Monday, April 09, 2012

Bersih 3.0 jawapan kepada penipuan BN

Sewaktu di Phnom Penh, Kemboja, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak kononnya berkata, bahawa beliau akan memastikan Pilihan Raya Umum ke-13, berlangsung dengan adil dan demokratik.

Najib juga mengatakan bahawa beliau tidak mahu menang dengan cara yang kotor pada PRU tersebut.

Namun apa pun, kita menyambut baik apa yang diperkatakan kepada PM, mudah-mudahan beliau tidak sekadar 'melepaskan batuk di tangga' atau 'baling batu, sembunyi tangan.'

Malangnya masih ada juak-juak Umno-Barisan Nasional memberi hujah dangkal, kononnya jika pilihan raya tidak demokratik, mana mungkin parti pembangkang boleh menang sehingga menguasai beberapa buah negeri.

Dengan hujah sedangkal ini, rupa-rupanya, masih ada segelintir pemimpin Umno-BN yang masih tidak mahu menerima hakikat bahawa, dengan kuasa rakyat, ia mampu mengatasi segala perancangan dan menghapuskan keegoan mereka.

Kemenangan mereka selama lima dekad sejak merdeka, bukan bermakna pilihan raya diadakan secara adil dan demokratik.

Pilihan raya dijalankan dengan tidak adil. Semua institusi kerajaan dikerahkan untuk bekerja memenangkan BN. SPR, Polis dan media massa terutamanya, berpihak kepada BN.

Tetapi keangkuhan dan keegoaan BN ada hadnya.

Kita mengingatkan pemimpin dan pendukung BN, mereka harus sedar bahawa Pakatan Rakyat bukan sekadar pembangkang yang boleh dianggap remeh kuasanya.

Pakatan Rakyat adalah suatu force yang mewakili kuasa rakyat yang sebenar. Pada PRU ke 12 tahun 2008, Pakatan Rakyat memperolehi lebih 48 peratus undi popular dari kalangan rakyat.

Rakyat yang bangkit dengan penuh kesedaran, memberikan signal kepada BN, bahawa manipulasi mereka selama lima dekad, sudah sampai ke penghujungnya.

Rakyat mahu pilihan raya dijalankan secara bebas dan adil. Lapan tuntutan yang dikemukakan menerusi Pakatan Rakyat adalah kehendak majoriti rakyat.

Kehendak ini berasaskan kepada hak rakyat untuk memilih parti yang mewakili mereka sebagai kerajaan, dengan pemilihan yang bebas dan adil, tanpa dipengaruhi dengan pelbagai penipuan, penyelewengan dan manipulasi.

Manipulasi daftar pemilih, dengan pertambahan mendadak pengundi di kawasan tertentu, ditambah dengan kenaikan pengundi pos, merupakan suatu tindakan yang tidak boleh diterima rakyat.

Tetapi apabila dibangkitkan isu ini di Parlimen, kerajaan mengatakan ianya adalah di bawah bidang kuasa SPR.

Malangnya desakan ini tidak diterima dan tidak dihiraukan SPR.

Mengapa SPR tidak hiraukan tuntutan rakyat? Sudah tentu ada tangan-tangan kotor di dalam SPR yang menjadi seumpama 'hamba yang menyembah tuannya'.

Kita ajukan persoalan, siapakah tuan kepada SPR? SPR di bawah kuasa siapa, kalau bukan oleh PM yang juga Presiden Umno.

Umno-BN boleh memberikan alasan bahawa SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, yang hanya dinasihati oleh PM.

Tetapi Umno-BN tidak boleh menipu rakyat, bahawa Pindaan Perlembagaan yang dibuat Parlimen pada tahun 1993, sudah melucutkan kuasa dan kekebalan Raja-Raja Melayu.

Justeru, dengan pindaan ini, walaupun ianya dinamakan 'nasihat', tetapi menurut Perlembagaan, ianya adalah keputusan PM yang mesti diterima oleh YDP Agong.

Oleh itu dalam soal pilihan raya ini, SPR bukan badan bebas. Ia tetap tertakluk di bawah kuasa PM. Ini bermakna, ia tidak boleh lari daripada mendengar arahan tuannya. Arahan untuk memenangkan parti tuannya.

Maka oleh itu, kita mencabar PM Najib, jika benar beliau berjanji untuk mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil, beliau harus membenarkan suara rakyat untuk didengari.

Suara rakyat adalah kuasa keramat rakyat di bawah panji Bersih 3.0. Jangan sesekali kesampingkan kuasa rakyat yang akan berhimpun di Dataran Merdeka pada jam 2 petang 28 April ini. Hidup rakyat, hancur BN!

Tuesday, March 27, 2012

PRU13: SPR reka 'Formula Terengganu' menangkan BN?

Pakatan Rakyat mempunyai cukup bukti, bahawa ada dalang dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berusaha merencanakan suatu penipuan besar-besaran, pada senarai pendaftaran pengundi, untuk memenangkan Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi.

Pakatan Rakyat mempercayai, wujudnya persekongkolan pihak tertentu yang ada dalam SPR dengan Umno-BN, bagi membantu mereka mengekalkan kuasa dengan menyekat kebangkitan rakyat yang sudah komited menolak BN.

Ini bertepatan dengan ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang mengatakan BN hanya selamat di tiga buah negeri, iaitu Johor, Melaka dan Pahang. Ini bermakna, Umno-BN sudah tidak selamat di sembilan buah negeri di Semenanjung.

Difahamkan hasil kajian sebuah firma pengkaji bebas yang dibayar BN, mereka menghadapi ancaman besar pada PRU kerana di Semenanjung sahaja, hampir 100 kerusi Parlimen yang bakal memihak kepada Pakatan Rakyat.

Pola kecenderungan rakyat dirakam firma pengkaji bebas turut menunjukkan seluruh agenda transformasi dan rancangan pembaharuan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, sehingga kini, masih gagal mempengaruhi rakyat menyokong BN.

Justeru akibat gagal menemukan formula terbaik untuk menyelamatkan 'takhta' kerajaan BN, maka tiada jalan lain dilakukan, selain merancang penipuan besar-besaran, dengan kerjasama pihak tertentu dalam SPR.

Antara formula yang dikemukakan pihak terbabit kepada kelompok atasan dalam Umno ialah, mengekalkan kuasa dalam PRU dengan menggunakan 'Formula Terengganu' pada tahun 2004.

Ia dinamakan 'Formula Terengganu' kerana hasil persekongkolan dengan pihak dalaman SPR, senarai daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR mencatat kenaikan sehingga 17 peratus dalam daftar undi, paling tinggi dalam sejarah demokrasi negara, sehingga menyebabkan Kerajaan PAS Terengganu tumbang pada PRU 2004.

Pada PRU 2004 undi PAS di Terengganu meningkat di kebanyakan kawasan, tetapi yang peliknya undi untuk Umno-BN meningkat naik dua kali ganda, sehingga ada kawasan pilihan raya, peratusan pengundi yang keluar hampir mencapai 100 peratus.

Dipercayai, formula inilah yang sedang cuba dilaksanakan oleh Umno-BN dengan kerjasama juak-juak mereka dalam SPR.

Penipuan yang terancang ini dikesan Pakatan Rakyat dan didedahkan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar beliau di Parlimen, 22 Mac lepas.

Pakatan Rakyat mendapati, sekurang-kurangnya, wujud tiga elemen yang meragukan hasil daripada salahlaku SPR dalam daftar pemilih dan senarai nama-nama baru yang sedang diproses masuk dalam senarai daftar pemilih.

Elemen pertama dikesan berikutan daripada pengumuman SPR pada 31 Januari 2012, bahawa wujud sekitar 40,025 pengundi ragu dan yang disahkan sebagai pengundi ragu, tetapi sehingga kini masih terdapat dalam senarai daftar pemilih SPR.

Elemen kedua adalah wujudnya pengundi berganda pada satu-satu alamat. Pengundi berganda ini mencakupi 354 alamat yang senarai pengundi pada satu-satu alamat itu di antara 100 hingga 1000 orang. Jumlahnya amat besar sehingga mencapai 79,098 pengundi seluruh negara.

