Thursday, May 14, 2009

Sedia jumpa Najib bukan untuk bincang Kerajaan Perpaduan


Kenyataan Akhbar

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

14 Mei 2009

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat PAS Jalan Raja Laut dan telah mengambil keputusan berikut:

Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan YAB Perdana Menteri untuk memperkukuhkan demokrasi dan institusi kerajaan negeri Perak. Kami mengulangi pendirian bahawa mandat seharusnya diserahkan kembali kepada rakyat Perak untuk menentukan kerajaan yang sah.

Kami mengambil maklum bahawa terdapat badan-badan dan individu seperti Yang DiPertua Dewan Negara, institusi seperti Suhakam, Majlis Peguam, ahli akademik, pemimpin dari parti komponen BN dan pelbagai pihak lain yang berpandangan bahawa penyelesaian terbaik bagi masalah Perak adalah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihanraya baru diadakan.

Pakatan Rakyat juga kesal dengan tindakan junta Myanmar yang telah menangkap pejuang hak asasi Myanmar Aung San Suu Kyi atas tuduhan rasuah. Tuduhan tersebut adalah tidak munasabah dan tidak dapat diterima. Sehubungan dengan itu pihak kami menggesa kerajaan ASEAN untuk mengambil tindakan dan mendesak Myanmar membebaskan beliau tanpa syarat.


Dato Seri Anwar Ibrahim Dato’ Seri Abdul Hadi Lim Kit Siang


Pemimpin utama Pakatan Rakyat dalam sidang akhbar selepas mesyuarat petang tadi bersedia untuk berjumpa PM Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, semata-mata untuk menyelesaikan kemelut di Perak.

Hasrat ini amat jelas. Pakatan Rakyat tidak pernah bercadang atau bgerminat untuk mengatakan unity talk atau unity government dengan Umno-BN.

Pendirian ini jelas dan perundingan yang dibuat nanti dengan restu atau dihadiri bersama oleh semua pemimpin, bukannya berjumpa secara individu atau satu kelompok parti sahaja.

Sama ada Anwar atau Kit Siang, mereka menyedari perlunya berunding dengan PM Najib untuk menyelesaikan krisis yang khusus sahaja.

Oleh itu tidak seharusnya ada pandangan yang tersasar terhadap usaha murni ini.

No comments: