Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mengemukakan usul di Parlimen, merakam takziah kepada kerajaan Jepun di atas tragedi tsunami yang melanda negara itu baru-baru ini.
Usul yang dikemukakan PM itu memperlihatkan keikhlasan kerajaan Malaysia dan simpati rakyat terhadap kemusnahan yang berlaku di Jepun.
Namun di sebalik keikhlasan PM, terdapat beberapa orang wakil rakyat yang sudah berpaling tadah membuat onar. Mereka kononnya mengambil pendekatan mengemukakan pandangan menurut perpektif Islam, iaitu jangan melakukan kerosakan di muka bumi.
Kerosakan yang dimaksudkan mereka, adalah didakwa dilakukan oleh pemimpin parti Pakatan Rakyat, seolah olehnya pemimpin Umno-BN adalah manusia yang suci dan bersih daripada noda dan dosa.
Hujah-hujah dangkal ini tidak perlu dijawab dengan hujah yang berdalil, kerana ianya keluar daripada minda manusia yang dirasuah untuk mengkhianati perjuangan.
Hakikatnya, kita tidak harus lupa bahawa Jepun adalah sebuah negara kuasa teknologi yang terhebat di dunia.
Dicipta pengesan gempa bumi dasar laut, yang dijumpai oleh Tsunami seorang pakar dari Jepun, sehingga gempa laut tersebut dinamakan sebagai tsunami.
Jepun mempunyai segala alat dan kekuatan untuk pelindungan teknologi bagi keperluan dan keselamatan rakyatnya.
Namun kuasa Allah tiada siapa yang tahu. Kuasa Allah mengatasi kepakaran manusia dalam mengesan kejadian gempa dan sebagainya.
Ada kalanya kita harus melihat kemusnahan yang berlaku dari sudut yang lebih halus iaitu pada aspek kerohanian atau spiritual.
Tanpa menafikan kehebatan Jepun dari sudut teknologi dan industri, umumnya kita lupa bahawa mereka menghalalkan industri yang berkaitan dengan seks dan sebagainya.
Khabarnya terdapat sekurangnya-kurangnya enam buah syarikat public listed di Jepun yang terbabit aktif dalam industri seks.
Kita tidak pertikaikan pegangan agama mereka, namun kita sebagai umat Islam, harus melihat ancaman Allah yang banyak terpapar dalam al-Quran berhubung gejala ini.
Khabarnya industri yang diamalkan secara terbuka dan dihalalkan di Jepun itu lebih besar daripada negara-negara maju di dunia.
Khabarnya dibuat kajian statistik pada setiap sepuluh keluarga di Jepun, sekurang-kurangnya terdapat lapan pasangan yang tinggal bersama tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah.
Gejala lesbian, homoseks atau seks bebas menjadi amalan yang berleluasa.
Ingatlah, jika umat manusia mengamalkan kehidupan yang lebih teruk daripada umat di zaman Nabi Lut a.s, maka tunggulah balasan Allah yang bakal ditimpakan ke atas mereka.
Oleh itu, di samping kita bersimpati dengan kemusnahan yang berlaku di Jepun, harus juga kita ingatkan rakyat Malaysia supaya berusaha menjadi masyarakat yang bersih dan harmoni.
Iaitu bersih dari segala bentuk perlakuan seks songsang atau seks bebas, menjauhi apa yang dilarang oleh Allah SWT. Kita harus mengembalikan negara kita, ke arah menjalankan kehidupan bermasyarakat secara Islam, mengamalkan syarikat Allah untuk kebaikan seluruh manusia.
Moga-moga dengan meneliti bencana sebegini pada aspek spiritual, kita semakin menghampirkan kita kepada Allah SWT. Kita menjauhi apa sahaja larangan-Nya dan melakukan segala yang disuruh-Nya.
No comments:
Post a Comment