PILIHAN RAYA Umum ke-13 sudah semakin hampir. Walaupun tempoh tamat Kerajaan Barisan Nasional hanya akan berakhir pada Mac 2013, namun terlalu banyak faktor yang menghantui Perdana Menteri untuk kekal berkuasa.
Pertama ia berkaitan dengan faktor politik. Iaitu kuasa politik yang menangi Umno-BN pada PRU 2008 terlalu tipis. Tonggak kekuasaan yang menunjangi kerajaan Umno-BN hanya berpaksi kepada orang-orang Melayu, sedangkan kaum-kaum lain sudah menolak mereka. Umno-BN tidak akan mampu berfungsi dengan sempurna tanpa sokongan semua kaum dalam negara.
Kedua faktor ekonomi. Akibat daripada krisis ekonomi yang melanda Amerika Syarikat, seluruh dunia terpaksa mengalami kemelesetan dan kemerosotan. Kelemahan kerajaan dalam menangani krisis ini akan mendorong kejatuhannya.
Ketiga adalah faktor sosial. Hari ini kita dapat melihat bagaimana ada usaha diwujudkan pihak tertentu memainkan isu perkauman. Masyarakat dipecahbelahkan dengan warna kulit dan bahasa pertuturan. Mereka diajar dengan membezakan antara Melayu dan Cina, India serta lain-lainnya. Jika menyokong pembangkang kata mereka bermakna menyokong Cina. Ini isu yang dimainkan oleh media arus perdana yang dikuasai Umno.
Faktor keempat adalah soal sentimen keagamaan. Keharmonian tidak lagi wujud jika media talibarut Umno memainkan sentimen Islam-Kristian sehingga menggugat keamanan dan kesejahteraan. Isu sebegini adalah amat sensitif, tetapi sengaja dibiarkan berlarutan untuk mempengaruhi Melayu, supaya terus menyokong Umno-BN. Dalam dunia serba canggih dan moden ini, mana mungkin sebuah kerajaan boleh ditegakkan hanya dengan sokongan satu kaum sahaja.
Faktor kelima adalah soal ketirisan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran. Tiada GLC, tiada agensi, tiada institusi yang tidak dipertikaikan rakyat. Hari ini rakyat tidak mudah untuk mempercayai Polis untuk menjaga kemananan negara. Rakyat tidak yakin lagi dengan keadilan sistem kehakiman, SPRM dipertikaikan, SPR diragui ketelusan dan ketulusannya. Banyak lagi yang dipertikaikan rakyat.
Faktor yang keenam ialah tiada kesepaduan dalam gabungan BN. Gerakan mengalami krisis kepimpinan yang teruk, MCA gagal pulihkan sokongan Cina terhadap BN, MIC juga tidak yakin dengan PM. Parti yang dilancar PM, Makkal Sakhti sudah berpecah belah. Parti Cinta Malaysia juga entah ke mana. Suara Umno-BN hanya datang pencacai upahan, Ahli Parlimen Bebas yang 'menyalak' siang malam memaki Pakatan Rakyat.
Faktor ketujuh yang terpenting sekali ialah kepercayaan rakyat kepada PM masih tidak meyakinkan Umno. Malah hari ini, kedengaran suara-suara sumbang dalam Umno yang mempertikaikan kepimpinan PM yang juga Presidennya. Keselesaan dengan jelas tidak wujud dalam Umno apabila ahlinya sendiri yang menukilkan sebuah buku bertajuk 'Najib PM Terakhir'. Tetapi media arus perdana menyembunyikan berita ini kerana bimbangkan nasib Umno-BN.
Walaupun PM, sudah menegaskankan berkali-kali bahawa mereka akan mempertahankan Putrajaya dan merampas negeri-negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat pada 2008, walau dengan apa cara sekalipun, namun Umno-BN masih menemui jalan buntu, selagi tujuh faktor di atas masih menghantui mereka.
