Friday, May 15, 2009

Tiada politik wang dalam pemilihan PAS


Harakahdaily melaporkan:

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustafa Ali menafikan berlakunya politik wang dalam pemilihan pimpinan PAS Jun nanti.

Mustafa menegaskan tidak ada sebarang aduan mengenai politik wang diterima.

Isu politik wang, tegas beliau, ditimbulkan hanya bertujuan untuk memecahbelahkan parti.

"Perkara mengenai politik wang ini tidak berbangkit menjelang pemilihan dalam Muktamar PAS Jun nanti.

"Aduan mengenai politik wang juga tidak diterima jadi ia jelas hanya mainan media untuk memecahbelahkan parti," tegas Mustafa.

Mustafa juga meminta ahli-ahli PAS agar tidak terpengaruh dengan mainan media arus perdana yang berniat jahat itu.

Justeru itu, beliau mendesak agar semua pihak berhenti membangkitkan isu politik wang dan tidak membuat kenyataan berdasarkan andaian sahaja.

Isu politik wang menjelang pemilihan pucuk pimpinan PAS menjadi perbualan bila media arus perdana cuba memberikan gambaran PAS turut dijangkiti kegiatan rendah moral itu sama seperti apa yang berlaku dalam Umno.


Saya pun hairan, mengapalah ada di kalangan pemimpin PAS yang suka mendedahkan pekung atau membuat cerita-cerita donggeng melalui blog ataupun akhbar arus perdana yang jelas tidak menyokong PAS.

Inilah kerja-kerja bodoh pemimpin sebenarnya.

No comments: