DALAM peribahasa Melayu wujud istilah bagai 'lembu gila' atau 'lembu naik minyak' dan sebagainya. Ia merujuk kepada suatu keadaan yang kelam kabut, tidak rasional, hasil daripada kegelabahan yang melampau.
Jika kita biasa melihat bagaimana lembu yang hendak dibuat korban, mengamuk sehingga terputus tali ikatan, hingga tercabut pokok. Itulah ibarat situasi yang melanda Umno-Barisan Nasional sekarang ini, meroyan bagaikan orang gila.
Itulah masalahnya yang berlaku apabila kuasa sudah berada di penghujung, 'bagaikan telur di hujung tanduk.'
Akibat kemaruk dan ketakutan kehilangan kuasa, Umno-BN sudah tidak rasional. Mereka mengetepikan segala peraturan dan etika, asalkan hati mereka puas, menghukum pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Nampaknya BN betul-betul mempergunakan kuasa majoriti kecil yang diperolehi pada Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu. Daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan BN menang 140 kerusi.
Bagaimanapun, BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan hilang kuasa di enam negeri (termasuk Kuala Lumpur), tetapi BN masih lagi mempunyai majoriti mudah di Parlimen.
Walapun BN kehilangan kuasa mutlak yang dinikmatinya selama lebih 50 tahun, namun dengan kuasa majoriti mudah, ia masih mampu melakukan apa sahaja, asalkan kemaraan Pakatan Rakyat disekat.
Jika kita lihat apa yang terjadi di Parlimen misalnya, khususnya di Dewan Rakyat, BN tidak lagi mampu berhadapan dengan Pakatan Rakyat secara gentleman, tidak mahu berhujah secara rasional dan berfakta.
Secara spesifiknya, jelas BN tidak mampu berhadapan dengan hujah Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak menggunakan khidmat syarikat Yahudi Israel Apco Worldwide untuk membantu memulihkan imej BN.
Umno-BN tidak mampu menjawab fakta yang dikemukakan, lebih RM77 juta wang rakyat dibazirkan, semata-mata untuk membayar syarikat Yahudi mengemukakan idea-idea baru 'memulihkan' imej mereka yang tercalar teruk pada PRU 2008.
Perkara ini bukan fitnah dari Pakatan Rakyat. Ini adalah fakta yang dikemukakan secara sahih dalam Parlimen, bahawa puluhan juta wang rakyat dibayar kepada syarikat perunding Apco tersebut.
Untuk apa keperluannya syarikat Yahudi itu dibayar sebegitu besar tidak dijawab. Mengapa anggota syarikat Yahudi itu ditempatkan di Jabatan Perdana Menteri tidak dijawab. Untuk apa agen-agen Yahudi dikatakan terbabit dalam perisian komputer di Bukit Aman, juga tidak dijawab.
Persoalan yang paling besar ialah Apco merupakan ancaman kepada keselamatan negara (threat to national security). Ianya sebuah syarikat milik asing, Yahudi lagi, mengapa ia diberi kepercayaan sebegitu besar oleh Umno-BN?
Tetapi Umno-BN mengambil tindakan terhadap Anwar kerana Ketua Pembangkang itu mendakwa slogan yang diuar-uarkan Najib iaitu 1Malaysia ada persamaan dengan slogan 1Israel, yang mendapat nasihat dari syarikat yang sama.
Itupun hujah tidak dibalas dengan hujah. Ahli-ahli Parlimen BN, termasuk Menteri dan Speaker, tidak mampu berhadapan dengan Anwar dan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat.
Anwar tidak diberikan ruang untuk membela diri, malah segala fakta yang dikemukakan beliau ditolak mentah-mentah oleh Speaker.
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, di mana seseorang Ahli Parlimen yang hendak diambil tindakan, hanya dijadikan 'rubber-stamp'. Tiada perbicaraan dibuat ke atas Anwar, hanya penghakiman yang sudah tersedia.
Lebih memburukkan keadaan tiga ahli parlimen lain, iaitu Mohamed Azmin Ali (KeADILan-Gambak), R Sivarasa (KeADILan-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).
Ketiga-tiga mereka digantung enam bulan, sama seperti Anwar, tanpa dirujuk langsung kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Ke empat-empat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat ini, menjadi mangsa kerakusan Umno-BN. Mereka tidak mampu berhadapan secara gentleman, sebaliknya mereka menjawab tuduhan berkaitan Apco dengan penggantungan Anwar, beserta beberapa yang lain.
