimpunan Bersih 3.0 bukan ancaman kepada keselamatan awam, pihak polis bertindak sebaliknya.
Selain membuat pengumuman melarang rakyat menyertai perhimpunan, pihak polis memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas rakyat yang berhimpun, malah polis sendiri mendapatkan perintah mahkamah melarang Bersih 3.0 diadakan.
Fenomena ini berlaku, sama ada KDN yang diketuai menteri dan polis, khususnya Ketua Polis Negara tidak memahami kehendak Akta Perhimpunan Aman 2012, atau mereka menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan pihak tertentu.
Ini belum lagi dihurai Seksyen 20 mengenai kuasa polis untuk menangkap dan Seksyen 21 yang mencatatkan mengenai kuasa menyurai.
Tragedi hitam yang berlaku pada 28 April 2012 begitu menyedihkan kita. Ianya bukan sahaja merupakan pencabulan terang-terangan kepada akta yang baru mereka luluskan sendiri, malah dengan kuasa sebagai kerajaan dan polis, mereka sesukahati memukul dan mengganas di Kuala Lumpur, dengan memangsakan rakyat yang berhimpun secara aman.
Akibat daripada kedangkalan pihak KDN dan polis, juga dengan keganasan yang dilakukan anggota mereka terhadap rakyat, maka rakyat boleh mengemukakan saman terhadap kerajaan dan polis yang mencabul Perlembagaan negara.
Apa yang berlaku pada 28 April menatijahkan kebencian yang meluap-luap rakyat ke atas keganasan polis terhadap rakyat yang tidak berdosa, semata-mata untuk mempertahankan kedangkalan Umno-BN.

No comments:
Post a Comment