Friday, March 18, 2011

Kes liwat tuduhan palsu konspirator jahat

SEJAK dari awal pertuduhan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah konspirasi jahat Umno-Barisan Nasional semata-mata.

Umno-BN hanya mahu membunuh karektor peribadi Anwar, memalukan beliau dan menganiaya beliau dengan suatu pertuduhan yang jahat dan zalim.

Apabila kes liwat ke-2 berlaku, wujud tanggapan pihak-pihak tertentu yang menunjukkan keraguan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Mereka menerima kes liwat pada tahun 1998, tetapi ada antara mereka yang meragui Anwar selepas didakwa oleh Saiful yang menampilkan diri sebagai ikhlas, suci, dahi hitam dan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta.

Namun selepas perbicaraan berlangsung, semua konspirasi dan kedangkalan Umno-BN terbongkar, kejahatan Saiful mula terlondeh satu persatu.

Media talibarut Umno-BN menyembunyikan fakta sebenar. Menyembunyikan apa yang berlaku di mahkamah. Menutup segala ruang yang mendedahkan kejahatan pemimpin Umno dan hanya melaporkan laporan berat sebelah.

Anwar digambarkan sebagai pelaku seks songsang yang ganas. Didedah kononnya berlaku seks oral, penetrasi liwat melalui punggung dan sebagainya.

Anwar dan keluarga dimalukan dalam episod jahat yang memualkan, gara-gara kerakusan kuasa pemimpin Umno-BN.

Kejahatan mereka untuk menyembunyikan fakta akhir gagal ditutup dengan keterangan di mahkamah. Beberapa fakta besar yang dibongkar di mahkamah mendedahkan semua kedangkalan Umno-BN.

Pertama, menerusi keterangan pegawai penyiasat polis, Superitendan Jude Blacious Pereira jelas membuktikan pembabitan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib dan Rosmah seringkali menafikan pembabitan mereka, kononnya pertuduhan liwat hanyalah antarta masalah bekas kakitangan dan majikan.

Kerajaan dan Umno-BN tidak ada kena mengena kata Najib. Okay, itu dakwaan Najib, jika mereka berdua tidak ada kena mengena, mengapa pihak polis mengambil keterangan dari keduanya?

Supt Jude cuba mengelak untuk menyebut nama Najib dan Rosmah, tetapi selepas ditekan peguam Karpal Singh, beliau memperakui menyoal siasat Rosmah dan Najib dalam kes liwat.

Hari ini rakyat mahu tahu mengapa Najib dan Rosmah menemui Saiful pada 24 Jun 2008, manakala kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun?

Kemudian Saiful membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor pada 28 Jun 2008. Apa kaitan kedua mereka dalam kes ini dan apakah keduanya menjadi perancang utama untuk memerangkap Anwar?

Najib dan Rosmah harus disapina ke mahkamah untuk digrill peguam Karpal.

Fakta kedua lebih mengejutkan. Dibongkar di mahkamah, terdapat sepuluh sampel profail DNA (Deoxyribo Nucleic Acid) yang berbeza pada rektum Saiful.

Wujud persoalan, jika Saiful seorang pendakwa yang genuine, apakah penjelasan yang harus beliau berikan dengan penemuan banyak spesimen DNA yang berbeza dalam usus beliau?

Yang media talibarut Umno-BN hebohkan adalah mengenai penemuan DNA yang ditanda lelaki Y (male Y) yang hendak dipadankan dengan Anwar. Namun segala spesimen yang didakwa milik male Y, yang diperolehi dari tuala Good Morning dan berus gigi ditolak oleh mahkamah.

Apa pula jawapan Umno-BN terhadap wujudnya spesimen male (lelaki)lain yang ditanda X, Z dan sebagainya? Ia milik siapa? Persoalan yang ditanya hari ini adalah, apakah Saiful seorang yang bersih atau dia memang kaki b****t?

Masalah besar yang dihadapi Umno-BN dalam kes ini antaranya adalah, apabila Saiful mendakwa membuat pemeriksaan doktor pada 28 Jun, bermakna pada waktu itulah duburnya diperiksa dan spesimen DNA yang didakwa milik Anwar diambil. Iaitu pada 28 Jun.

Tetapi mengapa sampel DNA yang dikatakan milik Anwar, disimpan dalam almari (tidak di dalam peti sejuk), oleh Superitendan Polis, Jude Blacious Prereira, ditanda pada 26 Jun 2008? Bagaimana spesimen itu boleh wujud dua hari lebih awal?

Isu yang ketiga adalah isu proforma atau laporan doktor setebal 18 muka surat, yang didakwa di dalamnya terdapat laporan mengenai dakwaan liwat.