PM bukan sahaja dihantui dan diselaputi kegagalan demi kegagalan. Rakyat sudah mengetahui bahawa, seluruh jentera kerajaan akan dikerahkan, dimanipulasi dan diperkudakan untuk mencapai cita-cita jahat mereka.
Oleh sebab itu rakyat akan terus membuat tuntutan, selagi demokrasi tulen tidak diamalkan dalam negara. Rakyat tidak akan berdiam diri untuk membiarkan mana-mana institusi, agensi dan GLC dari menjadi kuda tunggangan Umno-BN.
Sedarlah bahawa, kepercayaan rakyat terhadap Umno-BN tidak lagi wujud. Malah rakyat sedang menyiapkan keranda untuk menghumban Umno-BN ke liang lahad.
Thursday, August 25, 2011
Monday, August 22, 2011
Mengapa Mais, Jais tinggalkan beban kepada Sultan?
TIMBUL persoalan di kalangan rakyat, adakah Sultan Selangor sudah disembah maklum, bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan membuat serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), 3 Ogos lepas, kerana terdapat unsur-unsur memurtadkan orang Islam?
Apakah pihak istana sudah dimaklumkan secara terperinci dan mengetahui sejelas-jelasnya apa motif serbuan dibuat ke atas DUMC dan apakah Sultan sudah dinasihatkan mengenai kesan ataupun implikasi yang akan tercetus daripada tindakan Jais ini?
Jika pemakluman sudah diketahui istana, jika nasihat sudah diberikan kepada Sultan, maka bolehlah Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Dato' Mohd Adzib Isa, melepaskan beban ini kepada istana.
Adzib dilaporkan dengan tegas, mengatakan mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan Jais ke atas DUMC, secara tidak langsung tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri.
Beliau berkata, ini kerana Jais tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor, sebaliknya agensi penguatkuasaan itu, terletak di bawah kuasa Sultan Selangor.
"Sultan Selangor adalah ketua agama negeri Selangor dan dari segi strukturnya Mais terletak di bawah Sultan Selangor dan Jais terletak di bawah Mais.
"Jais adalah badan bebas, tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor dan Jais adalah pelaksana atau badan pentadbiran," katanya.
Kenyataan Adzib ini, dibalas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman yang menegaskan, tiada pihak yang mempertikaikan tindakan Jais, sebaliknya hanya mahu penjelasan sebenar daripada agensi penguatkuasaan agama itu.
Beliau yang juga Adun Meru berkata, tidak timbul soal mempertikaikan tindakan Jais atau tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama negeri tapi semua pihak hanya mahu mendapatkan penjelasan.
Tegas Dr Abdul Rani, dakwaan mengatakan ada pihak termasuk parti politik mempertikaikan tindakan Jais apatah lagi mempersoalkan kuasa Sultan Selangor tidak tepat.
"Dalam Islam yang kita tidak boleh pertikaikan adalah al-Quran dan sunah, itu tidak boleh pertikai, satu ayat pun kita tidak boleh pertikai, kalau kita pertikai akidah kita boleh terjejas.
"Jadi dalam isu Jais ini, kita tidak pertikaikan pun cuma kita nak dengar penjelasan. Apa salahnya? Islam adalah agama hujah, hujah atas fakta dan dalam isu ini kita bukan pertikai tapi mahukan penjelasan," katanya.
Justeru Abdul Rani menasihatkan Adzib dengan mengatakan, "Kalau boleh selesaikan di (peringkat) bawah, tidak perlu dibawa ke Sultan Selangor."
Ada beberapa perkara yang harus diteliti daripada kenyataan Adzib dan tindakan Jais. Pertamanya Adzib memperakui, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tidak ada kena mengena dengan serbuan Jais ke atas DUMC.
Oleh itu usaha-usaha jahat media talibarut Umno dan NGO upahan untuk menyalahkan PAS mahupun kerajaan negeri tidak seharus berlaku. Jais bertindak sendirian.
