Thursday, September 29, 2011

Rani bikin Umno Selangor gempar


BUKAN sahaja Umno Selangor, malah seluruh pemimpin Umno yang berhimpun bersempena dengan program pemukiman Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Umno di Selangor pening dengan kelibat Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Osman.

Rancangan Umno hendak menggula-gulakan rakyat Selangor terbantut, apabila majlis yang dianjurkan khusus untuk Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dihadiri Abdul Rani yang juga Adun Meru dan berpuluh-puluh orang pemimpin Pakatan Rakyat.

Malah, Pakatan Rakyat Selangor bertindak bijak dengan menaikkan poster dan pemidang bagi mengalu-alukan kedatangan Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri, walaupun umum mengetahui harta awam akan digunakan untuk kepentingan Umno.

Ini terbukti pada 23 September lepas apabila seluruh Adun Umno berhimpun di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru untuk meraikan program 1Malaysia bersama TPM, yang seperti biasa seolah-olah menjadi 'Santa Claus' yang menjanjikan pelbagai dana untuk rakyat.

"Semasa saya tiba di sekolah tersebut, tiada rakyat Meru pun, semua orang luar. Yang ada cuma guru-guru dan murid-murid. Guru-guru pun terpaksa menunggu kerana dijanjikan pelbagai bantuan kerajaan (Umno)," ujar Rani.

Turut memasuki sama ruang sekolah tersebut dari kalangan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.

Melihat kemasukan Abdul Rani beserta penyokong beliau di perkarangan sekolah, pemimpin-pemimpin Umno-BN terpinga-pingga sehingga ada yang bertanya sesama sendiri, adakah Pesuruhjaya PAS itu dijemput hadir ke majlis bersama Muhyiddin.

Akibat malu alah dengan keterbukaan Abdul Rani, pemimpin Umno Selangor 'terpaksa' menjemput beliau untuk berdiri bersama-sama TPM pada majlis mengibarkan bendera Malaysia sambil menyanyikan lagu 1Malaysia.

Menariknya Abdul Rani diberi posisi yang paling tengah, menyebabkan Muhyiddin yang sepatutnya menjadi figure utama di majlis tersebut beralih ke tepi.

"Sewaktu lagu 1Malaysia dinyanyikan, lima kali Rahman Palil (bekas Exco Kerajaan BN Selangor) tunjuk isyarat, suruh saya tunjuk satu jari (1Malaysia). Tapi saya tak layan, di penghujung lagu, saya angkat dua jari (2Malaysia) tunjuk pada dia," kata Abdul Rani sambil ketawa.

Pada majlis tersebut Abdul Rani dilayan bagaikan tetamu istimewa kerana pemimpin utama PAS di Selangor, sanggup turun padang menghadiri majlis anjuran Umno.

Tidak kurang juga ada kalangan Adun-Adun Umno dari seluruh negara mengambil kesempatan bergambar dengan beliau.

Menurut Abdul Rani, ada kalangan Adun Umno memberitahu beliau, kehadirannya di majlis tersebut berjaya menggemparkan Umno dan sekali gus melemahkan semangat mereka kerana program mereka telah rosak.

Apa pun kata Abdul Rani, beliau selaku Adun yang mewakili kerajaan Pakatan Rakyat, bersifat terbuka menghadiri majlis anjuran parti pembangkang seperti Umno.

Malah katanya ada kalangan pemimpin parti pembangkang seperti MCA, MIC dan Gerakan di Selangor menemui beliau dan mengucapkan syabas di atas keberaniannya menghadiri majlis bersama TPM.

"Mereka kata kepada saya adakah ini (kehadiran saya) bermakna PAS sudah mahu UG (Unity Government) dengan Umno? Saya kata kehadiran saya memang untuk bagi Umno jadi UG, bukan unity tapi bagi Umno Goyang," jelas Abdul Rani sambil ketawa.

Abdul Rani bukan sahaja masalah kepada Umno Selangor, malah MCA dan Gerakan juga, kerana beliau turut disenangi di kalangan masyarakat Cina Selangor.

Selaku Pesuruhjaya PAS Selangor, Abdul Rani banyak menerima jemputan ke majlis untuk rakyat yang membabitkan masyarakat Cina dan India Selangor, khususnya di Meru dan Klang.

Monday, September 26, 2011

Warga asing talian hayat BN

SUNGGUH jelek dan memalukan apabila sebuah parti yang mendakwa dirinya parti terbesar yang didokong rakyat, menguasai kerajaan lebih 50 tahun, terpaksa mendapatkan khidmat warga asing untuk membantu mereka mengekalkan kuasa.

Umno-Barisan Nasional tidak boleh menafikan fakta, bahawa di bawah pemerintahan mereka, mereka terlalu mudah untuk memberikan kerakyatan kepada warga asing.

Dasar kerajaan Umno-BN terlalu longgar. Mereka sanggup menggadaikan status warganegara yang begitu berharga itu hanya semata-mata untuk mengekalkan kuasa dengan penuh rakus dan tamak haloba.

Umno-BN menerusi agensi dan jabatan kerajaan yang bersubahat, mula memberikan kad pengenalan (IC) palsu kepada warga Indonesia dan Filipina, khususnya yang berada di Sabah mulai tahun 1980-an untuk menguasai negeri tersebut.

Kerakusan mereka ini merebak dan semakin berleluasa, tetapi terbongkar apabila rakyat yang semakin sedar, mula mendedahkan satu-persatu, bahawa wujudnya pemalsuan dan pemberikan MyKad kepada warga asing, khususnya di kalangan warga Indonesia dan kini, warga Bangladesh pula.

Untuk apa dasar sebegini longgar diamalkan? Untuk tujuan apa MyKad atau IC diberikan sewenang-wenangnya kepada orang asing semata-mata atas alasan mereka cukup syarat untuk diberikan kerakyatan kerana tempoh mendiami negara mencukupi?

Apakah kerajaan Umno-BN boleh menafikan bahawa jika alasan tempoh mendiami negara dijadikan asas, berapa puluh ribu warga asing yang sudah mendiami Malaysia sejak puluhan tahun masih mempunyai IC Merah atau sekadar Permastautin Tetap (PR) sahaja?

Mengapakah hanya sekarang ini harus Umno-BN segerakan pemberian MyKad dan mengiktiraf mereka sebagai warganegara? Mengapa sudah hampir saat Pilihan Raya Umum diadakan, Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya begitu tangkas memproses senarai warganegara baru dan dijadikan pengundi dalam tempoh yang singkat?

Apakah sistem pentadbiran kerajaan sudah semakin canggih sehingga ramai kalangan kakitangan awam begitu cekap memproses MyKad baru atau pun mereka diarahkan oleh pemimpin Umno-BN untuk berbuat demikian?

Inilah persoalan yang dibangkitkan rakyat. Rakyat tidak bersetuju dan amat marah dengan tindakan kerajaan Umno-BN yang secara sewenang-wenangnya memberikan MyKad kepada warga asing.

Malah rakyat juga berang dan mengesyaki terdapat kalangan kakitangan awam yang bersubahat dengan pemimpin Umno-BN untuk menyempurnakan pendaftaran mereka dengan kadar yang segera.

Apakah status warganegara begitu murah buat mereka? Apakah mereka tidak sedar bahawa dengan memberikan kerakyatan kepada warga asing yang tidak layak, akan mengancam masa depan negara?

Kita turut mempersoalkan keikhlasan pemimpin Umno, kerana apabila kuasa mereka semakin terhakis akibat tidak disokong kaum Cina dan India, mereka sanggup melabelkan warganegara Malaysia sebagai kaum pendatang atau orang asing.

Manakala, warga asing yang sebenar, pendatang asing yang sebenar, terdiri dari kalangan rakyat Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan sebagainya, 'ditimang-timang ' serta diberikan hak yang cukup istimewa sebagai warganegara Malaysia.

Inilah pengkhianatan Umno-BN terhadap rakyat dan negara yang harus kita hentikan. Kita tidak mempunyai cara lain untuk menyelamatkan negara, selain daripada menghapuskan Umno-BN daripada berkuasa.