Sebelum proforma doktor ini dikemukakan di mahkamah, Saiful mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar, tetapi dalam proforma yang ditulis oleh doktor tercatat di dalamnya perkataan attempt sodomy (percubaan meliwat).

Jelas di sini, dakwaan Saiful bercanggah dengan laporan perubatan doktor.

Perkara lain yang menimbulkan keraguan kepada proforma tersebut adalah tiga tulisan tangan yang berbeza. Bermakna ada kemungkinan ada tiga doktor yang menulis laporan perubatan tersebut.

Namun peguam Karpal berjaya membongkar salahlaku pihak terbabit di mahkamah, apabila dua orang doktor mengakui tulisan tangan mereka (dalam laporan proforma) hanya meliputi dua atau tiga muka surat sahaja.

Maka sekali lagi dipersoalkan, siapakah yang mengisi berbelas-belas laporan proforma doktor yang ditulis secara tulisan tangan?

Apabila dipadankan tulisan tangan dan laporan di mahkamah, maka sekali lagi dikejutkan bahawa orang yang mengisi laporan proforma terbabit adalah Supt Jude.

Apa punya gila sistem negara kita? Mengapa polis boleh mengambil alih tugas doktor untuk menulis laporan perubatan?

Semua keterangan ini hanya menunjukkan bahawa usaha Umno-BN untuk memerangkap Anwar, diadakan secara tergesa-gesa dan kelam kabut.

Sebab itu mereka menekan hakim supaya menafikan access peguam Anwar kepada segala dokumen pertuduhan terhadap beliau. Butiran dan segala keterangan yang mendakwa Anwar disembunyikan.

Sekali lagi dipersoalkan, jika pertuduhan terhadap Anwar sahih pada Umno-BN, kenapa hendak takut berikan dokumen pertuduhan terhadap beliau? Anwar kena tuduh, beliau berhak mengetahui butiran pertuduhan. Hanya 'pondan Siam' sahaja yang 'baling batu sembunyi tangan'.

Banyak lagi aspek-aspek teknikal yang boleh dipertikaikan. Semuanya merumuskan bahawa hujah pihak Umno-BN untuk mendakwa Anwar sebagai seorang peliwat sudah tumpul dan dimatikan.

Sebaliknya, yang terbongkar hanyalah konspirasi jahat Umno-BN untuk menganiaya Anwar. Sekali lagi rakyat akan menyaksikan Anwar dizalimi oleh Umno-BN dan PM Najib nampaknya seolah-olah mahu mengikuti jejak Dr Mahathir Mohamad.

Hakikatnya tuduhan terhadap Anwar hanyalah palsu. Tidak ada kes. Ia harus ditarik balik dan dibakul sampahkan.

Apa yang dilakukan Umno-BN terhadap Anwar hanyalah menambah kebencian rakyat dan keinginan rakyat meluap-luap untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib seberapa segera.

Menilai bencana dari sudut spiritual

Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mengemukakan usul di Parlimen, merakam takziah kepada kerajaan Jepun di atas tragedi tsunami yang melanda negara itu baru-baru ini.

Usul yang dikemukakan PM itu memperlihatkan keikhlasan kerajaan Malaysia dan simpati rakyat terhadap kemusnahan yang berlaku di Jepun.

Namun di sebalik keikhlasan PM, terdapat beberapa orang wakil rakyat yang sudah berpaling tadah membuat onar. Mereka kononnya mengambil pendekatan mengemukakan pandangan menurut perpektif Islam, iaitu jangan melakukan kerosakan di muka bumi.

Kerosakan yang dimaksudkan mereka, adalah didakwa dilakukan oleh pemimpin parti Pakatan Rakyat, seolah olehnya pemimpin Umno-BN adalah manusia yang suci dan bersih daripada noda dan dosa.

Hujah-hujah dangkal ini tidak perlu dijawab dengan hujah yang berdalil, kerana ianya keluar daripada minda manusia yang dirasuah untuk mengkhianati perjuangan.

Hakikatnya, kita tidak harus lupa bahawa Jepun adalah sebuah negara kuasa teknologi yang terhebat di dunia.

Dicipta pengesan gempa bumi dasar laut, yang dijumpai oleh Tsunami seorang pakar dari Jepun, sehingga gempa laut tersebut dinamakan sebagai tsunami.

Jepun mempunyai segala alat dan kekuatan untuk pelindungan teknologi bagi keperluan dan keselamatan rakyatnya.

Namun kuasa Allah tiada siapa yang tahu. Kuasa Allah mengatasi kepakaran manusia dalam mengesan kejadian gempa dan sebagainya.

Ada kalanya kita harus melihat kemusnahan yang berlaku dari sudut yang lebih halus iaitu pada aspek kerohanian atau spiritual.

