|
Lajim di wawancara Rashidi, Nordin, Faizal dan Azhar. |
Wawancara ekslusif wakil Harakah, MOHD RASHIDI HASSAN, WAN NORDIN WAN YAACOB, MUHAMMAD FAIZAL ZAKARIA, MUHAMMAD ADZHAR dan WAN ZAHARI SALLEH bersama bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Seri Lajim Ukin yang juga Ahli Parlimen Beaufort di Parlimen pada 1 November lalu.HARAKAH: Dato'. Langkah Dato' menyeberang kepada Pakatan Rakyat dalam masa yang sama sebelum ini Dato' ada kedudukan dalam parti, dalam kerajaan dan menjadi wakil rakyat BN, apa sebenarnya faktor yang mendorong untuk dato' melakukan perubahan itu?DATO' SERI LAJIM UKIN : Pertamanya saya ucapkan terima kasih kepada Harakah kerana sudi menjemput untuk saya bercakap soal politik Sabah dan nasional. Saya buat keputusan ini setelah saya buat tinjauan dan perhitungan perkembangan politik di Sabah dan sebelum saya huraikan satu persatu saya mohon maaf kepada pimpinan Pakatan Rakyat di peringkat nasional, kerana ini isu rakyat Sabah yang telah diabaikan oleh Umno-BN di Sabah dan pimpinan Umno-BN di Kuala Lumpur. Oleh itu saya buat pertimbangan yang boleh memberi satu langkah awal menyedarkan pimpinan di peringkat pusat khasnya BN dan juga PR agar bila kita ambil alih pentadbiran Putrajaya dan Negeri Sabah khasnya, seharusnya kita tidak mengulangi sejarah pentadbiran Umno-BN. Saya buat keputusan setelah tujuh bulan membuat tinjauan hasrat rakyat Sabah dan melihat perubahan politik nasional dan saya berfikir, ini tidak akan menjadi kenyataan bagi rakyat Sabah, jika tidak kita bersama-sama pimpinan membuat perubahan kepada Sabah dan nasional khasnya.
Dato' telah lama duduk dalam Umno-BN dan menjawat jawatan penting, apakah kepincangan di Sabah yang menyebabkan Dato' keluar daripada Umno?Tiada sesuatu yang dapat dibangggakan oleh rakyat Sabah. Memanglah tidak boleh dinafikan BN sejak dahulu hingga kini ada melaksanakan program pembangunan seperti membina universiti, infrastruktur dan sebagainya, tetapi tidak menjadi realiti dan menyeluruh kepada rakyat Sabah khasnya masyarakat luar bandar yang dinafikan hak mereka khasnya dalam aspek pembangunan infrastruktur air, elektrik selain sekolah yang masih daif. Hal ini seharusnya tidak boleh berlaku kerana negara kita sudah merdeka lebih 50 tahun, dan Sabah sendiri telah bersama Malaysia hampir 50 tahun dan seharusnya BN, telah memerintah begitu lama tidak bertukar kerajaan di peringkat nasional, hanya ada pertukaran di peringkat negeri dan walaupun beberapa kali bertukar Perdana Menteri, mahupun ketua menteri, namun BN masih kekalkan kerajaan dan malangnya Sabah sebuah negeri terkaya di Malaysia, namun Sabah paling tinggi kemiskinannya. Kemudahan infrastruktur yang tidak sama seperti Semenanjung. Kita tiada lebuhraya, hanya ada jalan raya diturap sahaja, tiada prasarana yang secukupnya. Ini mendorong saya dan dorongan rakyat, yang mahukan arus perubahan. Saya mahu mengikut kehendak rakyat Sabah sendiri.
Ketua Menteri Sabah, Dato' Seri Musa Aman mengatakan, keluarnya Dato' daripada Umno tidak beri kesan kepada politik Sabah, apa komen Dato'? Itu pada persepsi Musa Aman, memang mereka akan kata tidak ada perubahan, tetapi pada zahirnya, bahawa perkara ini sudah menjadi kenyataan pertamanya BN bimbang untuk adakan Pilihan Raya Umum ke-13. Sebelum ini Sabah dan Sarawak simpanan tetap bagi BN pada pilihan raya umum ke-12, namun kali ini telah berlaku perubahan yang membimbangkan BN. PM sendiri masih lagi tidak berani membubarkan Parlimen. Ini jelas Sabah tidak menjamin BN menang dalam PRU akan datang. Tetapi sebagai Pengerusi BN Sabah, Musa akan pertahankan kononnya rakyat masih lagi sokong BN, sedangkan rakyat sudah lama tolak BN sejak 2008. Hanya pada tahun 2008 rakyat kurang informasi daripada Semenanjung.
