Tuesday, January 05, 2010

Wan Nik ganti Annual Bakhri, mudah-mudahan tiada gangguan


Petang Ahad, saya berkunjung ke kedai Thaqwa di Taman Melewar. Terserempak dengan Wan Nik yang sedang minum bersama beberapa orang teman.

Lalu saya tanya kepada beliau, "Bila nak lapor diri Setpol baru?"..Sambil tersenyum beliau menjawab, "Patut hari ini, tapi ada mesyuarat pilihan raya."

Saya ucapkan tahniah kepada Wan Nik. Beliau memang aktivis PAS yang begitu komited dan hebat. Penuh dengan ilmu strategi dan pilihan raya.

Saya mengenali beliau lebih 20 tahun, masa sama-sama mengganggotai pemuda PAS. Apa pun diharapkan beliau dapat menjalankan tugas dengan baik.

Politik Kelantan memang sentiasa panas dan aktif. Dalam apa juga jawatan yang disandang, pasti ada dugaan cabarannya.

Harap Wan Nik tidak diganggu oleh pihak-pihak yang tidak berkenaan semasa menjalankan tugasnya, supaya beliau dapat menyambung tugas yang pernah dijalankan oleh Wan Rahim Wan Abdullah, Husam Musa dan Annual Bakhri Haron dengan baik sekali.

Apa pun semua bekas Setpol Tok Guru adalah orang yang hebat dan berjaya menjalankan tugas mereka dengan cemerlang sekali. Tahniah!

Berikut laporan berita mengenai perlantikan beliau:

Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Wan Nik Wan Yusof, 49, dilantik sebagai Setiausaha Politik (SUP) Menteri Besar yang baru berkuat kuasa 4 Januari 2010 menggantikan Anual Bakri Harun.

Sebelum ini beliau merupakan Pengarah Pusat Kajian Strategi Kelantan (PKS). Selain itu beliau juga Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Wan Nik berkelulusan Sarjana Muda Sastera dalam bidang Sosiologi dan Antropologi, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1984.

Beliau juga memiliki sarjana dalam bidang Sains Politik di UKM pada 2005. Sekarang sedang menyiapkan tesis PhD juga dalam bidang Sains Politik.

Anak kelahiran Kampung Bukit Tanah, Pasir Puteh itu merupakan bapa kepada lima anak dan kini menetap di Kampung Nipah, Bachok. Isterinya seorang pendidik.

Ketika ditemui di pejabatnya Wan Nik berkata, jawatan yang disandang sekarang bukan suatu kedudukan yang perlu dibanggakan, sebaliknya penuh dengan cabaran.

“Saya perlu merujuk kepada Setiausaha Politik yang pertama, kedua atau ketiga yang lebih berpengalaman bagi memudahkan saya melaksanakan tugas,” ujarnya.

Wan Nik menggantikan Anual Bakri Haron yang telah menjadi Setiausaha Politik Nik Aziz sejak 1999.

No comments: