Permulaan Ramadan 1431H tahun ini serentak dengan bulan Ogos, iaitu bulan kemerdekaan bagi negara Malaysia, disambut saban tahun sejak 53 tahun yang lalu.
Bagi umat Islam, Ramadan merupakan tapak yang terbaik untuk mereka mensucikan diri dengan amal ibadah seperti berpuasa, menunaikan solat tarawih, bertahajud, bersedekah dan sebagainya.
Bagi umat Islam Ramadan adalah bulan kemerdekaan dari belengu nafsu dan penjajahan. Memerdekakan diri dari penjajahan syaitan dengan menjauhi maksiat dan perbuatan terlarang.
Apabila selama ini syaitan yang sering menjajah jiwa kita terbelengu, maka inilah kesempatan terbaik untuk kita mencapai nikmat kemerdekaan yang sebenarnya, iaitu merdeka dari musuh Allah.
Sebenarnya musuh-musuh Allah bukan syaitan sahaja. Musuh-musuh Allah adalah mereka yang memusuhi Islam. Mereka musuhi Islam dalam ertikata melakukan apa yang dilarang oleh Allah SWT dan meninggal perkara yang disuruh-Nya.
Larangan Allah SWT tidak termaktub dalam soal hukum hakam semata-mata. Ia meliputi pemeliharaan hak dan kebebasan, menghapuskan penindasan, dan mengelak dari melakukan kezaliman.
Dalam konteks bernegara hari ini, sesuai dengan semangat kemerdekaan, maka Ramadan merupakan platfrom terbaik untuk kita melakukan anjakan perubahan.
Untuk kita merdeka dalam erti kata sebenarnya, kita harus menentang sebarang bentuk penindasan dan kezaliman yang berlaku dalam masyarakat.
Umno-Barisan Nasional selaku penguasa dalam negara, jelas melakukan kezaliman terhadap rakyat. Mereka menguatkuasakan akta zalim seperti ISA, OSA, AUKU dan sebagainya.
Atas tujuan kepentingan politik Umno-BN menguasai sepenuhnya institusi dalam negara. Mereka boleh memanupulasikan institusi Raja, menguasai sistem kehakiman, menguasai Polis, Peguam Negara, SPRM, SPR dan semua sekali kerana mereka berkuasa sebagai sebuah kerajaan.
Kita lihat sendiri berapa ramai rakyat yang dimangsakan oleh akta-akta zalim ini? Kita lihat sendiri bagaimana besarnya penjajahan Umno-BN sehingga semua institusi dalam negara ditundukkan dan mengikut telunjuk pemimpin mereka?
Yang menjadi mangsa kepada kezaliman Umno-BN bukannya orang luar. Malah rakyat yang seagama dan sebangsa dengan mereka sendiri.
Hasil daripada kezaliman ini, rakyat sukar hendak mempercayai institusi-institusi ini mempunyai kebebasan dan integriti tersendiri.
Kita menyedari, sudah sekian lama kita dijajah oleh bangsa kita sendiri, dengan penjajahan yang mengetepikan aspek agama, membawa ketirisan dalam aspek ekonomi dan merosakkan sistem sosial dengan melakukan pelanggaran undang-undang, etika serta tatasusila negara.
Maka mengambil semangat bulan suci Ramadan dan bulan merdeka ini, marilah kita seluruh rakyat Malaysia, berusaha mensuci serta memerdekakan diri mereka sepenuhnya dari cengkaman Umno-BN.
Ramadan dan merdeka mesti disekalikan sebagai bulan untuk mempertingkatkan semangat juang rakyat, menentang akta-akta yang zalim dan menindas.
Oleh kerana itu Ramadan adalah bertujuan memerdekakan diri kita dari belenggu penjajahan syaitan dan pengabdian mutlak kepada pencipta (Al-Khaliq).
Manakala bulan Ogos pula disambut sebagai memperingati pembebasan negara dari penjajahan kolonialisme.
Maka apabila kita gabungkan semangat dari kedua-dua bulan ini, ia harus dijadikan batu loncatan untuk kita membebaskan diri dari penjajahan Umno-BN, yang sekian lama menjajah minda dan jiwa rakyat demi kepentingan politik yang sempit.
Monday, August 23, 2010
Tuesday, August 17, 2010
Menyediakan platform untuk Pakatan Rakyat kuasai Putrajaya
PAS harus mengelakkan dilabel sama dengan Umno. Pemimpin PAS harus mempunyai akhlak Islam, berintegriti, jujur dan komited dengan perjuangan.
Itulah penegasan Salahuddin Ayub yang turut mencetuskan idea-idea bagaimana Pakatan Rakyat harus menyediakan platform untuk menguasai Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Ikuti wawancara wakil HARAKAH, MOHD RASHIDI HASSAN dan WAN NORDIN WAN YAACOB serta jurufoto WAN ZAHARI WAN SALLEH bersama, Naib Presiden PAS itu, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut 16 Ogos lalu.
Umum melihat perlunya ada perubahan dalam negara, misalnya soal intergriti pemimpin Umno yang semakin korup, adakan Pakatan Rakyat dan PAS ada barisan pelapis yang tidak dilihat seperti Umno yang mana tidak akan mengulangi trend Umno jika kita memerintah negara suatu hari nanti?
Itu perkara besar dan sangat serius. PAS menyatakan kita akan meruntuhkan jahiliyah dan dirikan Islam di atasnya, tetapi kalau kita meruntuhkan jahiliyah tetapi kita juga jadi jahiliyah, apalah bezanya makna perjuangan kita.
Bagi saya pengalaman kita di Kelantan ini tidak cukup hanya dengan kehebatan Tok Guru tetapi akhlak kepimpinan Tok Guru itu mesti diturunkan oleh bakal pemimpin PAS yang akan mengambil alih nanti.
Begitulah yang PAS perlu lihat melahirkan kepimpinan yang boleh diyakini dan berintergiriti. Ia ada dua aspek di sini, pertamanya penonjolan barisan kepimpinan yang berintergriti, komited dengan janji kita, kita mesti bina hubungan sebaik mungkin dengan semua pihak, dan kita mesti lihatkan akhlak Islam yang sebenarnya.