Kini, isu hangat diperkatakan isu kemasukan dana RM40 juta membabitkan Musa Aman kononnya dari Hong Kong, boleh Dato' ulas hal ini, bagaimana berlaku?
Pertamanya saya sebahagian daripada Ahli Perhubungan Umno Sabah (dahulu), jika betul wang itu disalurkan kepada parti, mengapa ramai ahli jawatankuasa perhubungan tidak tahu hal ini? Ini Bersesuaian dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno, kalau tidak silap saya selepas Najib mengambil alih kepimpinan Umno beliau menegaskan supaya apa sahaja sumbangan diberi oleh sesiapa pun, mesti melalui perhubungan Umno. Keduanya, MT juga memutuskan apa-apa sumbangan individu harus ada resit supaya tiada tuduhan bahawa wang itu didermakan bukan untuk peribadi tetapi kepentingan sendiri.
Tetapi kita sangat hairan pertamanya selaku ahli perhubungan, ramai yang tidak tahu duit sebegitu banyak itu melalui siapa dan kepada siapa? Tapi rakyat tahu, pemimpin Umno di Sabah pun tahu, ia adalah sumbangan daripada individu kroni Ketua Menteri Sabah. Dan ini satu kesilapan besar apabila kerajaan dan pimpinan sekarang ini masih melindungi orang yang lakukan kesalahan, kesalahan nyata.
Wang itu katanya datang dari Hong Kong, pada saya apakah ada orang Hong Kong yang berikan sumbangan, kenapa tidak masuk akaun Umno Sabah, kenapa dibawa secara tunai oleh seorang yang ada kaitan dengan Ketua Menteri? Individu itu ditahan dan akhirnya disiasat, tapi kerajaan kata kononnya ini sumbangan kepada Umno Sabah. Tetapi dalam hal undang-undang tindakan ini sudah salah, kita bawa lebih wang daripada sesebuah negara melebihi had, sedangkan ada peraturan berapa banyak yang boleh dibawa masuk dan keluar, ini integritinya sudaha jelas bahawa orang ini telah salah gunakan akta penggubalan dan juga akta negara mana sahaja yang melebihi had boleh dibawa masuka atau keluar.
Adakah isu ini boleh memecahbelahkan Umno dan BN di Sabah? Saya melihat di peringkat pimpinan Umno Sabah pun mereka tidak bersatu sebenarnya, mereka tahu Naib Presiden Umno, Dato' Shafie Apdal terpaksa ikut dan akur sahaja dengan keputusan pihak atasan walaupun Shafie kata kelihatan kononnya mereka bersatu, dan mereka ini pun saya lihat meraba-raba dalam soal RM40 juta. Sebagai Naib Presiden, Shafie sendiri meraba-raba berkenaan isu ini. Oleh kerana pengumuman telah dibuat oleh kerajaan maka mereka terpaksa mengiyakan dan mengatakan itu duit Umno. Pada lahirnya hati mereka, mereka juga masih tertanya, saya tahu sebab saya dekat dengan mereka dan saya yakin Bendahari Umno Sabah sendiri tahu dari mana datangnya wang ini.
Saya cukup yakin bahawa, pertama bukan sahaja pimpinan peringkat negeri malahan rakyat juga akan memikirkan mengapa wang sebanyak ini keluar dari sabah kemudian dikembalikan kepada Sabah dan tidak mengikut saluran yang betul. Dan kenapa masih ada rakyat yang miskin sedangkan mereka patut terima wang RM40 juta itu. Kalau kita kata kita buat rumah, berapa rumah yang telah dibina dan disiapkan? berapa banyak katakan di kawasan kampung-kampung yang belum dapat air bersih. Berapa banyak tangki-tangki air yang telah kita buat dan bina. Ini dikatakan wang Umno padahal sebaliknya wang individu.