Jumlah ini tidak lagi diambil kira senarai berpuluh-puluh pengundi dalam satu alamat. Kita memahami jika satu alamat itu dimaksudkan bagi sebuah rumah panjang atau kampung. Tetapi dalam daftar pemilih SPR, terdapat 100 pengundi pada satu alamat rumah yang berada di kawasan perumahan. Tidakkah ianya meragukan?

Elemen ketiga yang lebih serius ialah dengan pengumuman SPR, bahawa terdapat 240,000 undi pos di kalangan petugas SPR mesti dikategorikan sebagai undi Pos.

Jumlah ini amat mengejutkan Pakatan Rakyat. SPR tidak memerlukan jumlah petugas pos seramai itu dan ianya jelas bakal dimanipulasikan untuk memenangkan BN.

Tiga elemen didedahkan ini, amat jelas akan memberikan impak besar dalam PRU ke-13. Impak besar untuk mengekang kemaraan gelombang rakyat. Impak besar untuk memberikan kemenangan dua pertiga majoriti kepada Umno-BN.

Pakatan Rakyat bangkit menolak cadangan SPR dan usaha terancang pihak tertentu dalam SPR ini kerana, dalam sejarah PRU di Malaysia, undi pos adalah alat Umno-BN mengekalkan kuasa.

Ini merupakan jenayah terancang pihak tertentu kerana, jumlah pengundi ragu dan pengundi pos amat besar. Ia belum ditambah dengan pengundi pos yang sedia ada dari kalangan tentera, polis serta pasangan mereka.

Jenayah ini juga belum diambil kira dengan kemasukan mendadak nama-nama pengundi Selangor yang kebanyakannya menggunakan warga asing yang diberikan kad pengenalan sebagai pengundi.

Dengan latar belakang fakta ini, amat wajar Pakatan Rakyat bersikap prejudis bahawa, ada pihak dalam SPR yang berniat jahat dan berat sebelah untuk memenangkan Umno-BN.

Modus operandi yang sama digunakan dalam 'Formula Terengganu' akan digunakan, pada PRU ke 13 kali ini bagi mengelakkan kekalahan Umno-BN yang sedang terdesak dan nazak.

Kita mendesak SPR menghentikan kerja-kerja jahat ini, kerana ia bakal menimbulkan kekecohan besar pada PRU akan datang.

SPR jangan sesekali mencabul kedaulatan demokrasi. Ia mesti telus dan bersikap adil dalam mengendalikan PRU ke 13.

Rakyat tidak bersedia untuk ditipu buat sekian kalinya oleh SPR yang bertindak sebagai cawangan Umno.

Episod malang rakyat Johor bakal berakhir

Johor memang kubu kuat Umno. Bak kata orang, kalau letak tunggul kayu yang pakai lambang dacing pun, sudah tentu Barisan Nasional akan menang.

Tetapi itu dahulu. Itu cerita lama. Rakyat Johor sudah semakin 'celik mata' sekarang, zaman menjadi 'pak angguk' Umno-BN sudah tamat.

Johor bukan lagi 'stok politik' Umno-BN. Kata orang Johor, 'Dek kerana ketaksuban mereka menyokong Umno-BN lah yang menyebabkan, Umno-BN 'beraja di mata bertakhta di hati', membuat apa sahaja untuk kepentingan mereka.

Sejak akhir-akhir ini, kedangkalan Umno-BN Johor semakin tersingkap. PAS Johor ada banyak isu untuk memecahkan tembok penguasaan Umno.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat, tidak jemu-jemu bangkit memperjuangkan hak rakyat, khususnya nasib orang-orang Melayu di Johor.

Kata Suhaizan, rakyat Johor 'macam api dalam sekam', tidak nampak dari atas, tetapi di bawah tanah, panasnya cukup membara.

Buat masa ini, ada dua isu besar yang diperjuangkan Ketua Pemuda PAS Johor itu.

Iaitu, pertama: Projek Terbengkalai Taman Desa Kempas melibatkan tanah kerajaan negeri Johor.

Kedua, isu setinggan Kempas tidak mendapat sebarang pampasan.

Pembeli-pembeli rumah Taman Desa Kempas, Tampoi sangat kecewa dengan pemaju perumahan Maju Delima yang gagal dalam pembinaan rumah di taman ini.

Projek perumahan Taman Desa Kempas telah mula dibangunkan pada tahun 2001 dan sepatutnya siap pada tahun 2004.

Malangnya sehingga tahun 2011 rumah mereka yang berada di fasa ke tiga, empat dan lima masih gagal disiapkan.

Fasa-fasa ini meliputi dua jenis rumah iaitu pangsapuri yang berharga RM88 ribu hingga RM100 ribu dan flat kos rendah yang berharga sekitar RM22 ribu. Rumah pangsapuri hanya siap 80 peratus dan rumah kos rendah hanya siap sekitar 40 peratus sahaja.

Mereka banyak kali mengadakan pertemuan dengan pemaju tetapi malangnya setiap janji yang diberikan tidak ditunaikan oleh mereka.

Pada 2 November 2011, pihak mereka berjumpa dengan wakil Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman.

Pertemuan ini diaturkan oleh Pusat Aduan Rakyat Kempas yang dipengerusikan oleh Suhaizan.

Permasalahan ini juga sudah diajukan kepada Adun Kempas, Dato' Othman Bin Sapian tetapi setakat ini belum nampak sebarang perubahan kepada projek yang dimaksudkan.

Mereka terpaksa bertemu dengan pelbagai pihak untuk mengadu masalah yang mereka hadapi.

Mereka terpaksa berkorban masa, tenaga dan wang untuk mempastikan projek ini dapat disiapkan dengan kadar segera.

Rakyat terpaksa membayar setiap bulan bayaran bulanan. Oleh kerana rumah mereka belum siap maka mereka terpaksa menyewa rumah di kawasan sekitar.

Maka, mereka yang tertindas ini, terpaksa membuat dua bayaran sekali gus iaitu bayaran bulanan rumah Taman Desa Kempas dan sewa rumah yang kami diami sekarang.

Perkara ini sangat membebankan mereka sekeluarga. Jika tiada sebarang perubahan terhadap projek ini maka sebahagian daripada mereka akan tetap berpindah ke taman ini pada tahun ini.

Mereka dalam keadaan terpaksa. Mereka juga akan membuat siri-siri tunjuk perasaan di kawasan ini bagi mendesak semua pihak menyegerakan projek ini.

Masalah ini juga sudah diajukan kepada Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Dato' Seri Chor Chee Heung dan senaskah dokumen telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abd Razak, semasa lawatan beliau ke Johor baru-baru ini. Malangnya sampai hari ini projek ini gagal disiapkan.

Projek tersebut merupakan kerjasama antara Maju Delima Sdn Bhd dengan kerajaan Negeri Johor. Kegagalan projek ini membuktikan gagalnya kerajaan negeri Johor mencari rakan kongsi yang baik untuk rakyat. Kerajaan Johor gagal menguruskan tanahnya untuk kepentingan rakyat.

Menyedari kegagalan berterusan kerajaan negeri Johor menyelesaikan masalah rakyat, maka PAS Johor mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu Dialog Masalah Tanah Rakyat Negeri Johor akan diadakan pada Sabtu 31 Mac 2012, pada jam 2 -5 petang di Hotel Good Hope, Skudai.

Rakyat yang menjadi mangsa isu tanah di Johor dijemput hadir. Tujuan dialog adalah untuk merangka suatu tindakan untuk pihak kerajaan melaksanakan tuntutan mereka. Hadir sama dalam dialog ini adalah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Sasterawan Negara, Dato, A Samad Said.

Motif program harus diperjelaskan, iaitu PAS bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat bertekad, untuk menghentikan episod malang yang melanda rakyat Johor sekian lama.

Tuesday, March 13, 2012

Teori donggeng Umno-BN terhapus

Tanggal 8 Mac 2012 merupakan hari ulangtahun ke-empat kebangkitan kuasa rakyat menumpaskan hegemoni Barisan Nasional, meruntuhkan keegoan mereka di lima negeri, sekali gus menghapuskan majoriti kuasa dua pertiga di Parlimen.

Tarikh keramat 8 Mac 2008 adalah indikator besar yang menganjak iklim politik negara. Ia memberi isyarat bahawa kuasa pemerintahan BN sejak 50 tahun dalam negara kita bukannya kuasa yang mutlak.