Yang lebih penting kita dapat membentuk suatu persepsi yang lebih baik di kalangan masyarakat berbanding Umno. Jika apa sahaja berlaku kepada Umno, persepsi rakyat perlu kita betulkan bahawa hanya pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat sahajalah yang boleh diberikan harapan, ini tanggungjawab besar, saya percaya ia bukan boleh diungkap dengan slogan sahaja tetapi memerlukan masa dan ruang.
Kita kena tunjukkan keupayaan kita. Inilah cabaran yang perlu dilalui PAS, jangan ada persepsi di kalangan rakyat bila kita diberikan peluang berkuasa jangan kita jadi sama macam Umno, kita harap persepsi itu jangan berlaku. Cara untuk kita atasi masalah itu ialah dengan komitmen kita yang bersungguh dengan dasar perjuangan Islam menjadi teras kepada perjuangan kita. Kita perlu jujur, telus dan komited terhadap perjuangan kita dalam membela hak-hak rakyat.
Ini suatu selepas 2008 sampai PRU-13, ini suatu ruang waktu yang perlu dan sangat rakyat mahu lihat kewibawaan, keikhlasan dan ketelusan pemimpin PAS dalam tangani isu-isu yang berlaku dalam negara kita, sama ada di peringkat negeri yang kita perintah mahupun isu nasiona, di Parlimen yang mana kita menjadi barisan alternatif kepada kerajaan yang ada hari ini.
Saudara ada menyebut soal aspirasi menuju Putrajaya, PAS mesti menerajui perjuangan itu, boleh ulas lanjut?
Itu dalam konteks lain, saya secara positifnya mahu ahli dan kepimpinan PAS bersaing secara sihat bersama rakan-rakan kita dalam Pakatan Rakyat bagi mengelak suatu tindakan yang boleh menjahanamkan agenda dan kita membina suatu keyakinan diri, kepimpinan dan ahli serta keyakinan rakyat kepada PAS.
PAS juga mestilah berani untuk bertanggungjawab dan mampu dilihat rakyat kita lebih baik datipada Umno BN, dan saya ulangi gagasan Presiden PAS bahawa beliau berani menyatakan hari ini PAS bersedia menggantikan Umno".
Itu satu cabaran besar dan kita kena buat garis panduan yang jelas dan rakyat boleh lihat beza ini PAS ini Umno, dalam konteks kebaikan dan gagasan kepimpinan PAS kepada rakyat. Jika kita kata kita lebih baik dari Umno saya tak katakan kononnya kita bermusuh dan mengetepikan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya kita bersang secara positif kukuhkan kedudukan dan kualiti kepimpinan dan memperkasa integriti parti kita.
Rakyat sering diberi gambaran oleh media Umno-BN bagaimana PAS boleh bersama DAP sedangkan dasar yang sabgat berbeza?
Itu soalan yang sangat menarik yang saya telah teliti soalan itu sekian lamanya, jadi saya ingin memberikan jawapan bahawa Kalau DAP menerima PAS dengan gagasan dasar Islam bukanlah DAP namanya.
Kalau PAS gugurkan dasar Islam yang termaktub dalam dasar kita, itu bukan PAS lah namanya. Tetapi wujudnya dua entiti DAP dan dasar PAS ini yang orang kata tak mungkin dengan dasar berbeza ini boleh bersama, tetapi apa yang uniknya ialah walaupun dengan dasar yang berbeza ini PAS tidak pernah menarik diri dari Pakatan Rakyat begitu juga DAP tidak pernah menarik diri dari Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, banyak garis persamaan yang telah dan kita bersama perjuangkan. Inilah yang uniknya dua parti yang jelas dasarnya berbeza tetapi kita duduk dan kongsi dalam terlalu banyak dasar-dasar umum yang boleh menunjukkan kebersamaan kita, dalam konbteks memerangi rasuah, good governance dan dalam konteks menentang kezaliman Umno-BN.
Kita perjuang soal ketelusan, perjuangkan soal keadilan, mahu urus tadbir yang baik, ini semua kerjasama yang Islam tidak pernah larang untuk kita bersama dalam konteks kerjasama.
Walaupun PAS tidak akan pernah mahu mengubah dasar Islam, dan DAP dengan dasarnya, tidak bermakna kita keluar dari Pakatan Rakyat dan terpisah tetapi dinamiknya kita boleh bersama dalam Pakatan Rakyat hingga hari ini.
Mengenai gagasan Presiden PAS dalam menggantikan Umno, ada yang mungkin akan menyalahertikan kononnya PAS hanya akan menumpukan kepada Melayu sahaja sedangkan PAS kini menerima sokongan bukan Islam?
Kita telah dianugerahkan dengan suatu keadaan pada pilihan raya umum (PRU) 2008 pertama kalinya bukan Islam mengundi PAS, dan memberikan kemenangan kepada kita terutamanya di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Ini pertolongan Allah kepada pejuang Islam.
Kini kita ada produk Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang mana gerakan Islam lain di peringkat antarabangsa pun boleh kagum dengan produk baru PAS ini yang mana kita boleh ada entiti bukan Islam yang menyokong kita.
Sebuah parti Islam ada sebahagian yang bukan Islam berkongsi dasar dengan kita.Ini tak pernah terusik selagi kita jaga mereka, pastikan hak dan lindungi metreka, dan hak mereka ini ditunaikan.
Soal undi Melayu ini, saya rasa kita tidak boleh meninggalkan 'core business' yang kita pegang sejak dahulu, ini hard core kita, kita tak boleh lupakan ini. Bagi saya inilah yang saya sebut "yang kita kejar biar dapat, yang kita kendong jangan keciciran".
Suatu pendekatan politik yang sangat bijak oleh kepimpinan PAS yang ada hari ini. Walaupun kita perlukan undi asas kita tetapi kita tak boleh lupakan pengundi bukan Islam kepada kita.
Saya rasa PAS harus berlaku adil kepada semua segmen dalam masyarakat yang mendukung kita dan berikan suatu penghormatan dan dukungan kepada kita hari ini.
Mutakhir ini kita lihat pergolankan dan gelodak dalam Umno kononnya Dato' Seri Najib Tun Razak dilihat keseorang, sementara Tan Sri Muhyiddin di belakangnya mula menyerang dasar-dasarnya, apa pandangan saudara?