Isu Musa Aman simpan duit di luar negara, banyak isu peribadi membabitkan pengumpulan kekayaan, bagaimana Dato' melihat ini? Saya tidak nafikan Musa Aman seorang ahli perniagaan yang berjaya, tetapi yang saya persoalkan bagaimana setelah Musa memegang jawatan KM Sabah, bagaimana beliau boleh tambahkan kekayaannya, sedangkan beliau tidak boleh memegang apa-apa jawatan dalam syarikat dan tidak boleh memiliki syarikat sendiri.
Itu yang menjadi persoalan rakyat sekarang sedangkan mengikut laporan wangnya berjumlah bukan jutaan malahan bilion. Jadi pihak berkuasa sepatutnya siasat dan di sini tidak boleh timbul isu pilih kasih. sebab jika Najib mempertahankan integritinya sebagai PM, sepatutnya Musa Aman disiasat dan siasatan harus telus bukannya setengah pihak disiasat dan setengah lagi tidak.
Jika Musa Aman didapati tidak bersalah dan duit itu beliau dapat dengan cara yang betul, beliau dapat naikkan imej Umno bukan sahaja di Sabah malah Malaysia. Apa jua tohmahan pertuduhan yang dilemparkan oleh para pemimpin bukan sahaja daripada pembangkang malahan individu-individu lain yang buat tuduhan bahawa Musa Aman yang begitu kaya dengan balak, kontrak dan sebagainya. Tapi kalau disiasat Musa tidak bersalah dan beliau ikut peraturan dan tidak menyalahi sebarang kesalahan di bawah akta anti rasuah, lagi bagus. Persepsi masyarakat,orang ini kaya sebab beliau buat projek mungkin anak keluarga dia, mungkin beliau tidak terbabit, mungkin ada terbabit dengan pembabitan beliau, isu 40 juta itu dapat dilihat yang tak dapat dilihat bagaimana?
Sabah punyai kekayaan dengan hasil hutan seperti balak, dan galian gas petroleum, namun Sabah masih ketinggalan, kenapa?
Ini ada dua peringkat, pertamanya kerajaan pusat gagal laksnakan tanggungjawab orang Sabah kepada Pusat, ini sah gagal, keduanya kerajaan negeri pun gagal untuk melaksanakan di peringkat negeri ini dua perkara. Rangkaian jalan raya ini tanggungjawab Pusat, hospital pendidikan dan kemudahan asas ini di bawah kerajaan Pusat dan ada kerjasama dengan kerajaan negeri.
Pada saya ialah pertama kerajaan BN gagal tunaikan amanah rakyat Sabah dan keduanya pimpinan BN di Sabah sejak dahulu gagal. Pertamanya yang dibuat pada tahun 1954 sistem penggiliran KM memusnahkan segala-galanya dan memusnahkan sistem pentadbiran kerajaan negeri, menyusahkan kakitangan awam kerajaan, setiap dua tahun akan bertukar KM yang baharu.
Sistem ini, merosakkan segalanya di Sabah hak ekonomi, GLC dan pentadbiran awam dan secara lansung rakyat juga mendapat susah.Penggiliran bertukar KM baharu, pastinya walaupun mereka kata akan teruskan dasar KM terdahulu, namun pelaksanaannya pastinya akan berbeza, pastilah mereka ini akan membawa satu kaedah yang baharu dan mempunyai rangkaian yang baharu dalam merancang apa sahaja program mereka. Pastinya KM baharu kena tunaikan hajat-hajat rakan-rakan dan kroni dalam partinya sendiri, sebab itu saya sebutkan sistem penggiliran KM ini memberi kerosakan kepada ekonomi, pentadbiran di Sabah.
Barangkali dalam tempoh lama rakyat Sabah tiada parti yang kuat untuk gabungkan rakyat Sabah untuk tumbangkan BN Sabah, bagaimana kali ini?Memang jelas saya lihat bahawa pada rakyat Sabah, bila Umno-BN telah tersingkir di Semenanjung Malaysia dan tidak dapat membentuk kerajaan dan hanya diselamatkan oleh kerusi di Sabah dan Sarawak, ini satu harapan baharu. Tetapi sejak tahun 2008 rakyat Sabah mahu perubahan yang besar kepada Sabah termasuk ekonomi, infrastruktur dan penjawat awam dalam hak Borneonisasi (seperti dalam perjanjian membentuk Malaysia).
