Rata-rata rakyat Malaysia yang beragama Islam, mempunyai penghormatan yang tinggi terhadap institusi agama. Sama ada ianya bersifat sebuah organisasi, agensi, mahupun individu yang bertaraf Ustaz, Mufti, Tuan Guru dan sebagainya.
Masyarakat Islam di Malaysia, yang majoritinya berketurunan Melayu, kebanyakannya begitu hampir dengan agama. Mengamalkan agama Islam selain daripada ibadah yang wajib, mereka menjadikan Islam sebagai panduan dalam kehidupan.
Dalam konteks ini, kelompok agamawan sering menjadi rujukan dan panduan, khususnya para ilmuan yang fakih dalam bidang syariat dan muamalat.
Ia bertepatan sebagaimana firman Allah mafhumnya:
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala kebajikan dan melarang melakukan perkara yang keji. Dan mereka yang demikian itu adalah orang yang berjaya." (Surah ali-Imran: 104)
Justeru, golongan agamawan di Malaysia, harus berperanan sebagaimana yang disebutkan Allah, iaitu menyeru kepada berbuat kebajikan dan mencegah umat dari melakukan sebarang perbuatan keji.
Ayat Allah ini memberi penekanan yang besar terhadap golongan atau pihak berkuasa agama, khususnya para Tuan Guru, Mufti, Hakim Syarie dan sebagainya.
Ia memberi penekanan bahawa, hendaklah seseorang yang berilmu itu, selain beramal dengan ilmunya, ia harus memberi peringatan kepada masyarakat perihal hukum hakam.
Malangnya di negara kita, golongan agamawan, khususnya para Mutfi tidak berperanan sebegitu. Mereka dilantik Ketua Agama Negeri dengan nasihat Menteri Besar atau Ketua Menteri, kebanyakannya menjalankan kegiatan seharian dalam bentuk ceremonial sahaja.
Jika ada pun peranan Mutfi, mereka menganggotai Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan atau National Fatwa Council, yang berperanan mengeluarkan fatwa, pandangan dalam isu-isu kritikal dalam masyarakat.
Fatwa yang terbaru, para Mutfi dipergunakan untuk membuat hukuman terhadap peserta Bersih 3.0 dan pandangan terbaru dikeluarkan Mutfi Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengenai nama Islam pada PAS.
Dua fatwa dan pandangan yang terakhir ini, secara jelas memberi kita signal bahawa, para Mutfi sudah tidak lagi independen. Mereka yang seharusnya tidak berpihak, sudah memihak kepada Umno-Barisan Nasional.
Mutfi yang seharusnya menjalankan tugas secara telus dan tidak berkepentingan, sudah meletakkan keutamaan lain dalam hidup mereka, melebihi apa yang diperintahkan Allah SWT dalam al-Quran.
Betapa banyak kelemahan kerajaan, sama ada dalam aspek rasuah, penyalahgunaan kuasa, keganasan polis, pelanggaran syariat secara terang-terangan, para Mufti tunduk membisu.
Sebaliknya, apa sahaja tindakan golongan bukan kerajaan, khususnya PAS, cepat-cepat Mutfi mengeluarkan kenyataan yang bertentangan.
Kita tidak menghadapi masalah jika para Mutfi bertugas secara adil dan tidak memihak. Yang kita tidak mahu ialah, wujudnya pada Mutfi yang menjadi pelindung kepada penguasa yang zalim.
Golongan ini barangkali lupa, sabda Nabu Muhammad s.a.w yang mafhumnya:
"Jihad yang paling utama adalah berkata yang benar di hadapan sultan atau penguasa zalim".
Kadang-kadang kita harus menghunus pena (pena yang tajam menyamai ketajaman mata pedang) kepada golongan Mufti sebegini dengan memperingatkan bahawa;
As-Sayrazi mengatakan, “Syaitan mendandani keburukan di hadapan ulama hingga berhasil menjerumuskan mereka dalam kemurkaan Allah. Mereka lalu memakan dunia dengan memanfaatkan agama, memperalat ilmu untuk mendapatkan kekayaan dari para penguasa, serta memakan harta wakaf, anak yatim dan orang miskin. Syaitan telah berhasil memalingkan perhatian ulama' itu untuk mencari pangkat dan kedudukan di hati makhluk. Itulah yang menyeret mereka ke dalam perdebatan, persaingan dan kebanggaan.”
Al-Minawi, dalam Faydh al-Qadîr, mengatakan, “Bencana bagi umatku (datang) dari ulama su’, yaitu ulama yang dengan ilmunya bertujuan mencari kenikmatan dunia, meraih pangkat dan kedudukan. Setiap orang dari mereka adalah tawanan syaitan. Ia telah dibinasakan oleh hawa nafsunya dan dikuasai oleh kesengsaraannya. Siapa saja yang keadaannya demikian, maka bahayanya terhadap umat datang dari beberapa sisi."
Justeru kita ingin menasihati para Mutfi, khususnya National Fatwa Council, supaya kembali berperanan untuk memelihara Islam yang sebenar. Jangan nanti Majlis Fatwa, digelar satu lagi cawangan Umno seperti NFC Fidlot Shahrizat Jalil.

No comments:
Post a Comment