Justeru kita mendesak dan merayu Majlis Raja-Raja Melayu supaya bingkas menangani persoalan ini. Kerakyatan adalah kedaulatan. Kedaulatan adalah hak istimewa Raja-Raja Melayu. Apakah Raja-Raja Melayu boleh menerima 'rakyat' Malaysia yang menyebut 'Daulat Tuanku' dalam telo Indonesia dan Bangladesh?

Wednesday, September 21, 2011

Blogger Umno gelar Muhyiddin anak paria


"DI BAWAH pentadbiran Muhyiddin Yassin, Umno Wilayah (Persekutuan) sudah jadi macam parti mak bapak dia..Dia buat apa dia suka..Kerana dia penyamun besar yang berselindung atas nama nasionalisme Melayu dan Islam..Maka dilantiknya jawatan kanan Umno bahagian bdr tun razak semuanya banduan politik wang."

"Muhyiddin Yassin itu anak paria," tulis Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin yang juga bloger Sang Kelembai dalam laman Facebook (FB) beliau.

Beliau menulis lagi,"16 September 2011 bermula konspirasi hendak menjatuhkan PM Najib oleh Muhyiddin Yassin, dgn perlantikan setiausaha dan bendahari bekas banduan politik wang dan seorang yd diadukan melanggar perlembagaan Umno, maka dengan sendiri Parlimen Bandar Tun Razak yg dinamakan sempena bapa PM Najib dgn mudah akan dimenang oleh pembangkang. Maka Muhyiddin Yasin akan minta PM Najib letak jawatan saperti yg pernah dia lakukan kpd Abdullah Hj Ahmad."

Apa yang ditulis Zaharin menunjukkan politiking dalam Umno memang hebat. Sentiasa panas dan bergolak. Selalunya kemelut dalaman Umno tidak diketahui rakyat kerana ia dapat disembunyikan oleh media tali barut Umno. Bila dibongkarkan satu-persatu mereka kata, ianya hanya ibarat 'ribut dalam secawan kopi.'

Ribut dalam Umno kali ini memang hebat dan tidak dapat dibendung. Ia diluahkan dan didedahkan secara terbuka oleh bloger-bloger dan facebookers Umno. Laman sosial FB menjadi tempat mereka melepaskan geram terhadap seteru politik dalam Umno.

Zaharin begitu berani mengambil risiko menghentam dan mengecam Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin digelar sebagai anak paria, penyamun besar dan perosak Umno. Lebih hodoh lagi, Zaharin yang juga Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak mendakwa beliau ada maklumat bahawa Muhyiddin terbabit hendak menjatuhkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam tulisannya di laman FB, Zaharin berkata, beliau akan mendedahkan hal tersebut tidak lama lagi.

Zaharin melepaskan geramnya kepada Muhyiddin dipercayai kerana terdapat usaha TPM selaku Pengerusi Umno untuk meletakkan 'orangnya' menggantikan beliau sebagai Setiausaha Umno Bahagian.

Malah dalam laman FBnya, Zaharin terus menyerang Muhyiddin kerana melantik orang-orang bermasalah dan yang jelas terbabit dalam politik wang seperti Dato' Mokhtar Samad dan Amil Salleh di bahagian tersebut.

Menulis mengenai Zaharin bukan bermakna menyokong beliau. Sebab Zaharin memang jenis out-spoken. Dalam posting beliau selalu menyerang PAS dan Pakatan Rakyat. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim sering menjadi 'ulam' beliau.

Saya ketepikan soal serangan Zaharin terhadap Pakatan Rakyat buat seketika. Yang penting sekarang bukan soal Zaharin sebagai penulis dalam blog atau FB. Beliau ada jawatan. Selaku Setiausaha Umno Bahagian dan Setiausaha BN Bahagian, kuasanya agar besar dan berpengaruh. Beliau juga terbabit sebagai AJK Umno Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana itu serangan dan kecaman beliau terhadap TPM memang ada weight yang tersendiri. Sebab apa seorang yang berjawatan sanggup menyerang Timbalan Presiden Umno yang juga Pengerusi Umno negeri? Kata-kata yang dihamburkan pula bukannya kritikan biasa.

Gelaran 'anak paria' terhadap Muhyiddin yang berbangsa Melayu dan beragama Islam adalah sedahsyat-dahsyat gelaran. Jika ada kalangan orang India pun tidak setuju jika ungkapan paria digunakan kepada mereka walaupun ia ada dalam kamus mereka, inikan pula orang Melayu-Islam menerima gelaran sedemikian.

'Anak paria' yang dikatakan Zaharin bukan sekadar paria, dia adalah penyamun besar, pembela golongan rasuah dan bermasalah dalam Umno. Lebih dahsyat lagi 'anak paria' itu dituduh merancang hendak menjatuhkan PM kesayangan Zaharin.

Sudah tentu serangan Zaharin terhadap Muhyiddin tidak dapat diterima juak-juak Muhyiddin. Melalui blog Cucu Tok Selampit mereka menyerang Zaharin dan menggesa Umno memecatnya.

Zaharin kata blog tersebut sebagai politikus yang tidak bermaruah. Zaharin dituduh menyerang bekas PM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kemudian mencium tangan Abdullah selepas mendapat habuan yang dikehendaki. Gambar Zaharin memeluk dan mencium tangan Abdullah juga disiarkan mereka.

Bloger Umno yang marah dengan Zaharin mendakwa beliau menjalankan politik 'peras ugut'. Zaharin didakwa memeras ugut ahli politik (termasuk TPM), kemudian mereka diminta 'menghulurkan habuan' jika serangan terhadap mereka hendak dihentikan.

Bloger Umno yang tidak puashati dengan kecaman Zaharin terhadap Muhyiddin, terus menyerang beliau dan mendakwa Zaharin mempunyai kelaku yang amat buruk. Kata mereka Zaharin tidak layak menjadi ahli Umno kerana banyak komen-komennya merosakkan Umno.

Membaca komen-komen yang diposting mereka naik tergelak dibuatnya. Macamlah mereka yang duduk dalam Umno suci macam Malaikat Jibril.

Saya tidak perlu cenderung untuk membela sesiapa dalam Umno dalam perbalahan ini. Mereka hendak tuduh, hendak kata apa pun kepada seteru mereka, itu urusan mereka. Hanya mereka sahaja yang tahu dan faham perangai orang-orang Umno.

Yang jelas, tujuan saya mengutarakan isu ini, lebih kepada untuk menyedarkan rakyat dan mendedahkan kepada rakyat, bahawa Umno itu memang hodoh dan teruk. Perbalahan dalaman mereka memang teruk dan tidak mampu dibaiki lagi.

Persoalan yang harus dijawab oleh Umno hari ini bukan soal siapa Zaharin, atau apa buruk baik kelakunya. Yang tidak boleh dinafikan orang Umno ialah, didakwa wujudnya satu usaha yang didalangi Timbalan Presiden Umno untuk menjatuhkan Presiden Umno. Itu isu yang sebenarnya.

Yang menuduh atau membangkitkan isu ini bukan orang PAS. Bukan juga orang Pakatan Rakyat. Yang menuduh Muhyiddin hendak menjatuhkan Najib adalah dari kalangan Umno sendiri. Apa yang dibuat Muhyiddin, siapa penyokongnya dan bagaimana cara beliau hendak jatuhkan Najib, kita tunggu pendedahan dari orang Umno seterusnya.

Cuma yang hendak kita katakan kepada orang-orang Umno-BN, kami dari Pakatan Rakyat, sama ada yang meneraju negara itu Najib atau Muhyiddin, tidak penting bagi kami. Asalkan sahaja nama mereka Umno-BN, kami bertekad akan tumbangkan mereka pada PRU yang akan datang. Insya Allah.

Thursday, September 15, 2011

Tuduhan liwat dan kaitannya dengan 16 September

ISU 16 September 2008 masih banyak diperkatakan. Ada yang percaya, ada yang tidak percaya. Barangkali ramai juga yang keliru mengenainya.

16 September bukan isu politik antara Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional semata-mata. Ia lebih besar dari itu. Ia merupakan hari ulang tahun pembentukan Malaysia yang mencakupi Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Manakala 31 Ogos adalah hari ulang tahun kemerdekaan Semenanjung daripada penjajahan British.