Tidak dinafikan ada perubahan tetapi tidak seimbangan dengan apa yang harus berlaku. Maka seharusnya penjawat awam yang ada kebolehan dan anak Sabah yang boleh kendalikan agensi atau kementerian di Sabah harus diberikan jawatan itu, kerana kini telah ramai di kalangan profesional di Sabah ini boleh menjawat jawatan tinggi.
Apa ertinya kita menyertai Malaysia sedangkan perjanjian ini tidak dilaksanakan. Cara kepimpinan ini hanya boleh berlaku apabila berlaku sesuatu, lantik orang tertentu secara diam-diam, di mana ketelusan pusat kepada Sabah? Saya mohon maaf, saya mahu Pakatan Rakyat jangan ulangi benda yang Umno buat ini. Cara rakyat Sabah, masih lagi ada sikap Sabah untuk Sabah, dengan tindakan jelas yang konkrit kita akan dengan sendirinya, akan terhapuslah sikap kenegerian dan kesukuan.
Sabah mempunyai banyak parti politik berasaskan kaum di Sabah, apakah boleh bersatu tubuh kerajaan selepas menolak BN?Kita cukup yakin bahawa tidak akan berlakunya pertembungan di antara Pakatan Rakyat (parti dalam), saya yakin pengalaman PR pada tahun 2008 dan saya usaha bersungguh-sungguh walaupun saya tiada jawatan parti, saya bincang dengan PAS, KeADILan dan DAP Negeri Sabah, kita ada satu kefahaman yang jelas hadapi PRU-13 untuk satu lawan satu dengan BN. Kita juga bincang denga parti-parti di Sabah yang pelbagai, dan parti yang akan wujud sebelum pilihan raya, dan parti yang ditaja BN yang untuk memecah undi di Sabah. Rakyat Sabah tidak melihat persepsi kecil, tetapi perubahan untuk menjatuhkan BN.
Faktor Kadazan Dusun dan Murut (KDM) di Sabah , menajdi antara penentu utama poltik Sabah, bagaimana perubahan di kalangan mereka ini?Ia diakui sejak kekalahan Usno, bilamana KDM ini lari masuk Berjaya dan Cina lari sokong Berjaya akhirnya Usno tumbang. Apabila Berjaya jatuh, KDM dan Cina lari, hanya ada Berjaya pada tahun 1985, kerajaan berjaya begitu kuat disokong oleh BN, tetapi bila mengundi hanya enam kerusi sahaja diperolehi. Faktor KDM-Cina juga ada peranan, nampak perubahan.Sekarang ini kerusi untuk orang Islam sudah ada 30, Cina 10 dan KDM 20, ini kesinambungan, dan saya melihat trend sekarang ini masyarakat KDM mereka ini mahukan perubahan, mereka mahukan keadilan dan kesejahteraan kepada Sabah, selain kemudahan asas yang sangat diperlukan kerana mereka ini dipinggirkan oleh BN.
Saya bangga sebagai orang Islam di Sabah ini, tetapi kita tidak boleh menafikan hak bukan Islam khasnya KDM dan Cina ini,. prinsip ini harsu dinyatakan jelas oleh PR kepada rakyat Sabah bahawa komitmen yang kita pamerkan harus ditunaikan. Sementara komitmen yang boleh mendorong KDM dan orang Islam di Sabah sokong PR harus diteruskan. Saya yakin kerusi Umno akan berkurangan daripada 60 kerusi. Ini kita ada kajian dan laporan pihak tertentu dan ada laporan menyatakan BN Sabah akan kalah, tetapi harsulah dengan satu-lawan satu (BN lawan PR).
Sejauhmana rakyat Sabah tertawan dan positif dengan tawaran PR khasnya soal royalti sejumlah 20 peratus?Ini satu pengaruh besar.Saya mahu jelaskan BN tidak pernah menyentuh soal royalti minyak, apa yang mereka sebut BN bagi duit dan mahu popularkan kerajaan BN Pusat, sedangkan itu wang Sabah hasil wang royalti miyak. PR telah buat tawaran jika masuk ke Putrajaya dengan 20 peratus royalti dan ianya akan menjadi popular selama-lamanya, BN hanya popular sementara waktu sahaja kerana tawaran bersifat sementara.
PR sekurang-kurangnya setiap tahun, royalti ini 20 peratus amat besar ini akan dilihat oleh rakyat Sabah. Ramai orang tua yang tidak boleh akses internet, tetapi anak mereka yang terpelajar sudah boleh memberi input kepada mereka khasnya mereka yang berlajar di universiti. Keputusan PR mahu memansuhkan PTPTN memberi satu lonjakan sokongan di kalangan anak muda dan akhirnya melebar kepada ibu bapa mereka yang sebelum ini tiada akses internet, mereka sudah pastinya akan memberi satu gambaran baik kepada ibu bapa mereka tentang pemansuhan ini. Ini dasar terbaik walaupun kononya PM mengatakan, mengajar orang tidak bayar berhutang itu haram. Ini bukan pinjaman kereta mahupun rumah, ini pinjaman pelajaran, mereka ini adalah untuk pendidikan, tiada salah pada saya jika kerajaan ada wang dan hasil wang rakyat dan negeri itu dihapuskan hutang pelajaran, bukan untuk berfoya-foya, bila pelajar ini ada pendidikajn tiggi, mereka akan menjadi modal insan kepada negara.
Dato' Seri, kita mendengar adanya slogan 'Ini kali lah', apakah slogan ini kalilah menjadi kata-kata keramat mendorong rakyat Sabah membuat perubahan?Saya melihat slogan ini kreatif dan lagunyapun sudah ada, saya pun boleh nyanyi lagunya. Ini satu sebutan mudah kepada rakyat Sabah. Kita juga kena terjemahkan apa maksudnya, apakah ini kalilah hanya untuk tukar Perdana Menteri atau Ketua Menteri? 'Inikali lah' adalah signal kepada kerajaan mana-mana pun yang menerajuinya nanti untuk memberi keselesaan dan menunaikan amanah rakyat Sabah yang telah dikhianati BN sebelum ini. Apa yang telah dijanjikan oleh Pakatan Rakyat harus dilaksanakan dan perlu diperjelaskan kemudian dengan tindakan yang jauh berbeza dengan BN.
Ini kali kita laksanakan mungkin tidak kesemua janji dalam sekelip mata, tetapi comntohnya daripada 10 sekurang-kurangnya enam boleh diterjemahkan kepada pelaksanaan janji.
Akhirnya apakah pesanan dato kepada rakyat Sabah untuk menghadapi PRU-13?Pertamanya supaya rakyat Sabah memikirkan perubahan yang akan dibawa, dan rakyat Sabah harus imbas kembali apa yang telah berlaju sekian lama di bawah Umno-BN dan rakan-rakan di Semenanjung telah buat perubahan, dan lima negeri telah membuat perubahan. Kali ini saya yakin pemimpin di Sabah dan Semenanjung akan bersetia kepada perjuangan.
Saya rayu orang Sabah mencuba (undi Pakatan Rakyat). Jika tidak cuba kita tidak tahu, jika nanti PR tidak tunaikan janji, mereka boleh tumbangkan semula dan sokong parti lain semula, jika ada parti yang jauh lebih hebat selepas ini. Jangan sekali-kali rakyat Sabah dengar tohmahan TV1, TV2 dan TV3, dan media kerajaan yang mempropaganda bahawa jika PR berkuasa, kaum Cina akan 'naik tocang'.
Ini jangan terpengaruh dengan dakyah Umno-BN ini. Lihat sahaja negara-negara yang telah lakukan perubahan, seperti Indonesia, telah pun memberi satu nafas baharu kepada rakyat dan khasnya ekonomi Indonesia setelah pertukaran pemerintah. Dalam tempoh lima tahun Indonesia rangsang ekonomi sehingga boleh memberi subsidi secukupnya kepada 300,000 juta rakyatnya.
Jika kita boleh melahirkan seorang pemimpin yang boleh terajui negara, apa salahnya. Jika teruskan di bawah BN tiada perubahan yang boleh dilihat, hanya perubahan kepada kroni dan rakan-rakan pemimpin sahaja, rakyat semakin terus terdesak dengan kehidupan. Rakyat Sabah jangan terpesong dengan dakyah palsu oleh Umno-BN termasuk kononnya kita mahu menggubal perlembagaan kononnya agama rasmi Kristian, ini tak logik, dalam perlembagaan tidak akan berlaku kerana kita ada Majlis Raja-raja dan saya yakin pimpinan PAS tidak akan berdiam diri jika ini hendak dilakukan.Saya yakin dengan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat serta pimpinan DAP untuk perubahan kepada negara ini bagi keselesaan rakyat.