Itu bukan perkara baru dalam Umno, pergeseran itu berlaku sejak zaman Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri dahulu, Tun Dr Mahathir selaku orang nombor dua ketika itu mula membuat perkara yang menyebabkan akhirnya Tun Hussein terpaksa letak jawatan, dan pada zaman Mahathir juga banyak kita saksikan timbalannya terkorban sehingga kita saksikan Umno ketika itu kepimpinannya tidak dinamik, yang menjadi mangsa era Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), di mana Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) juga memainkan peranan memastikan Abdullah tidak lagi menjadi PM, dan sekarang ini sama juga dengan Najib dan itu tak akan menjadi pelik berlaku dalam Umno kerana sebelum inipun banyak tokoh-tokoh dalam Umno terkorban dan terbuang antaranya Tun Musa Hitam dan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang tersingkir akibat pertarungan dan percaturan politik dalam Umno.
Ini sangat biasa dan sekarang ini semakin jelas terdapat usaha-usaha yang Muhyiddin rasakan sampai masanya dia perlu lihat soal beberapa kegagalan Najib dalam pentadbirannya, soal sikap 'flip-flop' Najib dan beberapa isu yang nampakkkan tidak tegasnya Najib sebagai PM.
Muhyiddin kini agresif dalam dilihat oleh sebahagian entiti Umno bahawa Muhyiddin mahu mengambil alih kerusi nombor satu itu dari Najib. Kemelut ini sedang bermula dan tidak dinafikan antara puncanya ialah Dr Mahathir. Kita tunggu dan lihat bagaimana kesudahannya nanti.
Oleh itu pada saya untuk waktu terdekat ini, kepercayaan rakyat terhadap Umno-BN sukar untuk dipulihkan. Maka ianya merupakan suatu peluang keemasan untuk kita Pakatan Rakyat memperkemaskan diri, mendapat kepercayaan rakyat untuk menuju ke Putrajaya, insya-Allah.

Kelantan kembalikan kekuatan ekonomi umat Islam
Alhamdulillah, kita lafazkan setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah SWT. yang telah mengizinkan kita semua untuk berada di dalam Majlis Perasmian Pelancaran Matawang Syariah Emas Dinar & Perak Dirham Kelantan ini. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak urusetia di atas pelancaran ini yang saya anggap satu kejayaan besar di dalam merintis jalan mengembalikan kekuatan ekonomi ummah. Ucapan terima kasih saya rakamkan kerana diberikan peluang untuk menyampaikan ucapan dan amanat pada majlis perasmian ini.
Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas yang dicadangkan digunakan di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam. Istilah ini dipilih kerana berteraskan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad lagi, iaitu dinar.
Di dalam sejarah, wang dalam pelbagai bentuknya sebagai alat tukaran di dalam jual beli telah dikenali ribuan tahun yang lalu seperti dalam sejarah Mesir kuno sekitar 4000 tahun sebelum masehi. Sekalipun pada masa itu sistem barter trade dianggap sebagai sistem yang utama, namun sistem mata wang yang diperkenalkan tidaklah menjadi satu budaya yang asing. Ayat yang telah saya bacakan tadi menunjukkan bagaimana kisah Nabi Yusuf alahissalam di Mesir yang telah dijual oleh para pedagang dengan hanya beberapa dirham. Perkataan dirham itu membuktikan bahawa mata wang telah wujud semenjak pada zaman itu lagi.
Wang emas dan perak pula diperkenalkan oleh Julias Caesar dari Romawi sekitar tahun 46 sebelum masehi. Pada masa itu, standard tukarannya di antara wang emas dan perak ialah dengan nisbah 12 : 1. Penggunaan wang emas dan perak ini telah menjadi satu alternatif kepada sistem barter trade iaitu tukaran barang dengan barang. Jika di masyarakat Romawi pada masa itu lebih cenderung menggunakan wang dinar, di sebelah parsi pula wang dirham digunakan secara meluas. Kedua-duanya digunakan oleh orang-orang Arab Jahiliyyah yang terkenal dengan sifat rajin berniaga.
Firman Allah SWT:
"Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Mekah) (Iaitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman) dan pada musim panas (ke negeri Syam), Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan."
Di zaman Rasulullah s.a.w, sistem jual beli semuanya berasaskan kepada dinar dan dirham. Ia diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara kemudiannya sehingga ke Kepulauan Tanah Melayu di era kesultanan Melayu Melaka. Ini membuktikan dinar dan dirham yang berteraskan emas dan perak ini merupakan mata wang yang paling stabil pernah digunakan oleh umat manusia.
Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham di kebanyakan tempat di seluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa. Ini sekaligus menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun. Di dalam al-Quran juga dinyatakan kisah ashabul kahfi yang menggunakan wang perak untuk membeli makanan selepas tersedar dari tidur.
Firman Allah SWT:
"Maka suruhlah salah seorang di antara kamu untuk pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, Maka hendaklah ia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah ia berlaku lemah-lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorangpun."
Di dalam ayat ini, diceritakan bagaimana pemuda-pemuda ini yang telah ditidurkan oleh Allah SWT selama 309 tahun di dalam sebuah gua telah mengutuskan salah seorang rakan mereka untuk membeli makanan dengan membawa wang perak. Dalam erti kata lain, di dalam masa 309 tahun, wang perak yang digunakan masih stabil dan mampu digunakan bagi membeli makanan untuk beberapa orang. Inilah bukti bagaimana dinar yang berasaskan emas dan dirham yang berasaskan perak mempunyai nilai yang stabil dan selamat dari inflasi. Ini berbeza dengan wang kertas.
Sesuatu yang dapat dibeli dengan nilaian RM30 misalnya 50 tahun yang lepas sudah tidak boleh dibeli dengan nilaian yang sama pada hari ini.