Hakikat yang jelas daripada kebangkitan ini menunjukkan, tiada kuasa pemerintahan yang kekal, jika mereka tidak mendapat dokongan rakyat.

Rakyat hari ini bukannya rakyat yang boleh digula-gulakan atau dipesongkan pemikiran mereka untuk terarah kepada satu aliran pemikiran sahaja.

Rakyat Malaysia adalah rakyat yang semakin matang dan bijak menilai. Rakyat tahu bahawa memilih pemerintah adalah kuasa mereka, bukan semata-mata mengikut kehendak parti yang memerintah.

Rakyat juga tidak mahu sesebuah parti memerintah secara mutlak. Lalu rakyat memberikan kuasa kepada parti alternatif untuk menjadi check and balance kepada kerajaan.

Malah rakyat memberi mandat kepada PAS, DAP dan KeADILan, di bawah payung Pakatan Rakyat untuk menguasai lima negeri di Semenanjung.

Setelah empat tahun berlalu, mengharungi pelbagai karenah dan mehnah, hari ini kita boleh berbangga dengan keupayaan kita mentadbir di sebalik tekanan BN yang maha dahsyat.

Dalam tempoh empat tahun ini, negeri-negeri yang berada di bawah payung Pakatan Rakyat mendapat pengiktirafan dan pujian kerana mentadbir jauh lebih baik daripada negeri-negeri di bawah penguasaan BN.

Pakatan Rakyat berjaya menghapuskan ilusi dongeng yang ditanam sekian lama di minda rakyat bahawa tiada parti yang mampu memerintah negara selain BN.

Namun, kita tidak menafikan bahawa, wujud beberapa kelemahan dalam Pakatan Rakyat. Di Perak berlaku kecuaian terhadap tiga wakil rakyat, sehingga mereka terjebak dengan perangkap BN dan berpaling tadah, mengakibatkan kerajaan negeri tumbang selepas 11 bulan memerintah.

Pulau Pinang turut tercemar sehingga terpaksa bertukar Timbalan Ketua Menteri dan diadakan pilihan raya kecil. Selangor juga terpaksa bertindak nekad menggugurkan seorang exco kerajaan negeri dan terakhir selaku berlaku sedikit 'ribut dalam cawan' di Kedah.

Namun sedikit kelemahan ini sudah ditutup dan diatasi dengan sebaik mungkin. Ia sama sekali tidak menjejaskan prestasi baik kerajaan-kerajaan negeri di bawah naugan Pakatan Rakyat. Masalah wujud di mana-mana, tetapi bagi rakyat, yang penting, negeri ditadbir dengan baik dan sempurna.

Asas kekuatan Pakatan Rakyat yang pertama, iaitu khusus bagi negeri-negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, ialah mereka mendapat pujian tiga tahun berturut-turut daripada analisis kewangan Jabatan Audit Negara.

Hasil daripada sifat anti-rasuah dan integriti yang tinggi, negeri-negeri Pakatan Rakyat berjaya menguruskan kewangan dengan berhemah. Selain ia mencatatkan rekod sifar rasuah, ia juga berjaya meningkatkan hasil pendapatan negeri, sekali gus menjimatkan perbelanjaan negeri dan tidak membazir.

Urustadbir yang bertanggungjawab dan beramanah inilah yang dikehendaki rakyat. Rakyat mahu pemerintah yang berjaya meningkatkan hasil dan menjimatkan wang rakyat daripada rasuah dan pembaziran.

Asas kedua yang memperkukuhkan Pakatan Rakyat ialah, ia mempunyai 'Dasar Bersama' yang diputuskan ketiga-tiga parti. Asas ini memperkukuhkan kepercayaan rakyat, bahawa jika Pakatan Rakyat diberi mandat menguasai Putrajaya, pada Pilihan Raya Umum akan datang, ia akan memelihara keluhuran Perlembagaan, kedaulatan Raja, menjamin kesucian Islam serta melindungi hak-hak orang Melayu dalam negara.

Dengan termeterainya Dasar Bersama ini, hala tuju Pakatan Rakyat, yang bukan sahaja memelihara, malah memperkukuhkan semua institusi yang dicatat di atas, membuktikan bahawa ia adalah alternatif terbaik buat rakyat, untuk mengantikan BN.

Asas ketiga adalah komitmen Pakatan Rakyat yang terkandung di dalam Buku Jingga. Ini adalah perencana dasar yang amat penting. Buku Jingga yang menyenaraikan Tawaran Jingga, cukup disenangi rakyat pelbagai kaum dan agama.

Ia bukan sahaja memahatkan keharmonian agama dan kaum, malah ia menjanjikan kesejahteraan ekonomi dan sosial mencukupi pelbagai lapisan rakyat. Tawaran Jingga ini direalisasikan selaras dengan konsep Negara Berkebajikan yang dipelopori PAS.

Di kesemua negeri di bawah Pakatan Rakyat, rakyat menerima pelbagai hasil dan skim yang membela mereka, bagi menjamin kesejahteraan mereka. Skim-skim kebajikan ini, tidak dinikmati di negeri-negeri di bawah BN.

Tiga asas utama ini, yang digarapkan hasil kebijaksaan kepimpinan Pakatan Rakyat semakin memperkukuhkan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Sehingga kini ia masih belum dapat dicabar BN secara praktikal. Dalam menggasak Tawaran Jingga ini, BN cuba menabur kebajikan dengan memperkenalkan pelbagai bantuan di atas jenama 1Malaysia. BN buntu idea. Mereka ketandusan perancangan sehingga terpaksa menciplak beberapa pendekatan yang digariskan Pakatan Rakyat.

Namun segala usaha BN untuk mengaburi rakyat untuk menyokong mereka masih menemui jalan buntu. Setakat ini belum ada tawaran BN yang boleh menjadi galang ganti kepada Tawaran Jingga.

Justeru kita mengharapkan agar rakyat terus istiqamah bersama Pakatan Rakyat. Moga pada ulangtahun kelima nanti, iaitu pada 8 Mac 2013 akan datang, negara yang kita cintai ini sudah berada di bawah naungan Pakatan Rakyat.

Thursday, March 08, 2012

Rintihan pelajar Malaysia di Syria

Oleh ZIL WILDAD
Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS)