Tanpa menafikan kehebatan Jepun dari sudut teknologi dan industri, umumnya kita lupa bahawa mereka menghalalkan industri yang berkaitan dengan seks dan sebagainya.

Khabarnya terdapat sekurangnya-kurangnya enam buah syarikat public listed di Jepun yang terbabit aktif dalam industri seks.

Kita tidak pertikaikan pegangan agama mereka, namun kita sebagai umat Islam, harus melihat ancaman Allah yang banyak terpapar dalam al-Quran berhubung gejala ini.

Khabarnya industri yang diamalkan secara terbuka dan dihalalkan di Jepun itu lebih besar daripada negara-negara maju di dunia.

Khabarnya dibuat kajian statistik pada setiap sepuluh keluarga di Jepun, sekurang-kurangnya terdapat lapan pasangan yang tinggal bersama tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah.

Gejala lesbian, homoseks atau seks bebas menjadi amalan yang berleluasa.

Ingatlah, jika umat manusia mengamalkan kehidupan yang lebih teruk daripada umat di zaman Nabi Lut a.s, maka tunggulah balasan Allah yang bakal ditimpakan ke atas mereka.

Oleh itu, di samping kita bersimpati dengan kemusnahan yang berlaku di Jepun, harus juga kita ingatkan rakyat Malaysia supaya berusaha menjadi masyarakat yang bersih dan harmoni.

Iaitu bersih dari segala bentuk perlakuan seks songsang atau seks bebas, menjauhi apa yang dilarang oleh Allah SWT. Kita harus mengembalikan negara kita, ke arah menjalankan kehidupan bermasyarakat secara Islam, mengamalkan syarikat Allah untuk kebaikan seluruh manusia.

Moga-moga dengan meneliti bencana sebegini pada aspek spiritual, kita semakin menghampirkan kita kepada Allah SWT. Kita menjauhi apa sahaja larangan-Nya dan melakukan segala yang disuruh-Nya.

Friday, March 11, 2011

Masalah yang dicetuskan oleh First Lady

BERDASARKAN jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamad Nazri Aziz di Parlimen 9 Mac lepas, suatu division baru yang dinamakan FLOM memang wujud pada asalnya.

Ia dipaparkan dalam laman web www.pmo.gov.my (Prime Minister Office), tetapi ia kemudiannya ditarik balik kerana dipertikaikan wakil Pakatan Rakyat.

Nazri dalam jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke, menafikan kewujudan FLOM, tetapi mengakui paparan mengenainya ditarik balik kerana beliau mendakwa 'pembangkang keliru'.

Tetapi Nazri tidak sedar, kekeliruan itu sebenarnya dicetuskan oleh kerajaan sendiri. Jika tidak mahu 'pembangkang' atau rakyat keliru, mengapa paparan mengenai FLOM, dibina menggunakan alamat website

rasmi kerajaan Malaysia yang menggunakan singkatan gov.my di internet?

Nazri juga memperakui bahawa Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongannya membelanjakan wang rakyat sebanyak RM134,317.76 wang negara (wang rakyat) untuk lawatan ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh.

Rosmah melakukan lawatan dari 6-10 Januari ke Riyadh, 16-18 Januari ke Muscat dan 20 Januari 2011 ke Dhaka.

Ahli rombongan yang telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri adalah terdiri daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, serta isteri Menteri-Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri serta beberapa pegawai kerajaan yang terliba, kata Nazri.

Ada beberapa persoalan besar yang harus ditimbulkan di sini. Jawapan Nazri ini adalah jawapan rasmi kerajaan, selepas beberapa bulan isu berkaitan isteri PM dibangkitkan rakyat.

Sebelum ini, kerajaan dan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sendiri diam membisu.

Membangkitkan isu Rosmah bukan isu peribadi. Mempersoalkan kewajaran peranan Rosmah, juga bukan bertujuan menyentuh hal-hal peribadi PM Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri.

Dalam pertemuan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan karyawan Harakah di Pejabat Agung PAS 3 Mac lepas, beliau mengingatkan para wartawan agar tidak menyerang peribadi Rosmah.

Menyerang peribadi yang dimaksudkan beliau ialah, sebagai pengerak Harakah Islamiyah, kita tidak harus melabel Rosmah dengan gelaran yang menghina peribadi beliau.

Antara yang disebarkan dalam emel, facebook, blog dan sebagainya, ada pelayar internet menggelarkan beliau sebagai 'bik mama' (big mama), ada yang kata 'the fat lady'. Semua gelaran ini tidak wajar dan tidak menepati kehendak Islam.

Namun masalah timbul, apabila Rosmah menggelarkan dirinya First Lady of Malaysia (Wanita Pertama Malaysia), atau singkatannya FLOM (FLOM).