Bagaimanapun, penggunaan wang dinar dan diirham ini gagal diteruskan dengan kemerosotan empayar Islam pada abad ke 13 Masehi. Hadirnya penjajah yang membawa misi God, Glory and Gold iaitu agama, tanah jajahan dan kekayaan mengakibatkan umat Islam berjaya digoncangkan pegangan mereka terhadap agamanya sendiri lalu tinggallah Islam sebagai agama yang disebut di dalam masjid dan madrasah semata-mata dan tidak lagi didaulatkan sebagai syariat yang memerintah. Nilai jatidiri yang merosot menyebabkan mereka bergantung dengan penjajah di dalam mengatur urusan ekonomi. Apabila tidak wujud pergantungan dengan Allah SWT dan mengenepikan syariat sendiri, umat Islam menjadi umat yang putus hubungannya dengan Allah. Bagaikan layang-layang yang putus talinya, mungkin ia terbang tinggi tetapi dengan cepatnya ia akan terhempas jatuh ke tanah.
Antara implikasi yang paling ketara dengan kehadiran penjajah ialah memperkenalkan sistem wang kertas yang kononnya disandarkan pada nilaian emas. Hasilnya, seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas. Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai, apa yang bernilai ialah bayaran yang diberikan.
Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Wang kertas yang hanya dinilai mengikut keadaan ekonomi semasa sesebuah negara dan ini sebenarnya lebih teruk dari bas dan keretapi tadi. Hakikatnya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh kerajaan. Jika kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00.
Hanya pengakuan dan jaminan kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas. Kebebasan mencetak wang kertas ini menyebabkan berlakunya inflasi apabila dikeluarkan dengan banyak tanpa kawalan. Ia juga mengakibatkan berleluasanya amalan riba serta terdedah kepada aktiviti manipulasi dan gharar yang jelas dilarang oleh Islam. Dari sudut yang lain, wang kertas inilah yang menjadi talian hayat kepada kapitalis untuk terus berkuasa dan menindas ekonomi umat Islam. Di dalam sejarah, Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Richard Nixon pada tahun 1971 telah memungkiri janji apabila mencetak dollar dengan tidak bersandarkan kepada emas untuk menyelamatkan negaranya yang hampir bangkrap.
Alhamdulillah, kita di Kelantan menyedari betapa perlunya kekuatan ekonomi umat Islam ini dikembalikan. Pertama untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan kedua untuk kesejahteraan seluruh umat manusia agar hidup aman damai tanpa sebarang penindasan ekonomi. Kita mulakan di Kelantan dengan mengarahkan wang kerajaan yang disimpan di dalam bank riba dipindahkan masuk ke dalam perbankan Islam. Langkah ini untuk mengelakkan wang kerajaan terlibat dengan unsur-unsur riba. Kita turut perkenalkan al-Rahn sebagai tempat untuk menerima barang gadaian dengan tidak mengenakan riba. Kita juga mempelopori langkah tidak mengenakan sebarang faedah kepada kakitangan kerajaan negeri yang membuat pinjaman.
Semuanya ini dibuat dengan penuh rasa yakin kepada Allah SWT dan sehingga hari ini alhamdulillah kita tidak menghadapi sebarang masalah.
Hari ini kita telah maju setapak lagi di dalam usaha mengembalikan kekuatan ekonomi ummah dengan melancarkan mata wang syariah dinar emas dan perak dirham Kelantan. Saya difahamkan usaha penggunaan mata wang syariah ini akan diperluaskan dengan pembayaran zakat melalui dinar dan dirham.
Di samping itu, saya dimaklumkan terdapat lebih 1000 buah kedai di sekitar bandar Kota Bharu yang sedia berurusan dengan pelanggan dengan menggunakan mata wang syariah dinar emas dan perak dirham yang dilancarkan hari ini. Selain itu, pihak kerajaan akan melantik ejen jual beli yang beroperasi seperti money changer bagi memudahkan urusan tukaran mata wang ringgit dan mata wang syariah.
(Sedutan ucapan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena pelancaran mata wang syariah Dinar dan Dirham Kelantan di KTC pada 2 Ramadan lalu).

Friday, August 13, 2010
Takzirah Ramadan Tuan Guru Nik Aziz
Ramadan menggamit pengabdian mutlak kepada Allah
Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapkan antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh jika mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor.
Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa masalah akan dirujuk kepada pawang.
Selalunya penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan mengadu kepada kuasa lain dengan cara yang khurafat. Lalu lahirlah amalan memuja pokok, sungai, batu, cakerawala dan sebagainya.
Semua ini menunjukkan keperluan untuk melunaskan fitrah manusia yang ingin bertuhan. Secara semulajadinya, manusia perlu kepada tuhan.
Manusia sendiri tidak boleh menerima dengan akal bahawa dunia ini wujud tanpa pencipta.
Lalu dengan keyakinan inilah, manusia mencari-cari siapakah yang perlu dirujuk ketika menghadapi sebarang masalah. Lahirlah dari rasa fitrah tersebut amalan-amalan khurafat yang wujud semenjak zaman dahulu kala.
Islam kemudiannya datang bukanlah sangat untuk mengajar manusia bahawa di dunia ini adanya tuhan kerana itu merupakan satu fitrah. Tetapi Islam datang untuk meletakkan fitrah manusia di landasan yang betul iaitu mengakui tuhan itu hanyalah Allah SWT.
Jiwa dan rohani manusia dipandu dengan jelas agar mengakui bahawa zat yang layak untuk disembah hanyalah Allah SWT. Pengabdian inilah merupakan misi utama penciptaan manusia. Inilah tujuan hidup manusia yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Tujuan hidup ini tidak dapat disebut oleh mana-mana ahli fikir jika tidak merujuk kepada al-Quran. Ahli-ahli sains mungkin dapat menyebut apakah tujuan air, tanah, api, udara dan sebagainya.
Demikian juga seorang ahli perubatan dapat menjelaskan khasiat ubat-ubatan yang dihasilkan. Namun, tujuan hidup siapakah yang dapat menjelaskan jika tidak Allah SWT sendiri?
Sebagaimana seorang yang datang dari ceruk kampung berdepan dengan pelbagai mesin di gudang yang besar, tidak akan mengetahui fungsi setiap jentera dan suis yang dilihatnya kerana tidak mempunyai kemahiran.
Orang yang mengetahui fungsi mesin yang pelbagai itu ialah jurutera yang menciptanya atau sekurang-kurangnya berkemahiran tentangnya. emikianlah manusia, adalah mustahil seorang manusia mengetahui tujuan dia sendiri diciptakan jika tidak diberitahu oleh kuasa yang menciptakan manusia iaitu Allah SWT. Untuk memberitahu tujuan hidup inilah, dihantar rasul-rasul kepada manusia dari zaman berzaman.