Implikasi kedua ialah, terdedahkan sikap segelintir penguasa di Mais dan Jais yang tidak menghormati dan tidak mengiktiraf peranan kerajaan yang dipilih secara sah dalam Pilihan Raya Umum 2008. Sikap sebegini tidak harus diterima dan mereka yang terbabit dalam tindakan membelakangi kerajaan negeri harus dihukum.
Ketiga, apa yang dikatakan Adzib, jelas bercanggah dengan Perlembagaan Negeri Selangor dan demokrasi. Kita diperintah menggunakan sistem Raja Berpelembagaan. Iaitu, kuasa bernaung di bawah Raja, manakala kuasa eksekutif di bawah kerajaan negeri. Kita tidak diperintah secara absolute monarchy.
Maka, oleh kerana kebanyakan pegawai-pegawai kerajaan yang berkhidmat di Selangor, adalah di bawah kerajaan pusat, maka secara tidak langsung, mereka boleh digerakkan untuk mensabotaj kerajaan negeri. Dan oleh kerana Umno-BN yang menguasai pegawai, maka apakah tidak mungkin Umno tidak mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat. Kalau Umno yang jahat, jangan sesekali 'dibinkan' kepada Sultan.
Implikasi keempat, jika benar Sultan sudah disembah maklum, sama ada menerusi Jais atau Mais, maka apakah tidak mungkin Sultan diberikan nasihat secara salah atau secara sebelah pihak sahaja?
Jika ini berlaku, pada hemat saya, ianya bercanggah dengan titah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah di Shah Alam baru-baru ini, yang mahu pihak istana mendapat nasihat yang seadil-adilnya sebelum membuat sesuatu keputusan. Ini kata baginda adalah untuk memelihara kesucian institusi Raja.
Masalah yang timbul di sini ialah, jika Adzib atau dahulu bekas Pengarah Jais, Dato' Muhammad Khusrin Munawi yang menjadi penasihat Sultan, kesejahteraan negeri dan rakyat akan sentiasa tergugat.
Ini kerana, sudah banyak bukti dan rungutan rakyat, bahawa kedua-duanya menunjukkan kecenderungan yang jelas, iaitu memihak kepada Umno-BN dalam banyak event di Selangor. Banyak kenyataan dan tindakan kedua-duanya sebelum ini, bertentangan dengan kerajaan negeri. Jangan sesekali mereka sangka bahawa rakyat boleh menerima keadaan ini.
Persoalan kelima yang hendak dibangkitkan ialah, apakah dengan serbuan Jais ini, gejala murtad dapat dibendung? Atau sejauhmanakah keberkesanan pihak berkuasa agama di Selangor membendung gejala riddah dan kemaksiatan? Harus diingat bahawa mantan Mutfi Selangor, Almarhum Dato' Ishak Baharom menjadi mangsa pihak yang rakus, kerana mempertahankan kesucian Islam dalam isu The Ship. Dosa-dosa mereka terhadap Almarhum akan dibalas Allah.
Peranan Jais dalam hal agama terlalu banyak dipertikaikan. Jais bukannya menjaga akidah umat Islam, sebaliknya mereka memelihara 'akidah' Umno. Jais merobohkan surau kerana mendakwa surau dikuasai PAS, Jais menyerbu kuliah-kuliah agama pemimpin PAS, atas alasan mereka tidak diberi tauliah di Selangor.
Sebelum ini Musyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Muryidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din, merupakan antara individu, yang sering menerima ancaman akan ditangkap atau dikenakan tindakan. Surat amaran Jais yang ditandatangani Khusrin melarang Ustaz Hadi kuliah di surau, masih ada dalam simpanan saya sebagai bukti.
Timbul pertanyaan, mengapa hari ini Ustaz Nik Aziz, Ustaz Hadi dan lain-lain ada kalanya tidak dihalang daripada menyampaikan kuliah? Sebabnya, ada sebahagian tempat yang mereka pergi, jemaahnya, penduduknya bersifat rasional, Umno totok dah pupus.