PANDANGAN dunia terarah ke bumi Syria ketika ini kerana keganasan dan kekejaman regim Basyar Asad menangani kebangkitan rakyat Syria yang mahukan kebebasan. Jika ingin menjelaskan isu ini dari awal hingga sekarang, ruang yang diberikan ini sudah tentu tidak mencukupi. Justeru, Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) hanya akan menjelaskan beberapa perkara yang penting dan berkaitan sahaja untuk masa ini.
Kebangkitan rakyat di Syria semakin hari semakin memuncak. Bagaikan air sungai yang mengalir, jika disekat dari satu arah, akan terus mengalir melalui arah yg berlainan. Semakin disekat, lama kelamaan akan melimpah bagaikan air bah yang mengalir deras. Konflik di Syria sudah hampir memasuki bulan ke-12 namun masih tiada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa konflik ini akan reda atau berakhir. Semakin hari angka kematian semakin meningkat.
Di bumi barakah ini masih terdapat ramai pelajar asing yang datang khusus untuk mendalami ilmu agama. Bilangan pelajar Malaysia yang masih berbaki seramai 167 orang, 113 lelaki dan 54 perempuan. Kebanyakannya menuntut di pusat pengajian rasmi seperti Mujamma’ Syeikh Ahmad Kiftaro dan Mujamma' Fatah Islami bagi pengajian kuliah dan pengajian bahasa, sementara Ma'ahad Dauli bagi pengajian diploma, dan Ma'ahad Lughah bagi kursus bahasa.
Pengajian berjalan seperti biasa sejak bermula kebangkitan rakyat Mac 2011 hinggalah sekarang. Apa yang berbeza adalah sistem pengambilan pelajar baru bagi kuliah, yang antaranya telah menaikkan yuran pengajian, termasuk bagi pelajar-pelajar lama. Namun bagi urusan untuk mendapatkan visa pelajar, di lihat agak mudah berbanding tahun-tahun sebelumnya tetapi tidak dinafikan disana ada juga masalah-masalah yang sulit. Ini kerana Mujamma' Syeikh Ahmad Kiftaro dan Mujamma' Fatah Islami yang kini dikenali Ma'ahad Syam 'Ali telah diiktiraf oleh kerajaan Syria dan diletakkan dibawah Kementerian Pelajaran Tinggi, juga di bawah Kementerian Wakaf.
Antara masalah yang dihadapi oleh para pelajar Malaysia di Syria ialah kesukaran untuk mengeluarkan wang melalui mesin-mesin ATM di sini. Semua bank antarabangsa disekat daripada beroperasi untuk pengambilan duit di mesin ATM. Pengambilan duit hanya melalui kerjasama PPMS dengan pihak Kedutaan Malaysia dan beberapa pelajar yang keluar ke negara jiran seperti Jordan, Lubnan dan Turki, dengan mengirimkan kad-kad ATM kepada mereka untuk dikeluarkan di sana. PPMS mewakili rakyat Malaysia di Syria, mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kedutaan Malaysia yang banyak membantu kami.
Masalah lain pula ialah kos sara hidup yang makin meningkat. Harga barang-barang keperluan harian naik mendadak dan dalam masa yang sama ekonomi Syria jatuh merudum.
Keadaan keselamatan di Syria secara keseluruhannya semakin meruncing kecuali di bandar Damsyiq. Pelajar kita hanya menetap di Damsyiq dan sekarang masih berada dalam keadaan selamat. Keadaan keselamatan di Damsyiq khasnya masih lagi dalam keadaan terkawal namun sudah ada tanda-tanda menunjukkan Damsyik juga bakal meruncing kerana Damsyik satu-satunya daerah yang baru bangkit sedangkan daerah lain sudah pun bergolak teruk.
Antara daerah-daerah atau bandar-bandar yang teruk dibedil dan mengalami kemusnahan adalah Homs (150km dari bandar Damsyiq), Halab (433km), Hama (202km) dan Dara'a (101km). Kesemua bandar yang menjadi pusat pelancongan dahulu kini berubah menjadi tempat tumpuan rejim Bashar al-Assad. Namun terdapat juga bandar-bandar atau kawasan-kawasan yang terletak di pinggir Damsyiq (rif Dimasyq) seperti Zabdani, Daraya, Qodam, yang terletak tidak jauh dari bandar Damsyiq (sekitar 25-35km) telah berlaku pertempuran dan tembak-menembak antara tentera pembebasan dengan tentera kerajaan.
Kami memohon jasa baik kerajaan untuk mempertimbangkan kembali kos pembiayaan evakuasi untuk rakyat Malaysia di Syria sekiranya keadaan di Damsyiq menjadi lebih teruk kerana semua pelajar di sini tidak mendapat bantuan kewangan ataupun pinjaman pengajian dan hanya bergantung kepada sumber daripada keluarga sahaja.



Tabung bantuan Syria

Sumbangan untuk pelajar Malaysia di Syria dan rakyat Syria yang memerlukan boleh disalurkan melalui Tabung Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa PAS. Akaun Nombor 564070703248 (Maybank) atas nama Parti Islam SeMalaysia.

Saturday, March 03, 2012

Najib, pemimpin Umno dan PM yang gagal


Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak disifatkan hilang punca, begitulah kesimpulan yang dibuat oleh bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan, Dato' Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz kepada Harakah ketika sesi 'Cakap-cakap Bersama Harakah' di Pejabat Editorial baru-baru ini. Ikuti temubual sidang Editorial Harakah, antaranya AHMAD LUTFI OTHMAN, TAUFEK YAHYA, MOHD RASHIDI HASSAN, TARMIZI JAM dan WAN NORDIN WAN YAACOB serta Jurugambar, NASIR SUDIN bersama bekas ADUN Pulau Manis itu.

HARAKAH: Penyeberangan yang di luar kotak jarang-jarang dilakukan, boleh saudara nyatakan mengapa tinggalkan Umno dan sertai DAP?

DATO' MOHD ARIFF SABRI: Pertamanya terima kasih kerana Harakah jemput saya ke sini. Banyak yang tanya saya persoalan kenapa saya daripada Umno ke DAP, dan bila pindah pula tu tidak pilih parti lain tetapi DAP yang 100 peratus bertentangan dengan falsafah Umno. Kenapa tidak PAS atau Parti Keadilan Rakyat (KeADILan). KeADILan ini DNA-nya Umno masih ada di situ, cara dia beroperasi itu masih ada cara Umno, bila ada perubahan nanti barulah boleh bertukar.

Saya tidak masuk PAS ini sebab saya kesian kepada PAS, sebab nak masuk PAS ini, ia mesti menangguh imej nak bawa PAS yang keagamaan dan saya tahu kekurangan diri saya. Saya nak elak PAS rosak saya tidak masuk, tetapi saya terus menyokong perjuangan PAS dan semasa dalam Umno dahulu lagi pun, saya menyokong PAS terutama dalam isu Umno fokuskan untuk merampas Kelantan yang dikuasai Melayu dan PAS, kenapa Umno beria-ia sangat nak rampas, saya tidak setuju dengan hal ini.

Sekarang ini apabila Umno dan pemimpinnya menyerang tokoh kepimpina PAS dengan kata nista, ini saya tidak setuju sangat.Jadi suatu parti yang nyata bertentangan dengan Umno ialah DAP yang secara lengkapnya tidak sama dengan Umno, justeru saya sertai DAP yang budayanya sangat bertentangan dengan Umno. Saya ada keserasian kerana DAP kini tiada berbaur perkauman sangat mutakhir ini.

Saya sendiri telah berbincang dengan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang, misalnya dalam persoalan jawatan Perdana Menteri Malaysia, dia mengakui realiti Malaysia ini tidak membenarkan orang selain Melayu menjadi Perdana Menteri, dan jika orang selain Melayu jadi PM, dia kata akan berlaku huru hara dan pertumpahan darah.

Orang Cina tak hendak benda itu, mereka hanya mahukan sebuah kerajana yang urustadbirnya baik, kedaulatan undang-undang yang betul, layanan kepada kita sama seperti kepada pembesar negara. Pada saya Umno gunakan undang-undang hanya untuk kukuhkan kedudukan, Umno akan manipuasi undang-undang. Persoalan besar hari ini rasuah, yang tidak dapat dibendung dalam Umno dari atas ke bawah. Ini bukan saya cakap, tetapi jika kita bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pun dia akan cakap begini.

Dalam satu majlis makan tengahari bekas menteri tidak disangka, Mahathir datang dan dia diberi penghormatan sepatah dua kata berucap. Tetapi Tun Mahathir take overlah sesi itu. Kenyataan pertama Tun Mahathir dia sebutkan bahawa 'negara kita ini dah korup dari atas ke bawah', dari Najib hinggalah ke bawah, ini dia cakap, jadi Musa Hitam cakap kepada saya dia pelik, inilah orang yang bertanggungjawab budaya koruspi ini, dari segi 'public statement' dia (Mahathir) nampak menyokong Najib tetapi dalam peribadinya dia tidak, dia banyak yang tidak suka cara Najib mentadbir itu.

Saya lihat umurnya (Mahathir) dah lebih 80 tahun, tetapi dah dia tidak boleh berhenti.Selalu saya bincang mengapa Tun Mahathir tidak boleh berhenti. Saya ada teori bahwa apa yang dia (Tun Mahathir) lakukan dahulu menghambat diri dia, dan dia kena tidak boleh tidak mengawal keadaan daripada jadi lebih teruk. Sebab itulah dari segi trend kemungkinan politik masa depan itu dia cukup gerun jika PR dapat ambil alh kerajaan dan 'nightmare' pada dia, jika Anwar Ibrahim jadi PM, dia rasakan Anwar akan bangkit semua cerita lama dia (Tun Mahathir).

Menyentuh soal kekuatan Pakatan Rakyat, kemungkinan faktor yang menyebabkan rakyat mahu kepada PR adalah Anwar, ataupun sebenarnya kelemahan Umno-BN itu sendiri?

Saya rasa yang faktor Anwar itu 'icing on the cake' sahaja, secara dasarnya rakyat menolak kebejatan Umno-BN. orang Umno pun 'fed up' dengan gelagat kepimpinan, bercakap soal kepentingan Melayu tetapi sebenarnya hanya menjaga kepentingan mereka dan kroni sahaja. Bercakap fasal negara, bagaimana urustadbir negara dengan pengaliran keluar wang negara dan ketirisan, rakyat melihat kepada ini, rakyat berdepan kos hidup yang tinggi, gaji tidak naik kepada tahap yang baik, dan rakyat marah kerana melihat pemimpin BN berbelanja seolah-olah tidak berhemah, dan menghentam sahaja tidak terkawal.

Walaupun bagi projek secara tender tetapi semua itu manipulasi, akhirnya kroni sahaja yang dapat.Rakyat baca yang tersirat, pemimpin seolah-olah sedari masa mereka (mentadbir) yang nak habis, selagi ada masa selagi mereka kaut (kekayaan negara), dan ini yang rakyat lihat. Soal Anwar ini dia penyatupadu PAS dan DAP dan dia 'crowd puller'. Dia boleh tarik massa, bila kita hebahkan rakyat akan mudah fahami berbanding penulisan, ceramah ini jauh cepat dapat.Saya tidak menaruh kepentingan luar biasa kepada Anwar Ibrahim, jika KeADILan menang besarpun dia tidak boleh menjadi PM tanpa persetujuan PAS dan DAP.

Barangkali boleh diceritakan sedikit tentang pengalaman dan latar belakang bagaimana bermula dalam politik dan menyertai Umno?

Saya nak ambil kesempatan nak terangkan, saya bukan kritikal kepada Umno selepas saya tidak menjadi wakil rakyat, tetapi jika ada kesempatan saudara-saudara boleh melihat hansard Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Pahang, boleh baca bahawa saya agak kritikal terhadap pengurusan kerajaan negeri Pahang, misalnya dalam pengurusan anak syarikat negeri pahang (SEDC) saya timbulkan persoalan jika syarikat ini sentiasa tanggung rugi.

Kaedahnya tutup jangan tanggung biawak hidup, jika ada syarikat milik kerajaan tetapi tidak boleh bersaing dengan syarikat Cina yang kecil, kita kena tutup, nak buat apa kerajaan bagi duit tetapi tidak untung.Mesti ada pengurusan yang tidak kena, persoalannya ialah korupsi berlaku, meningkatkan kos pengurusan kerajaan.Bila saya keluar, jadi saya ada kebebasan seidkit menyuatakan lebih terbuka, punca segalanya kepimpinan tertinggi yang tiada kekuatan membetulkan keadaan, sampai bila Umno ini tidak akan betul.Pemimpin sebut soal transformasi, tetapi jika tiada keberanian tidak akan berlaku perubahan.

Kepimpinan tertinggi Umno dipegang oleh Dato' Najib sendiri, dan saya yakin dia tidak ada keberanian dan 'political will' melakukan peruabhan, bercakap bolehlah, tunjukkan dia liberal memang dia pandai dan disokong oleh media massa perdana yang menunjukkan dia hebat, tetapi saya ada pengalaman langsung dengan dia, dan saya berani kata dia tidak berani lakukan perubahan, nak menukar Umno punya 'warlord' dia tidak berani.Kerana apa? kerana sokongan yang dia ada kini adalah daripada yang bawah dia (warlord) ini, takkan dia nak menghancurkan sistem kehidupan yang diketahui iaitu, mendapat projek besar dan menyokong pemimpin.

Jika nak reformlah, mati Umno. Lagi satu saya lihat, keduanya Umno ini tiada perjuangan untuk satu seruan, tiada 'cause of struggle'. Macam DAP walaupun dia sekular, tetapi dia ada dasar yang mahu negara ini diurustadbir dengan baik (good governance). PAS pula ada prinsip perjuangan Islam.Ini beza, Umno tiada cause, Umno ini kata mereka pragmatik, mereka kata mereka boleh sesuaikan diri ikut apa sahaja.Sebab itulah peribadi Najib sentiasa cuba membentuk klik, dia baik dengan sana sini, dan mengisi wawasan dia tak ada.Itu kelemahan Najib.

Boleh terangkan latar belakang saudara, bila menyertai Umno dan pengalaman dalam Umno?

Semasa di Universiti saya tak sokong Umno, dan kita di sana (Universiti) sama ada akan menyokong Islamik atau sosialis, masa saya di England, saya lihat pelajar kaum Cina ini mereka bersatu, senantiasa serang kerajaan Melayu dan secara umumnya dia serang Melayu. Secara umumnya masa itu saya seorang Melayu kena respons dengan tindakan mereka itu dengan bersatu dengan Umno dan buatlah apa sumbangan yang boleh kita buat.

Itulah asalnya saya dampingi Umno.Yang paling kuat sekali ialah semasa saya dibawa oleh Najib ke Umno Bahagian Pekan itu sendiri, masa itu tahun 1991 dsaya berhenti daripada Shell, dan masuk ke Umno dengan balik ke Pekan saya jadi AJK Bahagian. Daripada situlah saya bermula aktif dalam Umno.Pada 8 Januari 2012 saya sertai DAP.Di situlah bermulanya perjuangan saya menentang Umno.

Pengalaman dalam AJK Bahagian hingga Adun?

Saya ingat, karier politik saya meningkat pada tahun 1999 apabila Najib hampir-hampir kalah kepada calon PAS ketika itu dengan majoriti lebih kurang 200 undi sahaja. Itupun, calon PAS ketika itu telah pergi sujud syukur di masjid dan menjangkakan telah menang, namun katanya ada beberapa peti sampai lewat dan saya tidak tahulah apa yang berlaku hingga Najib menang 200 undi sahaja.Saya tidak tahu apa yang berlaku.

Selepas itu Najib sedar Umno Pekan ini tiada etika kerja yang betul, bagaimana nak yakinkan orang dan nak lakukan aktiviti, dan pada 199 dia lantik saya jadi ketua Penerangan Umno Pekan.

Bermula sahaja saya jadi Ketua Penerangan, saya susun strategi bagaimana nak menarik pengundi ini sebab di bahagian Pekan tidak ada aspek ini. Sebelum itu budak-budak dia tidak buat kerja hanya bagi tahu okay-okay-okay. Masa itu budak-budak dia hanya tahu sambut Najib sahaja ketika sampai di Pekan, sebab Najib dah pegang kementerian masa itu. Itu sahaja, dia tokoh penting yang akan naik ke atas, kerja Umno Pekan balik ke sana baut aktiviti dan tiada gerak kerja.

Bila saya ambil alih Ketua penerangan, saya lihat bagaimana dia mampu untuk menarik semula sokongan dan menimbulkan rasa sayang pengundi Pekan kepadanya. Saya tanya kepada dia, saingan dia di Pekan adalah PAS, saya tanya dimana kekuatan PAS?.

Sebab Najib tidak pernah terfikir pada masa itu. Saya cakap pada dia, kekuatan PAS adalah di surau dan masjid.Orang Umno ini dia liat sikit ke masjid, jawatan jawatankuasa surau dan pengerusi surau orang Umno nak, tetapi mereka tak mahu ke masjid. Jadi saya cadang dan rancangkan program di surau dan masjid dengan menjemput ulama-ulama dan tokoh agama, bila kita buat program kita jangan maki hamun, kita hanya buat program berasaskan pembicaraan mengenai kerohanian, dan saya panggil semua ulama daripada mesir dan indonesia yang boleh cakap Bahasa Melayu buat program di masjid. Tujuan saya ialah, nak tunjukkan ketika itu bahawa Umno pun tahu juga nak agama, menghormati aktiviti begini. Masa itu orang PAS pun datang, sebab kita tidak ada maki hamun kita panggil orang Arab yang boleh bertutur Bahasa Melayu itu orang PAS pun suka, saya pun bersekali, daripada tidak tahu jadi tahu.

Selama empat tahun saya buat menyeluruhlah. Saya buat lebih 150 program di bawah penerangan yang tidak terbuat oleh mereka di Pekan sebelum ini.Ini jadi rekod.Sebelum ini mereka tidak tahu nak buat apa, lagi pula Najib langsung tidak boleh buat apa-apa.Yang ada hanyalah kekuatan dia pada jawatan selaku Perdana Menteri, dan dia tiada kekuatan. Pada 15 Mac ini saya akan ke Pekan bersama Mohamad Sabu (Timbalan Presiden PAS) untuk saya ceramah menerangkan apa kelemahan dan siapa Najib sebenarnya.Orang Pekan mungkin tidak tahu siapa Najib sebenarnya.Dia tidak akan kalah sebab dia ada duit tetapi jika majoritinya turun, dia akan malu, Orang Umno ini kemantapannya tiada sebab tiada pengisian, sebab dia fokus kepada duit.

Pada tahun 2004 Najib dapat 22,000 majoriti selepas saya buat kerja. Masa Anwar kena mata lebam itu, orang Umno pun sokong Anwar. Di Pekan ini saya tahu apa yang berlaku, bayar akan dapat sokongan.

Najib tak kata apa Dato' masuk DAP, dia tahu ke?

Dia tidak tahu, sebab dia tidak dapat kesan waktu saya nak masuk DAP. Sebab itu dia pening, macam mana dia tak boleh agak, dia ingat mungkin saya masuk KeADILan, tetapi akhirnya saya ke DAP.DAP ini bukan 'Jembalang' seperti Umno sangkakan. Ramai yang tanya saya, mengapa PAS boleh bekerjasama dengan DAP, sebab ramai yang tak tahu, saya jawab mudah PAS bekerjasama dengan DAP nilainya Umno berpakat dengan MCA, apa masalahnya PAS pakat dengan DAP. PAS dan DAP pakat atas dasar prinsip, ini dibenarkan, tidak ada masalah. Saya rasa PAS dan DAP tidak berani nak diguguat apa dasar masing-,masing, cuma persamaannya adalah menjatuhkan kerajaan yang korup dan zalim, ini mereka bekerjasama dan walaupun saya Melayu Islam dalam DAP, saya tetap Melayu juga.

Saya beritahu kepada Umno dan MB Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob, saya tukar wadah sahaja bukan akidah. wadah itu penting...Tetapi akidah tidak tukar, keMelayuan saya tidak kurang berbanding Umno.

Ini bukan masalah. Yang Umno takut ialah Umno hilang punca gunakan eleman gangster, gunakan Perkasa dan NGO yang nampak ekstrim, Rela dan sebagainya beri peruntukan ini menunjukkan Umno tengah risau. Yang Umno risau, rakyat ada pilihan selain Umno dan lebih baik daripada Umno. Saya komen Menteri MITI, Mustafa Mohamed kata aliran masuk pelaburan luar ke dalam negara (FDI) masuk ke Malaysia bagus, tetapi saya sebutkan itu semua FDI yang masuk ke negeri Pakatan Rakyat. Mustafa Mohamed nampak risau bila kita sebutkan hal ini. Tengok Pulau Pinang, Selangor dan Kedah semuanya tinggi FDI. Kerajaan BN ini FDInya jatuh.

Demam PRU 13, DAP katanya akan banyak menang, dan KeADILan akan menang besar, masalah yang dihadapi bagaimana kedudukan PAS yang akan ambil tempat dimana Umno bertanding, PAS akan bertanding, apa pandangan?


Penerimaan kepada PAS sangat bagus.Yang betul-betul parti Melayu ini hanya PAS sahaja. PAS ada dua kekuatan Melayu dan Islam. Umno sendiri dah tiada Melayu semua. Jika orang Umno sedar, mereka kena sokong PAS dan mana-mana kawasan yang PAS sertai dimana ada kawasan campuran, PAS pastinya akan menang kerana respon bukan Melayu samada India dan Cina cukup tinggi kepada PAS.

Saya ada tanya orang India, mereka banyak menyokong Pakatan Rakyat, mereka sokong DAP pertama, kedua PAS dan ketiga KeADILan. Prioritinya adalah DAP dan PAS, seterusnya KeADILan. Mereka suka keperibadian Tok Guru (Menteri Besar Kelantan, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat)..Orang Cina sendiri saya tengok di sebuah restoran pakai baju Nik Aziz, saya tanya kenapa pakai, dia jawab ini orang baik... Dia buat kerja dia, tetapi penerimaan dan pengiktirafan orang yang baik mereka terima. Saya lihat orang Melayu tidak lagi bergantung harap dengan Umno.

Apa sebenarnya faktor orang Melayu terhalang sokong PAS?

Saya rasa satunya yang saya lihat di Pekan.Jentera PAS di Pekan sebagai contoh, mereka tidak buat program yang menyeluruh dan berterusan, jika berterusan ini mereka boleh atasi kesetiaan orang Umno di Pekan.

Saya selalu fikirkan jika saya jadi Ketua Umno Pekan, saya selalu bayangkan apa yang saya nak buat dalam mengambil sokongan orang Umno di Pekan, saya buat begini program berterusan di Pekan, minggu ini saya bawa Tok Guru Nik Aziz, minggu depan saya bawa Mat Sabu dan seterusnya untuk setiap masa orang di Pekan didatangi pimpinan PAS.

Saya yakin kaedah ini akan dapat menarik sokongan mereka di sana.Nak lawan duit memang kita tidak mampu sebab Umno ada duit.Saya tidak mustahil PAS boleh gerakkan orang Melayu, mereka seagama dengan kita, kita kena gerak kerja yang sentiasa, berbeza dengan Kelantan ada sahaja program Tok Guru di sana, sebab itulah mereka boleh faham. Arwah ayah saya sentiasa sokong PAS.

Bagaimana saudara boleh meyakinkan orang Melayu untuk sertai DAP, sebab ramai di luar sana masih bimbang untuk menyertai DAP?

Saya orang Melayu. Malah selepas bersama DAP, saya lebih bebas untuk nyatakan kepentingan Melayu ini yang terpinggir, dalam Umno mereka nak tahu tentang Melayu yang tak terpinggir sahaja, sedangkan dalam DAP mereka mahukan perjuangan mereka yang terpinggir.

DAP tiada halangan orang dalam DAP nak cakap tentang masalah kepentingan Melayu yang terpinggir ini,DAP tidak halang.Mereka menyokong benda yang harus disokong.Satu lagi kita jangan risaulah tokoh seperti, Karpal Singh ini cakap selalu mengenai anti Islam, bangkang ini itu, dalam DAP pun orang biarkan sahaja dia begitu, sebab ada juga yang bangkang dia, cuma mereka diamkan sahaja sebab menghormati dia sebagai Pengerusi DAP, dia tokoh yang menyumbang kepada imej DAP dan beri ruang kepadanya untuk bercakap, tetapi tidak semestinya disetujui ahli DAP sendiri.

Selaku bekas ahli Umno dan pimpinan Umno, bagaimana saudara melihat propaganda yang dimainkan oleh Umno, jika PAS menang, orang Cina akan huru-hara, propaganda ini dimainkan di kawasan Melayu seperti di Perak, PAS jadi 'kuda tunggangan'?

Kalau orang Melayu konservatif yang baca Utusan Malaysia dan televisyen akan termakan (propaganda itu)..Tetapi Pakatan Rakyat sendiri dah buat gerak kerja dan tulisan penerangan alternatif yang dapat dilihat oleh rakyat.Seterusnya saya rasa di kampung ini anak-anak mereka yang berlajar di luar, mereka ada cerita yang sebaliknya mengenai persepsi yang didoktrin Umno.Memang dan kita lihat, kos hidup tinggi dan salah urus tadbir negara tiada kena-mengena dengan DAP atau PAS. Mereka tak boleh tipu sepanjang zaman.

Monday, February 27, 2012

DEB gagal kerana pelaksana dasar menyeleweng

AHLI Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak bimbang dengan dakwaan kononnya kuasa orang Melayu, Islam atau Raja sudah terjejas dewasa ini. Pada pendapat beliau, orang Melayu adalah tuan dalam negara ini. Ia adalah kaum yang majoriti dan haknya dipelihara Perlembagaan, walau kerajaan bertukar.

Tengku Razaleigh juga berpendapat, kebanyakan dasar yang dilaksanakan dalam negara, yang tujuan asalnya untuk menolong orang Melayu, menemui kegagalan kerana pelaksana dasarnya menyimpang dari matlamat dasar ia digubal.

Ikuti wawancara anak Raja Kelantan itu dengan wakil Harakah, MOHD RASHIDI HASSAN, NAZRI ABDULLAH bersama jurukamera MOHD NASIR SUDIN dan SHUKRI MOHAMAD menemui beliau di pejabatnya di Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur, 22 Februari 2012.

HARAKAH: Pada pandangan Tengku, apakah dalam situasi sekarang, kedudukan orang-orang Melayu terjejas di Malaysia?

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH: Kedudukan orang Melayu tidak akan terjejas sebab kedudukan orang Melayu, jiwa Melayu tidak takut kepada sesiapapun, sejak kerajaan Melaka jatuh , orang Orang melayu masih wujud dan bangkit dengan gagah sebagai satu tamadun yang dihormati, dan tidak boleh nak rasa takut. Kita semua ini terpulang kepada diri kita.

Tetapi rakyat sentiasa digemparkan kononnya akibat pertelingkahan politik, kedudukan orang Melayu dalam semua aspek terjejas?
Ya lah..perasaan itu memang ada. Saya sendiri ada rasa bimbamg. Dahulu orang Melayu lemah dalam ekonomi dan ketinggalan dalam banyak bidang, anak Melayu tiada peluang belajar di peringkat yang jauh lebih tinggi berbanding orang lain tetapi ini bukan bererti kita kena mengalah kerana kini zaman anak Melayu kita kembali ke depan dalam pelbagai bidang yang boleh dimajulan oleh bangsa kita, sekarang ini mereka boleh menguasai pelbagai ilmu dan bidang sehinggakan menjadi kita kemegahan bukan sahaja orang Melayu malahkan bangsa lain di negara ini. Kejayaan anak Melayu kita yang handal-handal dan cerdik pandai dibanggai semua, kita jangan bimbang sangatlah. Memanglah kita lambat sedikit maju dalam bidang pelajaran, tetapi saya rasa orang Melayu boleh muncul seperti bangsa lain, jangan bimbang jika ada dasar yang baik.

Ada pandangan, dalam bidang ekonomi misalnya, kelemahan wujud kerana dasar pengswastaan dan ianya antara punca DEB gagal. Bagaimana Tengku melihat perkara ini?
Ia puncanya adalah kerana yang melaksanakan dasar itu telah menyeleweng, tidak mengikut tujuan asalnya dasar itu digubal sebab bila digubal ia bukan digubal oleh orang Melayu 'dalam' sahaja, tetapi pelbagai pihak yang telah melulus dan berbincang semasak-masaknya dalam satu jawatankuasa yang dinamakan National Goodwill Council (NGC) yang terdiri daripada pelbagai pihak, sama ada Melayu, Cina dan India dan sebagainya yang masing-masing telah mengambil berat dalam masalah yang berlaku dalam Peristiwa 13 Mei tempoh hari (1969). Jadi kalau mereka duduk diam dalam keadaan lama kemungkinan masa depan negara ini tidaka selamat, jadi jalan tengah ialah cari jalan bagaimana orang Melayu mampu duduk sama dengan bangsa lain dalam merentasi ekonomi moden, supaya mereka tidak lagi bergantung kepada kaedah kais pagi makan pagi.

Orang Melayu boleh muncul dengan DEB, tetapi kita tidak mahu dasar itu diselewengkan kerana kita mahu jalankan dasar itu kepada orang Melayu yang ramai bukannya kepada satu atau dua orang Melayu atau satu kelompok semata-mata kerana kita tumpu segala perhatian dan galakan kepada satu kumpulan sahaja kerana itu akan disebut sebagai kronisme, kita tidak mahu satu kelompkk sahaja, sedangkan ramai lagi yang mengemis.Sebab saya rasa semua orang Melayu harus diberikan galakan dan latihan supaya mereka ini tampil ke hadapan untuk menyahut cabaran global ini jika orang Melayu tidak memiliki kemahiran dalam bidang perniagaan dan sebagainya saya bimbang jika orang Melayu tidak akan kemana-mana, walau macam mana sekalipun kita ajak dengan dasar yang baik.

Saya rasa kena ingat balik apa itu DEB. Dasarnya ialah untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum dan meningkatkan kedudukan orang Melayu yang tertinggal dibidang ekonomi maka galaknan diberi kepada Orang Melayu untuk mereka sertai bidang perniagaan ini, galakan yang diberi bukan bererti kita menegatifkan pihak yang lain, tetapi kita tidak memberi tumpuan semata-mata, sebaliknya kita mahu mereka ini tampil ke hadapan tidak seperti masa lalu, jadi inilah caranya, lama kelamaan ramai Orang Melayu dapat berada dalam dunia ekonomi moden ini.

Barangkali kelemahan wujud kerana bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad misalnya, cuba mewujudkan beberapa orang usahawan Bumiputera dengan memberi mereka dana dan syarikat yang besar?
Saya diberi faham, bahawa pilihan sesetengah pihak untuk diberi pelbagai peluang untuk muncul sebagai saudagar dan peniaga terkemuka semata kerana mereka ini diharapkan menjadi payung kepada mereka yang akan ikut jejak mereka yang berjaya, dan kemudian diberi kesempatan melatih. Namun ramai di kalangan mereka ini, akhirya gulung tikar sebelum apa-apa berlaku dan kerajaan akhirnya terpaksa menanggung berjuta ringgit untuk selamatkan mereka ini hinggakan ramai yang bertanyakan semula mengapa mereka ini pula terpaksa ditanggung untuk diselamatkan.

Apa terjadi kepada orang di kampung dan di bandar-bandar kecil yang juga gulung tikar dan tidak mampu untuk meneruskan perniagaan mereka dalam keadaan ekonomi yang ketika itu sangat-sangat tidak mengizinkan. Apa yang dilihat, mereka ini dibiarkan sahaja, sedangkan pimpinan yang diatas itu diselamatkan degan wang rakyat ratusan juta.

Mengenai Proton misalnya, dahulu dilancarkan atas nama kereta nasional, tetapi sekarang ini sudah diberikan kepada syarikat atau individu, bukanlah Proton juga hasil kegagalan sesuatu dasar?
Saya rasa tidak kena apabila Proton dulu dah habiskan jutaan ringgit kerana kereta Pproton ini dipasang di Malaysia adalah dijual oleh Mitsubishi, pada suatu ketika dahulu saya difahamkan Mitsubihi cuba jual Proton ini kepada Taiwan tetapi tidak dibeli dek orang di sana, dan akhirnya dijual di sini sebagai kereta nasional.

Untuk memajukan Proton itu maka diberikan pelbagai galakan tak dikenakan import barangan masuk, duti eksais tidak dikenakan ke atas Proton dan walhal kereta jenis lain dikenakan pelbagai cukai, tidak kepada Proton kerana ia kereta bertaraf kereta nasional.

Namun enjin dan segalanya buatan Jepun, tak ada benda kecil pun dipasang di sini (Malaysia) tetapi diberi taraf kereta nasional.

Oleh kerana nak jual kereta itu susah nak menembusi pasaran tempatan, maka kereta-kereta sejenis Proton tidak boleh dijual dengan harga yang rendah, semua kereta bukan nasional perlu dijual lebih tinggi daripada kereta yang sejenis Proton kerana nak selamatkan Proton supaya pronton mendapat peratusan yang besar dalam pasaran kereta dan kereta ini dilaku di pasaran tempatan, di luar negara kita jual juga.

Tetapi kerana ada perjanjian dengan British umpamanya, Mitsubishi buat tawaran pelbagai, maka kita sanggup beli hampir RM 6 bilion alat-alat perang daripada sana, tanpa tenderpun.

Dia sanggup beliau beberapa unit Proton daripada kita untuk digunakan sebagaui kenderaaan kawalan trafik di England oleh pihak polis itu sahaja. Kita tak dapat menembusi pasaran lain, Proton tidak boleh dijual di Singapura sebab tak tetapi 'safety standard' saya diberi tahulah, benar atau tidak kita tak tahulah.