Namun 16 September tidak pernah dijadikan cuti umum berbanding 31 Ogos. Hanya selepas diperjuangkan Pakatan Rakyat, barulah diisytihar tarikh tersebut sebagai cuti umum. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak harus berterima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana lebih dahulu mengiktiraf mereka berbanding Umno-BN.

Sudah tentu apabila menyentuh isu 16 September, subjek utama yang diperkatakan adalah Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ada rakan bertanya, mengapa hendak dibangkitkan perkara yang sudah tidak jadi. Tidak kurang juga ada pihak yang menghentam dan mengkritik Anwar, termasuk kalangan pemimpin BN yang mempermain-mainkan isu 16 Septemder.

Pada hemat penulis, ianya wajar ditulis semula sebagai satu bahan rujukan penting dalam menganalisis kecenderungan ahli-ahli politik Malaysia, khususnya Ahli Parlimen (MP). Persoalan utama yang harus difikirkan adalah, apakah Anwar yang mencari MP BN ini aau mereka yang datang mencari Anwar?

Apakah Anwar yang didakwa kemaruk dan gila kuasa ataupun mereka yang takut segala jawatan, kuasa, harta dan sebagainya akan lenyap jika Pakatan Rakyat menerajui negara.

Selepas hampir tiga tahun sejak Pilihan Raya Umum 2008, laman Wikileaks mula mendedahkan fakta-fakta mengenai mengenai kecenderungan besar MP BN untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi menubuhkan kerajaan baru pada 16 September 2008.

Isu ini timbul kembali apabila Wikileaks mendedahkan, ia mempunyai maklumat yang sahih mengenai rundingan beberapa pihak dalam BN, khususnya dari Sabah dan Sarawak untuk keluar BN, masuk Pakatan Rakyat.

Dalam satu laporan, ia memetik kata bekas Ketua Menteri Sabah, Dato' Salleh Tun Said Keruak, memberitahu pegawai kerajaan kedutaan Amerika Syarikat bahawa lebih dari separuh dari 25 Ahli Parlimen BN Sabah, sedia untuk meninggalkan BN.

Malah kabel tersebut memperkukuhkan bukti, dalam banyak pertemuan pemimpin-pemimpin Umno-BN Sabah, antaranya pada 18 hingga 20 Jun 2008, yang menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak menyokong Perdana Menteri ketika itu, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun Salleh yang kini Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah mendakwa laporan Wikileaks tersebut tidak berasas. Namun Salleh menyatakan, beliau ketika itu masih ingat pihak tertentu berusaha keras untuk memujuk MP Sabah, tetapi mereka gagal.

Pada waktu itu (selepas PRU Mac 2008), semua orang kelam kabut dan terkejut. Pakatan Rakyat terkejut kerana tidak menjangkakan akan mendapat sokongan besar rakyat, manakala BN kelam kabut dan hampir meroyan apabila hilang majoriti dua pertiga di Parlimen serta hilang kuasa di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor (selain Kelantan yang BN hilang kuasa sejak 1990).

Habis semua tersentak. Terutamanya MP BN yang faham 'pencak silat' politik. Mereka tahu dan sangat-sangat sedar bahawa Pakatan Rakyat adalah suatu force yang amat besar. Mereka memahami soal ini, sekaligus dengan beberapa petunjuk politik yang jelas menunjukkan kerajaan BN sudah hampir dipenghujung hayat.

Justeru selaku ahli-ahli politik yang sedar, mereka tidak ada pilihan lain. Mereka tahu jika mahu terus berpolitik, Pakatan Rakyat adalah future platform, bukannya BN.

BN hanya tinggal 140 kerusi, manakala Pakatan Rakyat menang 82 kerusi. Pakatan Rakyat hanya perlu 30 kerusi untuk mendapatkan simple majority. Jika Wikileaks mendedahkan separuh dari 25 MP BN Sabah sudah sedia untuk menyeberang, selebihnya dari mana?

Saya percaya, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak dan juak-juak di sekelilingnya tahu apa yang saya maksudkan. Selain Sabah, wakil-wakil BN dari Sarawak, komponen BN di Semenanjung, malah MP Umno juga turut sama berminat untuk menyeberang.

Jika fakta ini betul, soalnya berapa orang yang hendak menyeberang ke Pakatan Rakyat? Siapa yang hendak defect? Ataupun harus juga dipersoalkan mengapa mereka tidak menyeberang?

Sebelum Wikileaks membuat pendedahan lebih menggemparkan, elok juga dianalisis isu 16 September ini dengan lebih mendalam.

Persoalan pertama adalah jumlah. Daripada pengamatan saya, lebih 40 orang MP BN yang cenderung kepada Pakatan Rakyat. Hal ini disedari dan pernah diperkatakan oleh mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis di London, semasa isu ini hangat diperkatakan.

Nama mereka tidak perlu didedahkan. Mereka daripada Sabah, Sarawak, Semenanjung. Terdiri daripada kalangan pemimpin utama dan bekas pemimpin utama parti komponen BN. Lebih mengejutkan ada kalangan mereka Menteri, Timbalan Menteri dan MP biasa.

Mereka-mereka ini mengadakan perundingan dengan Anwar di beberapa tempat. Dalam dan luar negara. Antaranya di Singapura, Hong Kong, Bangkok dan beberapa tempat lain. Malah ada yang berani berjumpa secara terbuka di beberapa tempat dalam negara.

Saya teringat kata seorang Timbalan Menteri kepada seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat di Parlimen. Beliau mengatakan, "Jika Pakatan Rakyat sudah mempunyai 29 orang MP, you masukkan nama I untuk cukupkan 30 orang."

Pada ketika itu Pakatan Rakyat sudah boleh menubuhkan kerajaan. Tetapi disekatn dengan serangan siang malam terhadap Anwar dan tuduhan liwat kedua yang dihadapkan kepada beliau oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dakwaan liwat terhadap Anwar dibuat pada 28 Jun 2008. Tetapi plot untuk mengenakan beliau sudah dirancang lebih awal.
Plot ini diberitahu oleh seorang bekas Menteri yang paling berpengaruh kepada Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa sekitar April 2008.

Kata beliau kepada Husam ketika itu,"Tidak ada jalan lain untuk menyekat kemaraan Anwar. Jika Umno-BN mahu kekal berkuasa, Anwar harus dikenakan tuduhan liwat (kali kedua) dan Anwar harus disumbat dalam penjara."

Jelas daripada kata-kata pemimpin ini. Plot atau konspirasi untuk mengenakan Anwar sudah dirancang berbulan lebih awal daripada dakwaan dibuat oleh Saiful?

Soalnya Mengapa Saiful terbabit? Saya tidak mahu mengulas lanjut hal perbicaraan dalam mahkamah. Tetapi yang jelas, apabila tuduhan seorang itu meliwat seseorang, ia harus dibuktikan secara klinikal. Secara klinikal, kes ini tidak harus wujud, kerana doktor pertama yang memeriksa Saiful selepas dakwaan meliwat dibuat, secara konsisten mengatakan, tiada kesan tusukan di dubur Saiful.

Logiknya, jika dubur Saiful tidak ditusuk, mana mungkin kejadian liwat berlaku. Kes ini tidak seharusnya wujud, tiada bukti kukuh dan kes ini harus dibuang.

Berbalik kepada Saiful. Mengapa beliau terlibat dan apa pembabitannya dengan 16 September? Mengapa Najib menemuinya pada 24 Jun 2008, dua hari sebelum kejadian liwat didakwa berlaku atau empat hari sebelum laporan polis terhadap Anwar dibuat?

Hakikatnya ialah ,Saiful bertugas mengikuti majikannya (Anwar) dan merekod banyak pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin Umno-BN di banyak tempat. Dalam dan luar negara. Secara tidak langsungnya, nama, lokasi dan butiran pertemuan diadakan, ada dalam pengetahuan Saiful.

Oleh itu Najib tidak boleh kata (pada 24 Jun), bahawa beliau tahu Anwar akan meliwat Saiful pada 26 Jun, kerana pada tarikh beliau menemui Saiful, kejadian belum lagi berlaku.

Najib harus tahu dan sepatutnya sudah diberitahu Saiful tentang butiran pertemuan Anwar dengan MP-MP Umno-BN. Walaupun mungkin semua perundingan tidak diketahui Saiful, tetapi dipercayai sebahagian daripada nama-nama pemimpin berkenaan, ada pada pengetahuan Saiful.