Jais hanya akan bertindak apabila pencacai Umno di kariah tertentu menghubungi pemimpin Umno dan arahan itu dikeluarkan melalui pihak tertentu kepada pegawai Jais. Maka kelamkabutlah pengawai Jais menghubungi Nazir Masjid dan Pengerusi surau untuk menghalang kuliah diadakan.
Alasannya utama larangan Jais, pertamanya, kerana penceramah tidak mempunyai tauliah. Kedua, masjid dan surau bukan tempat berpolitik. Jika berpolitik, ia melanggar arahan Sultan kata mereka.
Dalam isu tauliah, sehingga kini tiada pemimpin PAS yang didakwa di mahkamah kerana berpolitik di masjid dan surau.
Pengawai-pegawai Jais harus sedar, ulama-ulama seperti Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Hadi, sebelum kebanyakan pegawai tersebut dilahirkan lagi, sudah mengajar agama di merata ceruk negara. Sila buktikan, pada masa mana, ajaran yang mereka sampaikan kepada umum, bercanggah dengan Islam?
Ulama-ulama ini tidak perlu diinterbiu untuk diberikan tauliah, malah merekalah yang layak menginterbiu penguasa-penguasa Jais sama ada kelulusan dan kefahaman mereka, cukup untuk menjadi penguatkuasa agama.
Dalam soal berpolitik di masjid. Persoalannya, adakah Umno-BN tidak pernah menggunakan masjid untuk pentas politik? Siap buat bacaan yassin dan solat hajat lagi untuk memenangkan calon BN yang beragama Hindu di Hulu Selangor. Mana penguasa Jais? Mengapa diamkan hal ini? Apakah masjid untuk pentas politik Umno-BN dibolehkan dan tidak melanggar arahan Sultan?
Ok, jika hal ini dikaitkan dengan titah Sultan, ulama manakah yang memberikan nasihat yang salah kepada Sultan, bahawa Islam melarang berpolitik di masjid? Sila tunjukkan pada ayat mana, prinsip mana yang jelas melarang berpolitik di masjid?
Pada saya, jika dalam menjaga soal agama Islam pun Jais berpihak dan mentadbir secara tunggang-langgang, bagaimana hendak diharap Jais menjaga akidah orang Islam?
Persepsi rakyat terhadap Jais ini disimpulkan secara mudah oleh seorang peniaga daging di Machang kepada Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa. Tatkala peniaga daging itu terlihat laporan Utusan Malaysia mengenai serbuan Jais ke atas DUMC, beliau secara spontan berkata, "Buat apa hendak percaya Utusan? Jais pun tak boleh percaya kerana dia Umno."

Tuesday, August 09, 2011
Jenayah jual warganegara
Umno-Barisan Nasional nampaknya cuba 'bermain dengan api', melakukan kerja yang amat berisiko tinggi gara-gara bimbang kuasa yang dipegang sejak sebelum merdeka, tumbang di tangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Umno-BN jangan cuba hendak mengelak bahawa selama ini, merekalah mengambil kesempatan daripada kemasukan sejumlah besar pendatang asing, sehingga berjuta-juta pendatang masuk ke dalam negara tanpa sebarang sekatan, sama ada dengan permit atau tanpa permit.
Ramainya pendatang asing, dapat kita lihat sendiri kebanjiran mereka di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur, khususnya pada hujung minggu, terutamanya pada cuti umum musim perayaan.
Kita akan dapati pendatang asing dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Vietnam dan sebagainya bertaburan di merata-rata lokasi di pusat bandar.
Kadang-kadang kita akan merasa jelek dan jengkel dengan gelagat mereka, akibat terlalu ramainya mereka, mereka berani berkelakuan sumbang, mengusik anak-anak gadis kita, sehingga berkumpulan melakukan pelbagai onar dan jenayah.
Kebanjiran pendatang asing ini mula berlaku seawal 1980-an. Agensi pekerja asing tumbuh bagai cendawan. Kebanyakannya agensi-agensi ini dimiliki oleh pemimpin Umno dan kroni-kroni mereka.
Mereka mengaut keuntungan berlipat ganda dengan membawa pendatang asing, mengenakan bayaran sehingga bertahun-tahun.
Lama-kelamaan, akibat daripada besarnya jumlah pendatang asing, mereka sudah beranak pinak, enggan pulang ke negara asal dan menurut undang-undang mereka layak memohon kerakyataan tetap atau status Permanent Resident.
Ramainya pendatang asing ini, kita boleh lihat daripada penempatan asal orang Melayu di Kuala Lumpur, misalnya di Kampung Datuk Keramat, Kampung Pandan, Gombak, semuanya sudah menjadi koloni pendatang Indonesia.
Mereka dibawa masuk pada awalnya kerana hendak digunakan sebagai buruh binaan untuk membantu industri pembangunan dan sebahagiannya dijadikan sebagai buruh di ladang.
Jika adapun sektor lain, pekerja asing dibawa masuk berdasarkan kepada profesionalisme mereka, seperti dalam bidang perubatan, industri berat dan sebagainya.
Namun akibat daripada longgarnya sistem kita, peranan mereka diperluaskan ke stesyen minyak, perkilangan, pembuatan dan lain-lain lagi.
Tetapi hari ini, pendatang asing sudah membanjiri semua sektor pekerjaan dalam negara. Semua pasaraya besar menggunakan khidmat pekerja asing, pasar awam, kedai-kedai runcit, restoran makanan segera sehinggalah kepada hotel empat bintang, menggunakan khidmat pekerja asing.
Itu pun belum diperincikan dengan jelas sama ada mereka dibawa bekerja dengan permit yang sah atau yang tidak berpermit. Jika diperiksa secara terperinci, nescaya ramai yang tidak berpermit.
Tetapi persoalan sah atau tidak mereka bekerja dalam negara, tidak penting buat Umno-BN. Sekarang ini mereka tahu pendatang asing, boleh dijadikan aset untuk melindungi kuasa mereka.
Kes pendatang asing diberikan kerakyatan, sudah lama didengar berlaku di Sabah.
Sekarang ini heboh pula di Semenanjung, khususnya di Selangor, di mana pemberian taraf kewarganegaraan kepada pendatang asing diberikan secara 'pukal' mutakhir ini.
Bagi PAS, ianya suatu konspirasi terancang menjadikan pendatang asing untuk mendapatkan taraf Penduduk Tetap (PR), dan kemudiannya menjadi warganegara.
Lebih malang lagi apabila ada kalangan mereka walaupun masih bertaraf PR, mereka ada yang telah dimasukkan dalam senarai daftar pemilih. Tujuan apa nama mereka dimasukkan ke dalam daftar pemilih jika tidak bertujuan untuk menyelamatkan Umno.
Apa yang berlaku sekarang ini amat mencurigakan. Kita tidak boleh bertolak ansur dengan penjenayah yang menjual hak kewarganegaraan sewenang-wenangnya.
Kita mahu suatu tindakan tegas diambil. Kita mahu siasatan segera dijalankan ke atas Umno-BN, Jabatan Pendaftaran Negara, SPR dan Imigresen dan mana-mana pihak terbabit.
Hentikan kedangkalan mereka sebelum negara musnah.
Sunday, August 07, 2011
Had umur Umno-BN makin pendek
MINGGU lepas saya diundang untuk mengisi program Lujnah Penerangan PAS Negeri Sembilan. Majlis diadakan di Markas PAS Kuala Pilah di bawah pimpinan Yang Dipertuanya, Zaharudin Othman.
Pada majlis tersebut saya pertegaskan kepada rakan-rakan PAS, bahawa kedudukan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan dilihat termasuk dalam kategori 'A' untuk dimenangi Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal dipanggil pada bila-bila masa.
Dari segi faktanya, saya melihat potensi Negeri Sembilan lebih baik dari Terengganu untuk dimenangi kerana, Pakatan Rakyat hanya ketinggalan empat kerusi sahaja berbanding Barisan Nasional.