Sebelum ini, isu berkaitan Rosmah menjadi serius apabila kerajaan tidak menjawab tentang kewujudan jabatan baru yang dinamakan sebagai FLOM di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Khabarnya dalam perancangan sebelum ini, FLOM ditempatkan pada aras yang sama dengan pejabat PM. Mempunyai pegawai yang tersendiri.

Kewujudan FLOM disahkan melalui paparan dalam laman web rasmi JPM. Bagaimanapun, paparan tersebut dibuang selepas didedahkan media.

Namun hanya paparan yang dibuang. Lain-lain persoalan mengenai kewujudan FLOM, dana mana yang digunakan untuk membiayai perjalanan Rosmah ke luar negara, siapa yang membayar gaji pegawai-pegawai FLOM, semuanya didiamkan kerajaan.

Namun daripada jawapan Nazri di Parlimen, jelas menunjukkan Rosmah menggunakan wang kerajaan untuk memenuhi undangan negara terbabit.

Yang lebih teruk sekali ialah apabila Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga menjadi anggota delegasi. Bila Menteri jadi anggota delegasi, maka sudah tentu Rosmah menjadi ketua rombongan.

Persoalannya, atas kapasiti apa seseorang yang tidak menjawat jawatan rasmi dalam kerajaan, boleh menjadi ketua rombongan, jika ianya majlis rasmi yang dibayar sepenuhnya oleh kerajaan.

Persoalan lain yang harus dibangkitkan, jika undangan tersebut khusus untuk Rosmah berucap atau menghadiri seminar, mengapa harus dibawa anggota rombongan yang besar? Mengapa harus diangkut seluruh isteri Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri dan pegawai-pegawai kerajaan?

Atas kapasiti apa kerajaan meluluskan peruntukan sebesar ini?

Mengenai FLOM, gelaran First Lady memang biasa digunakan, bagi merujuk kepada isteri Ketua Negara, sama ada dalam sistem beraja mahupun dalam sistem negara republik.

Namun, diterima juga gelaran First Lady bagi negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi seperti di Malaysia.

Apa pun, ramai di kalangan rakyat yang mempertikaikan hasrat Rosmah menjadi FLOM kerana dalam sistem perundangan negara, Malaysia mempunyai Yang di-Pertuan Agong, manakala Raja Permaisuri Agong seharusnya menjadi First Lady.

Dalam konteks kuasa eksekutif berpusat kepada PM, mungkin Rosmah mahu First Lady dirujukkan kepada beliau.

Bagaimanapun, lima PM Malaysia sebelum ini, dari Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj hingga Tun Abdullah Ahmad Badawi, isteri mereka tidak pernah menggelarkan diri sebagai First Lady.

Justeru, apa yang dilakukan Rosmah adalah menyalahi precedent atau menyalahi amalan biasa yang diamalkan oleh isteri lima PM sebelum ini.

Tidak dinafikan wanita yang menjadi isteri kepada PM ada peranan tertentu yang harus dimainkan, untuk mendukung kerjaya suaminya.

Tetapi peranannya membantu suami (PM) harus dikhususkan. Isteri PM, isteri Menteri, isteri MB dan KM sama sekali tidak harus terbabit dalam business dealings, tender dan sebagainya.

Rosmah sudah pergi lebih jauh daripada lima isteri PM sebelumnya. Beliau pergi berkempen ke PRK Kerdau dengan menaiki helikopter. Masuk ke Felda dan berkempen untuk BN.

Harus dipersoalkan helikopter yang digunakan beliau milik siapa? Jika kos penerbangan tersebut dibiayai oleh ahli politik atau ahli perniagaan pro Umno-BN itu kita tidak persoalkan. Kita cuma mahu memastikan wang rakyat tidak disalahgunakan.

Masalah yang ditimbulkan oleh Rosmah bukan sahaja tidak disenangi Pakatan Rakyat, malah orang-orang Umno sendiri pun tidak menyenanginya.

Harus diingat, semasa PM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berkuasa dahulu, bloggers Umno sendiri yang melabel pemerintahannya sebagai 'kerajaan tiga beranak'.

Hari ini bloggers Umno sendiri yang melabel pemerintahan Najib sebagai 'kerajaan suami isteri'.

Kita tidak mahu menuduh lebih daripada itu, tetapi yang harus diperhatikan ialah kecenderungan kerajaan untuk membenarkan pihak tertentu terlalu berkuasa sehingga semua peraturan tatacara kerajaan dilanggar. Malah wang rakyat dibelanja sewenang-wenang untuk keperluan First Lady juga tidak wajar.

Kita mencabar kerajaan, jika apa yang dilakukan Rosmah tidak menyalahi peraturan, sila kemukakan bukti, butiran perbelanjaan beliau yang telus. Sila buktikan beliau tidak menggunakan wang rakyat sewenang-wenangnya.