Merekalah yang ditugaskan untuk memandu manusia bagaimana hidup ini perlu diselaraskan sesuai dengan kehendak Allah SWT.
Jurupandu kepada umat ini ialah para anbiya khususnya di akhir zaman ini ialah Nabi Muhammad s.a.w.
Baginda tidak mereka-reka jalan, baginda hanya menunjuk jalan berdasarkan al-Quran. Bulan Ramadan inilah yang merupakan bulan penurunan al-Quran.
Di antara sifat al-Quran ialah hudan linnas berasaskan firman Allah SWT:
Yang bermaksud : Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). - Surah al-Baqarah, ayat 185
Justeru, puasa sebagaimana ibadat-ibadat lain merupakan keperluan kepada fitrah manusia.
Jika sekalipun ugama tidak mewajibkan puasa ini dilakukan, manusia sendiri tentunya akan mewajibkan ke atas diri mereka untuk berpuasa kerana manfaat yang banyak daripadanya termasuklah dari aspek kesihatan.
Apatah lagi jika ia merupakan satu perintah daripada Allah SWT, lebih perlu untuk dilaksanakan sekalipun menempuhi sedikit kepayahan.
Tanda taat tunduknya manusia kepada Tuhan mereka ialah mereka sanggup bersusah payah demi membuktikan kepatuhan mereka. Sebagaimana kita bersusah payah untuk anak-anak kita yang kita sayangi, maka demikianlah kita lebih utama untuk bersusah payah demi Tuhan yang kita yakini.
Inilah sebab mengapa setiap amalan di dalam Islam perlu diasaskan kepada niat yang ikhlas. Niat yang ikhlas dalam erti kata lain melaksanakan amalan semata-mata kerana ia merupakan perintah Allah SWT.
Bukan sahaja beribadat seperti solat dan puasa, bahkan berpolitik, berniaga, bersosial, berumahtangga semuanya kerana Allah SWT.
Hati perlu sentiasa diasuh untuk meyakini bahawa amalan yang dilakukan bukan kerana budaya turun temurun atau adat resam tetapi hanya kerana Allah SWT.
Manusia perlulah sentiasa yakin bahawa Allah SWT itulah yang bersifat dengan al-Khaliq (Yang Maha Mencipta), al-Baari (Yang Memberikan Kemampuan) dan al-Mushawwir (Yang Memberikan Bentuk). Keyakinan seperti ini membantu manusia untuk lebih meningkatkan amal ibadat kerana diyakini setiap amalan tersebut dinilai oleh Allah SWT yang menciptakannya.
Keyakinan inilah juga yang akan mendorong manusia untuk berpuasa dengan sesungguh hati.
Hilangnya keyakinan ini, hilang jugalah roh dari ibadat puasa tersebut sehingga menghilangkan ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:
Yang bermaksud : "Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam.." – Riwayat Ibnu Majah
Selain itu, saya menyeru kepada seluruh rakyat Kelantan agar memperbanyakkan amalan membaca al-Quran, bersedekah, qiyamullail dan sentiasalah berzikir mengingati Allah SWT.
Semuanya ini seharusnya sentiasa menjadi amalan rutin kita bukan hanya ketika di bulan Ramadan tetapi sepanjang masa. Semoga bacaan al-Quran, sedekah, qiam dan juga zikir yang kita amalkan sentiasa memandu kita di dalam mengurus tadbir hidup ini berpandukan apa yang dikehendaki oleh Allah SWT.
Semoga Ramadan pada tahun ini jauh lebih baik dari Ramadan pada tahun-tahun yang lepas.
TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA
DATO’ NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Monday, August 09, 2010
Kisah Zambry si 'penyamun tarbus'
SEMUA pihak sama ada golongan istana, mufti, orang politik, pegawai kerajaan NGO dan sesiapa sahaja yang membantu Umno-Barisan Nasional Perak merampas kuasa dari kerajaan Pakatan Rakyat, seharusnya berasa malu dan berdosa.
Mereka harus berasa malu kerana mereka tersilap langkah, mengembalikan Umno-BN sebagai kerajaan negeri secara yang tidak demokratik dan melantik Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang bacul sebagai Menteri Besar.
Mereka harus rasa berdosa kerana akibat daripada pengambil alihan kuasa secara haram, negeri Perak Darul Ridzuan sudah tidak demokratik lagi.
Zambry mencemar kebanggaan Perak, walaupun Rajanya pernah menduduki kerusi Ketua Hakim Negara, yang terkenal dengan keadilan dan kebijaksanaanya.
Mereka juga harus berasa malu dan berdosa kerana menabalkan seorang yang bacul sebagai MB. Apa tidak baculnya. Jika Zambry 'anak jantan' beliau harus berani berhadapan dengan Adun-Adun Pakatan Rakyat secara terbuka, gentleman dan demokratik, sama seperti yang dilakukan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sepanjang 11 bulan setengah pentadbirannya.
Sekarang ini BN majoriti dalam Dun Perak, kerana mereka dibantu oleh tiga Adun pengkhianat. Oleh itu, jika Zambry 'anak jantan' apa yang beliau hendak takutkan.
Sama ada hendak bentang belanjawan negeri, soal dasar pemerintahan, soal bajet tambahan, sepatutnya dibuka ruang seluas-luasnya untuk berbahas dan berbincang secara matang dalam Dun.
Apa pun biar dibincang dalam Dun, selepas itu dengan majoriti yang Umno-BN ada, luluskanlah, apa masalahnya?
Walaupun Pakatan Rakyat tidak pernah menerima kerajaan haram Umno-BN memerintah Perak, namun atas keterbukaan dan sifat toleran yang tinggi, Pakatan Rakyat 'menghormati' keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan Zambry sebagai MB.
Pakatan Rakyat mahu menjadi 'pembangkang' yang efisyen. Bekerjasama untuk membangunkan Perak, mengajak Zambry dan Umno-BN bersemuka, berdialog untuk kebaikan rakyat.
Justeru, selepas Zambry 'dilantik' Mahkamah sebagai MB, seharusnya beliau mentadbir negeri, memanggil sidang Dun dan melaksanakan tugas-tugasnya sebagai pentadbir, selaras dengan prinsip demokrasi yang diamalkan dalam negara.
Tetapi apa yang berlaku di Perak adalah sebaliknya. Demokrasi sudah tidak wujud. Zambry, Umno-BN selaku pemerintah, membuat sesuatu tindakan secara 'diam-diam'. Sampaikan bayang-bayang sendiri pun Umno-BN takut.
Sidang Dun dikawal ketat. Mengalahkan amalan undang-undang negara komunis. Semuanya dihadkan dan disekat, seolah-olah kerajaan negeri mentadbir dalam keadaan curfew (darurat).
Lagak Zambry di Perak seumpama 'penyamun tarbus' yang merampas kuasa secara haram, tetapi sentiasa dalam keadaan kegusaran dan kebimbangan kerana kesalahannya merampas kuasa.
Akibat daripada kegusaran itu juga Zambry mempergunakan polis begitu ramai, semacam mengiyakan bahawa Malaysia adalah negara polis.
Seperti kata Nizar, yang memperjelaskan ketakutan Zambry, "Persidangan Dewan Negeri Perak lebih sesuai dipanggil Persidangan Polis Diraja Malaysia. Lebih ramai polis berkerumun di pekarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan dibandingkan dengan wakil-wakil rakyat."
Di sebalik kawalan ketat anggota polis yang begitu ramai, Zambry tetap tidak mampu menyembunyikan ketakutannya, sehingga terpaksa mengatur dan memaksa bajet tambahan negeri sebanyak RM80 juta diluluskan dengan perbahasan yang amat singkat dan dalam keadaan tergesa-gesa.
Itu pun keseluruhan sidang Dun diadakan hanya dalam tempoh yang singkat, dua atau tiga jam sahaja. Lagak takut Zambry, macam orang hendak menyamun di siang hari.
Zambry harus ingat, jawatannya sebagai MB hanyalah amanah seketika. Beliau harus mentadbir kewangan negeri secara telus dan transparen. Duit kerajaan negeri adalah duit rakyat, bukan duit 'mak bapak' pemimpin Umno. Jangan hendak membahagi atau membidak-bidak sesuka hati.
Oleh kerana itu, rakyat keseluruhannya berhak mengetahui dari mana sumber wang itu diperolehi, ke mana ianya dibelanjakan dan untuk apa ia dibelanjakan.
Golongan agama, khususnya mutfi harus mengingatkan Zambry, bahawa setiap sen yang dibelanjakan secara yang tidak halal akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah di akhirat kelak.
Peranan mufti ialah, beliau harus mengingatkan Raja, MB, Exco, orang-orang politik dan pegawai kerajaan, supaya tidak membazir, jangan menyeleweng wang rakyat, jangan berjudi, jangan meminum arak dan sebagainya. Bukan hanya cakap soal perpaduan Melayu-Islam sahaja.
Peranan mufti yang utama antaranya, ialah membantu sesebuah kerajaan negeri, melaksanakan pemerintahan mengikut panduan Islam, terutamanya dalam soal menjaga halal haram.
Dalam soal hukum minum arak misalnya, jika ianya dilakukan pemimpin, tetapi mufti tidak menegur. Mufti akan turut bersubahat dan sama-sama menanggung dosa.
Jangan kerana mufti dilihat terlalu akrab dengan pemimpin, maka jika dia membuat kesalahan, mutfi hanya mendiamkan diri. Takut-takut nanti beroleh gelaran ulama bisu pula.
Berbalik soal politik Perak. Jelas Zambry bukan tandingan Nizar. Tiada karisme langsung. Beliau jauh lebih bacul jika dibandingkan dengan bekas MB, Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali yang dilihat 'lembik' oleh orang-orang Umno.
Zaman Tajol, sidang Dun dibuat selama beberapa hari. Boleh bahas enakmen atau perbekalan tambahan dua tiga hari, zaman Zambry pintu demokrasi disempitkan akibat ketakutan yang melampau.
Ketakutan Zambry diungkapkan oleh Adun Pantai Remis Nga Kor Ming, katanya, "Berani kerana benar, takut kerana salah. Jika tidak buat salah, mengapa BN begitu takut mendengar suara rakyat dari Pakatan Rakyat."
Maka di atas ketakutan itu, sejak memerintah Perak, Zambry terpaksa mempergunakan ramai anggota keselamatan, kononnya untuk mengendurkan tekanan Pakatan Rakyat.
Namun Zambry tersilap langkah. Beliau masih tidak sedar bahawa rakyat tidak takut kepada gertakan polis. Rakyat tidak takut kepada Umno.
Rakyat tidak takut kepada sesiapa pun yang melanggar prinsip demokrasi, walaupun jika pemerintah berselindung di sebalik istana.
Hal ini diperkatakan rakyat kebanyakan. Apa yang Zambry hendak takut kalau dia memerintah secara halal? Inilah akibatnya, apabila mengambil kuasa secara haram.
Memerintah dalam keadaan takut-takut.Seolah-olahnya banyak perkara yang hendak Umno-BN sembunyikan daripada rakyat.
Barangkali dengan mengehadkan sidang Dun, Zambry fikir beliau boleh menghalang suara Pakatan Rakyat.
Namun sebenarnya, tindakan yang dibuat Zambry semakin membuatkan rakyat semakin membenci Umno-BN, kerana hanya menunjukkan pemerintahan kerajaan negeri Umno-BN terumbang ambing dan caca merba.
Umno-BN tidak boleh mempersalahkan Pakatan Rakyat dalam hal ini. Selepas Nizar dan anggota Exconya digugurkan, mereka langsung tidak ada access dengan pentadbiran negeri.
Kelemahan yang berlaku berpunca daripada Umno-BN sendiri. Umno serta parti-parti yang berada dalam komponen BN semua lemah dan tidak stabil.
Bagaimana sebuah parti atau coalition boleh mentadbir negeri dengan baik, jika dalaman mereka berpecah belah dan tidak mendapat sokongan rakyat?
Apa yang berlaku di Perak, jelas menunjukkan bahawa, Zambry sendiri tiada karisme, tidak tahu mentadbir. Oleh kerana itu Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sepatutnya berasa malu mempunyai MB yang spesies seperti Zambry.
Zambry menjatuhkan maruah Umno, memalukan Umno dan semakin merosakkan imej Umno-BN di Perak. Inilah hasilnya jika mengambil alih kuasa secara haram. Kesemua ini sudah disimpulkan kartunis Zunar dalam idea klasik beliau dalam majalah bertajuk 'Perak Darul Kartun'.
Maka dalam soal ini bukan Zambry seorang yang salah sahaja. Ramai yang terbabit. Terutama mereka-mereka yang bersekongkol dengan Umno-BN untuk merampas kuasa dari rakyat.
Dosa-dosa akibat tangan-tangan kotor mereka yang membantu Umno-BN terlalu banyak dan harus dibersihkan. Angkara mereka ini hanya memperkukuhkan tekad rakyat untuk memastikan Perak bersih daripada najis, kotoran dan daki Umno-BN, dengan mengembalikan kuasa kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Tuesday, August 03, 2010
Nasib 'pesara lombong pasir haram' di Selangor
TENTU ada alasan yang kukuh mengapa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membelasah bekas MB, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo dengan melabel beliau 'pesara lombong pasir haram.'
Dalam satu sidang akhbarnya, Khalid ditanya mengenai dakwaan bekas MB yang menuduh syarikat milik kerajaan negeri - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) membayar royalti yang berkurangan berbanding ketika beliau mentadbir Selangor.
Khalid menjawab dengan sinis, "Khir Toyo tahu semua butirannya. Saya fikir dia mesti terbabit dalam perniagaan melombong pasir sebelum ini - kemungkinan besar yang beroperasi secara haram. Saya tidak mahu komen pelombong pasir haram yang sudah bersara itu.
Khir mendakwa KSSB hanya membayar royalti RM12,000 kepada kerajaan negeri di sebalik memungut hasil RM734,000 tahun lalu.
Khir sebenarnya tidak wajar membangkitkan isu pasir. Sebelum menuduh kerajaan Pakatan Rakyat atau Khalid sendiri, Khir sepatutnya menilai prestasinya sendiri, banyak mana royalti yang diperolehi semasa beliau menjadi MB.
Dari segi fakta semasa Khir menjadi MB, hasil pasir di Selangor tidak sampai RM5 juta setahun, semasa Khalid menjadi MB hasil pasir naik mendadak sehingga mencecah RM7 juta.
Sebenarnya isu pasir di Selangor tidak sepatutnya dijadikan modal politik BN. Ia juga tidak sepatutnya menjadi bahan politik yang menjejaskan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.
Isu pasir hanya timbul akibat sedikit kesilapan Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam yang membangkitkan perkara tersebut kepada media talibarut Umno-Barisan Nasional, hasil daripada aduan orang ramai yang terjejas, tanpa menyedari implikasi besar di sebaliknya.
Tindakan mendedahkan perkara tersebut kepada media, sekali gus isu tersebut dijadikan bahan Umno-BN untuk melanyak kerajaan kepimpinan Khalid.
Isu ini menjadi besar apabila ia diambil sebagai 'peluru politik' oleh Menteri Pertanian, Dato' Seri Noh Omar dan Khir Toyo.
Kedua-dua 'jaguh kampung' Umno ini cuba meraih 'political millage' dengan 'mengkambing-hitamkan kerajaan Pakatan Rakyat.
Malangnya setelah beberapa minggu media talibarut Umno-BN termasuk versi cetak dan elektronik menggembar-gemburkan isu pasir, satu demi satu pekung Umno-BN ketika memerintah Selangor terbongkar.
Media talibarut berjaya mencetuskan persepsi buruk terhadap Pakatan Rakyat, walaupun hanya seketika. Sebaliknya, rakyat semakin tahu bahawa masalah yang dihadapi kerajaan negeri sekarang, adalah berpunca daripada kelemahan kerajaan yang terdahulu.
Isu pasir digembar-gemburkan media talibarut Umno-BN dengan jahat sehingga seolah-olahnya kerajaan negeri akan melingkup akibat skandal pasir, sedangkan hasil pasir tidak sampai satu peratus daripada hasil negeri yang mencecah bilion setahun itu.
Sebenarnya, Umno Selangor tidak dapat menyembunyikan perasaan 'gila talak' dan kemaruk kuasa mereka. Sehingga hari ini Umno-BN tidak boleh menerima, bagaimana Selangor, sebuah negeri yang maju dan kaya, di dalamnya ada Kuala Lumpur dan Putrajaya, boleh terlepas ke tangan Pakatan Rakyat.
Bagaimana PM, TPM, Menteri-menteri dan juak-juak Umno-BN boleh tahan, ke mana sahaja mereka pergi, mereka terpaksa melalui negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.
Ke mana-mana mereka pergi, mereka dibayangi gambar-gambar pemimpin Pakatan Rakyat yang terpampang di merata ceruk Selangor. Ini yang membuatkan mereka tidak tahan sebenarnya.
Justeru akibat kemaruk kuasa, sasaran pemimpin Umno Selangor, sama ada Noh mahupun Khir sebenarnya bukan isu pasir.
Tidak harus dinafikan di antara mereka wujud perseteruan. Kedua-duanya sedang bersaing untuk merebut perhatian Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.
Dalam sejarah politik Umno, Noh lebih senior dari Khir. Mereka berasal dari bahagian yang sama. Khir naik mendadak kerana kejatuhan bekas MB, Tan Sri Abu Hassan Omar. Untuk accomodate kedua-duanya, maka dilakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya. Lalu dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Tanjung Karang dan Sungai Besar. Maka jadilah mereka Ketua Umno Bahagian.
Semasa Khir menjadi MB. Noh tidak banyak peranan di negeri. Beliau lebih banyak di Pusat sebagai Timbalan Menteri.
Setelah kejatuhan kerajaan Umno-BN di Selangor. Khir terpelanting keluar. Najib mengambil alih jawatan Pengerusi Perhubungan, Noh dilantik Timbalannya.
Nasib Khir Toyo sama dengan nasib Dato' Seri Mahzir Khalid di Kedah. Kedua-dua bekas MB, bekas Pengerusi Umno Negeri. Walaupun kedua-duanya Ketua Pembangkang di Dun, namun mereka tidak ada nilai dalam Umno.
Mereka tiada langsung diberi peranan dalam Umno negeri. Mengikut amalan Umno, adalah dipercayai, Khir dan Mahzir akan digugurkan daripada senarai calon untuk PRU ke-13 nanti kerana sebagai MB mereka gagal mempertahankan kerajaan Umno-BN.
Justeru, dalam konteks Selangor, inilah peluang terbaik untuk Noh yang kini Menteri Pertanian, untuk memintas Khir. Inilah peluang beliau untuk menonjolkan diri sebagai calon MB baru, itu pun kalau Umno-BN tidak dikambus dalam pasir oleh rakyat Selangor.
Untuk menghapuskan Khir, Noh berpasangan dengan Senator 'ayam sabung' Ezam Mohd Nor berkempen di seluruh Selangor di bawah Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) yang diwujudkan oleh Umno.
Nama Khir dalam senarai kempen tidak ada. Ketika ditanya media, Khir menafikan beliau bermasalah dengan Noh, tetapi beliau harus 'jaga kawasan'.
Hahaha..Jawapan Khir ini hanyalah 'lawak bodoh'. Besar mana sangat Sungai Besar tu? Besar mana sangat Dun Sungai Panjang tu, sampai langsung tiada masa hendak kempen untuk Umno Selangor?
Mengaku sahajalah memang wujud masalah dalaman Umno Selangor. Sama macam Umno Kedah yang sedang melingkup. Khir hanyalah ibarat 'daki-daki yang melekat di buntut Umno, hanya menunggu masa untuk dikikis sahaja'.
Isu pertembungan Khir-Noh ini disimpulkan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Mohd Ali yang mendakwa, pertembungan keduanya tidak dapat dibendung lagi, malah sudah menjadi perhatian umum.
"Usaha melibatkan Ezam Mohd Nor dalam kemelut tersebut hanya akan menambah parah perpecahan parti itu di Selangor," kata Dr Hasan yang mendakwa penubuhan SSDE sebagai satu "usaha terdesak untuk menyelamatkan parti yang hampir karam.
"Umno ternyata gagal dan rakyat terpaksa membayar dengan harga yang begitu mahal atas segala bentuk korupsi, skandal, penyelewengan dan salahguna kuasa yang menjadi amalan Umno Selangor selama ini.
"Mungkin lebih sesuai kempen 'Selamatkan Selangor' ditukar sahaja namanya menjadi kempen 'Selamatkan Poket Pemimpin Umno Selangor," katanya.

Polisi Umno peralatkan guru
Tindakan kerajaan membenarkan pegawai-pegawai kerajaan dari kalangan profesyen perguruan aktif dalam politik merupakan langkah terdesak untuk menyelamatkan Umno-Barisan Nasional.
Langkah ini tidak harus dilihat sebagai membuka ruang demokrasi yang lebih luas dengan membenarkan pegawai-pegawai kerajaan berpolitik.
Kebenaran yang diberikan pun adalah terhad dan terbatas. Perlu mendapat kelulusan Ketua Setiausaha Kementerian. Kementerian Pelajaran pula dikuasai Umno-BN.
Oleh itu jika ada kalangan guru yang pro Pakatan Rakyat, mereka jangan 'gatal-gatal' tangan hendak memohon kelulusan kementerian, jika tidak mahu ditukarkan jauh ke kawasan pedalaman atau diambil tindakan yang menyusahkan masa depan mereka.
Kelulusan yang diberikan kerajaan hanyalah untuk guru=guru pro Umno-BN. Kelulusan diberikan hanyalah usaha untuk menyelamatkan Umno dan memulihkan sokongan rakyat kepada Umno-BN.
Sejak Umno tersentak hebat akibat kekalahan memalukan pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu. Umno mencari jalan untuk meraih semula sokongan rakyat.
Umno menyedari bahawa guru-guru rapat dengan rakyat. Guru atau Cikgu sentiasa mendapat penghormatan rakyat, sama ada dari kalangan anak-anak murid, mahupun para ibubapa.
Umno tahu sejak dahulu lagi para gurulah yang menjadi penggerak utama mereka. Guru menjadi pemimpin bahagian, guru menjadi pemimpin Umno negeri. Guru adalah simbol pejuang marhaen yang sentiasa dekat di hati rakyat.
Sebab itu suatu ketika dahulu Umno dilihat berjaya kerana peranan hebat guru-guru yang meniupkan semangat agama dan nasionalisme dalam perjuangan Umno.
Namun sejak pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, guru-guru seolah-olah tidak diperlukan lagi. Apabila Umno sudah maju, maka Umno beralih ke arah golongan borjois atau korporat.
Hendak menjadi pemimpin Umno mestilah di kalangan seorang yang berada, banyak wang untuk membeli undi perwakilan. Budaya ini diadaptasikan selama berpuluh tahun dalam Umno.
Guru-guru diketepikan. Mereka tidak dihormati dalam Umno. Akibat daripada kebobrokan ini, masyarakat dalam Umno menjadi rosak dan terpesong.
Pemimpin dan ahli Umno menjadi materialistik dan kaya raya. Perjuangan dalam Umno bukan lagi dilihat boleh membela rakyat marhaen. Perjuangan dalam Umno dilihat hanyalah untuk memperkayakan diri, keluarga dan kroni semata-mata.
Perjuangan Umno sudah jauh terpesong. Agama diketepikan. Semangat nasionalisme hanya tinggal sebagai slogan-slogan retorik kosong.
Akibat dari kesilapan besar pemimpin Umno, rakyat semakin menjauhi mereka. Penghormatan kepada pemimpin Umno, yang dianggp pejuang asal kemerdekaan negara sudah tiada.
Penolakan rakyat terhadap Umno diterjemahkan dalam PRU 8 Mac 2008 yang lalu.
Justeru Umno sudah tiada pilihan. Mereka terpaksa mempergunakan kembali guru-guru untuk meraih sokongan rakyat. Membuka polisi kepada guru untuk aktif berpolitik hanyalah untuk memerangkap rakyat.
Oleh kerana itu, para guru dan rakyat diharap tidak terperangkap dengan usaha jahat Umno-BN ini. Umno sudah tidak boleh dipulihkan lagi, mereka sudah semakin nazak dan menanti masa untuk ditalkinkan pada PRU ke-13 akan datang.

Subscribe to:
Posts (Atom)