Di Negeri Sembilan, pada PRU 2008, daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri, BN menang 21 kerusi. PAS menang satu kerusi, DAP 10 kerusi dan KeADILan menang empat kerusi.
Pada PRU tersebut, PAS Negeri Sembilan bertanding 13 kerusi. BN menang hampir semua kerusi majoriti Melayu. Pakatan Rakyat menang semua kerusi majoriti Cina dan kawasan campuran.
Maka di sini, PAS menggalas cabaran yang lebih besar, bekerja keras untuk menang di kawasan Melayu, sekali gus membantu Pakatan Rakyat untuk menguasai Negeri Sembilan.
Dengan kemenangan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan, ia bakal menyumbang undi bagi kerusi Parlimen untuk membantu Pakatan Rakyat di peringkat Nasional menguasai Putrajaya.
Maka saya pertegaskan kepada rakan-rakan PAS, bahawa menguasai kerusi Melayu di Negeri Sembilan, bukan suatu perkara yang mustahil. Mereka harus melipatgandakan usaha menawan hati pengundi. Yang penting bagi PAS ialah memperkukuhkan saf kepimpinan, supaya ia lebih mantap dan bekerjasama erat dengan DAP dan KeADILan.
Miracle di Perak, boleh berulang di Negeri Sembilan, jika pemimpin PAS Negeri Sembilan berusaha dengan gigih.
Hakikat ini diperakui oleh Umno-BN. Dalam dry run atau pilihan raya olok-olok yang dijalankan BN, mereka memperolehi dapatan yang menggerunkan iaitu mereka bakal kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada PRU ke-13 nanti.
Malah dalam pilihan raya latihan yang diadakan itu juga, mencatatkan BN tidak mampu merampas semula Selangor dan bakal kehilangan sehingga 15 kerusi dari 56 kerusi Dun di Johor.
Persekitaran ini memang tidak pernah diduga BN. Pada PRU 2008 di Johor, Pakatan Rakyat menang enam kerusi Dun. Empat DAP manakala dua lagi PAS.
Manakala di Perak, dry run BN menunjukkan bahawa Umno hanya boleh menang 27 daripada 59 kerusi Dun meskipun BN memerintah semula negeri itu sejak awal 2009 ekoran rampasan kuasa secara haram. Walaupun dilapor pada Jun lalu, Umno negeri itu yakin boleh menang 33 kerusi.
Hasil dapatan ini juga menunjukkan bahawa kedudukan dan populariti Menteri Besar Perak lantikan mahkamah, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir, terumbang-ambing dan semakin menjunam kerana tidak mendapat sokongan majoriti rakyat.
Pada Mac 2008, Umno bertanding di 34 darpada 59 kerusi Dun di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu. Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi.
"Keadaan tidak berubah di Perak dan kini keadaan yang sama wujud di Negeri Sembilan memandangkan pembangkang menjadi semakin kukuh, melihat pada kemungkinan Dato' Seri Mohamad Hasan tidak akan kekal sebagai menteri besar,"kata sumber Umno yang dipetik media.
Hasil dapatan BN pada dry run yang dijalankan menunjukkan jentera BN dihambat dengan banyak kelemahan. Antaranya wujud sentimen ketua-ketua Umno yang mahukan nama mereka diletakkan sebagai calon, barulah jentera parti digerakkan.
Difahamkan beberapa pemimpin Umno bahagian di Perak keberatan untuk berkempen atau mendaftar pemilih baru melainkan mereka pasti akan menjadi calon pilihan raya umum ke-13.
"Umno Perak kuat dan boleh menang 33 kerusi negeri tetapi pemimpin-pemimpin bahagian tidak mahu bergerak kecuali mereka atau calon pilihan mereka diletakkan," kata sumber tersebut.
Masalah timbul di kalangan BN pula didapati jika parti boleh menggerakkan jenteranya, hanyalah Umno. Parti-parti komponen seperti MCA, MIC dan Gerakan masih tidak bergerak kerana pengaruh mereka di kalangan kaum yang mereka wakili sudah semakin pupus.