Justeru, jika hendak diperincikan lebih ramai yang berhasrat hendak meninggalkan BN. Tetapi hasrat dan usaha mereka tersekat apabila Anwar dikenakan pertuduhan kedua.

Dalam keadaan kuasa penuh menguasai polis dan kehakiman ada pada tangan PM, maka kedudukan Anwar pada ketika itu tidak kukuh jika mereka hendak berhijrah ke Pakatan Rakyat. Lagipun kebanyakan MP ini banyak kepentingan yang hendak mereka lindungi. Mereka tidak sanggup mengambil risiko. Mereka tidak mahu gamble.

Umno-BN tiada pilihan lain untuk terus berkuasa selain terpaksa 'memenjarakan' Anwar. Jika Anwar masuk ke 'dalam' Umno-BN berharap, Pakatan Rakyat akan berpecah.

Walaupun rencana 16 Septembert 2008 gagal diteruskan. Ia tidak berjaya memperkukuhkan BN, jauh sekali untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Hasrat 16 September akan tetap diteruskan. Bukan semata-mata untuk menantikan penghijrahan MP BN, tetapi ia akan dirayakan dalam erti kata kemerdekaan yang sebenar bersama seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, tanpa ada perasaan rasis dan diskriminasi.

Monday, September 12, 2011

Yahudisme meresap dalam Umno

AKHBAR milik parti Umno, Utusan Malaysia berterusan menabur fitnah dan memesong fakta mengenai kenyataan pucuk kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

Mereka tidak akan berhenti dari menjalankan propaganda memburuk-burukkan Pakatan Rakyat, mencetus polemik, menghasut rakyat, seterusnya menanam bibit-bibit kekacauan yang bakal mengundang bencana yang lebih besar.

Utusan Malaysia dan Umno sebenarnya menjalankan kegiatan kempen politik ala-Yahudi. Inilah hasil nasihat syarikat perunding Apco Worldwide yang berjaya memporak-perandakan politik negara.

Selepas tidak henti-henti menyerang Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, kini giliran Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula menjadi bahan serangan. Satu sahaja tujuannya, iaitu character assassination. Mereka mahu membunuh kerjaya politik dan karektor peribadi pemimpin Rakyat.

Tetapi kadang-kadang bukan salah mereka juga. Utusan Malaysia dan lain-lain media pro kerajaan memang mempunyai agenda jahat yang bermotifkan keuntungan untuk Umno-Barisan Nasional.

Yang silapnya adalah sesetengah rakyat dan mungkin juga pemimpin yang mudah terbawa-bawa dan percaya dengan pembohongan yang diulang 24 jam selama dua minggu berturut-turut.

Hujah dangkal yang diulang oleh media talibarut Umno-BN adalah PAS menyokong komunis dan PAS menghina pejuang kemerdekaan.

Mereka lupa bahawa PAS adalah sebuah parti yang berasaskan kepada perjuangan Islam. Mana mungkin PAS boleh bersetuju dengan ideologi atau isme-isme lain sama ada komunisme, sosialisme, mahupun nasionalisme.

Namun sebagai sebuah parti Islam, PAS senantiasa terbuka dan rasional untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak atas dasar keadilan dan kebajikan.

Dengan jelas sekali, berdasarkan ucapan Timbalan Presiden PAS, beliau tidak pernah sesekali menghina pejuang kemerdekaan. Yang mendakwa Mohamad Sabu menghina pejuang kemerdekaan ialah Umno, bukannya Mohamad Sabu. Mana ada ungkapan menghina pejuang kemerdekaan keluar dari mulut Mohamad Sabu.

Hanya golongan bodoh dan pekak badak sahaja yang tidak memahami, tidak menghazaf dengan rasional butiran yang dihujahkan Timbalan Presiden PAS itu.

Justeru mengapa Umno begitu takut, sehingga mendakwa Mohamad Sabu menghina pejuang kemerdekaan? Sebabnya ialah Umno sendiri takut, jika soal kemerdekaan dibahaskan secara akademik, nescaya nama pemimpin Umno tidak wajar disenaraikan sebagai pejuang kemerdekaan negara yang sebenar. Ini membuktikan bahawa nasionalisme dalam dasar Umno adalah asas yang tidak dihasilkan daripada darah dan keringat.

Golongan sebenar yang gugur syahid, tumpah darah dan keringat, dipenjara, dibuang daerah dan dipalitkan dengan nama komunis adalah pejuang-pejuang Melayu-Islam yang dipadam nama mereka oleh penjajah British.

Untuk melindungi kepalsuan kewujudan dan keaslian perjuangan Umno, maka diupah bekas-bekas anggota polis dan tentera, diupah ahli-ahli akademik untuk mempertahankan sejarah palsu negara yang ditulis oleh penjajah British.

Persepsi yang hendak ditanam begitu mudah. Iaitu, semua penentang kerajaan adalah komunis. Terma komunis pula dirujuk berdasarkan kitab yang ditulis oleh penjajah British.

Maka selama mana terma komunis digunakan dan dilabel menurut kehendak penjajah British, maka ia menunjukkan dengan jelas bahawa Umno adalah alat penjajah British. Sejarah harus digali semula, adakah Umno selepas penubuhannya pada tahun 1946, ada bersekongkol dengan penjajah British untuk melakukan kekejaman terhadap pejuang-pejuang kemerdekaan tulen negara.

Jika Umno terbabit melakukan kezaliman bersama dengan penjajah British, maka Umno harus dihukum sebagai parti yang mengkhianati bangsa Melayu, agama Islam dan mengkhianati warganegara Malaya ketika itu, yang sudah ratusan tahun bermastautin di Tanah Melayu.

Jika inilah yang berlaku, sama ada Umno itu sama dengan komunis atau Umno lebih jahat daripada komunis.

Friday, September 09, 2011

Pendirian PAS dalam isu komunis

1. PAS menolak dan tidak pernah menyokong fahaman, golongan mahupun gerakan komunis.

2. PAS menganggap peristiwa Bukit Kepong 1950 adalah satu tragedi, tapi berpendirian bahawa Mat Indera patut digolongkan sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri.

3. PAS tegas mempertahankan fakta bahawa transkrip ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada Ogos 21 di Tasek Gelugor hanya mengiktiraf Mat Indera sebagai hero tanpa kaitan dengan komunis, akan tetapi akhbar Utusan Malaysia memutarkan kenyataan beliau sehingga melabelkan Mohamad and PAS sebagai penyokong komunis bermula 27 Ogos untuk 13 hari berturut-turut. Ini adalah satu tuduhan fitnah yang langsung tidak masuk akal.

4. PAS yakin dengan hasil penyelidikan yang tercatat di dalam buku ‘Pengukir Nama Johor’ terbitan Yayasan Warisan Johor pada 2004 bahawa Mat Indera adalah salah seorang agamawan dan juga pejuang kemerdekaan.

5. PAS juga yakin dengan hasil penyelidikan yang dibuat Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973 untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk “Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem” yang menyimpulkan bahawa Mat Indera bukan berfahaman komunis.

6. PAS berpendirian perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan bermula jauh lebih awal sebelum Umno ditubuhkan. Para pejuang kemerdekaan berhala kiri, yang mengambil ‘total confrontation approach’ menuntut kemerdekaan seperti Mat Indera, Rosli Dohbi, Datuk Maharajalela di Perak, Tok Gajah, Tok Bahaman di Pahang, Dol Said di Negeri Sembilan and Melaka, Tok Janggut di Kelantan,

Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu dan lain-lain lagi juga mesti diberi tempat dalam sejarah untuk jasa mereka.

7. PAS berpendirian bahawa Umno tidak pernah mengangkat senjata untuk mendapatkan kemerdekaan. Pejuang-pejuang lain yang menggadaikan nyawa mereka sehingga menyebabkan penjajah dalam keadaan amat parah. Apa yang Umno buat ialah menjalankan pusingan keempat yang akhir dan menuntut kredit mutlak atas kejayaan tersebut, tanpa sebarang pengiktirafan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang tersungkur dalam tiga pusingan awal yang berjaya melemahkan kuasa penjajah. Walaubagaimanapun, PAS tidak menafikan bahawa Umno, walaupun sekadar melaksanakan tugas terakhir untuk mendapat kemerdekaan, mempunyai sedikit jasa dalam mendapatkan kemerdekaan negara.