Di Thailand tidak ada dijualpun kereta Proton. Dan selain daripada itu sekarang ini dimiliki oleh DRB Hicom, dikatakan dapat pengecluaian cukai seperti dahulu, masih lagi DRB Hicom yang keluarkan kereta Proton yang dikatakan kereta nasional, ini benar atau tidak saya tidak tahulah sebab saya diberitahu.

Jika benar DRB Hicom tidak patut dapat pengecualian cukai ini, kerana DRB Hicom bukanlah kereta nasional.

Apa manfaat Proton kepada negara untuk jangka panjang?
Tidak ada transform technology (pemimdahan teknologi), tidak ada, yang ada cuma bawa alat-alat kecil daripada luar negeri seperti Rim Lampu dan sebagainya, itu sahaja dibuat dan dipasang di Johor Bahru dulu, kita buat sikit-sikit tak ada pemindahan teknologi, engine masih kita import. Jika ada pun, peluang kerja dan beri kerja sahaja.

Menyentuh mengenai Petronas, kita dapati dana negara sebahagian besar disumbangkan oleh Petronas. Mengapa agaknya ekonomi negara kita masih belum dapat distabilkan?
Sebenarnya sumbanga pertonas akhir-akhir ini berjumlah hampir 45 peratus daripada belanjawan tahunan negara yang membawa makna hampir separuh belanjawan negara menerusi duit Petronas ini.

Tetapi jikalau harga bahan bakar ini jatuh nescaya jumlah sumbangan yang diberi kepada negara akan jauh mengecil.

Tetapi hasil minyak Petronas akan habis suatu hari nanti kerana tidak boleh berterusan begitu sahaja, kecualilah tak habis.

Sumbangan minyak ini besar tidak sama dnegan hasil lain, kecuali kepala sawit yang boleh hasilkan banyak, dan pada harga pasaran dunia melebihi pendapatan minyak cecair.

Namun daripada minyak sebagai punca industri tidak banyaklah, kerana tidak ramai yang terbabit dengan usaha ini. Tidaklah pula menyebabkan banyak perusahaan sampingan wujud dan timbul sebagaimana seperti di Perancis, Amerika dan Britain kerana banyak perusahaan yang timbul kerana industri minyak.

Khabarnya anak-beranak mantan PM Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi mendapat laba yang besar daripada Petronas?

Apa juga peluang dalam dunia perniagaan tidak dikeluarkan secara tidak tender akan hanya diperolehi oleh orang-orang berkuasa ke atas badan-badan itu, sebab itu orang luar tidak akan ada kesempatan langsung, melainkan kenal orang dalam.

Apakah amalan kronisme ini akan merosakkan sistem ekonomi dan politik negara?
Ini semua hanya boleh dihentikan oleh rakyat jika kerajaan tidak mahu berubah, dipandang serong oleh rakyat sendiri, rakyat akan paksa pimpinan dan kerajaan berubah. Jika kita terus dengan cara ini akan bermasalah.

Apa pandangan Tengku mengenai isu penyenaraian Felda Global Venture (FGV) ke Bursa Saham Kuala LUmpur?
Banyak saya diberitahu jika FGV disenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur, kedudukan harga tanah yang dimiliki orang tertentu sahaja akan terdedah kepada pasaran, jadi sesiapa boleh datang dan beli pada harga apa sahajapun sekiranya mereka mampu.

Jika harga melonjak naik dan orang yang memiliki saham nak merasai keuntungan besar dia akan jual bila dijual tiada hadnya, jika harga melambung naik kerana permintaan besar, sudah tentu mereka yang miliki saham akan jual hingga saham itu habis, apabila saham dimiliki orang, tanah yang dimiliki kita itu sudah hilang, itu satu bahaya sebab barangkali orang yang bercakap dengan saya menaruh kebimbangan dengan sangat dengan kaedah kerajaan ini dalam mempertahan hak peneroka, apakah boleh menjamin kekal pemilikan saya tidak nampak.

Pengundi Felda mempunyai kuasa penentu besar dalam politik negara, ia mewakili hampir separuh dari pengundi di Pahang. Mungkin ia terdedah daripada manipulasi politik?
Ialah, bahkan kuasa yang ada di Pahang dan di Malaysia sekalipun, kuasa siapa yang memerintah ini juga bergantung kepada siapa yang mampu memiliki sokongan peneroka Felda, menyokong skeiranya mereka ini tidak lagi ada hak ke atas tanah dlaam Felda kerana sudah dijual sahamnya, maka dengan sendirinya mereka tidak akan menyokong lagi mereka di pahang atau di pusat, jika kita miliki saham dalam mana-mana syarikat sekalipun, ia tidak akan kekal, akan dijual bila naik.

Tetapi hidup peneroka ini atas tanah yang dimiliki, jika dah terjual saham-saham mereka maka tiada hubungan kita dengan tanah itu dan tiada hak duduk di situpun.

Pada pandangan Tengku, ada atau tidak track record GLC yang kesannya tidak berjaya?
Ada, sebagai contohnya ada syarikat dan bangkrap, terpaksa 'dibailout' macam MISC dahulu, satu contoh bilion ringgit diguna, Bank Bumipuetra pun 'dibailout', empat tahun sebeluam BBMB dibailout saya dah tiada kaitan dengan BBMB.Banyak syarikat yang terpaksa 'dibailout' oleh kerajaan.

Berbeza dengan yang saya diberitahu FGV ini kerana ia melibatkan peneroka yang ramai yang bergantung kepada tanah dan usaha di ladang, jika tanah mereka ini dijual kerana keuntungan luar biasa di pasaran saham kita tak boleh sekat, bila saham tinggi, mereka tidak dapat lagi kekalkan tanah, suatu hari nanti nasib tak baik mereka diusir daripada tanah yang mereka duduk selama ini.

Menyentuh mengenai Melayu dalam kemiskinan, baru-baru ini PM Mohd Najib Tun Razak menyebutkan dalam ucapan di Sabah, bahawa negeri Kelantan merupakan negeri yang termiskin. Apa pandangan Tengku?
Saya pernah berucap di Sabah semasa saya melawat Sabah, saya dijemput penerangan Petronas, ada sesi soal jawab mengenai pelbagai isu.

Ada mereka tanya kepada saya bagaimana nak majukan Sabah dan Sarawak, saya katakan ia bergantung kepada kerajaan negeri yang mendapat duit daripada Petronas bergantung kepada banyak mana hasil minyaknya di pesisir laut Sabah, jika duit itu digunakan pembangunan rakyat tentunya hasilnya baik, tetapi jika hasilnya itu digunakan bukan untuk membantu rakyat, rakyat tidak boleh merasai pembangunan itu, jika buat bangunan di Kuala Lumpur dan tiada faedah kepada rakyat Sabah, rakyat Sabah tidak akan merasai kesan, samalah dengan Kelantan, Sabah nampaknya ikut kenyataan PM bukan negeri termiskin dalam Malaysia, saya rasa seronoklah.

Namun, takkanlah nak biarkan Kelantan negeri termiskin pula, apakah kita mahu terus amalkan budaya bandingkan antara satu negeri dengan negeri lain yang termiskin, sampai bila? Di Kelantan ramai anak Melayu, takkan kita tidak mahu perbaiki kehiupan Melayu di Kelantan.

Kita nak perjuangkan anak Melayu kelantan ini, jika dapat hasil minyak dan sebaginya agar tahap hidup mereka meningkat.Tak bolehlah berbangga dengan Sabah tidak miskin, Kelantan miskin, saya tidak mahu dengar.

Heboh NGO dan sebagainya desak supaya adakan satu debat PM dengan Anwar dalam isu ekonomi. Bagaimana Tengku melihat hal ini?
Dalam bahasa Inggerisnya, yes and no. Kalau untuk kebaikan rakyat ia baiklah, tetapi jika semata-mata untuk retorik politik janganlah, dalam masa sejam dua jam apa yang boleh kita cakap?

Di UK banyak telah debat dan pandangan diberikan, rakyat dapat ikut apakah idea yang baik untuk mereka, tetapi jika satu sahaja debat saya rasa tidak, apakah lagi dalam negara kita ini media arus perdana tidak siarkan segala-galanya, bagaimana rakyat nak ikuti ideanya? Jika mesej tidak sampai tiada faedahnya berdebat. (Susunan WAN NORDIN WAN YAACOB)