Kebanyakan penganalisis menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh setahun ini tetapi ada juga mengatakan ia kemungkinan diadakan seawal November ini selepas Bajet 2012 dibentangkan di Parlimen awal 7 Oktober dan sebelum perhimpunan agung tahunan Umno.
Namun hasil dapatan dry run BN amat menggerunkan BN. Jentera Umno yang sudah digerakkan pun penuh dengan kelemahan, manakala jentera komponen lain tidak boleh diharapkan. Maka barangkali dengan sebab itu Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Dato' Seri Najib Tun Razak, masih tidak dapat memberi bayangan bila pilihan raya umum akan diadakan.
Walaupun timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu BN agar bersedia untuk menghadapi PRU dalam waktu terdekat, namun jentera BN masih berada di tahap yang pasif.
Satu hakikat yang tidak boleh dinafikan, selama ini pun, dalam banyak pilihan raya, bukan jentera Umno-BN yang bergerak.
Mereka hanya berlonggok untuk 'mengabihkan beras' di markas-markas, mengupah mat rempit melalak di jalan raya sambil mengibarkan bendera BN.
Yang bergerak dan dipergunakan sepenuhnya untuk membantu BN adalah media arus perdana, institusi istana, agensi kerajaan seperti SPR, polis, tentera, mahkamah, jabatan penerangan serta kementerian-kementerian lain.
Yang digembleng untuk melawan arus Pakatan Rakyat bukannya jentera Umno, tetapi jentera kerajaan. Umno-BN tidak pernah berdepan dengan Pakatan Rakyat secara 'anak jantan' sebab mereka macam 'pondan siam'.
Jentera pilihan raya Umno-BN, tidak mampu berhadapan dengan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat secara gentleman. Mereka akan kalah jika bertembung one-by-one. Yang mereka tegak berkuasa selama ini hanyalah kerana dibantu seratus peratus jentera kerajaan. Tanpa bantuan jentera kerajaan Umno-BN sudah lama 'bungkus'.
Umno-BN bergantung kepada kejahatan pegawai kerajaan yang berperanan di agensi tertentu, seperti memanipulasi senarai daftar pengundi, pemalsuan kad pengenalan untuk membolehkan pendatang haram menjadi penggundi dan lebih jahat lagi mereka yang bersubahat memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing untuk menjadi warganegara. Hanya cara ini sahaja Umno-BN boleh diselamatkan.
Oleh itu pegawai kerajaan seharusnya ingat, bahawa anda bukan hanya berhadapan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang atau Lim Kit Siang sahaja. Ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat ini mewakili kuasa rakyat yang besar. Sekurang-kurangnya 48 peratus rakyat Malaysia mengundi Pakatan Rakyat pada PRU ke-12.
Ingatlah Pakatan Rakyat menguasai Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak (sebelum dirampas) dan menang 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pakatan Rakyat menguasai 82 kerusi Parlimen dan hampir 200 kerusi Dun.
Kuasa rakyat yang besar ini tidak akan membenarkan kerakusan dan kemungkaran berterusan dalam negara.
Justeru, dengan kelemahan Umno-BN yang amat ketara sekarang, didorong kegagalan mereka memulihkan ekonomi negara, maka Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang amat cerah untuk menguasai Putrajaya pada PRU ke-13 nanti dan memperbetulkan segala kepincangan yang diciptakan Umno-BN.
Kepada pemimpin Umno dan pegawai kerajaan yang bersekongkol dengan mereka, terimalah hakikat bahawa usia Umno-BN sebagai peneraju negara semakin pendek. Muzium dan liang lahad sudah menggamit mereka.
Pada ketika itu mana-mana pegawai kerajaan yang bersubahat dengan pemimpin Umno-BN, melakukan kejahatan dan pemalsuan, akan menerima hukuman yang setimpal daripada rakyat Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)