8. Umno sekadar penerima manfaat terakhir yang mendapatkan kemerdekaan tapi dengan cara kanan, iaitu ‘peaceful cooperation’ dengan penjajah British. Oleh itu, mereka tidak boleh menafikan bahawa para pemimpin mereka pernah menjadi pegawai British satu masa dahulu.

Ini pendirian PAS dalam menafsir sejarah pra-kemerdekaan, sudah tentunya ia berbeza dengan pendapat Umno. Harus ditegaskan bahawa soal menafsir sejarah dan meneliti semula sejarah berkait rapat dengan jumlah maklumat yang ada dan juga persepsi kita dalam melihat sesuatu isu.

Kita harus “bersetuju untuk tidak bersetuju” dalam kajian sejarah, kerana ia juga amat bergantung kepada jumlah maklumat yang ada sebelum seseorang itu boleh membuat kesimpulan yang tepat.

Dalam isu menafsir sejarah, semua pihak dinasihatkan untuk mengamalkan prinsip “bersetuju untuk tidak bersetuju” (agree to disagree) dan menghentikan serangan peribadi kepada mana-mana pihak hanya kerana tafsiran sejarah mereka berbeza dengan apa yang diwar-warkan selama ini. Untuk pihak yang tidak bersetuju, boleh juga diadakan debat ilmiah, dan bukannya meneruskan permainan fitnah-menfitnah di media.

Firman Allah berkata:
"Sesungguhnya Tuhan kamu akan menjelaskan di hari akhirat apa yang kamu perselisihkan.”

Sehubungan itu, semua pihak harus kembali kepada akhlak Islam dan gesaan Rasulullah agar tidak memberi gelaran yang buruk kepada yang telah meninggal dunia.

Kita juga harus bersangka baik ketika menilai status Mat Indera, sedangkan kita tidak mengetahui sejauhmana tuduhan itu betul dan pada masa yang sama beliau tidak dapat membela dirinya.

Mungkin di saat kehidupannya, beliau ada melakukan kesilapan sebagai manusia biasa, namun kita dituntut baik sangka kepada beliau, mungkin dalam tempoh tahanan beliau telah bertaubat dan memohon keampunan dari Allah, apatah lagi beberapa maklumat penjaga kubur memberikan gambaran baik terhadap beliau.

Fakta yang ada saling bertentangan antara satu sama lain. Di satu pihak, beliau tidak pernah menganut fahaman komunisme, seorang penghafal Quran, berakhlak baik sebagaimana yang ditulis dalam buku Pengukir Nama Johor.

Belah satu lagi pula membuat pelbagai tuduhan negatif yang menyatakan beliau adalah sebaliknya.

Yang ada hanyalah warisnya yang membuat penafian semua tudahan liar itu. Apakah ada yang lebih hampir selain waris bagi kita berbaik sangka kepada beliau?

Dalam isu ini, PAS telah membuat pendirian yang jelas. Namun, kami percaya sebagaimana jelas pun pendirian kami, media perdana milik Umno tetap akan memutar kenyataan untuk menutup segala isu-isu rakyat yang lebih meruncing seperti kenaikan harga barang, isu penyelewengan daftar pilihanraya, isu memberikan kerakyatan untuk mendapatkan undi, isu rasuah, isu pembaziran Kementerian Pertahanan, isu penjualan saham Esso dan MAS, isu cincin RM24 juta, isu Bersih 2.0 dan terbaru isu cukai topup 6 peratus.

PAS juga meminta semua ahli dan seluruh umat islam mengadakan solat hajat dan tahlil arwah sempena Hari Malaysia 16 September kepada seluruh pejuang kemerdekaan dalam menentang penjajahan Inggeris, termasuklah kepada roh Mat Indera, Dr Burhanudin Helmy, Dr Zulkifli Mohamad dan selainnya. Majlis ini juga diharap akan membangkitkan semangat jihad bagi menegakkan keadilan dan kemenangan dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Diharapkan juga agar seluruh kawasan mengadakan ceramah khas erti kemerdekaan dari perspektif Islam. Semoga dengan majlis ini akan memperkukuhkan ingatan kita kepada perjuangan generasi awal dalam memerdekakan negara dari penjajahan asing.

Thursday, September 08, 2011

Umno lakukan jenayah kerana label Mat Indera komunis


PAS menyifatkan Umno-BN melakukan jenayah kerana melabel Mat Indera sebagai komunis, sedangkan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan yang menentang British.

Demikian dakwa Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali semasa mengadakan sidang media 6 Septembetr lalu berhubung pendirian PAS dalam isu ucapan Timbalan Presidennya, Mohammad Sabu yang mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Turut serta ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Ketua Penerangan PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

"Ini Mohd Sabu sebut benar (Mat Indera pejuang kemerdekaan), malah Umno lakukan jenayah yang menyatakan Mat Indera Komunis, ini jenayah Umno,

"Cuba bayangkan keluarga Bukit Kepong yang terbubuh di Rumah Pasong itu. Dalam masa yang sama kita juga harus sedari bagaimana perasaan keluarga Mat Indera seorang pejuang kemerdekaan yang dituduh Umno sebagai komunis," katanya lagi.

Rakyat harus sedar sejarah hanya ditulis untuk kepentingan parti politik memerintah (Umno-BN), katanya.

Sedangkan penulisan sejarah perjuangan kemerdekaan negara tidakpun pernah ditulis secara tepat dan betul hinggalah Mat Sabu mengutarakan isu Mat Indera, katanya.

Malah momokan tuduhan yang dilemparkan ke atas Mat Sabu dan PAS sebagai membela komunis sebenarnya hanya tuduhan dan fitnah semata-mata.

PAS telah melihat teks ucapan Mat Sabu yang sedikitpun tiada kenyataan Timbalan Presiden PAS itu membela komunis kerana perjuangan PAS menolak idealogi komunis, kata Mustafa lagi.

PAS telah meneliti apa yang diucapkan Mohd Sabu melalui transkrip ucapan beliau di Tasek Gelugor, dan isi utama ucapan itu ialah mengenai perlunya sejarah kemerdekaan negara ini ditulis semula kerana bukan Umno memulakan perjuangan kemerdekaan, katanya.

Mengulas lanjut, Mustafa juga berkata perjuangan kemerdekaan tidak bermula semasa penubuh Umno, sebaliknya bermula lama (sebelum itu) zaman sejak Dato Maharajalela, Tok Gajah, Dato' Bahaman Dol Said, Tok Janggut dan Abdul Rahman Limbong.

Perjuangan menentang British bermula pada zaman tersebut dan pada era perang dunia kedua pula diketuai oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dikepalai Dr Buhanuddin Al-Helmy dan rakan--rakannya, katanya.

"Mereka ini (Dr Burhanuddin, Ahmad Boestamam; Ishak Mohammad (Pak Sako); Ibrahim Yaakob dan rakan-rakan) memimpin rakyat menentang Bristih, dan dipenjarakan Bristih pada tahun 1945.

"Umno hanya ditubuhkan pada tahun 1946, kita juga akui semua mereka ini Dr Burhanuddin dan rakan-rakannya serta Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Dato' Onn (Umno) pejuang kemerdekaan," katanya.

Namun dua golongan ini (PKMM dan Umno) memperjuangkan kemerdekaan dengan dua cara yang berbeza, kata Mustaffa.

Perjuangan dimulakan oleh PKMM (Dr Burhanuddin dan rakan) dengan suatu penentangan secara total terhadap British, katanya.

Sementara satu lagi cara oleh Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman (Umno) yang dinamakan 'Peaceful cooperations' dengan taktiknya menjadi pegawai British, katanya,

"Jangan nafi mereka ini (Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman) pernah jadi pegawai British. Dato' Onn pernah menjadi Menteri Besar Johor dan Tunku pegawai daerah,

"Tetapi sejarah di hijack oleh Umno yang hanya kata pejuang kemerdekaan hanya pemimpin Umno, Jangan ketepikan dan nafikan perjuangan mereka yang lain yang dimulakan PKMM," kata Mustafa lagi.