Jika bukti-bukti ini tidak dikemukakan, hanya dijawab dengan mengatakan 'itu fitnah pembangkang', maka jangan sesekali dipersoalkan jika wujud persepsi buruk terhadap isteri PM.

Jika persepsi buruk ini tidak diatasi, apakah bezanya Rosmah dengan Leila Tablisi, Suzanne Mubarak dan Imelda Marcos?

Jangan-jangan FLOM bakal jadi flop!

Wednesday, March 09, 2011

Pakatan Rakyat tetap relevan

WALAUPUN Barisan Nasional memenangi dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Merlimau dan Kerdau, serta Tenang sebelum ini, ia bukan alasan yang kukuh bahawa BN sudah mendapat kembali mandat rakyat.

Sejak Pilihan Raya Umum 2008, negara melalui 16 kali PRK, lapan dimenangi Pakatan Rakyat, lapan dimenangi BN.

Pakatan Rakyat merampas dua kawasan dimenangi BN pada 2008 iaitu Parlimen Kuala Terengganu dan Sibu, manakala BN menang di dua kawasan Pakatan Rakyat, iaitu di Parlimen Hulu Selangor dan Dun Galas.

Pada waktu ini, kekuatan di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah seimbang. Sama-sama menang PRK, seri dua sama.

Jika hendak ditafsirkan secara jelas kedudukan antara Pakatan Rakyat dan BN adalah terikat dan stalemate (buntu).

Bukan buntu kerana rakyat tidak tahu memilih mana parti pilihan, tetapi kebuntuan diciptakan BN dengan mengelirukan rakyat dengan sogokan wang, projek dan propaganda yang berat sebelah.

Ketiga-tiga PRK yang terdekat di Tenang (Johor), Merlimau (Melaka) dan Kerdau (Pahang, semuanya adalah kawasan kubu kuat Umno-BN.

Tetapi cara media Umno-BN membuat propaganda dan ugutan terhadap pengundi, seolah-lah 'perang dunia' akan berlaku jika BN tewas pada PRK tersebut.

Malah cara pemimpin Umno berhempas pulas berkempen, dengan taburan wang tunai jutaan ringgit bagi kawasan sekecil Tenang, Merlimau dan Kerdau menunjukkan kegelabahan yang melampau.

Jelas, Umno-BN terpaksa berhadapan dengan kekuatan Pakatan Rakyat dalam kubu kuat mereka, mempertahankan undi mereka, 'macam orang gila'.

Jika ketiga-tiga Dun ini memang kubu kuat Umno-BN, mengapa Perdana Menteri dan isteri, Timbalan Perdana Menteri dan anggota kabinet, terpaksa menawarkan wang yang banyak kepada pengundi?

Mengapa Umno-BN, untuk menafikan kekuatan Pakatan Rakyat, terpaksa mengupah pencacai-pencacai untuk memaki hamun Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim?

Jika semua Dun tersebut kubu kuat Umno-BN, mengapa media massa tali barut, jentera kerajaan, perisik tentera dan polis, dikerah bekerja siang malam untuk memenangkan calon BN?

Sepatutnya, jika Tenang, Merlimau dan Kerdau kubu kuat BN, selepas penamaan calon, BN boleh 'goyang kaki', tidak perlu berhempas pulas kerana sudah pasti menang.

Implikasi daripada keserabutan Umno-BN berkempen untuk mempertahankan kubu kuat mereka, sebenarnya menunjukkan undi yang mereka terima pada PRK ini dan pada PRU lepas adalah sokongan yang tidak genuine (tidak tulen).

Undi yang membawa kemenangan Umno-BN selama ini adalah undi palsu, undi kerana sogokan kebendaan, bukan kerana ketulenan sokongan.

Justeru apabila kantung Umno-BN semakin kekeringan, mereka tidak mampu lagi menyogok pengundi, maka pengundi mereka akan beralih arah menyokong Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat yang dicaci maki siang malam oleh media tali barut Umno-BN, sebenarnya terus utuh dan terus relevan menjadi force yang kuat untuk mencabar hegemoni BN pada PRU akan datang.

Pakatan Rakyat membuktikan bahawa ia adalah suatu force yang mampu menggugat keangkuhan Umno-BN.

Serangan berterusan media tali barut Umno-BN terhadap beberapa individu yang menjadi pemimpin utama Pakatan Rakyat tidak memberi sebarang kesan kepada Pakatan Rakyat.

Tiada kesan kerana pada minda rakyat, bukan soal siapa yang akan menjadi PM dari Pakatan Rakyat selepas PRU nanti, tetapi pada rakyat, Umno-BN sudah terlalu lama berkuasa dan mereka harus dijatuhkan.

Umno-BN tidak akan bertahan kerana rakyat sudah semakin muak dengan mereka.