Parlimen yang dikuasai Umno-BN dengan majoriti tipis kini, sudah hilang pertimbangan yang adil. Jika sebelum ini mahkamah Malaysia dikatakan 'kangaroo court', kali ini kita tidak dapat menolak jika Parlimen pula dilabel 'Parlimen Kangaroo.'
Terma kangaroo digunapakai dalam suatu istilah perundangan yang merujuk kepada sebuah mahkamah atau perbicaraan yang tidak adil dan memalukan.
Terma kangaroo diistilahkan sebagai suatu penafian hak dan kebebasan seseorang yang dituduh untuk membuat pembelaan menurut proses yang adil dan demokratik.
Apa yang berlaku di Parlimen 16 Disember lepas, sebenarnya mencatatkan satu lagi titik hitam kepada kebebasan bersuara dalam negara.
Jika Ahli-Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, secara adil dan saksama melalui proses pengundian, tidak mendapat hak yang sewajarnya, apatah lagi orang-orang biasa seperti kita.
Hakikatnya, Umno-BN sudah semakin hilang pertimbangan. Bukan soal rasional lagi, bukan soal wajar atau tidak, yang penting bagi Umno-BN, mereka akan buat apa cara sahaja kekal berkuasa.
Bagi orang-orang Melayu yang berangan-angan hendak kembali menyokong Umno-BN, mereka seharusnya membuka mata seluas-luasnya.
Fikirkanlah, untuk apa Umno mempertahankan Apco? Untuk apa Umno yang mendakwa mereka sebuah parti terbesar orang Melayu-Islam, hendak menggunakan khidmat perisik Yahudi, bagi mempertahankan kuasa?
Lihatlah, angkara mempertahankan Yahudi-Apco, Umno sudah hilang pertimbangan. Negara huru hara kerana wujudnya khidmat agen zionis dalam sebuah negara OIC seperti Malaysia.
Dari sudut Islam. kita harus menolak sekeras-kerasnya kerjasama dengan syarikat milik Yahudi senantiasa yang menindas umat Islam di merata dunia, khususnya di Palestin.
Bagi rakyat yang bukan Islam, atas dasar kemanusiaan, mereka menolak kerjasama dengan golongan penzalim seperti Yahudi.
Sementelahan pula, mereka adalah syarikat asing, yang memungkinkan segala maklumat negara, diperolehi oleh agen-agen asing dengan cara dan niat yang tidak baik.
Dalam hal ini, secara jelas Pakatan Rakyat yang sering dituduh membelakangkan Islam dan meminggirkan Melayu, tampil all-out menentang kewujudan Yahudi-Apco.
Pakatan Rakyat sering diserang media talibarut yang menggunakan kenyataan golongan istana, Perkasa dan ahli parlimen lompat dalam soal Islam dan Melayu terutamanya.
Dalam hal Umno menggunakan khidmat Yahudi-Apco yang jelas mengkhianati Islam dan Melayu ini, kita hendak tanya, mana dia institusi istana? Mana dia mufti-mufti? Mana Perkasa? Mana ahli parlimen berkopiah?
Mereka ini semua tidak perlu pusing cerita dan menyerang peribadi Anwar, jawab dulu apakah mereka bersetuju Umno-BN menggunakan khidmat Yahudi-Apco? Apakah dalam hal Yahudi-Apco ini mereka bersubahat dengan Umno?
Usahlah double-standard, jika hendak perjuang Melayu, perjuang Islam, berjuanglah dengan perjuangan yang tulen, bukan atas dasar kepentingan projek, tender, pangkat, wang ringgit dan sebagainya.
Mereka yang melaung-laungkan diri sebagai juara ketuanan Melayu-Islam ini sebenarnya sudah menunjukkan kebodohan mereka yang sebenarnya diupah untuk menghentam Pakatan Rakyat dan membisu di atas segala kedangkalan Umno.
Justeru, tanyalah diri anda wahai orang-orang Melayu, apakah Umno yang mendakwa diri mereka juara memperjuangkan ketuanan Melayu, adalah juga, juara memperjuangkan ketuanan Yahudi-Apco?
Umno-Bn juga harus sedar, mereka tidak akan memperolehi apa-apa dengan menggantung Anwar dari Parlimen. Yang mereka dapat ialah kemarahan rakyat, hasil usaha gigih mereka mempertahankan Yahudi Apco.
Oleh itu, 'tepuklah dada, tanyalah iman anda'. Insaflah...sebelum anda 'dikebumikan' pada PRU ke-13 nanti.
No comments:
Post a Comment