Dalam konteks ucapan Mat Sabu termasuk contoh Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan negara, dan ini dibuktikan diakui oleh Buku Pengukir Nama Johor terbitan Yayasan Warisan Johor, katanya.

Mereka yang dianggap pejuang kemerdekaan Johor (dalam buku tersebut) termasuk Mat Indera, diakui juga oleh ahli sejarah dan kerajaan Johor iaitu Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Ghani Othman, katanya lagi.

Isu Mat Indera, media arus perdana kuda tungggangan Umno


MEDIA arus perdana didakwa menjadi 'kuda tunggangan' Umno-BN dalam memainkan isu kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengenai perjuangan Mat Indera pada era penjajahan British dahulu.

Demikian Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar, apabila mengulas isu tuduhan terhadap Mohamad Sabu yang kononnya dilabel pro komunis apabila menyebut perjuangan Mat Indera menentang British.

"Mat Sabu di’hentam’ disetiap waktu kononnya beliau dalam satu ceramahnya menyokong pergerakan komunis di dalam peristiwa Bukit Kepong.

"Media arus perdana terus memainkan isu tersebut dengan serangan bertali arus terhadap beliau sedangkan dalam masa yang sama mulut,tangan dan kaki beliau ‘diikat’," katanya lagi.

Mat Sabu tidak diberi peluang untuk beliau muncul di media arus perdana untuk membela diri daripada serangan bertubi-tubi sedangkan media ‘berfoya-foya’ dalam ‘menjaja’ berita berkaitan isu ini, kata Firdaus.

Mat Sabu hanya berpeluang menjawab kembali serangan terhadap beliau hanya di dalam portal-portal berita di internet yang mana liputannya amat terhad, ujarnya lagi.

Media seharusnya menjadi medan kepada rakyat untuk mengetahui isu-isu semasa, katanya.

Media sepatutnya menjadi tempat rujukan bagi mendapatkan berita-berita terkini yang dapat membuka minda rakyat, katanya lagi.

"Rakyat yang dahagakan infomasi serta maklumat terkini yang lengkap serta adil sepatutnya dihidangkan dengan sesuatu yang mana akan membuka ruang fikiran rakyat dengan lebih luas dan membolehkan rakyat bertindak mengikut akal bukannya nafsu semata-mata," katanya.

Begitupun kata Firdaus, Utusan Malaysia dan TV3 dilihat lebih terkehadapan dalam mengeluarkan berita walaupun kadang-kadang berita yang disiarkan itu belum tentu sahih.

Begitulah yang terjadi dalam isu yang dikaitkan dengan Mohd Sabu, ujarnya.

"Ada kalanya mereka hanya bersandarkan berita yang dikutip daripada blog-blog ‘picisan’ penulis upahan Umno/BN lalu di war-warkan sehingga menjadi tajuk utama media mereka," katanya.

Umno gila nak gugur kerakyatan Mohd Sabu, beri pada warga asing


(Kenyataan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dipetik)

MENGHALAU penjajah lebih mudah berbanding membuang pemikiran penjajah – itulah ungkapan untuk menggambarkan walaupun negara telah merdeka 54 tahun, namun pemikiran penjajah masih kukuh dan utuh dalam pemikiran sesetengah golongan sehingga ada yang masih berbangga dengan apa yang ditinggalkan penjajah. Apa yang menyayatkan hati ialah kebutaan golongan ini dalam membakulsampahkan golongan yang ikhlas berjuang menghalau penjajah kini sebagai komunis.

Manakala golongan yang sanggup bersekongkol dengan penjajah dan taat menerima segala arahan penjajah sehingga membidas, mencedera dan malah ada yang sanggup membunuh orang sendiri yang melawan penjajah pula didewa-dewakan mereka sebagai hero.

Seluruh fakta sejarah yang bersama Inggeris dikekalkan, bahkan nama-nama parti politik masih menggunakan bahasa penjajah (Umno, MIC, MCA – semua adalah singkatan bahasa Inggeris) masih bangga mendabik dada dan berulang-ulang menyebut “Kamilah pejuang bangsa, Kamilah pembela tanahair” sehingga bertukar menjadi “Kami sahajalah pejuang bangsa, Kami sahajalah pembela tanahair” sehingga mengabaikan dan menggugurkan jasa para pejuang lain yang tidak diiktiraf pihak Inggeris dalam sejarah.

Dalam bab menjaga Islam lagi menyedihkan. Selepas 54 tahun negara merdeka, nama Islam bukan sahaja tidak bertambah harum, malah kian dilihat sebagai agama yang menghalalkan rasuah dalam pentadbiran, penyalahgunaan kuasa demi kekal berkuasa, rakyat didahulukan untuk disembelihkan apabila ekonomi negara disalahtadbir dan perundangan Islam hanya berlegar soal peribadi dan kekeluargaan.Bukan itu sahaja, malah majoriti institusi-institusi agama turut dikongkong untuk mengembangkan ajaran Islam dengan pelbagai enakmen yang direka bukan sahaja menyusahkan dan pada masa yang sama menyebabkan agama Islam ditertawakan.

Banggakah kita sesudah 54 tahun merdeka, isu-isu utama seperti soal perpaduan kaum, soal agama dan dasar pendidikan nasional dan soal memartabatkan bahasa kebangsaan masih teraba-raba mencari jalan keluar? Setiap kali menjelang pilihanraya umum, isu agama dan kaum akan digunakan sebagai senjata sewenang-wenangnya oleh parti pemerintah untuk dijaja kepada kaum masing-masing bagi meraih undi.Inilah nasib bilamana negara dipimpin oleh mereka yang pemikiran masih dibelenggu oleh elemen penjajah.

Akhir-akhir ini, gesaan untuk melucutkan kerakyatan dan memperbanyakkan laporan polis dan saranan seseorang agar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya kerana bercanggah pendapat dengan pihak pemerintah telah menjadi satu budaya baru dalam negara.Segalanya dibuat seolah-olahlah merekalah undang-undang, dan merekalah pendakwa dan merekalah jugalah hakim.

Terbaru, timbul pula desakan menggugurkan kerakyatan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semata-mata kerana beliau mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Tiada pula kedengaran, ada yang menyarankan mereka yang terlibat dalam konspirasi memberikan kerakyatan kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya, yang terang-bederang khianat kepada negara selepas 54 tahun merdeka untuk dibuang kerakyatan?

Ini bukan ke satu lagi mentaliti penjajah – di mana mereka sanggup mengelirukan orang Tanah Melayu sendiri untuk melawan orang Tanah Melayu sendiri, tapi masa yang sama menjual negara ke tangan warga asing untuk mengundi mereka supaya boleh kekal berkuasa? Penjajah turut melakukan perkara yang sama, orang Tanah Melayu diambil sebagai pegawai, polis dan juga askar untuk melawan orang Tanah Melayu yang menentang penjajahan mereka supaya mereka boleh kekal berkuasa.

Sekiranya perlu Mat sabu digugurkan kerakyatan kerana menganggap Mat Indera sebagai seorang hero, bagaimana pula dengan penulis dan pakar sejarah yang menerbitkan buku Pengukir Nama Johor, yang dikatakan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sebagai “penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan” yang mengangkat Mat Indera juga sebagai hero.

Bagaimana pula dengan kerakyatan Abdul Ghani apabila kenyataan beliau bercanggah dengan buku yang dinaungkannya sebagai “bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik” pada 2004 dengan menggelar Mat Indera sebagai pengganas untuk meneruskan hujah Umno yang semakin menikam Umno sendiri? Desakan ini juga sebenarnya menggambarkan betapa rakusnya kerajaan pemerintah dalam mengekalkan kuasa sehinggakan soal perundangan boleh diabaikan.

Kalau diikutkan kehendak Umno, rakyat langsung tak boleh bersuara menentang apa yang dilakukan oleh kerajaan – asalkan bercanggah dan menyebabkan kerajaan pemerintah tidak gembira, anda boleh disaran untuk dibuang kerakyatan. Sedangkan pada waktu yang sama, kerajaan pula beri warga asing kerakyatan walaupun mereka langsung tidak mempunyai apa-apa jasa kepada negara.

Inilah contoh terbaik untuk mengungkapkan kata-kata P.Ramlee “fening, fening.”