Friday, March 04, 2011

Apabila PM 'kena kencing'

RAKYAT khususnya golongan muda harus 'membuka mata' bahawa Barisan Nasional sudah semakin tidak relevan untuk memerintah negara.

BN sudah tidak relevan bukannya sekarang, malah "dah lama dah", seperti kata Presiden Umno, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad sewaktu menyatakan hasratnya untuk berundur dari politik.

Dr Mahathir (kini Tun) bersama seorang lagi bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menunjukkan teladan yang tidak baik kepada seluruh rakyat Malaysia.

Mereka sama-sama tidak cekap, tidak cerdik dan tidak berhati-hati kerana dengan mudah-mudah ditipu oleh rakan-rakan Menteri dari MCA.

Dalam istilah anak-anak muda, kedua-dua PM yang semasa itu menjadi Presiden Umno, sudah 'kena kencing'.

Bukan Mahathir dan Abdullah sahaja yang salah, malah seluruh anggota Kabinet Malaysia adalah mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab dan berdosa kepada seluruh rakyat Malaysia, kerana mereka membenarkan diri mereka 'dikencing'.

Presiden MCA Dato' Seri Dr Ling Liong Sik ketika itu (Tun) didakwa menipu Dr Mahathir, manakala Dato' Seri Chan Kong Choy (Tan Sri) yang menjawat Timbalan Presiden MCA, menipu Abdullah.

Pada 29 Julai, 2010, Dr Ling mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen yang sama terhadap tuduhan menipu Kerajaan Malaysia berhubung skandal PKFZ melibatkan pembelian tanah di Pulau Indah membabitkan RM1.08 bilion lapan tahun lepas.

Dr Ling, 67, didakwa atas satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan alternatif menipu Jemaah Menteri dengan menyembunyikan fakta dalam pembelian tanah itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya di antara 25 Septemper 2002 dan 6 November 2002.

Manakala, Kong Choy pada Isnin lalu didakwa di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan menipu bekas PM Abdullah berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Dia didakwa mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Yang mendakwa mereka menipu bukan Pakatan Rakyat, tetapi Peguam Negara yang menyeret mereka ke muka pengadilan.

Liong Sik dan Kong Choy didakwa menipu bekas-bekas PM tersebut dalam skandal PKFZ yang menelan kerugian berbilion ringgit.

Skandal PKFZ mendedahkan betapa hebatnya jalinan kerjasama Umno-MCA untuk menipu rakyat Malaysia dan menghabiskan wang rakyat.

Hari ini rakyat, mahu tahu benarkah Liong Sik menipu Mahathir dan Kong Choy menipu Abdullah?

Pendakwaan ke atas kedua-dua bekas Menteri Pengangkutan itu mengundang persepsi apakah PM begitu bodoh? Apakah pegawai-pegawai di Jabatan Perdana Menteri, khususnya Unit Perancang Ekonomi (EPU) tidak meneliti projek besar PKFZ yang hanya mengundang kerugian besar?

Mana dia pemimpin Umno yang mendabik dada mereka cekap menguruskan ekonomi? Skandal PKFZ adalah lambang kebodohan Umno-MCA-BN menguruskan wang rakyat.

Persoalan yang ditanya rakyat, apakah benar tiada kajian yang teliti dibuat oleh EPU atau ada tangan-tangan politik yang mengarahkan projek itu 'dibulldoze' untuk kepentingan pihak tertentu?

Persoalan yang juga harus ditanya kepada kerajaan ialah, apakah hanya MCA sahaja yang terbabit dalam PKFZ atau, Umno juga terlibat, tetapi menjadikan MCA sebagai scapegoat?

Kalau MCA menjadi 'kambing hitam' Umno dan dipersalahkan oleh Umno, maka seluruh anggota dan kepimpinan mereka patut malu dan marah dengan Umno. Elok jika Chua Soi Lek dan rakan-rakannya membawa MCA keluar dari BN.

Kerana kedua-dua pertuduhan ke atas bekas Presiden MCA dan bekas Timbalan Presiden MCA ini, adalah suatu pertuduhan yang amat serius.

Ia adalah skandal besar, penipu besar dan penyangak besar yang bukan menipu seringgit dua, malah berbilion wang rakyat.

Atau MCA juga sedia menjadi seperti Umno, rela dilabel parti penyangak dan penipu wang rakyat?

Pada pengamatan penulis, sebelum ini ramai orang beranggapan bahawa Dr Mahathir semasa menjadi PM adalah seorang pemimpin yang pintar dan teliti. Abdullah juga dikeliling oleh anak menantu yang berkelulusan bukan calang-calang cerdiknya.

Malulah Mahathir dan Abdullah, PM yang cerdik pun kena tipu, apatah pula anggota Kabinet, MT Umno dan Jawatankuasa Pusat MCA. Sama ada mereka tertipu atau mereka semua geng penipu.

Penipuan kedua-dua Tun dan Tan Sri ini, membabitkan ribuan juta wang rakyat adalah serius dan harus dijawab dengan telus oleh kerajaan PM Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Sementara itu, adalah disarankan agar Istana Negara mengambil pendekatan yang sama dengan Istana Selangor, iaitu menggantung sementara gelaran Tun, Tan Sri, Dato' Seri atau Dato' bagi mereka-mereka yang terbabit dalam jenayah, sehingga nama mereka dibersihkan.

Malah mereka yang terbabit ditipu juga harus bertanggungjawab memulangkan sementara gelaran mereka, kerana mereka bersubahat melakukan jenayah menipu wang rakyat, sehingga mereka benar-benar bersih.

Dalam masa yang sama, Mahathir dan Abdullah serta pegawai-pegawai EPU harus disiasat oleh SPRM. Semua mereka harus disapina ke mahkamah, sehingga dibuktikan mereka tidak bersalah.

Saranan kepada Tun Dr Mahathir, berhentilah 'menyalak', berhentilah membuat kenyataan yang merapu, berhentilah menghentam PAS dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Lagi banyak 'atuk' bercakap, lagi banyak 'tahi atuk' bersepah. Ingatkan wahai mantan PM, bahawa rakyat sesekali tidak akan rela anda dan rakan-rakan anda dilepaskan dari muka pengadilan, di atas skandal penipuan besar ini.

Wednesday, March 02, 2011

Hujah yang menutup sebarang usaha yang dinamakan UG - Unity Government

Perbezaan kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat dengan Umno-BN

Oleh Idris Haji Ahmad

Isu yang timbul
PAS dituduh bekerjasama dengan Dap, yang merupakan parti Cina.Persoalannya apakah MCA dan Gerakan bukan parti Cina?

PAS didakwa sudah menggadaikan dasar Islam sejak bersama dengan Pakatan Rakyat. Benarkah tuduhan itu? Benarkah PAS rugi?

Hujah PAS
PAS ingin menegaskan bahawa kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat ialah Tahalluf Siasi untuk menentang perkara yang zalim dan memperjuangkan maslahat umum tanpa mengorbankan prinsip Islam.

PAS berdalilkan kepada apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w mengiktiraf Half al-Fudul yang berlaku pada zaman jahiliah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman.

Perkara ini terjadi setelah seorang lelaki dari qabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wail, lalu dia meminta pertolongan. Tidak ada siapa yang sanggup menolongnya, lalu beberapa orang daripada bangs.a.wan Makkah yang bersimpati dengannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Jad’an untuk menentang kezaliman tersebut. Berhubung dengan peristiwa ini, Rasulullah s.a.w telah bersabda,

"Daripada Talhah bin Abdullah bin Auf, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad'an satu pakatan yang amat aku suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah (barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman Islam nescaya aku menyahutinya."

Perbezaan kerjasama PAS dan Umno (bold)

1. Perlu ditegaskan kerjasama PAS dengan bukan Islam ialah "Tahaluf Siasi" tanpa menggadaikan prinsip perjuangan yang dibawa oleh PAS.

Sedangkan kerjasama umno dalam Barisan Nasional dalam dalam bentuk "wala", yang menggadaikan prinsip Islam.

2. PAS sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, rujukannya pula ialah al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qias. PAS sekali-kali tidak akan membuat sesuatu yang boleh menjerumuskan diri ke dalam neraka, semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Perjuangan yang menuntut mardhatillah tidak akan menggadaikan prinsip Islam.

Jika dunia dan kuasa menjadi perhitungan, lebih baik PAS bekerjasama dengan BN untuk sama-sama menaja program mungkar yang terbaru seperti pusat hiburan malam yang bakal meruntuhkan tamadun negara ini.

3. PAS tidak menggadaikan prinsip Islam dan memusnahkan Islam di negara ini. Tidak ada sebuah masjid dan surau yang ditutup dan diroboh ketika PAS bekerjasama dalam Pakatan Rakyat. Sebaliknya Umno yang bekerjasama dengan MCA, MIC, Gerakan dalam BN, telah bertindak biadab dengan agama, antaranya ialah merobohkan Masjid Bujal Kemaman, Surau Kampung Berembang Ampang Jaya, menutup Surau al-Rahman Seksyen 8 Shah Alam dua minggu sebelum puasa 2007, menutup surau di Puchong Perdana.