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
8 September 2011

Mohd Sabu diserang 1Malaysia akibat fitnah Utusan Malaysia


(Laporan Harakahdaily bertajuk :'Sudah 12 hari saya diserang', dinukilkan untuk rekod)

TIMBALAN Presiden PAS, Mohamad Sabu memulakan hujah dalam forum malam tadi dengan melahirkan rasa pelik kenapa beliau diserang begitu rupa oleh Umno dan akhbarnya Utusan Malaysia dan media pro-Umno yang lain.

Menurutnya, malam tadi genap 12 hari 12 malam beliau diserang.

"Bermula 21 Ogos hari tu sehinggalah hari ini. Setengah jam warta berita, 10 minit serang saya.

"Saya pun kadang-kadang duduk depan cermin perhati diri saya, dimana mereka takut sangat kat aku ni. Kaya pun tidak, berpengaruh pun tidak," katanya disambut ketawa hampir 200 hadirin yang hadir.

Turut serta sebagai panel forum anjuran NGO - Free Public Forum M'sia (FPF) itu ialah Pakar Perlembagaan Prof Dr Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan penulis blog, Hishammudin Rais.

Forum bertajuk 'Mat Indera - Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan' itu berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KSCAH).

"Ada yang cadang saya dibuang ke luar negara, ada yang cadang saya di ISA, ada yang cadang saya dibuang sahaja ke Laut China Selatan. Ugutan mcm-macam.

"Ini tidak lain kerana apa yang saya cakap dicampur dengan rekaan Utusan, apa yang saya tak cakap dilaporkan sebagai cakap. Ini satu fitnah," katanya menjelaskan penyebab dirinya diserang.

Berhujah lanjut, Mohamad tetap mempertahankan kenyataannya bahawa Mohamad Indera adalah pejuang kemerdekaan dan bukan pengkhianat bangsa seperti dituduh Umno.

Perkara itu juga menurutnya dinukilkan sendiri dalam buku "Pengkukir Nama Johor" pada halaman 107 hingga 117 yang menceritakan latar belakang dan perjuangan Mat Indera sebagai pejuang bangsa.

Sambil merujuk tragedi Bukit Kepong 1950 lalu, Timbalan Presiden PAS itu berkata anggota polis di Rumah Pasung yang diserang Mohamad Indera adalah polis British.

"(Kepada) polis jangan lah panik, pembahaginya adalah 31 Ogos 1957, serangan (Rumah Pasung) Bukit Kepong itu sebelum merdeka, anggota polis sebelum 1957 adalah polis British," katanya sebagai jawapan kepada anggota dan pesara polis yang dilaporkan Utusan sebagai tidak senang dengan kenyataannya.

Pecah tembelang

Dalam pada itu Hishammudin Rais pula berkata, Mohamad diserang kerana penipuan fakta kemerdekaan oleh Umno selama ini ibarat sudah pecah tembelang.

Kontroversi kenyataan Mohamad berhubung isu Mat Indera katanya telah menyebabkan masyarakat mula sedar sejarah sebenar kemerdekaan.

"Untuk Umno, (Bukit Kepong) inilah kiblat perjuangan mereka. Setiap tahun tunjuk Bukit Kepong.

"Sekarang Umno dan Utusan takut sebab tembelang pembohongan sudah pecah, kiblat mereka sudah runtuh," katanya sambil memuji keberanian Mohamad.

Umno juga jelasnya cuba memperbodohkan rakyat dengan tulisan sejarah versi mereka.

Sehubungan itu, isu Mat Indera ini perlu dijadikan momentum untuk rakyat melihat kembali sejarah negara.

Aziz Bari pula turut sependapat bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan bukan pengkhianat bangsa seperti didakwa Umno.

Katanya ianya turut dibuktikan dengan beberapa fakta sejarah dan testimoni ahli keluarganya.

"Sehingga kini belum ada kenyataan konkrit bagi menafikan hujah ini," katanya.

Dalam forum tersebut, kesemua mereka juga turut bersetuju agar sejarah perjuangan kemerdekaan negara ini perlu juga mengiktiraf jasa golongan agamawan nasionalis dan golongan kiri yang mengangkat senjata menentang penjajah, dan bukannya dari tokoh Umno semata-mata.

Monday, September 05, 2011

Ucapan Mohamad Sabu yang diputarbelit media talibarut Umno


(Berikut disiarkan sedutan Ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada 21 Ogos 2011, di Tasek Gelugor dalam isu Ahmad Indera dan peristiwa Bukit Kepong yang dijadikan fitnah dan serangan media talibarut Umno. Mohamad Sabu didakwa menghina pejuang kemerdekaan dan sebaliknya menyokong komunis. Harap pembaca dapat membuat penilaian sewajarnya)

Hadirin yang dihormati sekelian,

Sekarang ini pemikiran rakyat sudah mula berubah. Mereka tidak lagi di awal merdeka dulu, sekarang kita ni dalam suasana mahu menyambut merdeka, kita tengok tidak ada orang pun bawa bendera (Malaysia) di kereta.

Ada setengah rakyat itu kereta dia dipasang hampir 200 bendera, itu adalah yang jenis masuk air dalam kepala itu. Haa..yang jenis tu ada. Tapi orang biasa, saya tak nampak pun. Sebab rakyat tidak merasai semangat menyambut merdeka. Sambut merdeka seolah-olah perayaan Umno.

Sepatutnya tokoh pejuang kemerdekaan harus dilaporkan di media elektronik, sekiranya mahu meletakkan Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn Jaafar pun tidak mengapa, tetapi kena letak juga Dr Burhanudin Al-Helmy, kena letak juga Ustaz Abu Bakar Al Bakir, kena letak juga Dato’ Ahmad Boestamam, kena letak juga Dato’ Ibrahim Yaakob, kena letak juga perjuangan-perjuangan seperti Mat Kilau dan sebagainya.

Ini penentang-penentang British. Tapi bila merdeka, Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn, Tungku Abdul Rahman, Dato’ Onn. Kalau begitu Umno lah yang layak..betul atau tidak?

Di negeri orang lain, sambut merdeka rakyat ambil bendera letak di pintu rumah masing-masing.

Kalau kita pegi Indonesia, di Thailand, tidak kira parti politik, pembangkang atau kerajaan apabila merdeka ini rakyat yang menyambutnya.

Di Malaysia ini kita tidak rasa sambut merdeka, rakyat sambut..macam Umno sambut, bahkan berlaku beberapa tahun lepas di mana Majlis Daerah Raub mintak supaya semua parti politik buat perarakan hari merdeka, maka PAS di Raub itu kebetulan ahlinya banyak bekas-bekas tentera berlatih lah berkawat.

Elok tak kiralah berkawat puak-puak tentera ni, banyak duduk (masuk) dalam PAS..hendak sambut merdeka di majlis bandaran, sehari sebelum merdeka, sampai surat PAS tidak boleh terlibat dalam sambut merdeka...ini yang berlaku.

Ertinya sambut merdeka ni seolah-olah kepunyaan Umno. Sebab tu kita lihat tulisan-tulisan, blog-blog kebelakangan ini, anak-anak muda kata.."umph sambut buat apa…bendera pun dia kata serupa bendera Amerika..lagu negaraku pulak lagu Hawaii.

Kemudian diterjemahkan lagu jadi 'Terang Bulan' di Indonesia. Kemudian jadi lagu Negaraku. Mula-mula saya ingat budak-budak ini melawak.

Hari tu anak saya tunjuk, dia bukak YouTube. Dia kata ayah dengar, ini lagu Terang Bulan di Indonesia. Ini lagu Negaraku. Hundred percent serupa.

Ertinya lagu ini lagu diambil daripada lagu Terang Bulan, bukan lagu patriotik apa-apa pun sebab tu kita harap. Tak apalah dah guna pakai nak buat macamana.

Tapi kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena, bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong.

Dalam peristiwa Bukit Kepong, polis itu polis British..yang serang Balai Bukit Kepong tu lah pejuang kemerdekaan. Ketuanya Ahmad Indera, Melayu. Tetapi semua sejarah itu ditutup. Jins Samsudin buat filem. Jins Samsudin tu Umno. Cerita Bukit Kepong yang serang Balai Polis tu penjahat, polis tu polis British. Sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British, tapi dibuat filem yang hero hak (yang) pertahan balai polis.