4. Tahaluf Siasi membolehkan PAS melaksanakan dakwah dengan lebih cergas. Masjid dan surau meriah dengan majlis ilmu.

Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam memerintah, telah mematikan majlis ilmu, meletakkan ahli jawatankuasa masjid bukan ahlinya sebagai orang yang mengendalikan masjid, akhirnya masjid dan surau telah mati sebelum manusia mati.

5. Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat menentang undang-undang zalim seperti ISA, AUKU, OSA, Akta mesin cetak dan beberapa peraturan yang zalim. Sedangkan umno dengan rakan-rakan bukan Islam menyokong akta ISA walaupun bertentangan dengan Islam.

PAS tidak boleh bersatu dengan parti yang mengekalkan dasar zalim walaupun satu bangsa. Bukan PAS tidak sayang kepada bangsa, tetapi PAS tidak boleh bersama dengan bangsa yang khianat bangsa.

6. Kerjasama PAS dengan bukan Islam berusaha untuk memelihara harta negara supaya tidak musnah.

Kerjasama Umno dalam BN telah mengkhianat khazanah negara, sehingga dikatakan oleh Dato' Idris Jala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, negara akan muflis pada tahun 2019 (8 tahun lagi).

7. Kerjasama PAS dengan PR telah menjinakkan orang bukan Islam untuk memahami Islam dengan lebih dekat.

Umno bekerjasama dengan BN telah meliarkan orang bukan Islam dengan Islam. Contohnya Presiden MCA Dato' Dr Chua Soi Lek yang mempertikaikan hukum salam lelaki dengan perempuan ketika pilihanraya kecil Tenang. Menariknya yang menjelaskan kekeliruan ini ialah rakan-rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat.

53 tahun umno dengan Mca, tetapi gagal menjinakkan Islam walaupun dalam perkara asas.

8. Kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat bersatu menentang kezaliman yang dilakukan ke atas Kelantan dalam isu royalti minyak.

Kerjasama Umno dengan MCA, Gerakan sanggup menindas sesama bangsa. Bertindak menyalurkan minyak ke Songkla walaupun JDA (Pendaratan minyak dan gas) sejauh 270 km, sedangkan ke Kelantan hanya 150 km, daripada Songkla ke Kedah pula 180 km. Bukankah ini kerjasama yang menindas sesama bangsa?

9. Kerjasama PAS dan PR mengukuhkan lagi kerusi parlimen orang Melayu-Islam, sedangkan kerjasama Umno dan BN mengurangkan kerusi Melayu-Islam di parlimen.

Umno menakutkan rakyat, dakwaan kerusi parlimen orang Melayu akan terhakis jika calon umno BN tumbang kepada Pakatan Rakyat. Walaupun hakikatnya kerusi Melayu bertambah di Parlimen apabila Pakatan Rakyat memerintah.

Contohnya di Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud menewaskan S.Vigneswaran a/l Msanase (MIC), Tan Sri Khalid Ibrahim telah memenangi kerusi parlimen dengan menumpaskan calon BN Dato' Tan Chai Ho (MCA) yang telah menjadi ahli Parlimen selama 3 penggal sebelum ini.

Dato' Kamarul Baharin menewaskan Dato' S Sothianathan, Naib Presiden MIC, begitu juga Allahyarham Dato' Dr Zainal Abdin Ahmad menewaskan Dato' G. Palanivan Timbalan Presiden MIC di Hulu Selangor.

Apa yang pelik pemimpin umno meratib, bila calon BN kalah, kuasa Melayu hilang, dan inilah juga dibincang dalam kursus Biro Tata Negara.

Inilah antara strategi untuk menakutkan pengundi Melayu. Pelik bin ajaib apabila kerusi yang tradisi ditanding oleh umno diberikan kepada bukan Melayu, walau pun majoriti hampir 70 peratus, contohnya Parlimen Bukit Gantang 2004 Tan Lian Hoe menang menewaskan Dr Lolo’ Haji Ghazali PAS, begitu juga kawasan parlimen Gerik 2008 ditandingi oleh Dato' Tan Lian Hoe menewaskan Saudara Haji Mohd Nor Abd Rahman PAS. Apakah hendak salahkan DAP yang menyebabkan kerusi parlimen semakin berkurangan.

Sedangkan sebanyak 17 kerusi parlimen majoriti melayu Islam diberi kepada bukan melayu Islam hasil perkongsian Umno-BN, antaranya Alor Setar, Padang Serai,Grik,Lumut,Tanjung Malim, Cameron Highland, Raub, Hulu Selangor,Wangsa Maju, Alor Gajah, Air Hitam, Simpang Renggam, Teberau, Putatan,Beluran, Batu Sapi dan Tawau

Semoga dengan penulisan ini menjawab keraguan yang telah ditipu oleh Umno.

Apakah PAS dan PR yang khianat atau Umno-BN yang khianat?

Kalau jawab pun biarlah dengan ilmiah, bukan emosi.