Yang serang tu pengganas, padahal Ahmad Indera, ketua penyerang balai polis itu dan akhirnya dia dihukum gantung di Penjara Taiping.

Begitulah jugak Tok Janggut, Tok Janggut yang juga menentang British tapi sebelum British nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka. Apabila isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah Tok Janggut di hukum gantung di Pasir Puteh, Kelantan.

Semua sejarah negara kita pembohong. Dahulu kita duk menyanyi di Jarak (kampung asal Mohd Sabu semasa kecil) tu, rupanya cikgu tu membohong kita.

Cikgu tu pulak Kementerian Pelajaran bohong dia. Jadi, depa (mereka) duk lawan mohong lah para hadirin sekalian, jadi sejarah kemerdekaan tak kena.

Hadirin sekelian..

Sebab itu kita tengok pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi jahat. Siapa pegawai British? Dato’ Onn, Tunku Abdul Rahman. Itu pegawai British. Hak (yang) lawan British, hak tu pula jadi pengganas.

Abu Bakar Bakir pengganas, Dr Burhanudin pengkhianat, kemudian Rashid Maidin komunis. Semua hak lawan British jahat, hak sokong British hero. Ini pelik bin ajaib.

Sebenarnya yang lawan British itulah pejuang kemerdekaan sebenar.

Tidak apalah kita ambil alih Malaysia esok (menang tawan Putrajaya), kita ubah balik sejarah ini. Bukan kita nak memihak pada siapa, bagi hak betul.

Kalau kemerdekaan di tangan Tungku Abdul Rahman, ya! Tapi perjuangan kemerdekaan bukan mereka. Pejuang-pejuang kemerdekaan kebanyakannya merengkok dalam penjara, di antara mereka lari menyelamatkan diri ke Indonesia, termasuklah Ibrahim Yaakob kerana nak ditangkap oleh pihak British.

Hadirin yang dihormati sekalian..

Begitulah juga hal pembangunan….pembangunan kalau dulu memanglah, Umno berkempen, saya sebut selalu mudah, dulu mana ada jalan.

La (sekarang) Jarak (di Pulau Pinang) hendak pegi Lunas (Kulim, Kedah) 15 minit boleh sampai. Siapa buat jalan ni? Umno..haaa..dia senang..macam tu (kempen cara Umno).

Ceramah zaman Sulaiman Palestin, zaman Dato’ Mat Said dulu ni..dia mai (datang) ceramah gitu..kita ternganga dengar. Tali air Jarak tu siapa buat? Perikatan..ha ini zaman-zaman begitu.

Sekarang hadirin sekelian, ceramah dan penerangan macam tu dah tak boleh. Rakyat hendak pembangunan, rakyat nak pembaharuan….yang rakyat tak mahu penyelewengan dan rasuah.

Rakyat tak mahu rasuah dan penyelewengan. Kalau harga sekolah RM20 juta, buat dengan belanja 20 juta. Kenapa jadi 30 juta?
Kenapa perlu 'mark-up' price? Naikkan harga 10 juta, beri kat sapa wang ini?

Ini yang rakyat tak mahu. Sekolah rakyat mahu, makmal komputer rakyat mahu. Tetapi apa yang berlaku, anak murid belum masuk (sekolah) dah runtuh.

Stadium, rakyat nak tengok bola, nak bersukan..tapi kenapa stadium yang dibina, tak sampai setahun runtuh. Mengapa jadi macam tu?

Sedangkan kita tengok bangunan, kita tengok tu Padang Kota (di tepi pantai Pulau Pinang) bangunan itu 80 tahun, 100 tahun, sampai la (sekarang) duk kukuh.

Bank-bank duk pakai British buat dulu, bangunan buat lepas merdeka ni, retak, pecah..kerana apa? Rasuah dan penyelewengan berlaku.

Ini perubahan pemikiran rakyat , sebab itulah dalam satu forum, anjuran KarangKraf, Sinar, surat khabar Sinar (Harian) di Shah Alam baru-baru ini, yang hadir ialah Dato’ Ambiga (Sreenevasan), Dato' Saifudin Abdullah, Timbalan Menteri daripada Umno. Kemudian seorang lagi Dato’ Wan Ahmad daripada SPR dan seorang lagi Professor Shamsul Amri.

Professor Shamsul Amri mengatakan BN sekarang, bukan menghadapi rakyat seperti tahun 60an rakyat telah berubah dan rakyat telah faham apa itu pembangunan dan sebagainya…maka BN menghadapi penghakisan sokongan rakyat, kalau penyelewengan terus berlaku.

Ini di antara petikan kata-kata Professor Shamsul Amri. Beliau mengatakan masalah yang Umno hadapi sekarang ini ialah Umno berkempen di tahap lama, pemikiran rakyat telah berubah ke tahap baru…mereka masih lagi di takuk lama, iaitu soal siapa buat pembangunan, siapa itu semua. Sedangkan pemikiran rakyat telah maju kehadapan. Ini kata Professor Shamsul Amri.

Hadirin yang dihormati sekelian..

Macam dulu kita masuk pilihan raya, bila kalah kita kata takdir, nak buat macamana. Kita dapat undi macam itu, sekarang kita akui undi kita tidak cukup, tetapi kenapa tidak cukup? Di antaranya kita tidak boleh beri penerangan kepada orang ramai, media tidak adil. Ini tuntutan yang dituntut kebelakangan ini.

Soal keadilan media contohnya , Pengarah Keselamatan Dalam Negeri menyatakan , saya tak dilanggar oleh Pajero. Tiada kemalangan. Dia (pengarah keselamatan dalam negeri) berbohong. Saya tiada peluang untuk jawab dalam televisyen.

Kalau saya boleh jawab saya kata, "saya dilanggar pada hari itu oleh (proton) Waja (polis). Maka rakyat dapat dua penerangan. Satu penerangan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri, satu penerangan saya, maka rakyat bebas untuk buat pertimbangan, sekarang rakyat yang boleh buat pertimbangan.

Rakyat yang datang mendengar ceramah malam ini, sebab dia dah tengok televisyen, dia dengar penerangan saya. (Tetapi) Macamana rakyat Ijok? Macamana rakyat Selama? Macamana rakyat Parit? Batu Pahat? Padang Tongson? Yang tidak datang itu yang di Ceruk Kudong, Kupang, Merbau kudong atau dalam sana, Ayer Melintas?

Yang tidak datang dengar penerangan kita, dia percayalah kepada apa yang televisyen bagi tahu.

Di sinilah berlaku ketidakadilan media, bukan kita mahukan apa yang kita cerita mesti rakyat percaya. Kita juga mahukan apa yang pemerintah cerita mesti rakyat percaya. Yang pentingnya, kedua-dua dapat peluang memberi penerangan.

Inilah keadilan media yang kita tuntut, misalnya mereka menyerang, sekarang ini PAS alat DAP, naik sepanduk di Terengganu sepanduk merata kampung. Kalau Umno kalah, DAP lah yang menang..sedangkan di Terengganu , DAP satu kerusi pun tidak bertanding. Yang bertanding PAS lawan Umno. Ada lah KeADILan satu dua.

Itu pun Melayu , tapi dia naik sepanduk, kalau Umno kalah DAP menang, setengah-setengah orang kampung yang dia tak faham, dia kata habislah kalau Umno kalah, apa nak jadi Melayu ini.

Inilah kata Professor Shamsul Amri (Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu BN masih bertahan di takuk lama dengan memperbodohkan rakyat, sedangkan rakyat bandar, rakyat Internet, rakyat blog mula mendapat maklumat yang lain.

Oleh itu Barisan Nasional bertahan….undi di kampung-kampung, di pendalaman, tidak lagi di bandar-bandar, saya sebutkan kalau di sebelah bandar sekarang ni di Shah Alam ka? Petaling Jaya ka? Sebut Umno pun orang geli, anak-anak muda.

Kamu ini Umno ka? Eeeee..dia geli dengar. Tapi sekiranya Jarak ni (kawasan), sebut Umno dia tak (belum) geli lagi. Tapi anak-anak muda Bandar, dia tau sejarah, dia baca internet, dia tengok laporan semua. Rupanya banyak berlaku pembohongan sejarah.